NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, November 3, 2011

600 Ekar Dijadikan Rizab Orang Asli - Beribu Ekar Dirampas Atas Nama Ladang Rakyat? #saveKelantan



Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan 'terima kasih' kepada Tok Guru Nik Aziz di atas kejayaan beliau mengisytiharkan kawasan rizab orang asli seluas 600 ekar di pos Jedip daerah Gua Musang semalam.

Dalam majlis tersebut Tok Guru Nik Aziz turut meletakkan batu asas untuk mewujudkan pusat pertanian belia orang asli di kawasan yang sama.

Sekali tengok mungkin akan berkata prihatin sungguh kerajaan pimpinan PAS Kelantan terhadap nasib orang asli di sekitar Gua Musang, anehnya 600 ekar dijadikan rizab orang asli akan tetapi beribu ekar tanah yang lain dirampas dan dipajak kepada syarikat cina atas nama Ladang Rakyat.

Dalam Fasa 1 projek Ladang Rakyat PAS Kelantan telah memajakkan selama 99 tahun tanah seluas 10,095 ekar kepada satu syarikat cina.

Perletakkan batu asas sebagai simbolik juga bukanlah satu perkara yang baru kerana sebelum ini telah berpuluh batu asas diletakkan oleh Menteri Besar Kelantan sebagai simbolik perasmian tetapi kebanyakkan daripada batu asas itu terus menjadi batu nisan.

Dari kelatekito.net :

GUA MUSANG - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan kawasan rizab penempatan Orang Asli seluas 606.6 ekar di Pos Jedip dalam satu majlis di pos tersebut semalam. 
Pada majlis tersebut juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan batu asas untuk Pusat Pertanian Belia Orang Asli di tempat yang sama. 
Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan juga mengumumkan tanah seluas 158 ekar di pos tersebut akan dibangunkan sebagai pusat latihan pertanian Orang Asli.Tiga perkara penting berlaku di Pos Jedip semalam. 
Semuanya berlaku selepas Orang Asli beberapa kali mengamuk dan membuat demonstrasi di di sini serta Kota Bharu. Paling menarik adalah rizab penempatan Orang Asli, hanya 600 ekar sahaja untuk beribu Orang Asli di Gua Musang sedangkan berpuluh ribu ekar di belasah oleh taukeh balak dan Ladang Rakyat. 
Ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, kerajaan Pas Kelantan turut menyerahkan 'watikah' untuk penempatan berkelompok kepada Orang Asli terpilih tetapi sampai hari ini, sebiji rumah pun tidak nampak dan mungkin 'watikah' itu pun sudah hilang. 
Kedua, peletakkan batu asas. Itu bukan benda baru, sejak 20 tahun lalu meletakkan batu asas adalah salah satu tugas Kerajaan Pas Kelantan.
Berpuluh batu asas diletakkan tetapi 90 peratus daripadanya menjadi batu nisan. 
Paling diingati ialah apabial Pas memperdaya Sultan Ismail Petra meletakkan batu asas untuk Jambatan Palekbang ke Kampung Cina di Kota Bharu, sampai sekarang tidak ada sebatang tiang jambatan pun dipacak. Yang ada hanya batu asas!. 
Letak batu asas tetapi tidak buat apa. Itu kerja kerajaan Pas Kelantan. Semalam sekali lagi janji dibuat.
Mungkin Tuan Guru Nik Abdul Aziz boleh membelek kembali kitab apa hukum mungkir janji. - KELATEKITO.NET
YY : Orang Asli Gua Musang bukannya bodoh sangat PAS weii... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...