NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, November 21, 2011

Nik Aziz Akui Air Di Kelantan Kotor - Tapi Yang Salah Media? #saveKelantan


Mungkin Nik Aziz mahu melihat rakyat Kelantan mati secara perlahan-lahan kerana meminum air yang dicemari arsenik sebagaimana dilaporkan dalam media arus perdana semalam.

Dari Detik Perubahan :
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat mengakui air yang digunakan oleh penduduk di negeri ini kotor. 
Beliau bagaimanapun menyalahkan media arus perdana kerana memperbesar-besarkan isu tersebut biarpun ada kebenarannya. 
Pada masa yang sama, Mursyidul Am Pas itu mendakwa punca utama air di negeri ini kotor disebabkan pembangunan ladang di kawasan Hulu Kelantan terutama Lojing, 
“Saya akui benda itu (air kotor) berlaku, tetapi sampai ke tidak seperti diperbesar-perbesarkan itu soal kedua kerana memang Kelantan orang terliur, dia serang tidak pasal-pasal tetapi dia kena ingat lain daripada Sungai Kelantan pun kotor juga. 
“Memang saya akui dan rasa dukacita Sungai Kelantan sepanjang tahun keruh, hendak tengok sungai ini jernih sikit pun tidak boleh tetapi kita hendak sekat pembangunan di Lojing dan Hulu Kelantan tidak boleh. Pembangunan itu perlu,” katanya di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tentang tahap kualiti air di negeri ini yang dipercayai terkotor dan mengandungi loham serta bakteria berbahaya. 
Bagaimanapun kenyataan Nik Aziz bertentangan dengan reaksi Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mendakwa kemunculan bakteria dan logam berbahaya dalam air adalah sesuatu yang lumrah dan ia berlaku di semua negeri dan bukan di Kelantan sahaja. 
AKSB mendakwa syarikat perkhidmatan air di semua negeri berhadapan dengan situasi serupa dan apa yang sentiasa dilakukan adalah pemantauan berkala oleh syarikat dan Kementerian Kesihatan terhadap tahap keselamatannya. 
Sementara itu, biarpun dikritik pelbagai pihak Nik Aziz tetap mempertahankan perkhidmatan yang diberikan oleh AKSB. 
“AKSB makin baik lebih-lebih lagi kita sudah laksanakan pembaharuan, Insya Allah ia bertambah baik dan pelaksanaan pembaharuan itu syarikat ini akan menerima lebih banyak peruntukkan kewangan. 
“Dia (Mingguan Malaysia) sebut tidak tahu lagi betul atau tidak tetapi surat khabar perdana sengaja mahu memburuk-burukkan kerajaan negeri,” katanya.

YY : Mapuh kerah gitu doh org kelate! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...