NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, June 25, 2014

Pulau Batu Puteh : Sultan Ibrahim Bertitah Kerajaan Johor Tubuh Pasukan Khas Batalkan Keputusan ICJ!


Sebaik sahaja Pulau Batu Puteh sah diputuskan oleh ICJ milik Singapura pada 23 Mei 2008, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura dan akan berikhtiar mendapatkan semula pulau milik rakyat Johor kepada sidang DUN Johor.


Malaysia kalah dalam perebutan 30 tahun Pulau Batu Puteh disebabkan hujah Ghani Patail tidak legal dan menepati standard antarabangsa selain Ghani Patail mengemukakan sekeping gambar yang diambil dari blog di mana ia mudah dipertikaikan oleh barisan peguam Singapura. 

Keputusan barisan 16 hakim ICJ menyaksikan 12 hakim ICJ tidak berpihak kepada Malaysia.

Ghani Patail hanya akur...

Kini, usaha Almarhum Sultan Iskandar diteruskan oleh anakandanya Sultan Ibrahim yang mana telah bertitah ketika merasmikan sidang DUN Johor penggal ke-12 pada 29 Mei lalu agar kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan membatalkan keputusan ICJ.



Sekarang rakyat Johor harus bangkit menyokong usaha Tuanku Sultan Ibrahim dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia agar kita berjaya dapatkan kembali hak kedaulatan negara yang terlepas ke tangan pihak asing disebabkan Ghani Patail.

Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan rakyat Johor sendiri, siapa lagi?

Nyatakan sokongan anda di laman Facebook :



Video dari laman Facebook : Kami Desak AG Berundur & Disiasat



Arios...!

Thursday, June 19, 2014

[VIDEO] : Memalukan! Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim Terkedu Dengan Hujah MP Kota Tinggi!


Tersenyum melihat reaksi Anwar Ibrahim yang dikatakan hebat berkata-kata apabila gagal pertahankan hujah sendiri selepas ditegur YB Kota Tinggi sehingga Ketua Pembangkang itu terpaksa mengaitkan kisah hukuman keluar dewan yang dikenakan terhadap pemimpin pembangkang sebelum bagi menamatkan ucapan YB Ehsan Harun Rashid. 

Jelas Anwar Ibrahim tidak lagi berbisa, sebagaimana dibanggakan oleh pengikutnya. Mungkin kerana terlalu banyak pembohongan yang bermain di mulut beliau membuatkan Anwar terkedu untuk mematikan fakta yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Ehsan Harun Rashid.



Ini membuktikan bahawa dalam UMNO masih terdapat pemimpin yang mampu berhujah menggunakan fakta yang tepat sehingga membuatkan Anwar Ibrahim terkedu.

Walaupun dengan nada yang lembut ternyata ucapan YB Ehsan berjaya mematahkan hujah Ketua Pembangkang yang dikenali sebagai pemidato terhebat di Malaysia haha!

Selain itu saya turut melihat keberanian YB Ehsan yang turut berhadapan dengan sekumpulan peneroka FELDA yang dimanipulasi oleh pembangkang dalam isu lesen MPOB.



Segala tindakan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Ehsan yang baru penggal pertama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen harus dicontohi oleh pemimpin BN yang lain.

Memandangkan tidak ramai pemimpin UMNO yang berani berhadapan golongan yang tidak berpihak kepada kerajaan.

Ada yang sekadar turun kerana mahukan publisiti, justeru tidak hairanlah seorang Ahli Parlimen BN yang juga dari Johor memuji Rafizi Ramli ketika menutup program bual bicara berkaitan GST anjuran Sinar Harian tempoh hari.

Arios...!

Program PERMATA Jadi Mangsa Kerana Iri Hati MP Rantau Panjang Terhadap Rosmah Mansor?


Orang tua pernah berpesan, kalau tidak tahu sila bertanya kepada yang tahu, kalau tidak pandai, belajar dari yang pandai. Malangnya pesanan orang dulu kala tidak dipratikkan oleh kebanyakkan ahli PAS. 

Jika ahli bawahan sahaja mempamerkan sifat dungu mereka, itu adalah perkara yang biasa kita lihat. Namun agak luar biasa apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat di dalam Dewan Parlimen turut mampamerkan sifat dungu mereka.

Perbuatan Siti Zailah yang mempersoalkan (menuduh) program Permata bertujuan menaikkan nama Datin Sri Rosmah Mansur mungkin tidak keterlaluan tetapi bagi saya ia menggambarkan satu kebodohan yang jelas dan nyata dipamerkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Kerana projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Hasilnya, kini Kazakstan difahamkan mahu menjadi program Permata sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

Penubuhan Permata pula bukan dilakukan oleh Datin Sri Rosmah Mansur sendirian, sebaliknya ia dibuat bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.

Justeru, apa gila YB Siti Zailah mengatakan program Permata bertujuan menaikkan nama Datin Sri Rosmah Mansur?

Setakat ini tiada satu pun nama Datin Sri Rosmah Mansur melonjak naik kerana kecemerlangan anak-anak yang mendapat pendidikan awal melalui Permata. 

Sebaliknya nama serta imej negara yang melonjak naik di mana Kazakhstan serta beberapa negara lain mengakui dan mahu menjadikan program Permata Negara sebagai model untuk dibangunkan di negara mereka dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanal seawal usia 4 tahun.


Apa yang saya nampak, tindakan YB Rantau Panjang cuba membangkitkan nama Datin Sri Rosmah Mansur semata-mata mahu mencipta isu baru selepas satu persatu fitnah yang mereka mainkan dilihat tidak berjaya menarik perhatian masyarakat.

Dari cerita pasal Permata baik kita cerita apa tindakan YB Siti Zailah untuk membangunkan pendidikan kanak-kanak seawal usia 4 tahun di Rantau Panjang sejak memegang jawatan ahli parlimen Rantau Panjang?

Setahu saya, ramai anak-anak Rantau Panjang tercicir dalam bidang pendidikan disebabkan kemiskinan.

Apa tindakan YB Siti Zailah..?

Takkan nak hantar mereka mengikuti program Permata pulak?

Hahaha...

YY : AG coming soon...

Friday, June 13, 2014

Konklusi Slot Khas Pengguna @ Bernama Radio24 - Bila Penggiat Media Sosial Bertanggungjawab, Segala Persoalan Terjawab!


Kata orang dalam mencari kebenaran, ia memerlukan satu keberanian...

Bagi mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang mengaitkan PPIM, bermula dengan meminta sogokan dari Cadbury, akhirnya PPIM dikaitkan dengan unsur gangsterism. 

Saya menerima undangan PPIM untuk tampil sebagai panel khas berdiskusi secara langsung bersama Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan melalui Bernama Radio24 semalam.

Bukan mudah untuk berdiskusi dalam slot harian PPIM yang diikuti lebih 500 ribu pendengar dari seluruh Malaysia, kerana wujud tiga halangan yang perlu dilepasi iaitu Deejay, Pemanggil dan Pendengar.

To'ki menerima pemanggil
Menjadi kebiasaan dalam mana-mana program harian jika tiga kelompok ini tidak berpihak kepada panel jemputan, kerana saya dilihat sebagai orang luar yang baru menyertai keluarga mereka. 

Perkara sama juga berlaku bila wakil PPIM bersama saya di media sosial yang dikelilingi oleh kelompok serta sahabat yang pastinya berpihak saya.

Perkara ini dari awal sudah saya jangkakan, justeru matlamat saya cukup membuatkan panel serta deejay mengakui dan bersetuju dengan apa yang saya sampaikan.


Hasil diskusi selama satu jam dalam suasana yang harmoni, masing-masing bertegas tapi bersopan, tujuh konklusi dapat dibuat :
1. To'ki akui ada pihak yang menggunakan nama PPIM untuk memeras pihak-pihak tertentu, dan PPIM sendiri menerima aduan berkaitan kes ini.
2. To'ki bersetuju ada kemungkinan Cadbury disebotaj dan kita umat Islam terpedaya dan terperangkap dalam permainan dan persaingan antara syarikat Coklat.   
3. PPIM bukan berniat mendahului JAKIM, tetapi bertindak sebagai 'check & balance' untuk pihak JAKIM demi kepentingan pengguna Islam. Contoh terbaru, PPIM menyeru agar semua pihak menunggu siasatan JAKIM.
4. Tiada unsur gangsterism dalam PPIM, cuma mereka bertegas bila berhadapan dengan ah long yang menganiayai pemimjan terdiri dari orang Melayu. 
5. Dalam isu Cadbury, hanya satu keuntungan diperolehi umat Islam, ia menyedarkan kita sebagai pengguna kita perlu bertindak lebih rasional sebelum menyalahkan mana-mana pihak.
6. Pihak bukan Islam dan pengeluar produk atau makanan perlu hormat Melayu Islam dan tidak memandang ringan atau memperlekehkan soal halal haram sesuatu makanan.
7. Penggiat media sosial perlu lebih bertanggungjawab dalam mendidik pengguna media sosial kerana unsur-unsur perkauman, penghinaan kepada agama Islam dilihat semakin membimbangkan.


Terima kasih kepada Dato Nadzim Johan di atas keterbukaan menjawab setiap persoalan yang diajukan.

"Sebab kamu berani dan bertanggungjawab. To'ki hadiahkan coklat berwarna merah (Kit Kat)" kata To'ki.

Yang tua dihormati, yang muda dikasihi - terima kasih To'ki...



Arios...!

Foto by : Amrayy


Tips - jika deejay potong cakap, jangan segan untuk anda potong cakap pemanggil. jangan bagi ruang mereka persoal dan pertikaikan tindakan kita...!

Tuesday, June 10, 2014

Dunia Pengguna @ Bernama Radio24 - Menjawab Persoalan PPIM Sebuah NGO Ala Samseng?


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) antara badan NGO yang dilihat sering ke depan dalam mempertahankan hak pengguna di Malaysia. 

Namun ketika kehangatan isu Cadbury, ada pihak mendakwa PPIM cuba meminta sogokan dari Cadbury bagi melindungi produk mereka, sekaligus menimbulkan pelbagai kontroversi mengaitkan PPIM.

Malah ada yang mengatakan NGO berkenaan adalah sebuah kumpulan ala samseng.

Malangnya tiada yang berani tampil bertanyakan sendiri kepada pihak PPIM, lalu saya mengambil inisiatif tersebut bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Untuk membicarakan isu yang diperkatakan, saya menerima jemputan Pengerusi Lembaga Penasihat PPIM untuk bersama Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan melalui laman Facebook.

Jangan biarkan hidup kita diselubungi misteri. Saya tanya - Dato Nadzim jawab...

Arioss...!



YY : Fall seven times, stand up eight...

Wednesday, June 4, 2014

Siri Bercakap Dengan DNA Babi : Kenapa Tiba-Tiba Kementerian Kesihatan Msia Membelakangi JAKIM? @DairyMilk


Saya terpanggil untuk memberi komen selepas melihat terdapat beberapa keraguan di sebalik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan isu 'Cadbury Porcine Babi' yang hangat diperkatakan sejurus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempertahankan hasil analisa mereka bahawa produk tersebut bebas DNA babi.

Umum mengetahui bahawa peel masyarakat kita yang mudah melatah, percaya dengan sesuatu yang sensasi, terutama melibatkan babi. Ya babi itu haram dan sebagai orang Islam kita diwajibkan memakan makanan dari sumber yang halal.

Namun malangnya, berdasarkan pemerhatian saya melalui laman media sosial terdapat golongan yang melatah keterlaluan dengan memaki-hamun agensi yang menjaga kepentingan umat Islam serta Ketua Pengarah JAKIM secara membuta-tuli.

Tanpa fakta, hanya berdasarkan emosi semata-mata!

Alasan mereka analisa KKM lebih diyakini kerana kelengkapan makmal agensi berkenaan lebih baik berbanding JAKIM.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa JAKIM bukan satu-satunya agensi yang terlibat sebelum mengeluarkan status halal kepada produk untuk dipasarkan.

Dalam pensijilan halal, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri berperanan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa bagi mengeluarkan pengesahan halal dengan bantuan agensi seperti :
  1. KPDNKK
  2. Kem. Perdagangan & Industri (MITI) - Matrade, Mida, HDC dan SME Corp.
  3. MOSTI - Jabatan Standard Malaysia serta Jabatan Kesihatan Malaysia pula menyediakan makmal analisa untuk sampel bagi tujuan pensijilan halal.
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia - perkongsian kepakaran teknikal teknologi makanan dan keselamatan.
  5. MOA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Tahu ke tidak sebelum keluarkan pengesahan halal kepada sesuatu produk JAKIM serta agensi-agensi ini membuat analisa dalam makmal yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia?

Babi Punya DNA, KKM Dapat Nama, JAKIM Jadi Mangsa?

Isu ini bermula selepas kebocoran maklumat dari pihak KKM berkaitan keputusan analisa pada 23 Mei 2014. Justeru, Ketua Pengarah KKM bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi dua produk Cadbury mengandungi porcine babi. 


Namun malangnya bila pihak JAKIM tampil mempertahankan integriti mereka, JAKIM dipersalahkan dan lebih menyedihkan umat Islam bertindak menyerang sebuah institusi yang menjaga kepentingan agama sendiri.

Tidakkah kita bertanya kenapa KKM bertindak begitu terburu-buru tanpa merujuk panel pensijilan halal sedangkan KKM merupakan salah satu agensi yang terlibat dalam memberikan status pengesahan halal ke atas sesuatu produk?

Kenapa kita meletakkan JAKIM sebagai pihak yang harus dipersalahkan, walhal ia berpunca dari seorang kakitangan KKM?

Apa kepentingan individu tersebut sehingga mengatasi Ketua Pengarah KKM sendiri?


Justeru bagi menyambut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, serta untuk mengelak prasangka kerana saya tiada maklumat penuh.

Bagi siri pertama 'Bercakap Dengan DNA Babi' saya ingin ajukan tiga soalan mudah bagi mendapatkan maklumat dari KKM :
  • Benarkah produk yang dianalisa tidak diambil secara rawak dalam pasaran tetapi ada pihak yang menghantar produk tersebut, soalannya siapa dan dari mana?
  • Siapa kakitangan KKM yang membocorkan hasil keputusan makmal di laman sosial tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, panel pensijilan halal dan pihak kilang Cadbury Malaysia?
  • Benarkah produk yang dianalisa mengandungi porcine babi adalah produk dari Thailand yang disamari dengan pembalut produk Cadbury Malaysia?
Cukup dulu tiga soalan..

Nantikan siri kedua segmen 'Bercakap Dengan DNA Babi'

Arios...!

YY : Jawapan dah ada saja nak test IQ Ketua Pengarah KKM - tak sangka ada orang Islam syok tembak agensi yang jaga kepentingan agama sendiri.

Tuesday, June 3, 2014

Isu Cermin Gelap : Bengkel Khas Setuju Pinda Peraturan - @JPJ_Malaysia @PDRMsia Perlu Batalkan Saman Cermin Gelap


Kebelakangan ini ramai pihak membicarakan soal larangan cermin gelap dan perkara membawa kepada reaksi pantas DS Hishammuddin Tun Hussein selaku pemangku Menteri Pengangkutan.

Pujian harus diberikan kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang akur dan bersetuju dengan kehendak pemilik kenderaan agar larangan penggunaan cermin gelap dipinda dengan mengarahkan Kementerian Pengangkutan mewujudkan bengkel khas dan keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2014 (semalam).


Tetapi difahamkan sessi bengkel tersebut masih berjalan dan berakhir hari ini iaitu 3 Jun 2014.




Setakat ini saya belum mengetahui keputusan panel bengkel khas namun menurut laporan Berita Harian melalui laman Facebook dijangka panel penilaian bersetuju meminda peraturan di mana kadar telus cahaya diturunkan kepada 20 peratus.


Andai jangkaan Berita Harian itu tepat timbul dua persoalan kepada pemilik kenderaan, pertama cermin bahagian mana yang dibenarkan telus cahaya sebanyak 20 peratus.

Umum mengetahui kadar telus cahaya ketika ini adalah 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang manakala cermin bahagian depan sebanyak 70 peratus.




Rata-rata pengguna menggesa serta mengharapkan agar kadar telus cahaya untuk cermin bahagian hadapan turut diturunkan kepada 20 peratus.

Bahasa mudah faham semua cermin boleh gelap, kalau bimbang sukar melihat identiti pemandu JPJ, tetapkan peraturan di mana pemandu perlu turunkan semua tingkap serta memasang lampu dalam kenderaan bila melalui road blok pihak berkuasa.

Ini bagi membolehkan pihak berkuasa melihat identiti serta barangan di dalam kenderaan.

Kalau dibimbangi aktiviti maksiat berlaku dalam kenderaan cermin gelap, jabatan agama rajin-rajinlah buat pemantauan, periksa kenderaan di lokasi tertentu pada waktu malam menggunakan 'torch light'.

Susah sangat ke nak fikir benda mudah macam ni?

Contoh kadar telus cahaya :

Kadar telus cahaya
Persoalan kedua, andai bengkel memutuskan peraturan tersebut dipinda bagaimana dengan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan pada 21 Mei 2014, iaitu hari di mana Menteri Pengangkutan memaklumkan pindaan sehingga semalam 2 Jun 2014?



Memandangkan sebelum ini ramai pihak tampil mencadangkan agar JPJ dan PDRM menghentikan sebarang tindakan berkaitan kesalahan cermin gelap seperti dilaporkan Berita Harian, adalah wajar saman yang dikeluarkan terhadap atas kesalahan cermin gelap ketika proses pindaan peraturan dibatalkan serta-merta!


Ini kerana pada 25 Mei 2014 pihak JPJ mengeluarkan kenyataan di mana tiada operasi cermin gelap diadakan ketika ini. Bahasa mudah faham, tiada saman yang akan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan atas kesalahan cermin gelap.


Tetapi malangnya pada 28 Mei 2014, ada pemandu mengadu disaman serta diarahkan menanggalkan tinted cermin oleh JPJ seperti dipaparkan di laman Facebook - JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap [KLIK]

Tindakan JPJ mengeluarkan saman atas kesalahan cermin gelap amat memalukan, apatah lagi kenyataan JPJ sebelum ini dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad sendiri.

Ini menunjukkan terdapat kegagalan komunikasi di antara Ibu Pejabat JPJ dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri.

Paling memalukan apabila kenyataan oleh pihak PDRM melalui Superitendan Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, dilihat bercanggah dengan kenyataan pihak JPJ :



'Policy Maker' tidak sebulu?

Dari awal isu ini timbul agensi penguatkuasa dilihat menuding jari menyalahkan satu sama lain malangnya orang ramai menjadi mangsa!

Agensi terbabit dilihat tidak sebulu serta cuba mempertontonkan kepada masyarakat siapa lebih hebat dalam menguatkuasakan undang-undang.

Tuan/puan mudah sahaja, kecualikan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan persendirian seperti saya tegaskan sebelum ini. Itu pun jika sel otak pembuat dasar dan peraturan dalam kerajaan mampu berhubung dengan normal.

Saya antara penulis blog yang sering mempertahankan agensi penguatkuasa terutama PDRM, tetapi dalam isu cermin gelap ingin saya tegaskan di sini bahawa ke semua agensi penguatkuasa seperti kebudak-budakkan.

Malu la masyarakat luar tahu begini tindakan penguatkuasa dalam negara kita.

Tidak hairanlah jika laman Facebook bantah larangan cermin gelap berjaya mendapat reaksi lebih 6 ribu pengguna Facebook selepas 48 jam dilancarkan selain persepsi masyarakat terhadap JPJ, PDRM dan juga Kastam dilihat negatif.

Natijah di sebalik gelagat penguatkuasa ini, percayalah kerajaan pemerintah bakal menjadi mangsa untuk dipersalahkan kelak!

Video terbaik dari laman Facebook :

https://www.facebook.com/photo.php?v=1513393492214343&l=4878334283144484986

Arios...!

YY : I’d kill every policy maker with a spoon, if I thought they had coffee for brains. But they’re simply not that intelligent, and I wish the people would wake up to that fact...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...