Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim begitu berbangga sekali kononnya kerajaan PKR begitu prihatin dengan rakyat dengan memberikan air percuma kepada semua rakyat di Selangor.
Walhal pada hakikatnya seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor dilaporkan masih belum menikmati air percuma sebagaimana didakwa mereka.
Dari blog Sahabat Gunung :
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong besar menyatakan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya prihatin kepada masalah seluruh rakyat dengan memberikan bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu.
Pembohongan itu jelas dilihat menerusi perangkaan yang diterima yang menunjukkan seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor tidak menikmati bantuan itu sehingga ke hari ini.
Katanya jumlah isi rumah itu katanya melibatkan keluarga yang tinggal di perumahan pangsapuri dan kondominium yang masih menggunakan meter bekalan air secara pukal.
"Sejak tahun 2008 bantuan bekalan air percuma ini dilaksanakan, kerajan negeri sering mencanang-canangkan perkara itu sebagai satu kejayaan dan keprihatinan mereka kepada rakyat.
"Hakikatnya yang sebenar ialah sehinga kini, lebih 1.4 juta isi rumah di seluruh Selangor tidak dapat menikmati bantuan air percuma itu. Jadi apakah ini bentuk keperihatinan kerajan negeri kepada rakyat," soalnya di hadapan pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, petang tadi.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga turut berhutang kepada rakyat yang tidak menikmati bantuan bekalan air percuma sebanyak RM400 juta dalam temph 40 bulan sejak bantuan itu diperkenalkan sejak empat tahun lalu.
Dalam pada itu, Mohd. Isa turut menuntut kerajaan negeri membayar insentif sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri bagi membantu merigankan beban kewangan mereka lebih-lebih lagi sesi persekolahan bermula awal tahun depan.
Insentif itu katanya harus diberikan juga kepada seluruh guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang turut menyumbang kepada pembangunan insan di negeri ini.
Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga harus memberikan bantuan RM100 kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) selaras Kerajaan Pusat yang memberikan bantuan itu kepada pelajar sekolah di negara ini.
"Kerajaan negeri mengatakan Bajet Selangor 2012 adalah bajet berimbang. Namun, apa rakyat nikmati daripada bajet negeri ini, tidak ada.
"Meskipun bajet Kerajaan Persekutuan defisit, rakyat jelasnya menikmati hasilnya seperti subsidi, bonus kakitangan awam termasuklah bantuan-bantuan lain kepada rakyat sehingga kepada persekolahan.
"Kalau kerajaan negeri mengatakan mereka berkebajikan, prihatin rakyat, mereka harus berikan bantuan-bantuan itu," ujarnya.YY : Janji PRU yang lalu berlambak lagi tidak ditunaikan...
No comments:
Post a Comment