Azmin Ali ditolak orang muda PKR? |
Bukan sahaja tidak diterima oleh isteri dan anak Anwar Ibrahim, golongan muda dalam PKR juga menolak Azmin Ali untuk menggantikan tempat Anwar Ibrahim sekiranya penasihat parti itu kembali dipenjarakan atas kesalahan meliwat.
Golongan muda PKR hari ini lebih mempercayai Nurul Izzah untuk diketengahkan bagi memimpin parti berkenaan berbanding Azmin Ali yang semakin hari dilihat semakin angkuh.
Krisis di antara Azmin Ali dan keluarga Anwar Ibrahim bukan perkara baru, ianya sudah berlarutan sejak sekian lama dan hal ini dapat dilihat ketika pemilihan PKR 2010 yang mana kedua beranak ini menyebelahi Zaid Ibrahim menentang Azmin Ali.
Pada waktu itu Nurul Izzah juga mendakwa Azmin Ali sebagai penipu. Malah bantahan ke atas Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dilakukan sendiri oleh penyokong PKR kerana merasakan kedua pemimpin mereka ini penipu dan pengkhianat.
Kebanyakkan golongan muda dalam PKR bukan sahaja menolak Azmin Ali, ada juga dari mereka juga berpendapat Anwar Ibrahim perlu berundur atau disingkirkan demi memastikan Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.
Malah keberanian Free Malaysia Today menyiarkan berita di bawah juga, jelas menunjukkan bahawa wujudnya unsur penolakkan terhadap Anwar Ibrahim.
Namun satu persoalan timbul iaitu adakah individu dalam PKR berani untuk mengenepikan Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali?
Anwar Must GO For Rakyat To Win - Remove DSAI
We are not living in ancient times when generals led their armies into battles. In this war with BN, what need is there to give BN an overt target than by putting DSAI in the frontline?
Especially when that target is suspect and unable to stand up to an enemy with large armies and deep pockets? Pakatan will not be able to match BN in money or resources.
What Pakatan has is the goodwill of many millions of Malaysians who are just as willing to consider giving their goodwill to BN if they think that Pakatan will fail to fulfil their aspirations of a good and decent government.
Just take me. After nearly three years of unquestionable support for DSAI, I no longer want him to lead Pakatan because he is not what Pakatan needs to win its war against BN.Dari Gelagat Anwar :
Banyak juga desas-desus di kalangan warga kerja ibu pejabat PKR yang berasa kurang selesa dan tak berapa setuju dengan cadangan Azmin untuk – meletakkan ANWAR sebagai center of attraction dalam Kongres tak lama lagi.
Ramai yang berpandangan, tidak ada asasnya untuk mengagungkan ANWAR pada ketika imej peribadi pemimpin itu teruk tercalar dalam beberapa isu kebelakangan ini. Rafizi tidak comfortable (tetapi diam), Saifuddin juga begitu.
Yang berani mengatakan tidak dan membantah cadangan tersebut adalah beberapa pemimpin muda yang dimasukkan sebagai sekretariat. Mereka mengatakan kaedah mengagungkan Anwar sudah kurang menarik perhatian generasi muda.
Jujur, tegas mereka Anwar semakin kehilangan midah touch di kalangan generasi muda. Benda sama turut dikongsi oleh beberapa orang kanan Chegubard yang turut menolak cadangan kongres untuk mengagungkan Anwar.
Kalau mengikut pelan asal – kongres itu akan menjadi tempat mereka mengesahkan Anwar sebagai PM material untuk pasca PRU-13. Gambar Anwar perlu besar, video tentang Anwar perlu padat, Anwar perlu digambarkan sebagai pemimpin ulung parti.
Jangan tidak percaya, ramai juga kalangan anak muda di dalam PKR mula berfikir tentang apa yang akan jadi selepas Anwar? Ramai sangat! Mereka tak mahu parti menyorok dengan kemungkinan sebenar yang Anwar akan masuk semula ke penjara. Siapa yang boleh memimpin?
Kebanyakan golongan muda dalam PKR lebih percayakan Izzah berbanding Azmin. Mereka beranggapan, Izzah lebih molek diletakkan di depan – berbanding Azmin.
Kebanyakkannya memberikan maklum bahawa Azmin sudah terlalu arrogant dan tidak boleh dinasihati. Malahan, Kak Wan juga mengesan perkara sama. Azmin sudah tidak seperti dahulu.
Kaedah mengagungkan Anwar ini juga ditolak oleh media alternatif yang dimiliki pembangkang. Mereka tahu, menjadikan Anwar sebagai TUHAN POLITIK kepada PKR akan hanya meletakkan PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. Masa Anwar semakin suntuk.YY : Parti Kian Runtuh?
2 comments:
anwar suka guna nama anak muda..padahal anak muda bukannya sokong diapun..dia syok sendiri je.
yb,
NWAR juga suka kata "ORANG MACAM KITA"!!!!!!!
YY,
maghi kito pakat sokong nwar!! sokong dia buat benda dia paling takut nak buat: mengaku salah & muhabalah! cepat sikit masuk dalam!!!
Post a Comment