NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, November 5, 2011

Seksualiti Merdeka : DS @HishammuddinH2O Gesa Rakyat 'Majoriti Senyap' Bangkit Membantah


Kepantasan PDRM menghalang festival Seksualiti Merdeka yang diadakan di The Annexe Gallery mendapat respon positif daripada masyarakat pelbagai agama.

Sebelum ini dilaporkan tindakan kumpulan Seksualiti Merdeka yang mahu memperjuangkan nasib golongan gay, lesbian dan dwiseks atas nama hak asasi manusia di negara ini telah mendapat bantahan daripada 71 NGO Islam, Kristian dan juga Hindu.

Respon ini diberikan oleh rakyat pelbagai latar belakang melalui laman twitter kepada menteri bertanggungjawab iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein. Selain daripada memberi respon dan mengucapkan syabas di atas tindakan pantas PDRM kebanyakkan rakyat Malaysia masih bertindak mengecam tindakan gila penganjur festival ini.





Dalam masa yang sama DS Hishammuddin turut menggesa rakyat 'silent majority' supaya bangkit bersuara menentang sebarang usaha yang jelas bercanggah dengan agama Islam. Selain daripada itu saya juga terbaca DS Hishammuddin bertindak mempersoalkan pendirian Anwar Ibrahim berhubung penganjuran festival ini.





Tahniah PDRM dan KDN kerana berjaya menghalang gerakan gila kumpulan Seksualiti Merdeka atas nama hak asasi manusia.
"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Forum Seksualiti Merdeka tetap tidak akan dibenarkan walaupun ada pihak yang mendakwa ia tidak menyalahi undang-undang dan dilakukan dalam bilik tertutup tanpa menjejaskan ketenteraman awam. 
Katanya forum tersebut secara jelas mencemar budaya, cara hidup, moral & agama semua kaum di negara ini. Malah perbuatan segelintir minoriti ini ternyata telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada majoriti rakyat kita yang berbilang kaum, katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban di Sembrong di sini, hari ini."

Walaupun dilabel dengan pelbagai gelaran buruk saya melihat DS Hishammuddin tetap komited dalam menjalankan tugas beliau, malah jujur saya katakan beliau merupakan antara pemimpin yang begitu mesra dengan rakyat setiap kali beliau turun padang.

Akhir sekali syabas diucapkan kepada DS Hishammuddin kerana berjaya menguasai aplikasi twitter dalam masa yang singkat serta berusaha menjawab sendiri setiap soalan yang dilontarkan oleh rakyat biasa.




YY : Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Mengerjakan Ibadah Korban buat semua penganut agama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Ramai org kata Hisham ni lembik, pondan, mamat senyum la apa la. Tapi bagi aku. Aku tahu dia pemimpin yg baik di Sembrong nun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...