NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Penduduk Gantung Sepanduk Desak MB Kelantan Beri Penjelasan Projek Bandar Baru #PengkalanKubur


Sebaik saja PAS merampas Kelantan daripada BN pada tahun 1990, PAS mendakwa mereka berjaya membawa berbillion pelaburan masuk ke Kelantan.

Antara pelaburan terbesar adalah pembinaan projek mega Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan pada tahun 1993 bernilai RM2.3 billion namun dibatalkan secara tiba-tiba pada tahun 2002.

Sempena PRK Pengkalan Kubor beberapa hari lepas saya bangkitkan semula janji yang dibuat PAS lebih 18 tahun lalu di laman Facebook rujuk [SINI] dan [SINI]

Difahamkan beberapa sepanduk yang bertanyakan mengenai projek tersebut dinaikkan sekitar Pengkalan Kubor lewat malam kelmarin.


Rakyat Pengkalan Kubor berhak menyuarakan perkara ini memandangkan projek tersebut diumumkan sendiri oleh Datuk Ahmad Yaakob semasa menjawab sidang DUN pada 26 Oktober 1996.


Lagu khas untuk MB Kelantan - rakyat kampung dok tanya pembangune.. haha!



Wednesday, September 17, 2014

#BN4N01 #PengkalanKubor : Video Exco Kelantan YB Nasaruddin Daud Menghasut & Fitnah Kerajaan!



Rakaman ceramah di UPU Kampung Simpangan oleh ADUN PAS Meranti, YB Nasaruddin Daud yang memfitnah kerajaan membayar royalti kepada kerajaan Thailand serta bersubahat bersama kerajaan Thailand dalam insiden Tak Bai.


Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ;
“Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak. 
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman...” 
Mengikut undang-undang kenyataan yang dibuat oleh YB Nasaruddin Daud jelas mempunyai kecenderungan menghasut dan mendatangkan kebencian terhadap kerajaan.


Petikan laporan Mstar :
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 
Ketua pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.   
Menurut Akbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.   
Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.     
Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dah Hubungan Serantau Negeri.   
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Saturday, January 25, 2014

Belasungkawa : Allahyarham Tuan Guru Dato Harun Taib Disegani Kawan & Lawan


Pemergian Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Tuan Guru Dato' Harun Taib merupakan satu kehilangan besar buat parti PAS. 

Dato Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sekitar jam 12.00 malam tadi.

Allahyarham antara merupakan pemimpin PAS yang disegani di kalangan ahli UMNO kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh kaum bukan Islam.

10 perkara yang perlu sahabat pembaca tahu mengenai Allahyarham Tuan Guru Harun Taib :

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” 
2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH:
“Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505:
“Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505:
“Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505:
“Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”
  - kl express

Itulah keperibadian Allahyarham Tuan Guru Harun Taib yang disegani oleh kawan dan lawan. Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham di atas kehilangan orang yang tersayang.

Al- Fatihah....

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau : BN Tewas, Pengundi Sungai Limau Kekal Pilih PAS Walaupun Calon Proksi Phaholrazi


Sebelum itu, tahniah buat skuad Pahang yang berjaya menewaskan pasukan Kelantan 1 - 0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam sekaligus mengakhiri penantian 21 tahun penyokong skuad Tok Gajah untuk melihat pasukan mereka bergelar juara. 

Walaupun kecewa kerana Kelantan gagal mempertahankan Piala Malaysia buat kali ketiga, saya akur kerana kalah menang adat dalam pertandingan. Malah sahabat blogger RBF dilaporkan masih dalam keadaan trauma ekoran kekalahan Kelantan.

Itu cerita pasal bola...

Kita tinggalkan cerita bola, kita kembali kepada Pilihan Raya Kecil N20 DUN Sungai Limau di mana lebih kurang satu jam sahaja lagi seluruh pusat pengundian akan dibuka oleh SPR bagi membolehkan 27,000 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penduduk Sungai Limau.

Persoalannya mampukah BN merampas kerusi Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu PAS?

DUN Sungai Limau yang mempunyai 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dikuasai PAS selama lima penggal di mana semasa PRU13 yang lalu, PAS berjaya memenangi kerusi tersebut majoriti 2,774 undi.


Mengikut pemerhatian saya BN memiliki peluang yang cerah berdasarkan sikap dan penerimaan pengundi terhadap jentera kempen BN berbanding sebelum ini. 

Menurut penduduk tempatan, berdasarkan beberapa Pilihan Raya yang lepas, masyarakat Sungai Limau dikatakan agak sukar menerima kehadiran jentera BN di kawasan mereka.

Namun keadaan ini mula berubah selepas pengkhianatan dan komplot dalam PAS Kedah terhadap arwah Ustaz Azizan. 

Selain itu kejayaan BN yang dipimpin oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mentadbir selepas berjaya merampas Kedah dalam PRU13 yang lalu turut mengubah sokongan pengundi terutama golongan muda untuk menyokong BN.


Sokongan terhadap PAS dikatakan dipengaruhi oleh Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid iaitu antara sekolah pondok yang dikunjungi oleh Dato Mukhriz Mahathir berbanding PAS yang sibuk menggantung replika kaki arwah Ustaz Azizan bagi meraih undi simpati penduduk Sungai Limau.

Manakala berdasarkan kajian Ilham Centre sehingga saat akhir kempen PAS meraih sokongan sekitar 55 ke 60 peratus pengundi diekori BN sebanyak 40 ke 45 peratus.


Hasil kunjungan saya sepanjang dua hari di PDM Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permatang Buloh dan Sungai Dedap. PAS dijangka mengekalkan kerusi Sungai Limau sekaligus menafikan usaha BN untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.

Melalui kemenangan PAS yang akan diumumkan seawal jam 9.00 malam oleh SPR yang turut menyediakan 18 generator TNB - membuktikan bahawa pengundi Sungai Limau tidak mempertahankan maruah arwah Ustaz Azizan kerana tetap memilih proksi Phahrolrazi atas dasar ingin mengekalkan kawasan tersebut kepada PAS.

Ia turut mengagalkan usaha Dato Mukhriz Mahathir untuk menunaikan pesanan arwah Ustaz Azizan ketika menyerahkan pentadbiran negeri, agar menjaga dan mentadbir negeri Kedah dengan baik malah lebih baik dari apa yang dilakukan olehnya.

Walaupun menang dan berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau, percayalah kemenangan itu tidak bermakna, kemenangan itu tidak semanis kemenangan BN merampas negeri Kedah ketika PRU13 yang lepas.

Saya tidak yakin pengundi Sungai Limau membaca blog saya atau tidak - jika ada sahabat pembaca yang merupakan pengundi berdaftar di DUN Sungai Limau. Tiada apa yang saya mahu katakan selain tahniah kerana Sungai Limau tetap kekal kepada PAS tapi dikuasai Phahrolrazi.


YY : Menang merampas pentadbiran negeri lebih manis dari kejayaan mengekalkan kerusi DUN...

Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau : "Kita Kena Buat Sesuatu Bagi Azizan Kalah, Baru Nasir Naik Jadi Exco" - Kata Proksi Calon PAS



Hanya tinggal 48 jam sahaja lagi sebelum berakhirnya tempoh kempen PRK Sungai Limau, satu rakaman perbualan Phahrolrazi yang berusaha menjatuhkan arwah Ustaz Azizan didedahkan.

Dalam perbualan telefon tersebut jelas kedengaran bahawa Phahrolrazi ingin merancang supaya arwah Ustaz Azizan kalah di DUN Sungai Limau dalam PRU13 bagi membolehkan Nasir Mustafa dinaikkan sebagai Exco.

Jika calon PAS adalah proksi kepada individu yang pernah cuba menjatuhkan arwah semasa hayatnya. Tiada sebab  untuk pengundi Sungai Limau harus KEKAL dengan dengan memilih calon PAS pada 4 November nanti.

Pengundi Sungai Limau perlu BERANI HIJRAH dengan memilih BN bagi menghalang usaha Phahrolrazi yang meletakkan proksi apabila gagal menjatuhkan arwah semasa PRU13 lima bulan lalu.


YY : Replika kaki arwah merupakan provokasi paling hina dalam sejarah PRK di Malaysia...

Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau : Sambutan Hambar di Ceramah Anwar Ibrahim Petanda Penduduk Sg. Limau #BeraniHijrah


Kita sering melihat Anwar Ibrahim dan media-media pro pembangkang menyiarkan gambar program ceramah mereka yang dihadiri berpuluh ribu rakyat Malaysia terutama ketika negara menghampiri PRU13 tahun lalu. 

Namun di Sg. Limau pertama kali saya melihat program ceramah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim tidak diberikan sambutan oleh penduduk tempatan.


Apa yang saya perhatikan rata-rata penduduk yang hadir hanya mahu melihat Anwar Ibrahim secara langsung di depan mata mereka, majoriti dari hadirin dilihat sekadar singgah buat seketika dan terus berlalu sebaik sahaja mereka melihat susuk tubuh Anwar Ibrahim.

Mak cik senyum lepas tengok bang Non merapu..
Mungkin penduduk Sg. Limau iaitu rakyat Malaysia secara umumnya sudah jemu dan muak mendengar skrip Anwar Ibrahim yang sama serta dilihat semakin ketandusan isu untuk memburuk-burukkan BN.

Khabarnya terdapat dua lagi program ceramah Anwar Ibrahim, bukan tiada rakaman video cuma khuatir kalau saya letak video bagi orang PAS tengok, nanti ada yang kata video itu besi pulak.

Hahaha...

Arios...!

#PRKSgLimau : Penyokong PAS Tolak Kehadiran Anwar Ibrahim di Sg. Limau


Para penyokong PAS (penyokong arwah Ustaz Azizan) menaikkan kain rentang  sebagai tanda protes mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim menjelang dua hari sebelum tiba hari pembuangan undi pada  4 November ini.

Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau : #PASMunafik Ritual Padi Sempena Nama Calon PAS Oleh TG Hadi Awang Syirik & Bidaah



Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. 

Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan ‘ritual’ tersebut bukan merupakan amalan sunah.

Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya “Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya. 

“Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

“Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

“Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap” katanya.

Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang ‘double standard’ sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program ‘ancak’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.

“Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh” tegas beliau lagi.

Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu ‘ancak’ hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau : Mahfuz yang Dulu Bukan yang Sekarang, Dulu Desak Ust. Azizan Letak Jawatan Sekarang?



Terlebih dahulu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tertarik melihat Pesuruhjaya PAS Kedah Mahfuz Omar yang mendakwa BN melancarkan kempen tidak berakhlak dan beradab kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaitkan arwah Ustaz Azizan dalam ucapannya.

Hahaha...

Mahfuz nampaknya cuba meraih simpati kaum keluarga arwah Ustaz Azizan Razak memandangkan kaum keluarga arwah difahamkan menolak calon pilihan PAS kerana turut terlibat dengan Phahrolrazi mengacau urusan pentadbiran negeri Kedah ketika ia di bawah pimpinan Ustaz Azizan. [sini]

Mungkin Mahfuz fikir rakyat di Sg. Limau dan Kedah umumnya  terlalu bodoh sehingga lupa apa yang berlaku sekitar Februari 2012, di mana Ustaz Azizan dikritik dan dikecam hebat orang PAS sendiri.

Malah hubungan mesra arwah dengan BN serta kehadiran arwah dalam program IM4U turut dikecam, sehingga membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong Ustaz Azizan yang terdiri dari golongan ulamak.


Penyokong arwah Ustaz Azizan akhirnya mengeluarkan amaran PAS Kedah bakal menerima padah dalam PRU jika terus mengecam Ustaz Azizan Razak. Pergolakkan dalaman PAS Kedah di antara penyokong erdogan dan ulamak antara faktor PAS tewas dalam PRU13 yang lalu.

Ketika isu pergolakkan dalaman PAS hangat diperkatakan, menurut sumber dalaman PAS selain Phahrolrazi, Mahfuz Omar dikatakan turut terlibat dalam mendesak Ustaz Azizan letak jawatan, ia didedahkan oleh beberapa laman blog PAS sehingga Mahfuz tampil membuat penafian.


Tindakan Mahfuz yang mahu TPM mohon maaf kepada keluarga arwah tidak lebih sekadar percubaan untuk menutup kisah lalu serta bimbang memandangkan dalam PRU13, PAS menguasai kerusi DUN Sg. Limau yang mempunyai 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan majoriti 2,774 undi.

DUN Sg. Limau bukanlah kubu kuat PAS sebaliknya rahsia kejayaan PAS mengekalkan kerusi DUN Sg. Limau selama lima penggal sebenarnya disebabkan pengaruh dan rasa sayang penduduk kepada arwah Ustaz Azizan Abdul Razak yang bersikap mesra.

Kini Mahfuz Bean Omar yang dulu bukan yang sekarang...

Dulu cuba nak jatuhkan arwah Ustaz Azizan...

Sekarang Mahfuz jadi sayang kepada arwah...

Hahaha...

Rakyat Sg. Limau  perlu Berani Hijrah kepada BN untuk mengajar puak-puak erdogan dalam PAS Kedah!



YY : Bro Mahfuz hang dah mintak maaf dengan arwah ustaz Azizan dan keluarga arwah ke belum?

Thursday, October 24, 2013

#PRKSgLimau : Nik Aziz Tak Restu Calon PAS?


Seperti ada yang tidak kena, suasana kempen pilihan raya kecil Sungai Limau tidak berjalan seperti kebiasaannya. Ini kerana sejak semalam, Pas telah mula menurunkan jentera kempennya dan memasang bendera dan poster di kawasan-kawasan yang dianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.

Namun sehingga ke pagi ini, tiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak seperti kempen pilihanraya sebelum ini, jentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagai umpan untuk memancing pengundi.

Contohnya poster yang paling popular, Nik Aziz Menangis yang sering dijaja bagi menagih simpati pengundi. Tidak cukup dengan itu, DAP yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan chauvinist, turut menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.

Inilah pendekatan pembangkang yang dinamakan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan), jenama atau label. 

Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannya haram. Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi parti Islam janji menang pilihan raya, apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang.

Berbalik kepada isu tadi, yang paling menarik, ada pihak di dalam kem pembangkang mengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk menyingkirkan Nik Aziz.

Ini kerana mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur tangan dalam urusan parti dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagi  menjawat jawatan MB. Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob. Atas sebab itu, satu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut.

Paling memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon yang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana calon yang diketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turut menganuti fahaman Syiah.

Sebagai tanda protes, Nik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan mereka mengejar kuasa.

Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz, juga dikatakan sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita, kononnya mantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.

Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga sudah mula ‘dipakaikan pampers’ bagi 
menunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzur. Nampaknya gayanya, semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.

Tahniah kepada puak Endorgan Pas, ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS. - Beruang Biru

Sunday, July 14, 2013

[VIDEO] : #PRKualaBesut Tidak Cukup 'Lacurkan' ALLAH PAS Berkempen Pula di Masjid?



Terkejut saya melihat kegilaan PAS dalam manipulasi rumah Allah untuk membantu kempen politik calon mereka iaitu Che Long 'Cari Make' semalam.

Tidak cukup dengan pengakuan yang mengelirukan sebelum ini sebagaimana yang mengatakan "Allah memilihnya untuk berada di sini (Kuala Besut) seperti mana video yang disiarkan blogger GelombangKick.

Baru hari ketiga kempen, masjid dan surau di Kuala Besut mereka sudah mula pergunakan, tindakan ini sebenarnya adalah satu perbuatan yang tidak patut dimaafkan oleh umat Islam di Kuala Besut memandangkan kempen PAS melalui rumah-rumah Allah sebelum ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Islam!

Hari ketiga masjid mereka pergunakan, saya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa PAS kini giat mengerahkan jentera mereka ke setiap surau dan masjid ketika waktu berbuka bagi menyuntik ideologi ekstremis.

PAS mengambil kesempatan ekoran waktu solat Magrib (berbuka) serta berterawih kebanyakkan surau dipenuhi oleh penduduk tempatan lebih-lebih lagi sepanjang Ramadhan!

Penduduk Kuala Besut perlu waspada dengan wajah-wajah 'asing' yang mendekati mereka dengan pelbagai janji-janji termasuklah syurga...

Tunggu rakaman tersorok yang berlaku di antara dua jemaah di dalam masjid...

Jeng..jeng...jeng!

Saturday, July 13, 2013

DUN #N01 #PRKualaBesut , DUN Salor, DUN Chempaka & #CalonCariMake - Hok Ado Loni Comel Doh!


13/07/2013 - "Hok ado loni comel doh!" - Itu yang boleh digambarkan apabila melihat pembangunan yang ada di sekitar Kuala Besut. Tak lengkap rasanya berkunjung ke tempat orang tanpa menyelidik sosiopolitik penduduk setempat terlebih dahulu.

Tinjaun saya sebentar tadi di beberapa perkampungan untuk mengenali sosiopolitik masyarakat di sini, boleh dikatakan 'bahang' mula dirasai di sekitar Kuala Besut berbanding semalam.

Bendera-bendera dari kedua-dua parti bertanding dilihat lebih meriah. Mood PRK mula dirasai lebih-lebih lagi peranan pengamal media sosial yang semakin bertambah menghangatkan lagi 'bahang' kempen di Kuala Besut ketika ini.




Calon 'CARI MAKAN'.


"Oh.. Che Long Cari Make..ambo kenal!" - dialog seorang brader ketika saya singgah di sebuah pusat PDM, di mana sebelahnya diadakan satu pertandingan nyanyian burung (kawe lupo burung gapo), satu permainan yang agak popular bagi masyarakat pantai timur.



Che Long cari makan?

Saya tertanya-tanya kenapa calon PAS dikenali dengan nama istilah 'CARI MAKE' bagi masyarakat di sini atau lebih tepat dipanggil sebagai pengundi di DUN Kuala Besut?

Lalu terburailah cerita bahawa calon PAS Kuala Besut ini rupanya bekas AJK Cawangan UMNO satu ketika dulu sebelum dia dipecat ekoran kecenderungan dia untuk 'cari make' dengan PAS ketika PAS menerajui negeri tersebut.

Ingatkan cerita ini hanya mainan di media sosial sahaja, rupa-rupanya ia adalah satu kisah benar malah menjadi buah mulut masyarakat setempat lebih-lebih lagi nama Che Long dipilih sebagai calon PAS.

Kerana menurut brader 'burung' tadi rata-rata ahli PAS Besut mengharapkan bekas calon sebelum ini iaitu Zawawi Salleh dan Wan Azhar Wan Ahmad iaitu Yang Dipertua PAS Besut.

"Kito toksey  Tok Wokil hok banyok duk Kota Bharu dari tempat sendiri!" tambah brader 'burung' kepada merujuk kepada Che Long Cari Make kerana dia khabarnya banyak menghabiskan masa untuk menguruskan perniagaannya di Kota Bharu selain bersikap 'mata duitan' dan gila 'projek'.

Menilai perbualan singkat dengan brader 'burung' maka saya tidak hairanlah apabila Datuk Idris Jusoh menggesa agar PAS jangan membuang masa bertanding sebaliknya beri sahaja kemenangan kepada calon BN.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Besut yang lebih yang arif serta mesra dengan masyarakat Besut itu sendiri maka saya merasakan kata-kata Datuk Seri Idris Jusoh kepada PAS agar "jangan buang masa bertanding" adalah kerana misi 16:16 PAS di Terengganu merupakan satu mimpi yang sukar dicapai oleh mereka.

Hok Loni Comel Doh!

Melihat pembangunan serta infrastruktur yang ada di sekitar DUN Kuala Besut pula, saya berani katakan ia lebih jauh maju berbanding DUN Salor yang diwakili Pengarah PRK PAS Kuala Besut Husam Musa serta DUN Chempaka yang diwakili oleh Mursyidul Am PAS iaitu Nik Aziz sendiri.

Pembangunan di Kuala Besut

Ini pula DUN Chempaka diwakili Nik Aziz berpenggal-penggal lamanya :



Akhir sekali kita lihat DUN Salor yang diwakili oleh Husam Musa :



Yang mana lebih comel...?

Hok ado loni di Kuala Besut comel doh!

Jadi adik-kakok...

KITO KEKAL KUALA BESUT DENGAN BN.

KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU...!

Monday, May 13, 2013

PAS - UMNO Bersatu - Dilema Melayu Kita...

"PAS tidak mungkin bersatu dengan UMNO" itulah kata Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali atau lebih dikenali sebagai 'Stopa Spender' selepas single terbaru beliau berjudul 'Baby' hangat tersebar di laman-laman internet. 

Populariti yang diraih Stopa Spender bersama 'Baby' turut melariskan jualan-jualan spender di seluruh negara.


Selepas keputusan PRU13 yang memperlihatkan penguasaan DAP terhadap undi kaum cina tempoh hari, ramai pihak mendesak agar dua parti melayu iaitu PAS dan UMNO bergabung bagi survival bangsa dan agama.

Bila mendengar cadangan yang disuarakan pihak-pihak yang bimbang dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu ia mengingatkan kita mengenai 'kerajaan perpaduan' yang timbul sebaik selepas PRU 2008.

Keletung-keletang kompang berbunyi agar kerajaan perpaduan ditubuhkan demi kebaikan Islam dan Melayu. Jika dulu yang mencadangkan 'kerajaan perpaduan' ialah Hadi Awang sendiri kerana melihat ketidaktentuan dalam PR.

Kini sejarah selepas PRU12 berulang dalam PRU13, melihat DAP berjaya menguasai dan menyatukan undi kaum cina. Maka cadangan agar PAS dan UMNO bergabung muncul semula. Tetapi sejauh manakah keikhlasan yang ada dalam diri pimpinan PAS?

Sejauh manakah kesungguhan untuk pemimpin politik melihat dua parti ini bersatu?

Boleh dikatakan tiada kesungguhan, pendek kata cadangan penyatuan dua parti ini hanya bersifat sementara. 

Kerana sikap pimpinan PAS lebih gemar menegakkan kepala takuk yang basah!

Cadangan yang tidak diusahakan secara berterusan, kejap timbul kejap tenggelam.

Jadi tak payahlah buang masa cadang dua parti ini bergabung jika ia tidak disusuli dengan usaha berterusan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah pemimpin-pemimpin politik Melayu!

Ulang siar Rencana tahun 2011 oleh Prof. Ahmad Atory Hussain dari USM : 
URA-URA untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan UMNO sebenarnya dimulakan sebaik-baik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang menunjukkan Barisan Nasional (BN)/UMNO menghadapi kemerosotan kuasa yang mana lima buah negeri (Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang) dikuasai parti pembangkang. 
Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperoleh 140 kerusi yang buat kali pertama dalam sejarah, BN tidak mendapat dua pertiga kerusi Parlimen. 
Bahawa persepsi politik orang Melayu dan UMNO khususnya terhadap kerajaan pakatan pembangkang bukanlah berorientasikan kemelayuan dan keislaman lagi! 
Yang ada di benak hati kebanyakan orang Melayu (kecuali segelintir ialah kerajaan pakatan pembangkang adalah ditunjangi oleh DAP (Cina) di sebalik bertopengkan Pas (Melayu) dan PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) .
Ini yang menjadi masalah politik Melayu kini! Maka usaha hendak mewujudkan kerajaan perpaduan seperti pada era tahun tujuh puluhan dahulu telah pun diuar-uarkan oleh banyak pihak. 
Tetapi, usaha itu menemui jalan buntu. Difahamkan "tidak ada azam politik" yang kuat" untuk mengadakan rundingan di antara kedua belah pihak. Mengikut catatan penulis, pada mulanya, dikatakan UMNO dan Pas ada membuat beberapa usaha bermukabalah dan bermuzakarah ke arah kerjasama dan perpaduan kedua-dua parti Melayu itu. 
Pas mahu menggunakan istilah "mukabalah" yang tidak menekankan penggabungan/perkongsian kuasa tetapi lebih kepada mencari formula untuk kerjasama politik yang lebih bermoral dan menjaga kepentingan Islam dan Melayu. 
Dikatakan UMNO dan Pas memberi respons kepada tekanan orang Melayu (melalui beberapa NGO Melayu seperti konvensyen Melayu di Johor dan di Perak sebelum itu) agar wakil-wakil rakyat UMNO dan Pas termasuk PKR juga mesti mempunyai wadah mementingkan bangsa, agama dan tanah air daripada mementingkan kuasa, kedudukan, pangkat dan darjat dalam parti masing-masing. 
Maka pada Julai 2008 itulah juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam diam-diam menjalankan usaha mencari ruang berunding dengan pemimpin Pas bagi mencari jalan penyelesaian masalah perpaduan orang Melayu dan akhirnya telah membuat pengakuan yang beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin Pas untuk bermuzakarah. 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memperakuinya. Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut lantas mencadangkan agar Pas dan UMNO dibubarkan sahaja dan menubuhkan sebuah parti yang mewakili keseluruhan orang Melayu. 
Maka heboh akhbar-akhbar tempatan menyiarkan pandangan pro dan kontra. 
Yang ramai sekali ialah mereka yang pro daripada kalangan pembaca dan orang Melayu. DAP melalui kenyataan Karpal Singh nampaknya menentang cadangan Pas bermuzakarah dengan UMNO. Sementara itu, pemimpin MCA berpendirian sederhana, asalkan tidak menyentuh Perlembagaan Malaysia. 
Bagi yang tidak faham dan tidak ingat sejarah kerajaan campuran Pas/UMNO 1973-1977 dahulu mungkin berfikiran akan berlaku peristiwa yang sama jika cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan pada masa ini. 
Ia ditimbulkan oleh sesetengah pemimpin Pas. Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kaveas menyarankan supaya BN itu sendiri dijadikan sebuah parti menyatukan seluruh kaum di Malaysia. Tetapi cadangan ini kurang popular. 
Begitulah kalau orang Melayu sekarang ini yang penulis gambarkan sebagai berada dalam keadaan "sesat politik". Maka berbagai-bagailah kerenah masing-masing ingin menegakkan benang basah, ada pula ibarat enau ingin melepaskan pucuk masing-masing, tidak ambil pusing dengan keadaan kekalutan politik Melayu sesama Melayu hari ini. 
Dalam politik demokrasi, ada masanya sukar mencari kebenaran, sebab ia melibatkan kepentingan ahli-ahli politik terutama di peringkat kepimpinan elit. Ia boleh dicapai dengan ketakwaan, keikhlasan dan keimanan yang tinggi. 
Bolehkah? 
Sebab itu, bagi mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, ia melihat sesuatu isu itu di atas landasan kebenaran tanpa bersandar kepada kepentingan diri dan puak, pangkat, tetapi lebih kepada kepentingan watan, negara. perpaduan ummah Melayu dan Islam. 
Dalam sejarah hubungan politik antara UMNO dan Pas, tidaklah dilihat sebagai tegang selama-lamanya. Ada masa dan ketika kedua-kedua parti berkelahi, bertikam lidah dan tuduh menuduh satu sama lain dan saman-menyaman. Anehnya saman menyaman itu jarang-jarang sampai ke mahkamah pun. 
Hanya tinggal di balai polis sahaja. Sebagaimana air laut, ada pasang-surut hubungan Pas dengan UMNO. Begitulah keadaannya seperti yang diucapkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak; "dalam politik macam-macam boleh berlaku, dulu kita berlawan, sekarang kita berkawan." (Utusan Malaysia 30 Julai 2008). 
Perjuangan Islam yang dibawa parti itu memang telah wujud melalui penubuhan parti politik pertama Islam iaitu Hisbul Muslimin pada tahun 1947-1948 yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Baqir. Malangnya parti itu dihapuskan oleh British. 
Buat sementara, sesetengah ahlinya menganggotai UMNO. Sebab itu, Pas dikatakan lahir dari rusuk kiri UMNO pada 1952 dahulu apabila Pengerusi Biro Agama UMNO ketika itu, Uztaz Ahmad Fuad keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaya (Pas) yang bergerak hingga kini. 
Seperti UMNO, Pas turut serta dalam semua PRU yang diadakan sejak 1955 hingga kini. Parti itu pernah menguasai Kelantan pada PRU 1959 hingga 1978, dan 1990 hingga PRU 2008. Pas menguasai Terengganu pada 1959 hingga 1961; menguasai semula negeri itu pada PRU 1999 hingga 2004. 
Pada PRU 2008, Pas berjaya menonjolkan wakilnya menjadi Menteri Besar Perak dari 9 Mac 2008 hingga 4 Februari 2009 atas tiket pakatan pembangkang. Di peringkat Parlimen, Pas mengalami pasang surut. Pada PRU 1955, Pas memenangi satu kerusi (Parlimen Krian); manakala pada PRU 1959, Pas memperoleh 14 kerusi (9 Kelantan, 5 Terengganu); PRU 1964, 9 kerusi (8 Kelantan, 1 Terengganu) , PRU 1969, 12 kerusi (6 Kelantan, 3 Kedah, 2 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1974,14 kerusi (7 Kelantan, 3 Kedah, 3 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1978, 5 kerusi; PRU 1982, 5 kerusi; PRU 1986, satu kerusi; PRU 1990, 7 kerusi; PRU 1995 , 7 kerusi; PRU 1999, 27 kerusi; PRU 2004, 7 kerusi. 
Pada PRU 2008, Pas mempunyai 23 kerusi Parlimen dan 83 buah kerusi Dewan Undangan Negeri untuk seluruh Semenanjung! Manakala sebagai perbandingan dengan rakan parti pembangkang yang lain di mana DAP 28 buah kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN; PKR 31 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN. 
Ternyata bilangan kerusi Parlimen yang banyak sekali diperoleh Pas adalah pada PRU 1999 (27), manakala dalam PRU 1986 merupakan bilangan yang sangat sedikit iaitu hanya satu kerusi sahaja, menyamai bilangan PRU 1955. 
Dengan bermulanya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP, bilangan kerusi Pas menurun daripada 27 kepada 23 sahaja, kemungkinan berkongsi dengan PKR. Sebab itu, nampaknya sejak 1999, Pas lebih selesa berkerjasama dengan DAP dan PKR dari segi memperolehi kerusi sama ada Parlimen atau DUN. 
Jika mengimbau kembali selepas PRU 1969, hubungan Pas - UMNO mula rapat dan tidak lagi menggunakan politik antagonistik antara kedua parti orang Melayu yang sebelum itu ternyata membawa kerugian kepada perpaduan orang Melayu. 
Akhirnya Tun Abdul Razak telah melebarkan konsep parti Perikatan kepada BN sebaik-baik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri pada 1971 dan pada 1 Januari 1973, Pas menganggotai BN sekali gus menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan negeri. 
Tetapi pada 1977, Pas keluar daripada gabungan BN dan mengisytiharkan "perang politik" dengan UMNO hinggalah ke hari ini! 
Sejarah berulang kembali, BN/UMNO sekali lagi menghadapi kemerosotan undi yang teruk pada PRU 12 lalu dan dilihat undi popular BN hanya sekitar tidak sampai 50 peratus dan kekuatan dan kekuasaan politik Melayu keseluruhannya nampak terhakis. 
Sampai bila orang Melayu dilanda perpecahan kerana perbezaan ideologi politik?  
Seperti yang disebut diawal tulisan ini, di akhir-akhir ini istilah mukabalah dan muzakarah antara Pas dan UMNO sudah tidak kedengaran lagi. 
Gencatan politik nampaknya telah dilanggar, masing-masing mencari haluan sendiri. 
PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN ialah Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.
Lirik lagu dikir barat Dilema Melayu Kita mungkin sesuai sangat untuk Melayu hari ni :

Tuesday, April 30, 2013

#GE13 : Miliki Lot Tanah Bernilai RM4 Juta - Tok Him Hancurkan Mahkota 'Zuhud' Mursyidul Am PAS #SaveKelantan #TukarKelantan #PRU13


Nik Aziz miliki aset berupa lot tanah yang bernilai RM 4 Juta!

Pendedahan Presiden Perkasa yang juga calon Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali siang tadi bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengamal media baru di Kelantan.

Pendedahan tiga lot tanah yang dianggarkan bernilai RM4 Juta itu sekaligus meranapkan status 'zuhud' yang dipertahankan oleh TG Nik Aziz sepanjang menduduki kerusi empuk MB Kelantan.


Sebelum ini seorang rakan Facebook - Mohd Rodzi juga pernah mengirimkan kepada saya cabutan carian yang dibuat oleh beliau, hasilnya terbukti TG Nik Aziz memang memiliki beberapa lot tanah. Tetapi kertas cabutan tersebut agak kabur :





Kalau kena atas orang BN, confirm mereka kata 'Ini Rasuah!'...

Tapi kita tidak perlu ikut cara PAS, justeru itu kita kena nantikan sambungan pendedahan daripada sahabat blogger dari Team Tukar Kelantan - SINI


YY : Bagi la satu lot untuk rakyat Kg.Pulau Gajah wahai Tok Guru... [baca sini]

Monday, April 29, 2013

[VIDEO] : Pendedahan Penipuan #Husam4Putrajaya Oleh Kickdefella, @SyedAzidi Cabar Husam! #Putrajaya #TolakHusam #VoteBN



Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa.




Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.

Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya mudah percaya jelmaan penasihat 25%.

YY : Teringin nak tengok Husam debat dgn Kick...amacam Dato?



Sunday, April 28, 2013

[VIDEO] : Hikayat #PRU13 Husam Musa - Penasihat 25% #TolakPR #VoteBN



Kepala hotak tuan memang bijak...

Semua projek yang tuan janjikan untuk rakyat Kelantan satu pun tak jalan...

Tuan nak ubah taraf hidup penduduk Putrajaya macam mana jika taraf hidup rakyat Kelantan pun masih di takuk lama...

Hahaha...

Jenguk-jenguklah Salor tu datok!

Wednesday, April 24, 2013

[VIDEO] : Husam Musa Nak jaga Kebajikan Rakyat #Putrajaya Tapi Kebajikan Rakyat Kelantan Tidak Terjaga? #TukarKelantan #PRU13 #VoteBN


Imej di atas bukan pondok yang dibuat khas untuk anak kecil bermain pondok-pondok, tetapi ia adalah tempat berteduh buat satu keluarga, malah di kawasan daif ini turut didiami oleh beberapa keluarga yang lain.

Banyak kali didedahkan oleh media massa, malah saya sendiri pernah mengunjungi kawasan perkampungan ini.

Kg. Pulau Gajah, Sabak yang juga Dewan Undangan Negeri Chempaka terletak di bawah  Parlimen Pengkalan Chepa ini merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri. Bukan mahu memburuk-burukkan pentadbiran PAS yang memang sedia buruk.

Tapi ini adalah kebenaran!

Namun paparan kedaifan ini hanyalah secebis penderitaan rakyat Kelantan sepanjang 23 tahun berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang berkebajikan dalam menuju pembangunan bersama Islam yang dilaungkan.

Mereka rakyat Kelantan, bukan pendatang dari Kemboja atau Selatan Thai. Malah mereka merupakan pengundi berdaftar di mana setiap kali tiba musim Pilihan Raya, logo bulan menjadi lambang pilihan mereka.

Pengakuan ini saya rekodkan ketika kunjungan saya pertengahan tahun lalu.



Ingatkan dengan pendedahan media massa, diikuti dengan media sosial - saya beranggapan masalah kedaifan dan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini telah selesai.

Tapi jangkaan saya meleset kerana kunjungan rakan blogger di Kelantan membuktikan tiada seorang wakil rakyat jauh sekali Menteri Besar turun bertanyakan keadaan mereka. Cakap banyak tak guna, tembak tak kena, rakyat yang memberikan mereka mandat selama 23 tahun pun tidak terjaga.

Bagaimana agaknya PAS mahu mentadbir Putrajaya mahu pun sebuah negara?



Mungkin orang Putrajaya patut bertanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Dato Husam Musa iaitu calon PAS Putrajaya.

Tak usah tanya Tok Guru kerana pasti jawapan yang diberikan "blogger celako ni..ni semua blog celako.."

Jadi kita tanya Dato Husam selaku exco yang dipertanggungjawabkan mengenai soal kebajikan rakyat negeri Kelantan.

Jika 23 tahun memerintah masih ada keluarga yang terabai kebajikan mereka, bagaimana agaknya dia mahu menguruskan kebajikan rakyat di Putrajaya?

Sudah-sudahlah Dato!

Nantikan kisah kemasyarakatan yang didokumentarikan dari Salor...

Jeng...jeng...jeng!

Hello Tok Guru dan Dato Husam, layan dikir barat dulu selagu boh!



Lihat gambar-gambar lain di [SINI] - [SINI] dan [SINI]

Tuesday, April 23, 2013

#GE13 Taib Serah Borang - PAS 'Ampunkan' Segala Skandal & Penyelewengan Muhammad Taib?


PAS telah ampunkan segala dosa dan kesilapan Muhammad Taib kerana sebaik saja masuk PAS anda ibarat bayi yang suci dan terpelihara dari sebarang dosa dan noda?

Kahkahkahkah!

Mungkin ini pegangan bloggers dan penyokong PAS dan PR, kerana sesiapa sahaja bekas Menteri atau nama-nama besar dalam UMNO yang menyertai mereka, golongan ini dijulang dan dijilat umpama 'hero'.

Justeru itu menjadi kewajipan saya untuk bertanyakan kepada PAS apakah segala dosa dan skandal yang dikatakan oleh mereka membabitkan Muhammad Taib satu ketika dulu telah selesai sekaligus PAS menganggap Muhammad Taib tidak terlibat sebarang penyelewengan?

Baiklah, mungkin blogger bongok PR lupa apa yang pernah mereka dedahkan mengenai Muhammad Taib, jadi sewajarnya beberapa artikel silam yang ditulis oleh bloggers PAS kita paparkan semula :

Artikel MiloSengal :

ARTIKEL PENUH [KLIK]

Bapak rasuah dan kaki betina!

Bukan saya kata blogger PR yang nyatakan perkara tersebut, malah Muhammad Taib turut dikatakan mempunyai skandal dengan Ummi Hafilda, skandal yang membabitkan seks.

Lagi tuduhan pembangkang kepada Muhammad Taib :

Artikel penuh [KLIK]
Tak cukup, kita bagi satu lagi artikel yang mengaitkan Muhammad Taib yang pernah ditulis dan disiarkan sejak tahun 2001 - 2011 :

ARTIKEL PENUH [KLIK]

Selain itu sekitar 2011-2012 pembangkang mendakwa agar Muhammad Taib disiasat di atas tuduhan pemilikan harta melampau kerana pada waktu itu pembangkang mendakwa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.

Kekayaan Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Malah pembangkang mendakwa harta kekayaan yang melampau ini adalah atas unsur rasuah (bukan aku kata pembangkang kata 2011 ok!).

Muhammad Taib turut memiliki pegangan saham melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan akhir sekali skandal Muhammad Taib yang ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.

Apa jadi dengan semua tuduhan dan dakwaan ini wahai PAS?

Nak tahu apa PAS kata terhadap semua tuduhan, penyelewengan dan rasuah yang dulu PAS sendiri kata Muhammad Taib terlibat?



Kahkahkahkah!

Kepimpinan PAS enggan mengulas mengenai tuduhan yang terpalit ke atas Muhammad Taib di masa lampau. (Tuduhan yang PAS sendiri palitkan kepada Muhammad Taib)

Muhammad Taib masuk PAS ada sebabnya...

Sebabnya mencari nikmat 'tamparan wanita'...

Mana boleh taja percutian tanpa merasai nikmat 'tamparan wanita'

Bukan aku kata Muhammad Taib ni kaki betina...

Milo Suam yang kata ok!

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah, anda boleh berzina, makan rasuah, menyeleweng, songlap harta, bawa keluar wang dan bapak jenis korupsi sekalipun.

Dosa dan noda ini akan terhapus sebaik sahaja anda menyertai PAS...

PAS sanggup kutip segala bekas pemimpin UMNO korupsi (pembangkang kata) seperti Muhammad Taib, Kadir Sheikh Fadzir semata-mata mahu menjatuhkan UMNO?

PAS dari parti Islam bertukar menjadi kebajikan, dari kebajikan kini mereka angkut segala jenis 'sampah' politik.

Parti Angkut Sampah...

Bongok mereka yang tuduh orang tu menyeleweng, dia juga yang jilat...

Arios!



#GE13 : PAS & PKR Bergolak Kerana Rebut Hak Penjualan Pil Kuda Di Terengganu? #TolakPR #VoteBN



Hahaha...

Akhirnya Hadi Awang tidak dapat menahan dari meluahkan kebenaran di sebalik pergelutan kerusi di antara PAS dan PKR di Terengganu yang bermula sejak 2011 sebagaimana pendedahan transkrip emel oleh blogger TeganuHot baru-baru ini.

Rupa-rupanya ada di antara ahli PKR di Terengganu terlibat dengan kegiatan penjualan pil kuda, disebabkan itu PAS bertindak menolak calon-calon PKR. Pil kuda merupakan pil khayal yang menjadi kegilaan remaja di Pantai Timur.

Pengakuan oleh Hadi Awang ini membuktikan bahawa ramai ahli PKR terdiri daripada mereka yang tidak bermoral. Apa punya gila PKR, sanggup mereka  letak tauke pil kuda untuk diangkat oleh PKR sebagai pemimpin?

Cuba tanya Hadi Awang siapa calon PKR yang mana dia maksudkan itu?



Sunday, April 14, 2013

#GE13 : Suara Keldaian Daily Menipu Kata Orang UMNO Tetak Penganut #PakatanRosak Terbongkar!


Cerita yang biasa kita dengar setiap kali Pilihan Raya Kecil atau Pilihan Raya Umum, penyokong bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.

Selalunya kes-kes sebegini sering kali berlaku di Pantai Timur, jadi tidak hairanlah jika saudara melihat pasukan keselamatan kadang kala berada di kawasan berhampiran setiap kali petugas memasang poster atau bendera parti masing-masing atas tujuan keselamatan.

Dihubungi oleh rakan blogger RAKTRA mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kemaman, menurutnya fakta yang disiarkan oleh Suara Keldaian Daily adalah tidak tepat serta dimanipulasi dan telah menipu pembacanya.

ARTIKEL PENUH
Laporan berita yang disensasikan oleh SK untuk menggambarkan kononnya UMNO itu mengamalkan politik samseng berbunyi "Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala" - Tokok tambah untuk mendapatkan rasa simpati pembaca adalah perkara biasa yang diamalkan Pakatan Rosak.

Sebelum kita teliti laporan kisah sebenar dari blogger Terengganu, kita perlu ingat balik insiden gambar kononnya ditetak dan kepala berdarah-darah sebagaimana gambar kaki di atas. Insiden sebegini pernah berlaku di PRK Bagan Pinang.

Lupa?

Lihat gambar di bawah :

Ingat tak?

Tak ingat lagi?

Tak cukup kasihan?

Lihat gambar satu lagi...

Tadaa...!


Hahaha.. ini adalah antara drama pembangkang semasa PRK Bagan Pinang, mamat penyokong PAS ini mendakwa ditetak dengan parang oleh orang UMNO di kepala dan belakang.

Tapi disebabkan ilmu kebal maka darah yang keluar pun umpama sirap dan lebih mengagumkan bahagian belakangnya tidak cedera selain bajunya yang terkoyak.

Hahaha....

Pendek kata toreh baju guna gillete, beli sirap siram atas kepala, ambil gambar selepas itu dihantar ke bahagian berita pembangkang untuk meraih rasa simpati pengundi.

Insiden yang berlaku di Kemaman hampir sama, tetapi laporan SK telah ditokok tambah dengan menuding jari ke arah UMNO.  Peristiwa sebenar boleh dibaca di blog RAKTRA, saya ketengahkan fakta kes ini kerana penulis blog tersebut berasal dari Felda Neram 1 iaitu tempat kejadian berlaku.

Menurutnya kejadian yang digembar-gemburkan oleh SK sebenarnya adalah pergaduhan yang melibatkan anak-beranak dan tiada kaitan dengan UMNO, sebaliknya tindakan SK adalah tidak lebih daripada menggambarkan kononnya UMNO itu mengamalkan politik samseng.

Baca selanjutnya di blog RAKTRA - klik [SINI]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal