NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, November 30, 2011

[VIDEO] : @ShahrizatJalil "Kalau saya kena letak jawatan sebab lembu, Wan Azizah kena letak jawatan sebab lakinya peliwat?""...

Kak Jat (kanan) semalam macam monyok je... hari ni amboi... pedas juga ucapannya.



Ucapan Ketua Wanita UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 dalam sayap Wanita UMNO siang tadi agak berapi serta menggamatkan suasana dewan dengan jeritan gemuruh para perwakilan.

Ucapan DS Shahrizat Jalil selaku Ketua Wanita UMNO juga dilihat agak fokus untuk mempertahankan diri ekoran imej beliau yang terpalit dengan skandal lembu fidlot.

DS Shahrizat Jalil mengatakan beliau memahami hati wanita, dek kerana itu jika beliau didesak meletak jawatan ekoran skandal lembu fidlot yang diuruskan suami serta anak beranaknya. Maka Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah juga wajar meletakkan jawatan ekoran skandal liwat yang melanda suaminya,.

YY : Hanya mampu tersenyum melihat aksi Kak Jat... 

[GAMBAR] : Suasana Sekitar #PAUMNO - 29/11/2011



BN Bagus? Itu agaknya Exco Pemuda UMNO Tun Faisal beritahu para jurugambar?









DS Hishammuddin Tun Hussein semangat menyanyikan lagu Negaraku







Alamak... sori bro... termasuk sekali gambar korang... haha!

Gambar Perasmian & Ringkasan Teks Ucapan Timb.Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin - #PAUMNO


Ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin setebal 36 muka surat di majlis perasmian serentak dengan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam dengan tajuk "Menunjangi Survival Bangsa Suatu Jihad" beliau menyeru supaya semua ahli UMNO bersatu dan tidak sebotaj di antara satu sama lain.

Dalam ucapannya Timbalan Presiden menyeru supaya setiap ahli UMNO memperkukuhkan kesatuan hati antara satu sama lain serta menyemarakkan muafakat untuk membawa berkat perjuangan UMNO. Beliau mengambil contoh Rasulullah S.A.W dalam membentuk Kesatuan Ansar & Muhajirin dalam mendamaikan permusuhan antara 'Auz dan Khazraj.

Berikut gambar sekitar majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 :

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik

DS Zahid Hamidi bermesra bersama Exco Pemuda UMNO



Ketua Pemuda & Ketua Wanita (Kak Jat Monyok je.. teringat lembu kut.. hehe)


Orang kuat di dua kementerian KDN & MINDEF berjenaka sesama sendiri?


Dok puncak atas nun pun dia perasan aku zoom dia? hehe

Sentiasa rendah diri - DS Mustpha Mohammad

Zed Zaidi segak berpakaian baju Melayu putih & samping UMNO. hehe

Dr. Asri turut hati memerhati persidangan Perhimpunan Agung UMNO



Orang Kuat MINDEF DS Zahid Hamidi segak berpakain baju Melayu 



YY : Maaf terlambat daripada jadual asal, berlaku banyak kesulitan gara-gara Urusetia Majlis lebih besar daripada Naib Presiden UMNO sendiri... hehheehe nantilah kita cerita...

Tuesday, November 29, 2011

Patuhi Etika Dalam Perhimpunan Agung UMNO - #PAUMNO


Para petugas media diingatkan supaya mematuhi etika sepanjang perhimpunan agung UMNO yang bakal bermula hari ini. InsyaAllah bermula hari ini, saya akan kemaskini berita perkembangan dari dewan persidangan sayap Wanita UMNO.
Media Diminta Patuhi Etika Dalam Perhimpunan Agung UMNO 
Petugas media yang akan mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 diminta untuk mematuhi etika kewartawanan dalam membuat liputan sepanjang persidangan tersebut. 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahukan para wartawan bertanggungjawab dan menunjukkan tahap profesionalisme dalam membuat laporan. 
“Untuk perhimpunan agung ini saya merayu kepada saudara-saudara kalau ada perkara-perkara yang dibangkitkan bersifat rasis tidak perlulah dilaporkan. Ini bukannya bermakna kita mahu menyekat tetapi adakalanya pembahas terlupa dan laporan tersebut akan menyinggung perasaan; ini adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan orang lain,” katanya.

 
Terang beliau, sebelum ini Perhimpunan Agung UMNO pernah disiarkan secara langsung tetapi ia menimbulkan masalah kerana tidak semua pihak dapat menerimanya. 
“Kita tahu apa yang berlaku dan semua pihak berhak bercakap tentang kepentingan bangsa atau kaum masing-masing tetapi apa yang penting adalah semasa penggulungan oleh Presiden sendiri,” katanya. 
Jelas beliau, realitinya parti-parti politik di Malaysia adalah berasaskan kaum jadi kewibawaan wartawan dalam membuat liputan penting bagi menghasilkan berita yang boleh membawa perpaduan dan kebaikan. 
“Biarpun kita berasaskan perkauman dalam parti politik tapi Barisan Nasional adalah parti terbaik kerana semua keputusan dibuat bersama malah sejak pilihan raya pertama tahun 1955 sampai hari ini tak ada mana-mana anggota kompenan pernah gunakan lambang masing-masing,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian dalam taklimat media menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung bermula 29 November ini hingga 3 Disember depan. 
Dilaporkan sebanyak 83 buah agensi media, dengan 74 tempatan dan 9 agensi antarabangsa yang melibatkan seramai 1,540 wartawan telah berdaftar ke Perhimpunan Agung UMNO 2011.
Berikut adalah Etika Media Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011
 KETIKA SEMASA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 
1. Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan berlangsung mulai 29 November 2011 sehingga 3 Disember 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 
2. Sehubungan itu, pihak tuan diingatkan untuk mematuhi peraturan – peraturan membuat liputan serta kod etika berpakaian semasa majlis tersebut, sepertimana berikut :- 
2.1 Ketika lagu Negaraku dinyanyikan, petugas media tidak dibenarkan melakukan sebarang pergerakan sebagai menghormati lagu kebangsaan kita. 
2.2 Pergerakan petugas media perlu tertib agar tidak menganggu perjalanan Perhimpunan Agung UMNO. 
2.3 Petugas media tidak dibenarkan menghalang pandangan dan membelakangkan pentas Ahli Majlis Tertinggi, kawasan tetamu khas dan para perwakilan. 
2.4 Petugas media yang terlibat dalam persiapan pemasangan kamera dan peralatan teknikal di dalam dewan – dewan persidangan (Dewan Merdeka / Dewan Tun Dr. Ismail / Dewan Tun Hussein Onn) dan bilik sidang media hendaklah dibuat sebelum ketibaan VIP atau sebelum majlis bermula untuk proses jaringan keselamatan oleh pihak keselamatan. 
2.5 Hanya petugas media (wartawan) yang memakai tag nama khas yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahajadibenarkan membuat liputan di dalam dewan–dewan persidangan (Dewan Merdeka / Dewan Tun Dr. Ismail / Dewan Tun Hussein Onn) sepanjang Perhimpunan Agung UMNO. 
2.6 Hanya petugas media (jurufoto / jurukamera / krew) yang dibekalkan bip khas (warna biru) yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahaja yang dibenarkan membuat liputan di dalam Dewan Merdeka sepanjang Perhimpunan Agung UMNO. 
2.7 Manakala petugas media (jurufoto / jurukamera / krew) yang dibekalkan bip khas (warna merah) hanya dibenarkan membuat liputan di luar Dewan Merdeka sepanjang Perhimpunan Agung UMNO serta sewaktu Majlis Perasmian dan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO (Dewan Merdeka / Dewan Tun Dr. Ismail / Dewan Tun Hussein Onn). 
2.8 Ketika Majlis Taklimat Presiden (Majlis tertutup) semua petugas media (jurufoto / jurukamera) hanya dibenarkan membuat ‘photo opps’ untuk lima minit pertama di dalam dewan Merdeka dan selepas itu, semua petugas media tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam dewan tersebut. 
2.9 Hanya petugas media yang memakai tag nama khas yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahaja dibenarkan memasuki dan menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam pusat Media (Bilik Mawar). 
2.10 Kod etika berpakaian 
Lelaki : Baju kemeja
Baju batik lengan panjang
Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
Berseluar panjang (slack)
Berkasut kulit

Tidak dibenarkan: Baju T
Kemeja tanpa kolar / berlengan pendek
Seluar jeans
Seluar pendek
Pakaian ketat dan kurang sopan
Selipar / kasut sukan

Wanita : Baju kurung atau kebaya labuh
Blouse berlengan panjang
Skirt panjang (di bawah paras lutut)
Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
Berseluar slack panjang
Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan

Tidak dibenarkan : Baju T
Baju tanpa lengan
Seluar jeans
Seluar pendek
Pakaian ketat dan menjolok mata
Selipar / kasut sukan

Nota : Hanya Baju T berkolar yang mempunyai logo agensi atau media terbabit sahaja dibenarkan 
3. Kegagalan mana-mana petugas media mematuhi peraturan-peraturan membuat liputan serta kod etika berpakaian yang ditetapkan akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO. -umno-online

Monday, November 28, 2011

PKR Bullshitting In Johor

Thought of not writing about the PKR convention in JB which ends today but then I happened to read this article in NST titled "PKR takes pre-polls campaign to Johor". It was written by Zubaidah Abu Bakar, the newspaper's leading political correspondent.

Too enticing lah, so here goes -

Zubaidah wrote that PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail told the 2,000 strong crowd of the party's new election pledges which include raising the minimum household income to RM4,000 in five years and return Felda to the settlers from the present management.

Zubaidah correctly pointed out that Dr Wan Azizah did not however detailed out how the party would implement those pledges. That one expected lah. Making promises very easy what. Give some details la Kak Wan, how to do all those wonderful stuff.

Then the article went on to explain that JB had been chosen as venue of the convention as a symbolic of PKR's intention and that of its allies Pas and the DAP, to break the BN's fortress of Johor.

"The party's  "show of strength" in launching the assault on Johor is believed to be part of the strategy to boost the morale of party members to face the mammoth BN machinery during the election campaign," wrote Zubaidah.

Hmmm....I am sitting in my office not that very far from Pulai Spring where the convention is being held but I don't see the "strength" being shown la.

Well, never mind.... Oh, almost miss it - mammoth BN machinery? Where got la. Johor BN machinery is not so big...during the Tenang by-election, you can hardly saw them what.

"PKR began a weekend assault on Johor featuring Anwar and party leaders as speakers at night ceramahs in what is seen as attempts to deny the state from continuing to be fixed deposit for BN," wrote Zubaidah again.

Well, this nightly ceramah assaults were carried out in that small hamlet of Tenang to no effect la. This time they were assaulting the whole of Johor...uh uh, so drama. By the way, I wonder what were mentioned about Johor in those ceramah.

Johor got big issue which can topple the BN State government meh? It was not mentioned in the article and I am not very keen to search the PKR websites for them...well, never mind....

"It is not impossible. Selangor was also a BN stronghold," Azmin Ali, the party deputy president was quoted as saying. 

Also expressing confidence was party secretary-general Saifuddin Nasution Ismail who said Pakatan can take over Johor, claiming that the current sentiment on the ground is similar to Perak and Selangor prior to Election 2008.

Wah! Really ka? If Azmin is confident, then he should come and contest in Johor la instead of sniping at PKR's Selangor MB Khalid Ibrahim. Also, since Saifuddin said he know the sentiment on the ground in Johor, he should also join Azmin here in Johor.

Really, Johor PKR got no one to lead them. The fact that Chua Jui Meng, the MCA reject is leading the party in the State is really pathetic la.

They are totally dependant on DAP and Pas here to do the works. In fact, Chua, not knowing his place, already had a fight with Johor DAP boss Dr Boo Cheng Hau...so how? Can la Azmin and Saifuddin, come and contest in Johor. Sure win one liao.

Zubaidah said it is uncertain how the party had come to the conclusion that Pakatan can take over Johor; its calculations were probably based on the sentiment of the Chinese in other parts of the country, which remain against the ruling BN.

Hmmm....no la Zubaidah, they know they cannot win in Johor. That one they just simply said so that their people will not know that they are just lame ducks in Johor. - BIGCAT


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 27, 2011

Dulu Azmin Ali Hina India "PARIAH" - Kini Nga Kor Ming Pula Hina Melayu?



Seronok sungguh Melayu berkopiah ketawa apabila orang Islam berkulit gelap dihina oleh orang cina yang bernama Nga Kor Ming.

Masih ingat dulu bagaimana Azmin Ali menggelarkan N.Gobalakrishnan dengan perkataan 'PARIAH'?

Adakah kenyataan sebegini tidak rasis?

Masih ingat dengan orang Melayu yang menyebut 'kaki botol' dan 'mata sepet'?

Apa jadi dengan orang itu?

Dikenakan tindakan?

Diberhentikan kerja?

Cuba tanya 'pak google'...

YY : Malas taip panjang-panjang...

"Lim Guang Eng Boleh Jadi PM Walaupun Cina - Tapi Selepas Saya Jadi PM" - Anwar Ibrahim


Kahkahkahkah....

Disebabkan Sam Kontot jilat Anwar Ibrahim baik punya dalam Kongres tempoh hari...'

Anwar Ibrahim juga terpaksa buat perkara yang sama...

Kahkahkahkah.... DAP marah benar ucapan Sam Kementot hari tu yer?
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri. 
Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan. 
"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan. 
"Jadi pendirian kita jangan kelirukan. Saya baca laporan media, saya baca teks (ucapan dasar ketua AMK), nyata ianya lontaran kepada Umno dan dijelaskan pendirian PKR tidak berganjak daripada peruntukan perlembagaan dan prinsip yang ada," katanya. 
Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu". 
"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini. 
Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan. -MK 

Saturday, November 26, 2011

HOT : Awek Rafizi Ramli Ke Ni?


Betul ke?

Wanita dalam gambar ini adalah teman wanita Rafizi Ramli?

Betul ke?


Boleh tahan juga selera Rafizi Ramli ini...

Surat Mahasiswa Kepada Prof. Fakulti...

[YY : Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bersetuju untuk membuat pindaan Seksyen 15 AUKU yang mana selepas ini mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dibenarkan menyertai parti politik. Ada yang berpendapat keputusan ini adalah hasil usaha dan perjuangan yang dilakukan oleh mereka. Walhal gesaan supaya Perdana Menteri mengkaji semula AUKU merupakan usaha BN Youth Lab melalui Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. Selain itu MT UMNO Saifuddin Abdullah juga adalah individu paling kuat yang memohon supaya PM kaji semula akta ini. Tapi ramai pula yang mendakwa ini hasil usaha desakan yang dibuat mereka. Ibarat "Babi punya lemak, Hidung Babi Dapat Nama".]

Agaknya surat macam ini akan dihantar oleh mahasiswa tak selepas ni? Hahaha.

Prof. Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih.

3.        Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta pihak tuan memberi pengecualian kepada 2 orang pelajar ini bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya. Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Jadi kami dengan jujur dan ikhlas akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami. berikut adalah senarai pelajar terbabit:
 
                      i) Mohd Syahsaf bin Rempit
                        ii) Ermastura bt Abu

4.        Berikut adalah butir aktiviti:
                           
                        i) Tempat: Dataran Afrika Jaya
                        ii) masa- 2 petang (kelas pagi tak boleh)
                        iii) Penganjur- Parti Amat Susah

5.        Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini dan sesungguhnya perjuangan parti politik kami ini sangat penting dan murni hasratnya daripada kelas yang sentiasa bosan dan membuatkan pelajar mengantuk.( aduan pelajar sendiri)
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.

Yang selalu benar ,orang lain semua salah.

amat_121

Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 25, 2011

Pembangkang Atau Razali Ibrahim Yang Bersikap Seperti Anak Kecil?


Bila terbaca artikel tulisan saudara Amin Iskandar sebagaimana dipaparkan di atas, jelas memperlihatkan betapa biasnya laporan penulis tersebut. Beliau menempelak Dato Razali Ibrahim ekoran kenyataan DRI ketika pasukan bola sepak negara menjuarai pingat emas sukan SEA tempoh hari.

Ketika Malaysia menjuarai pingat emas sukan SEA dalam acara bola sepak tempoh hari, Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan "Pakatan racuni peminat Indonesia Benci Malaysia".

Nampaknya Dato Razali Ibrahim telah membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih, tidak pula diketahui berapa kotak tisu digunakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dalam mengenang kesedihan melampau yang dialami mereka gara-gara kenyataan Dato Razali Ibrahim.

Hahaha...

Hoii...penyokong Pakatan Rakyat usahlah bersedih, kerana apa yang dikatakan itu semuanya benar belaka, mari kita tengok apa Anwar Ibrahim telah lakukan setiap kali di hadapan rakyat Indonesia.

Umum mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim memburukkan nama Malaysia setiap kali ke luar negara, bukan sahaja Anwar Ibrahim Nurul Izzah pun pernah memburukkan Malaysia di Indonesia secara tidak langsung telah membangkitkan perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Jika terlupa mari sini saya ingatkan saudara pembaca :

Ogos 2011 yang lalu Anwar Ibrahim dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Anwar kata orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.

Selepas itu anaknya si Nurul Izzah juga bertindak memalukan imej  negara ketika ditemubual media Indonesia. Pada waktu Nurul Izzah bukan sahaja mengeluarkan kenyataan palsu tentang kelengkapan pasukan keselamatan negara.

Beliau juga cuba membayangkan bahawa kelengkapan pasukan keselamatan negara kita lemah dengan menyatakan bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh selam walaupun isu ini banyak kali dijelaskan dalam Parlimen.

Dan yang terbaru Anwar Ibrahim memburukkan pula sistem kehakiman dengan dengan pelbagai tuduhan liar,(klik) adakah tindakan ini bukan satu penghinaan kepada negara di mata saudara di mata Amin Iskandar?

Apa yang tidak betul dengan kenyataan Dato Razali Ibahim tempoh hari? Anwar Ibrahim tahu bahawa media Indonesia cukup minat jika ada pemimpin Malaysia sendiri yang 'ganyang Malaysia' sebab itu beliau selalu buat kerja bengong burukkan negara sendiri. Secara tak langsung imejnya popular di media Indonesia.

Sekarang saudara pembaca lihat dan buatlah penilaian sendiri, adakah salah kenyataan Dato Razali Ibrahim, adakah kenyataan itu merupakan kenyataan kebudak-budakkan? Akhir kata tahniah Dato Razali Ibrahim sebab berjaya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih.

Hahaha....

YY : Kehkehkeh... DRI teruskan sessi balun PR!!! 

Kamera Besar Gedabak Dalam Ofis Khalid Ibrahim Dulu Dipasang Oleh 'Gurkha' Azmin Ali?


Dulu kecoh dengan kes Azmin Ali cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim dalam usahanya untuk menduduki kerusi Menteri Besar di negeri Selangor. Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik'.



Pada waktu itu Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk jatuhkan Menteri Besar jika tidak dapat 'lampu hijau' dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Selepas itu kisah ini 'sejuk' dan diam begitu saja.

Tapi ianya menjadi hangat kembali bila mana Azmin Ali dikatakan orang yang bertanggungjawab menguruskan dana pilihanraya Pakatan Rakyat walaupun dana berkenaan diwujudkan di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor. Malah Azmin Ali dikatakan sudah mula menggerakkan 'askar gurkha' untuk memastikan kerusi empuk MB Selangor menjadi kepunyaan beliau selepas PRU yang akan datang.


Dari Medan Info Kita :
Perang dalam kelambu PKR sudah bermula... 
Khalid Gagap dijadikan sasaran utama untuk pastikan Menteri Besar paling gagap ini tidak menjadi pilihan utama sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor selepas PRU ke 13 seandainya 
BN masih gagal merampas negeri terkaya di negara ini... 
Askar askar gurkha upahan Azmin Ali sudah mula bergerak dan "buat kerja" untuk pastikan kerusi empuk MB negeri akan diduduki oleh Timbalan Presiden PKR yang sekarang ini Pengerusi Perhubungan PKR Selangor..! 
Angkara siapakah tiba tiba terlondeh dan terkangkang kepincangan wakil rakyat DUN Ijok seperti yang disiarkan dibawah ini...?
Nak tahu selanjutnya KLIK SINI 
YY : Aku sokong Azmin Ali jatuhkan Khalid Gagap Al-Jamban.... 

[VIDEO] : Pemimpin Jenis Apa Yang Burukkan Nama Negara Sendiri Kepada Pihak Luar?

Inilah kepakaran semulajadi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim seorang manusia yang 'frust' dek kerana cita-citanya menduduki kerusi Perdana Menteri tidak kesampaian.

Bukan sahaja beliau pakar menipu serta memanipulasi perkara sebenar setiap kali berhadapan dengan penyokongnya di Malaysia, Anwar Ibrahim juga pakar dalam kerja-kerja memburukkan nama negara sendiri kepada negara-negara lain.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap negara kelahirannya sendiri, apa sahaja isu yang dianggap boleh membangkitkan rasa benci rakyat luar terhadap negara akan dijadikan modal kempen Anwar Ibrahim setiap kali beliau keluar negara.







Semua pihak di tuduh tidak menjalankan tugas dengan berwibawa, semua pihak dituduh telah dikawal oleh kerajaan BN, pendek kata kerajaan BN hari ini tidak pernah melakukan perkara yang baik sepanjang menerajui kerajaan Malaysia.

Melihat aksi Anwar Ibrahim ini rasanya tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin negara lain hatta negara Somalia yang rakyatnya dilanda pelbagai permasalahan.

Tiada mana-mana pemimpin yang ada sifat cinta dan sayangkan negara akan burukkan negara sendiri lebih-lebih lagi di hadapan rakyat yang negaranya kita tahu agak ketinggalan dari negara kita sendiri.

Katakan kepada saya pemimpin jenis apa yang sanggup burukkan nama negara tumpah darah sendiri kepada pihak luar?

Dari Utusan Malaysia :
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan. 
Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar. 
Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif. 
‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan. 
‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu. 
Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini. 
Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya. 
Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis. 
Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.
YY : Gantung sajalah pasport Anwar Ibrahim ini wahai AG!

Petanda BN Mula Diterima Rakyat Kedah?


Kehadiran hampir 20 ribu rakyat Kedah ke Jamuan 1 Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, Kedah adalah petanda bahawa rakyat Kedah sudah mula menyedari bahawa kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan tidak mampu mengurus negeri berkenaan dengan baik.

Selepas ditawan pembangkang Kedah dilihat sepi malah boleh dikatakan agak merundum baik dari segi pembangunan ekonomi mahu pun sektor lain. Projek yang diumumkan kerajaan negeri juga tidak menampakkan sebarang impak besar yang boleh menjana pendapatan negeri Kedah secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup rakyat Kedah itu sendiri.

Dari blog Kedah ke KL :
Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. 
Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai.
Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. 
Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan. 
Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. 
Nak mengharapkan kerajaan negeri? 
Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? 
Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu. 
Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah.
Untuk melihat gambar kemeriahan sambutan rakyat Kedah terhadap BN (KLIK SINI) 

YY : Rakyat dah terima baik BN, harap pemimpin BN Kedah faham peranan masing-masing!

Thursday, November 24, 2011

[UMUM] : Kejohanan Futsal Parlimen Putrajaya - Lebih RM30k Menanti Jaguh Futsal!


Bagi remaja sekitar Putrajaya dan pengundi di Parlimen Putrajaya jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Putrajaya yang akan diadakan pada 9 dan 10 Disember 2011 di Presint 18, Putrajaya.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM30,000 ini terbuka kepada dua kategori iaitu Belia  dan Veteran. Tarikh tutup penyertaan adalah 02 Disember 2011.


Tarikh : 9 dan 10 Disember 2011

Tempat : Kompleks Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya 
Anjuran :
  • Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya, Persatuan Bolasepak Putrajaya.  
  • Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan ialah pada 2HB DISEMBER 2011.  
  • Taklimat dan undian akan dijalankan pada 6HB DISEMBER 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya jam 9.00 malam.
KATEGORI PERTANDINGAN 
Pertandingan adalah untuk kategori: 
  1. Lelaki 18-40 Tahun
  2. Lelaki Veteran 41 Tahun dan Ke Atas
  3. Lelaki 13-17 Tahun
  4.  Lelaki 12 Tahun Ke Bawah
  5. Perempuan 18 Tahun dan Ke atas
  6. Perempuan 13-17 Tahun

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 
  • Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 5 pemain simpanan. 
  • Bagi setiap pemain untuk kategori Lelaki 18-40 tahun, Lelaki Veteran 41 tahun ke atas dan Perempuan 18 tahun ke atas hanya pengundi di Parlimen Putrajaya sahaja yang layak menyertai.  
  • Bagi setiap pemain untuk kategori Lelaki 13-17 tahun, Lelaki 12 tahun ke bawah dan Perempuan 13-17 tahun mestilah bersekolah atau menetap di Putrajaya.  
  • Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. 
  • Setiap pasukan dikenakan yuran pengesahan penyertaan RM50.00 yang akan dikembalikan pada hari kejohanan.  
  • Johan bagi kategori Lelaki 18-40 tahun dan Perempuan 18 tahun ke atas akan mewakili Putrajaya bagi pertandingan Futsal 1 Malaysia peringkat kebangsaan.  
  • Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.  
  • Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: 
URUSETIA,
KEJOHANAN FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA
KELAB SUKAN KOMUNITI PUTRAJAYA

 No.14, Jalan P16D/1, Presint 1662250 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

A) KATEGORI LELAKI 18-40 TAHUN:
  • AIZUDDEEN (UDA) - 017-3385717
  • ZAID - 017-3276100
  • FAIZ (BOB) - 013-9408561 
B) KATEGORI VETERAN 40 TAHUN DAN KE ATAS:
  • ZALIZAN (JAMAL) - 012-3610515
  • AFFENDI - 012-3540597
C) KATEGORI LELAKI 13-17 TAHUN:
  •  MUZAMMIL - 019-6448959
  •  ZULFAHIMI - 012-3540597
D) KATEGORI LELAKI 12 TAHUN KE BAWAH:
  • IQBAL - 019-6967817
  •  ZULFIKAR - 019-3113668
E) KATEGORI PEREMPUAN 18 TAHUN DAN KE ATAS:
  • ZAIDA - 013-3794058
  • NURUL AKMAL - 013-9626038
  •  ZAIFILLA - 019-2603224
F) KATEGORI PEREMPUAN 13-17 TAHUN:
  • HUSNA - 013-6640795
  • NAJIHAH - 019-2822976
  • RADZIANA - 012-2660774

HADIAH PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA
(KATEGORI LELAKI 18- 40 TAHUN )
PEMENANG
HADIAH (WANG TUNAI)
JOHAN
RM3000.00
NAIB JOHAN
RM2000.00
TEMPAT KETIGA
RM 1000.00
TEMPAT KEEMPAT
RM 500.00
TEMPAT KELIMA HINGGA KELAPAN
RM 300.00
HADIAH PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA
(KATEGORI LELAKI VETERAN 41 TAHUN DAN KE ATAS)
(KATEGORI PEREMPUAN 18 TAHUN DAN KE ATAS)
PEMENANG
HADIAH (WANG TUNAI)
JOHAN
RM2000.00
NAIB JOHAN
RM 1000.00
TEMPAT KETIGA
RM 700.00
TEMPAT KEEMPAT
RM 500.00
TEMPAT KELIMA HINGGA KELAPAN
RM 300.00
HADIAH PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA
(KATEGORI LELAKI 13-17 TAHUN)
(KATEGORI PEREMPUAN 13-17 TAHUN)
(KATEGORI LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH)
PEMENANG
HADIAH (WANG TUNAI)
JOHAN
RM1000.00
NAIB JOHAN
RM 700.00
TEMPAT KETIGA
RM 500.00
TEMPAT KEEMPAT
RM 300.00
TEMPAT KELIMA HINGGA KELAPAN
RM 200.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...