Kecoh diperkatakan mengenai kewujudan dana khas pilihanraya PR yang berjumlah RM300 Juta. Mana Anwar Ibrahim dapat dana sebanyak ini untuk kerja pilihanraya telah menimbulkan banyak persoalan kepada pemerhati politik di Malaysia.
Anehnya kewujudan dana khas di Pejabat Menteri Besar Selangor ini tidak diuruskan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim sendiri, sebaliknya ianya diurus oleh Azmin Ali. Walaupun diletakkan di bawah MBI tetapi Azmin Ali dilihat lebih berkuasa dari Menteri Besar Selangor sendiri iaitu Khalid Ibrahim.
Secara tidak langsung dakwaan ramai pihak dari ahli PKR sebelum ini yang mendakwa Azmin Ali cuba 'merampas' kuasa Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim ada kebenarannya. Selain memperlihatkan bahawa Azmin Ali adalah orang kepercayaan Anwar Ibrahim.
Nampaknya Anwar Ibrahim tidak ragu-ragu membelanjakan jumlah yang agak besar untuk pilihanraya demi mencapai cita-citanya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Dari blog Gelagat Anwar :
Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor.
Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.
Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.
Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.
RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.
Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera. Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini. Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain.
Boleh tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR. Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.
Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.
Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat. Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.
YY : RM 300 Juta... wowww! - Nampaknya mereka dari kem yang anti Azmin Ali tak dapat rasalah bajet ni.... hahaha!
No comments:
Post a Comment