"Kalau dah rugi tutup sajalah Pak Zizan Oii..." |
Mungkin inilah yang dimaksudkan "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua" sebagaimana diperkatakan dalam manifesto PAS Kedah dalam PRU12 yang lalu.
Di sebalik keindahan slogan yang dicipta oleh PAS itu, kita dapat lihat bahawa sepanjang berada di bawah pemerintahan PAS, negeri Kedah Darul Aman tidaklah sejahtera dan rakyatnya tidaklah merasa nikmat sebagaimana digambarkan dalam manifesto mereka.
Contoh mudah adalah ketika Kedah dilanda banjir besar sekitar November 2010 yang lalu, beribu mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dikatakan tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dari kerajaan negeri.
Sejak PAS memerintah negeri Kedah apa yang dapat diperhatikan adalah suasana negeri tersebut dikatakan agak malap dan merundum baik dari segi ekonominya atau aktiviti-aktiviti lain.
Projek yang diumumkan oleh kerajaan negeri juga dilihat tidak dapat menarik pelabur luar malah ianya juga tidak memberi pulangan yang besar malah boleh dikatakan langsung tidak memberi impak yang boleh meningkatkan pendapatan negeri berkenaan.
Lihat sahaja projek Keli-K yang di Sg.Pau, Sik Kedah yang dikatakan gagal mencapai sasaran serta tidak memberi pulangan yang besar malah ianya rugi sepanjang setahun ianya dijalankan dan jumlah kerugian yang dialami dianggarkan bernilai RM400k.
Kegagalan projek Keli-K ini pernah didedahkan di saluran televisyen sekitar tahun lepas. Di mana pada waktu itu pengawal di kolam berkenaan tidak membenarkan wartawan bertugas memasuki ke kawasan berkenaan untuk membuat liputan.
Ikan yang diternak di kolam tersebut dikatakan hanya dijual di tepi-tepi jalan tidak lebih 10 kilometer dari kolam yang menempatkan projek berkenaan. Namun ketika didedahkan tahun lepas saya tidaklah mengambil pusing sangat memandangkan ianya disiarkan oleh TV kerajaan.
Tapi selepas diakui oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir Amiruddin Hamzah ketika menjawab soalan dalam sidang Dun Kedah bahawa projek yang dijalankan oleh kerajaan PAS Kedah itu memang gagal membuatkan saya percaya apa yang dipaparkan oleh TV1 tahun lepas.
Walaupun gagal projek yang telah terbukti mengalami kerugian hampir RM400k sepanjang 2009-2010 ini tetap mahu diteruskan oleh kerajaan negeri. Bagi saya ini adalah keputusan yang agak 'gila' dari kerajaan PAS.
Mana ada orang berniaga akan meneruskan perniagaan mereka jika terang dan jelas mereka mengalami kerugian hampir RM400k hanya dalam tempoh setahun projek berkenaan dijalankan?
Setahun dijalankan telah mencatat kerugian sehingga RM400k, bagaimana jika projek ini dijalankan oleh kerajaan UMNO/BN? Percayalah saya cakap nescaya mereka akan serang segenap ruang kononnya wang rakyat digunakan untuk kepentingan sendiri.
Sedikit nasihat untuk kerajaan di bawah pimpinan Pak Zizan, jika ikan yang diternak dalam projek Keli-K tidak dipasarkan secara meluas, usah mimpilah untuk mendapat pulangan modal yang dilaburkan, jauh sekali untuk 'cover' kerugian RM400k yang hangus sebelum ini.
YY : Macam mana nak urus negara kalau urus syarikat ikan keli pun rugi ni Pak Zizan oii... hehehe...
1 comment:
Tambahan:-
Macam mana nak urus negara kalau urus perternakan kambinng janapari pun gagal wahai Pak Husam Musang oii... hehehe...
Post a Comment