Banjir di Kelantan dilaporkan semakin buruk yang mana telah mengorbankan empat mangsa iaitu dua dilaporkan lemas di Bachok manakala dua lagi di Pasir Mas.
Selain itu beberapa penduduk sekitar Kubang Kerian (kampung ambo ni woii) menuntut kerajaan menunaikan janji dengan menyediakan longkang secepat mungkin kerana bimbang kawasan tersebut ditenggelami air ekoran hujan lebat yang berterusan.
Dari blog BroJinggo :
Lebih 100 penduduk di taman perumahan Thirteen Avenue Garden di Kubang Kerian meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji dengan menyediakan longkang secepat mungkin berikutan kawasan itu masih digenangi air setiap kali musim tengkujuh.
Kira-kira 30 unit rumah di kawasan perumahan itu akan dinaiki air setiap kali hujan lebat tidak sampai sehari dan walaupun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) berjanji sebelum ini untuk mengatasi masalah itu tetapi sehingga kini ia masih tidak tertunai.
Seorang penduduk yang ditemui, Hasnah Abd Razak, 51, berkata, beliau sekeluarga resah setiap kali hujan kerana kawasan itu pasti akan digenangi air sehingga menyukarkan urusan seharian dan kenderaan terpaksa dipindahkan ke tempat selamat setiap malam.
“Bagi mengelak barangan dalam rumah rosak penduduk terpaksa menempah pangkin kayu untuk meletakkan tilam, peti ais, almari dan sebagainya supaya tidak rosak apabila rumah dinaiki air.
“Masalah ini berlarutan sejak empat tahun lalu dan walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk melaporkan kepada pihak berwajib namun sehingga kini ia masih berlaku. Penduduk tidak dapat tidur lena setiap kali musim banjir kerana bimbang barang-barang tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Kebanyakan pemilik kediaman di perumahan itu sanggup membeli pangkin mencecah RM1,400 bagi meletakkan barangan berharga seperti peralatan elektrik kerana setiap kali hujan lebat air pasti akan memasuki rumah yang akan merosakkan barangan berkenaan jika tidak dipindahkan.
Sementara itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat ketika mengulas masalah itu berkata, pihaknya prihatin dengan situasi dialami penduduk terbabit setiap kali musim tengkujuh.
“Pihak kami akan segera menghantar pegawai terbabit supaya parit atau longkang dapat disediakan secepat mungkin. Diharapkan penduduk bersabar dulu kerana ia akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.Bukan di Kubang Kerian sahaja nampaknya seorang individu dari Taman Desa Narul Naim 2 meninggalkan komen di bawah artikel ini dengan menulis :
Masalah ini juga berlaku di Taman Desa Darul Naim 2,setiap kali hujan pasti banjir kilat akan berlaku,ini tak termasuk musim tengtujuh, inilah padahnya pembangunan tanpa dirancang dgn betul
sistem peparitan yang teruk dan tiada penyenggaraan daripada pihak tertentu ,nama gah bagaikan kawasan elit, pada hakikatnya penduduk merana dan dukacita tiada satu pihak datang membantu, harap wakil rakyat Adun dan Parlimen asyik nak berpolitik dan tidak turun padang melihat kesengsaraan penduduk di sini.
inilah nasib yang terpaksa di hadapi penduduk disini, bila nak pilihanraya baru nampak batang hidung dan janji tinggal janji, sungguh malang impian menjadikan Pasir Tumbuh bandar Satelite yang realti di atas kertas saja, pada hakikatnya Bandar Satelite Pasir Tumbuh akan jadi Bandar banjir di Kelantan, so fikir2lah.YY : Kubang Kerian masalah longkang 20 tahun lebih doh ambo dgr rakyat duk sungut tak mampu setel lg? Lepar PAS jauh la PRU nnt...
1 comment:
mana janji2 mu PR???
Post a Comment