NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Razali Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Razali Ibrahim. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Pembangkang Atau Razali Ibrahim Yang Bersikap Seperti Anak Kecil?


Bila terbaca artikel tulisan saudara Amin Iskandar sebagaimana dipaparkan di atas, jelas memperlihatkan betapa biasnya laporan penulis tersebut. Beliau menempelak Dato Razali Ibrahim ekoran kenyataan DRI ketika pasukan bola sepak negara menjuarai pingat emas sukan SEA tempoh hari.

Ketika Malaysia menjuarai pingat emas sukan SEA dalam acara bola sepak tempoh hari, Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan "Pakatan racuni peminat Indonesia Benci Malaysia".

Nampaknya Dato Razali Ibrahim telah membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih, tidak pula diketahui berapa kotak tisu digunakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dalam mengenang kesedihan melampau yang dialami mereka gara-gara kenyataan Dato Razali Ibrahim.

Hahaha...

Hoii...penyokong Pakatan Rakyat usahlah bersedih, kerana apa yang dikatakan itu semuanya benar belaka, mari kita tengok apa Anwar Ibrahim telah lakukan setiap kali di hadapan rakyat Indonesia.

Umum mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim memburukkan nama Malaysia setiap kali ke luar negara, bukan sahaja Anwar Ibrahim Nurul Izzah pun pernah memburukkan Malaysia di Indonesia secara tidak langsung telah membangkitkan perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Jika terlupa mari sini saya ingatkan saudara pembaca :

Ogos 2011 yang lalu Anwar Ibrahim dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Anwar kata orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.

Selepas itu anaknya si Nurul Izzah juga bertindak memalukan imej  negara ketika ditemubual media Indonesia. Pada waktu Nurul Izzah bukan sahaja mengeluarkan kenyataan palsu tentang kelengkapan pasukan keselamatan negara.

Beliau juga cuba membayangkan bahawa kelengkapan pasukan keselamatan negara kita lemah dengan menyatakan bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh selam walaupun isu ini banyak kali dijelaskan dalam Parlimen.

Dan yang terbaru Anwar Ibrahim memburukkan pula sistem kehakiman dengan dengan pelbagai tuduhan liar,(klik) adakah tindakan ini bukan satu penghinaan kepada negara di mata saudara di mata Amin Iskandar?

Apa yang tidak betul dengan kenyataan Dato Razali Ibahim tempoh hari? Anwar Ibrahim tahu bahawa media Indonesia cukup minat jika ada pemimpin Malaysia sendiri yang 'ganyang Malaysia' sebab itu beliau selalu buat kerja bengong burukkan negara sendiri. Secara tak langsung imejnya popular di media Indonesia.

Sekarang saudara pembaca lihat dan buatlah penilaian sendiri, adakah salah kenyataan Dato Razali Ibrahim, adakah kenyataan itu merupakan kenyataan kebudak-budakkan? Akhir kata tahniah Dato Razali Ibrahim sebab berjaya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih.

Hahaha....

YY : Kehkehkeh... DRI teruskan sessi balun PR!!! 

Sunday, August 28, 2011

Dato Razali Ibrahim Turun Bersahur Bersama PDRM dan Rakyat Muar


Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita lagi dua hari, dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini ramai pihak mengadakan aktiviti bermasyarakat dan juga bersedekah. Antaranya pemimpin-pemimpin pemuda dan belia-belia dari NGO-NGO tertentu.

Sebentar tadi Timbalan Menteri Beliau & Sukan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Ibrahim dengan kerjasama TV3 mengadakan majlis sahur bersama warga PDRM di Balai Polis Pt. Jawa Muar dan penduduk-penduduk sekitar.


Selain bersahur bersama warga PDRM dan penduduk sekitar, Dato Razali Ibrahim turut menyampaikan sumbangan kepada anggota-anggota polis dan bekas polis yang pernah berkhidmat di balai tersebut. 

Dengan sumbangan hari raya ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati para anggota ini dan juga demi menghargai jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan kita rakyat Malaysia.


Selain menikmati juadah sahur bersama-sama Singgah Sahur bersama Dato Razali Ibrahim turut dimeriahkan  dengan acara menganyam ketupat dan mengacau dodol.


'pakar dodol' sedang berkira-kira untuk mengumumkan juara dodol sedunia. Hahaha...
Nampaknya pemimpin-pemimpin muda hari ini begitu komited dalam menjayakan aspirasi perjuangan parti dan mereka teguh menjalankan amanah-amanah yang diberikan. Tahniah untuk pemimpin-pemimpin muda yang buat kerja.

Dari lain lokasi pula - iaitu Putrajaya, semalam belia-belia di sini 'menyerang' penumpang-penumpang bas yang hendak balik ke kampung halaman masing-masing. 

Belia-belia ini bertindak 'meredah' ke dalam bas dan menghulurkan juadah sahur, selain juadah sahur Jalur Gemi;lang turut diberikan kepada mereka sempena menghayati sambutan bulan kemerdekaan yang mana Hari Raya turut jatuh pada hari yang sama.

Sebelum ini dikhabarkan 3 lokasi telah 'diserang' oleh belia-belia sekitar kawasan Putrajaya, tapi sepanjang mengikuti aktiviti belia kawasan Putrajaya yang mana turut disertai oleh UMNO Bahagian Putrajaya tidak pula saya melihat kelibat Keeetttuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaa peeeeee tot..tot...tot....

siaran tergendala....

Layan video sekali-sekala, layannn....




Nota kaki : tak perlu komen apa-apa, ini cuma laporan biasa berkenaan aktiviti pemimpin pemuda dan juga belia-belia kawasan...

Saturday, August 27, 2011

[Video] : Rakaman Ucapan Salam Aidilfitri Dari Ketua Pemuda & Naib Ketua Pemuda UMNO

Eksklusif rakaman ucapan Salam Aidilfitri dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin (KJ) dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Bin Ibrahim (DRI)







YY : Syoknya raya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal