NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Rasis. Show all posts
Showing posts with label Rasis. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Ketua Pemuda MCA Minta Menteri Balik Ternak Lembu, Jadi Editor THE STAR Kena Balik Ternak Babi?


Isu yang menyentuh sensitiviti kaum dilihat seperti tiada kesudahan, kenyataan DS Ismail Sabri tempoh hari memanaskan lagi suhu sentimen perkauman di Malaysia apabila MCA bertindak mengalahkan DAP.

Bagi saya kenyataan DS Ismail Sabri memang ada silapnya, namun beliau telah bertindak menjelaskan maksud tulisan di FB beliau. Malangnya, penjelasan tersebut seperti tidak boleh diterima oleh pemimpin cina terutama dari MCA.

Pada awalnya saya melihat tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon sekadar mahu menjuarai isu bagi kaum cina. Justeru, desakan agar menteri letak jawatan dilihat perkara biasa kerana orang UMNO juga pernah berkali-kali mendesak menteri MCA letak jawatan sebelum ini. 

Namun, hampir seminggu berlalu tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dilihat semakin keterlaluan. Serangan terhadap DS Ismail Sabri makin diperhebatkan, tidak cukup dengan lebih 30 laporan polis MCA semakin bertindak melampau.

Terbaru Senator Chong Sin Woon meminta DS Ismail Sabri balik tanam ubi dan ternak lembu. Kenyataan tersebut difahamkan dibuat dalam sebuah akhbar berbahasa cina sebagaimana dinyatakan oleh Facebookers Sya.

Nampaknya gesaan Presiden BN, DS Najib Tun Razak yang meminta agar polemik harga barang dengan isu perkauman dihentikan sedikit pun tidak diendahkan oleh Ketua Pemuda MCA.

Mungkin Ketua Pemuda MCA mahu menjadi hero bagi kaum cina kononnya beliau sensitif dan prihatin dengan isu-isu yang membabitkan serta menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

Tapi dia terlupa bahawa akhbar milik MCA lebih rasis jika mahu dibandingkan dengan kenyataan DS Ismail Sabri.


Ini kerana The Star antara akhbar berbahasa Inggeris yang paling kerap menyiarkan artikel berbentuk perkauman selain menghina sensitiviti umat Islam. 

Jika Senator Chong Sin Woon benar-benar mahu Malaysia masyarakat Malaysia bebas dari melakukan perbuatan yang menyentuh sensitviti kaum serta penghinaan agama beliau sepatutnya mendesak kepimpinan MCA menukar Ketua Pengarang The Star.

Recap akhbar milik MCA yang menghina dan menyentuh sensitviti umat Islam :

The Star pernah mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak. 
2 May 2008  - The STAR ruangan komik , bahagian bawah telah menyiarkan karikatur 'The flying mccoys' - karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. 
10 Ogos 2011 - The STAR ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds" - babi panggang untuk berbuka puasa disiarkan dalam bulan Ramadhan.



27 Februari 2012 -  The STAR dalam ruangan Music telah menghina kalimah Allah melalui penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo kalimah Allah pada dadanya yang terdedah.

Cukup dulu setakat itu untuk tatapan Ketua Pemuda MCA.

Sebagai penutup kalau DS Ismail Sabri diminta balik ternak lembu dan tanam ubi kerana mengeluarkan kenyataan rasis. 

Bolehkah kami ingin meminta jasa baik Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon agar turut meminta Ketua Pengarang The Star balik Tiong Shan ternak babi..?

Arioss..!

YY : Paku dulang, paku serpih, MCA kata menteri UMNO tapi akhbar MCA lagi lebih!



Monday, February 3, 2014

[VIDEO] : Komuniti Cina Selar Kebiadapan Wakil DAP Seputeh Teresa Kok!


Kebiadapan Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh di atas penerbitan video sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bersifat perkauman selain menghina pemimpin negara DS Najib Tun Razak dikecam ramai pihak termasuk masyarakat cina sendiri.

Beberapa wakil pemimpin masyarakat cina turut mendesak Teresa Kok supaya memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas perbuatannya kerana cuba menaburkan kebencian di kalangan masyarakat cina terhadap kerajaan.

Antara rakaman pemimpin komuniti masyarakat cina yang menyelar perbuatan biadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok :









Ini bukan kali pertama Teresa Kok menunjukkan sikap biadap serta anti Melayu/Islam, mungkin ada yang masih ingat pada 18 September 2008 Teresa Kok pernah menerima petisyen 189 penduduk supaya azan diperlahankan di masjid. 

Malah pada 2 Januari 2009 pula kebiadapan Teresa Kok makin terserlah apabila mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayu.

Kenapa cina DAP semakin biadap - kerana Melayu dalam PAS dan PKR sendiri yang merelakan bangsa dan agama mereka dihina oleh cina DAP.


Malang sungguh nasib orang Melayu hari ini kerana pemimpin komuniti cina lebih berani menghentam Teresa Kok berbanding pemimpin Melayu terutama dalam PAS dan PKR yang membiarkan kaum sendiri dihina oleh cina DAP.

Mereka mengizinkan perbuatan Teresa Kok yang jelas menghina kaum Melayu itu sendiri hanya kerana individu yang dihina itu adalah DS Najib Tun Razak serta Barisan Nasional.

Bangkitlah Melayu...!

Friday, December 21, 2012

Lantik Cina Jaga Hal Ehwal Melayu - Bukti DAP Rasis


Sejauh mana agaknya DAP menyangka mereka mampu menipu orang-orang PAS atau orang-orang Melayu kononnya parti itu bersifat terbuka dan menerima berbagai kaum secara sama rata? Sebodoh-sombong manakah DAP sehingga menyangka yang orang Melayu semuanya bodoh seperti mereka juga? 

Jika DAP tidak bodoh, maka, apa ke jadahnya parti itu melantik seorang Cina untuk menjaga hal-ehwal Melayu? Inilah yang berlaku dalam Kongres DAP 2012 pada hujung minggu lalu di mana setelah semua Melayu yang bertanding untuk Jawatankuasa Kerja Pusat DAP (CEC) kalah, maka parti itu cuba menutup sifat rasis mereka melalui lantikan di bawah kuota Melayu.

 Antara yang dilantik ialah Zairil Khir Johari iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua, Zairil juga adalah CEO Penang Institute (badan pemikir DAP). 

Tentu ramai yang hairan dan tidak percaya bagaimana Guan Eng atau DAP boleh melantik seorang Melayu bagi jawatan-jawatan penting ini sedangkan di mana-mana syarikat yang dikuasai Cina, untuk menaikkan pangkat seorang Melayu yang layak ke tahap pengurusan atasan juga adalah sesuatu yang mustahil. 

Setelah mengkaji latarbelakang Zairil maka kehairanan ini pun terjawab. Dan jawapan yang didapati pula disahkan sendiri oleh laman pro-pembangkang iaitu Suara PR. Jawapannya ialah kerana Zairil bukan seorang Melayu tetapi Cina. Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah. 

Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga. Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun. 

Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil. Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya. 

Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP. Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu. 

Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum. Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu. Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita? 

Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita. Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan ‘orangnya’. Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan ‘orang-orangnya’. 

Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP? Tidak ada tafsiran lain lagi yang lebih tepat selain dari DAP terlalu angkuh dan terlalu membenci Melayu untuk meletakkan seorang Melayu sebagai wakil Melayu. 

Dan selagi boleh, DAP akan cuba mengelak, menipu dan memanipulasi keadaan bagi memastikan Melayu terus dibelakangkan dalam parti, dalam ekonomi dan dalam segala-galanya. 

Laman Suara PR boleh cuba membentangkan berbagai alasan berbentuk undang-undang dan perlembagaan untuk menjustifikasikan perlantikan Zairil, namun ia tidak akan dapat menutup hakikat keangkuhan dan sifat perkauman DAP yang tiada taranya.

Friday, March 23, 2012

Kaum India Tiada Tempat Dalam PKR - Dulu Hina Gobala Kini Mereka Hina Pengundi India Pulak?

PKR menghina kaum India lagi, jika dulu Azmin Ali pernah menghina N.Gobalakrishnan dengan gelaran 'PARIAH' sekarang giliran Johari Abdullah pula memperkecilkan peranan pengundi berbangsa India.

Bukan sahaja Azmin Ali orang no.2 PKR, Anwar Ibrahim sendiri turut menghina kaum India dengan melemparkan sindiran kepada N.Gobalakrishnan berbunyi "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" ketika sidang dewan Parlimen sehingga menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen Padang Serai.

Selepas itu nasib kaum India terus diperlekeh dan dihina oleh Anwar Ibrahim dalam satu ceramah dengan mengatakan "tak guna punya Hindu" sehingga menimbulkan kemarahan sebuah NGO India.


Meneliti kenyataan bersifat perkauman yang diluahkan oleh pemimpin PKR ini jelas membuktikan bahawa kaum India langsung tiada tempat dalam PKR mahu pun Pakatan.

 

Petikan Buletin Utama di bawah pula memaparkan bekas Timb. Setiausaha Agung PKR turut mendakwa bahawa PKR bukanlah parti untuk semua kaum kerana pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada kaum India :

 

Kini mereka sekali lagi menghina kaum India dengan memperkecilkan peranan pengundi kaum India di negara ini sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa undia India tidak mereka perlukan untuk terus berkuasa di Kedah.

Oleh Beruang Biru :
RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India. 
Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut. 
Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya.  
Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar. Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. 
Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan. Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih. 
Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah. 
Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut. Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. 
Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata. Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. 
Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam. Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.  
Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang.
Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. 
Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

Sunday, November 27, 2011

Dulu Azmin Ali Hina India "PARIAH" - Kini Nga Kor Ming Pula Hina Melayu?



Seronok sungguh Melayu berkopiah ketawa apabila orang Islam berkulit gelap dihina oleh orang cina yang bernama Nga Kor Ming.

Masih ingat dulu bagaimana Azmin Ali menggelarkan N.Gobalakrishnan dengan perkataan 'PARIAH'?

Adakah kenyataan sebegini tidak rasis?

Masih ingat dengan orang Melayu yang menyebut 'kaki botol' dan 'mata sepet'?

Apa jadi dengan orang itu?

Dikenakan tindakan?

Diberhentikan kerja?

Cuba tanya 'pak google'...

YY : Malas taip panjang-panjang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal