BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, November 10, 2011

#saveKelantan : Campur Tangan Pemimpin PAS Dalam KBSB - Natijahnya Rakyat Kelantan Merana Kerana Air



Oleh : Rahman Iskandar

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran kerajaan PAS Negeri Kelantan.

Sejarah konflik dalaman telah bermula sejak tahun 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte Ltd, dan dikenali sebagai Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa tersebut, diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

1999, bermula episod baru di mana kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama penamatan Thames Water Pte Ltd sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi yang baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn Bhd sehingga kini.

Pada akhir 2005, terdapat ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada masa tersebut, yang dikenali amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya, di mana pada akhir 2007, beliau telah diarah untuk meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan sebuah konglemerat, iaitu dari PLUS Highway Bhd sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman beliau dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa, dalam menjadikan beliau sebagai kuda tunggangan demi mencapai cita-cita peribadi masing-masing. Pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarah beliau untuk mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru, di mana pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing. Kecetekan pengalaman dan sifat ‘yes man’ kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan :

1) Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM 11 juta, untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada tahun 2012 nanti bagi menampung kerugian tersebut. 
2) Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh. 
3) Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut. 
4) Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air. 
5) Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air. 
6) Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan. 
7) Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat. 
8) Hutang tertunggak dianggarkan RM 12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini, mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri. 
9) Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya. 
10) “Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027”…itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011 …. untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB. Jadi, fikir-fikirkanlah.

YY : 17 tahun lagi deh... tunggu la padey gitu doh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...