NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, February 28, 2012

Al-Kisah Scorpene, Blogger dan Panglima Armada TLDM....


Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.

Natijahnya siapa menanggung?




Paparan di atas adalah barisan ayat yang ditulis oleh blogger 'ikon' pro-kerajaan yang mana telah menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

Mungkin beliau terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet.

Eksklusif 'Ruang Sulit' KD Tun Razak dipaparkan di laman blognya hanya kerana mahu rakyat Malaysia melihat betapa hebatnya beliau. Tetapi tanpa beliau sedari sebenarnya beliau telah mendedahkan satu perkara yang TIDAK PATUT didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.



Selepas semua ini terdedah, natijahnya seorang Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman terpaksa meninggalkan karier yang dicintainya kerana terpaksa menanggung segala kebodohan individu lain yang bernama blogger.

Jika kesilapan bodoh begini tidak dilakukan oleh seorang blogger yang menganggap dirinya sebagai 'KING' -Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM.

Tapi apa boleh buat, kita bakal kehilangan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya. Beliau terpaksa melepaskan kerjayanya hanya kerana INDIVIDU sebenar yang membenarkan blogger no.1 pro-kerajaan menaiki KD Tun Razak tidak mahu  bertanggungjawab dan melepaskan segala kesilapannya kepada pegawai-pegawai TLDM.

Persoalannya siapa sebenarnya yang membenarkan seorang blogger menaiki KD Tun Razak tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan, malah Menteri DS Zahid Hamidi pun tidak mengetahui kehadirannya sebagaimana ditulis di laman blognya?

Banyak lagi akan terbongkar...

Akhir sekali usah khuatir, selepas selesai tugas membongkar kejelekan, keangkuhan, kebiadapan, kejahatan blogger ini saya akan kembali kepada kerjaya lama saya iaitu sebagai SALESMAN BLACKBERRY.

Jadi 'payung-payung' besar yang memayungi blogger ini bersedialah, ini hanyalah secebis pendedahan untuk hari ini. Itu pun selepas terbaca posting brader dari Perak, untuk blogger yang terbabit ingin saya maklumkan setakat lebam mata, gaduh guna besi paip, kena pukul dengan helmet saya dah pernah rasa itu semua.

Usahlah 'enter-frame' dalam hal ini...

Jangan libatkan sesiapa dalam hal ini, ini semua berlaku gara-gara kebiadapan blogger berbangsa Melayu yang sentuh institusi yang merupakan benteng terakhir bagi perjuangan survival bangsa Melayu, yang mana sampai sekarang TIADA PERMOHONAN MAAF dibuat!

Jadi simpanlah segala ugutan....

Kalau hendak tampal, impose gambar aku sila ke laman facebook ada banyak lagi kat sana...

Atau kita lawan hujah biar pembaca dan para pembesar UMNO yang menilainya?

26 comments:

Anonymous said...

Siapa yg bg the untoucables blogger masuk bro?

Shahrul ke?

Anonymous said...

Abe, kawe pelik lagu mano blog mu rankingnyo tinggi? Kawe lihat user online tak ramai mana pun. Mu ni biar betul be...

Anonymous said...

blackberry hok second hand tapi masih ok lagi, ada stok ? Berapa ?

melanau blogger said...

barulah saya faham sebenarnya telah berlaku.

terima kasih Bro atas penjelasannya

Panglima Perang Cyber said...

sayang Panglima Tentera Laut yang dilatih berpuluh tahun jadi mangsa...

Anonymous said...

disappointed at how irresponsible some people can be. i feel sorry for the Laksamana Madya Dato' Wira Jamil who has to take the boot in this case.

Anonymous said...

aku sokong lu bro..
dah melampai papa gomo ni..
memalukan blogger kerajaan!

Anonymous said...

Al kisah setiausaha politik (setpol) menteri yang gila kuasa adalah punca segala-galanya. Dia sangat bongkak lebih-lebih lagi sejak bergelar Datuk.

Tanya staff di Wisma Pertahanan, berapa banyak duit haram yang setpol ini bagi makan anak bini.

batu pelangi said...

Tanya pada pemimpin puakx UMNO ini.Adakah mereka mengambil berat tentang KESELAMATAN NEGARA??????
To all submarine crew....'EMERGENCY UNIFORM HOISTED' guys!!!!

Jeepers Creepers said...

lawak lawak..yang si cina lahanat dap tu masuk kapal selam, ko xde pulak nak bising? apa ko ingat cina kafir tu x kenal ke muka kru kapal selam? si bigdog tu pun masuk juga kapal selam, ko tak nak dukung si bigdog ke? siap naik heli lagi orang tua tu.

sory aku x masuk campur dalam isu umb dengan gomo..aku x geng dengan mana mana pihak..cuma aku tak suka tgk orang yang mengaku pejuang umno saling dok berkelahi..DS najib suruh org umno bersatu, korang lagi nak hentam antara satu sama lain.

yang suka bertepuk tangan puak pembangkang juga. kalau x puas hati, dok diam ler.settle kat luar.jangan tulis dlm blog.buat malu umno ler korang berdua ni. masing masing dah tua tapi perangai macam budak budak.

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih YB Raz,

BigDog masuk dgn kebenaran bertulis dari Menteri MINDEF. Guan Eng masuk scorpene sbb dia dijemput.

Tapi dua-dua individu ini tak dedahkan wajah kru, serta situasi dlm kapal. Itu bahaya...

Apa pun terima kasih YB Raz, anyway ini tiada kaitan antara UMB.

Anonymous said...

aiyyya YB RAZ talak paham celita ka... ini bukan pasai masuk kapal silam... ini pasal dedahkan identiti crew... kalo agen asing pegi culik keluarga crew & paksa cook tu masukkan lacun lalam makanan apa celita nnt?

aiyyya masa ngomo mising lalam blog kutuk UMB lulu, kitolang luluk liam lu talak pigi sound pula itu ngomo... haiyaaaalamlamsui!!

~PakKaramu~ said...

MENGIKUT PENGELAMAN DIDALAM ATM, KEMENTAH SUDAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN TENTANG KESELAMATAN ALAT-ALAT PERTAHANAN NEGARA KEPADA ORANG AWAM, SEKALIPUN MEREKA MENTERI-MENTERI, APAKAH MEREKA BERANGGAPAN KEMENTAH LUBUK FULUS ? DULU MASA SAYA MASIH BERKHIDMAT ADA CADANGAN SUPAYA MENTERI PERTAHANAN MESTI DARI KALANGAN SEORANG BERPANGKAT TINGGI DIDALAM ATM ATAS LANTIKAN AGONG SEBAGAI PENGURUSI(MAT)NAMUN DISEBABKAN FULUS PUNYA PASAL MAKA ORANG AWAN DARI KALANGAN WAKIL RAKYAT MEMBUAT DASAR YANG MEMBENARKAN ORANG AWAM SEBAGAI MENTERI, NAH SEKARANG KESANNYA BARU DIRASAKAN

Anonymous said...

Aww YB Razz
Yb tu yang beruk ke yang buruk
Ke yang bodoh
Yang bahlul
Yang bengong
Yang bangang
Yang Barua

Anonymous said...

Ini disebabkan kebodohan blogger anjing UMNO dan menteri pertahanan bodoh dari UMNO juga

Anonymous said...

Orang awam diharamkan sama sekali memasuki kawasan TERDAH kecuali menteri yang medapat kelulusan dan memengang RAHSIa RESMI KERAJAAN. Itupun tidak bolih di perbincangkan atau dipamirkan kepada umum.Bagi Kes Papagomo ini bolih disumbat dalam penjara. Disebabkan beliau besar kemungkinan nyawa anggota tentera dan keselamatan Negara terancam

budakboy said...

Melalui laman web TLDM, memang sah LaksDya Dato Jamil akan menamatkan perkhidmatan. Kerugian yg amat besar kepada ATM dan negara sebab Dato Jamil baru berusia 53 tahun dan seorang pegawai TLDM yg berpotensi serta aset negara.

Sebagai mantan pegawai TUDM yg baru bersara, saya meletakkan kesalahan kepada MINDEF sepenuhnya. Tegas macam mana pun pegawai ATM, terpaksa akur bila arahan pihak atasan supaya membenarkan Papagomo cibai masuk kapalselam dgn membawa kamera/hp.

Dua keadaan berbeza antara LGE dan Papagomo cibai yg memasuki KD Tun Razak. Kalau Papagomo cibai bersekolah, sure dia tak ambik gambar dlm KD Tun Razak. Memuatnaik gambar dlm blog cibai dia, menunjukkan memang Papagomo Cibai tak pernah bersekolah.

p/s. Papagomo Cibai nak aku? Senang je beb.
PakKaramu, u are right beb. Sepatutnya penjawat awam kat Mindef tu to assist the armed forces tapi dah jadi terbalik. Tu pasal banyak kerahsiaan negara tak jadi rahsia lagi. Untuk rakan2 dlm ATM, kuatkan semangat. Benda yg salah, lawan secara berhemah dan ikut peraturan.

budakboy.

Anonymous said...

Aku yg masuk penjara sebab buat kerja pun tak boleh amik gambar sebab isu2 keselamatan... inikan pulak selamba je amik video / gambar... siap ada pegawai tu bgtau kalau tersebar, boleh kene dakwa... sampai skrg aku tgk, Papagomo ni takde ape2 tindakan pun yang diambil.... hehehee. pelik2....

Anonymous said...

Antara Melayu dgn cina, cina buat rakaman melalui kamera sulit. X fikir ke,? Cina bising kata kapal x blh selam, Melayu sokong, Melayu.sendiri yg. Bahlol sokong apa yg cina kata, cina nak ambil kesempataan, percayalah altra kiausu tetap berdendam dengan Melayu, ayat alquranpun digunakan utk mencairkan Melayu...

IABP said...

aku setuju dengan anon 11:15pm.

aku rasa sekarang ni agen2 luar negara, yang sangat dekat hingga yang jauh atas ehsan blogger numero uno tersebut, sedang perhati gambar2 krew dan rakaman video tersebut dan mark sorang2.

tak mustahil, mereka akan diperas ugut, dirasuah dll semata2 untuk mendapatkan rahsia2 penting TLDM dan juga ATM.

mungkin ketika waktu negara sedang aman tidak apa, tapi jika waktu krisis keamanan bagaimana? what if at the very critical moment, some crews HAD to sabotaged the whole mission just to make sure their loved ones are kept safe.

kalu itu terjadi, darah rakyat Malaysia yang akan terkorban pastinya menjadi mimpi ngeri kepada kita semua rakyat Malaysia. tak tahulah kalau blogger numero uno dan siapa2 yang membenarkan blogger tersebut masuk boleh tidur lena...

johorpolitico.com said...

Yang sulit dalam kapal selam hanyalah Bilik CIC {Combat Information Center) dan obviously ruang peluru berpandu dan torpedo, Scorpene bawa peluru berpandu Exocet SM39 dan torpedo Black Shark. Kalau gambar CIC dengan jenis peralatan sensitif dikeluarkan, itu memang masalah besar, tapi gambar krew dan ruang dapur, bilik tidur dan tandas bukan ruangan sulit dan gambarnya dibenarkan. Tapi yang penting dua-dua blogger kerajaan, jangan gaduh-gaduh. Focus on the bigger issues la bro.

Anonymous said...

salam semua mintak maaf nk nyampuk skit...kalo setakat video mcm 2 x menjejaskan keselamatan negara, lau x caya tgk majalah 3 nnty ceta pasal kapal selam jgn cepat fitnah org tanpa bukti bro

Anonymous said...

Hahaha.bebal sbnarnya owner blog ni.bro,nk jatuhkan orang,buat kerja dlu.klau x tv3 x la kuar cerita pasal kapal selam ni.dol ko ni.swrius menyampah ada orang macam kau ni

Anonymous said...

sebenarnya deme ni yg nak muke deme masuk dlm youtube... ekekeke... jeles ah tu bila abg2 TLDM nih masuk youtube... ekekekekek

Anonymous said...

xmungkin shahrul...
mungkin uncleseekers !!

Anonymous said...

Kalau tak menjejaskan keselamatan, kenapa plak datok panglima kena letak jawatan... konfius ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...