BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, November 16, 2011

[VIDEO] : Fuziah Salleh Memalukan Orang Kuantan


Semalam beberapa rakan bloggers melaporkan mengenai kewujudan satu video lakonan Fuziah Salleh ahli parlimen Kuantan berjudul 'Masakan Cinta (Love Dish)'.

Video yang berdurasi 4.44 itu memaparkan aksi Fuziah Salleh yang membawakan watak sebagai 'Chef Wani' sedang memasak dengan menggunakan bahan mentah yang kononnya telah tercemar dengan radiasi.

Bila diperhatian dari awal babak sehingga ke saat akhir, saya melihat Fuziah Salleh cuba memperbodohkan dan menakutkan rakyat Kuantan dengan bahan radioaktif yang kononnya akan mencemari kawasan sekitar jika kilang Lynas dibiarkan dibina di sana.

Sebelum ini saya telah tulis mengenai pembinaan kilang Lynas sebagaimana dipaparkan di SINI .

Selepas itu YB dari PAS iaitu Dr. Che Rosli yang juga pakar nuklear menempelak tindakan Fuziah Salleh yang terus membohongi penduduk Kuantan kononnya kilang tersebut membahayakan.

Bila melihat aksi Fuziah Salleh muncul dalam video (bawah) apa yang boleh saya katakan adalah, jika saya rakyat Kuantan saya cukup malu dengan aksi bodoh wakil rakyat yang diberikan mandat untuk membela nasib saya sebagai rakyat.



Jika perkara begini berlaku di negara luar, tanpa banyak soal rakyat yang memberikan mereka mandat akan mendesak wakil rakyat yang kelihatan bodoh sebagaimana Fuziah Salleh ini meletakkan jawatan.

Ambil contoh bekas Perdana Menteri Thailand iaitu Samak Sundaravej yang dipecat hanya kerana mengacara satu rancangan masakan di negara tersebut. Tindakan Samak dikatakan telah mencabuli fasal 267 perlembagaan Thailand.

Melihat aksi Fuziah Salleh dalam sebagai 'Chef Wani' jelas memperlihatkan bahawa wakil rakyat pembangkang ini tidak serius menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen. Malah aksi ini juga sebenarnya telah memalukan penduduk Kuantan sendiri.

Tidak malukah Fuziah Salleh yang berstatus YB melakonkan aksi bodoh beliau sebagai 'Chef Wani' - Sebagai ahli parlimen Fuziah Salleh sepatutnya menjaga tertib beliau memandangkan ahli parlimen merupakan 'public figure' kepada rakyat.

Tindakan Fuziah Salleh ini secara tidak langsung sebenarnya telah memalukan ahli-ahli parlimen yang lain di Malaysia.

Perlukah rakyat Kuantan membiarkan individu sebegini sebagai wakil untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai rakyat di parlimen? 

Kerana bagi saya Fuziah Salleh kelihatan komited untuk berlakon daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.


YY : Rakyat Kuantan patut malu dengan wakil rakyat mereka...

4 comments:

Anonymous said...

i wonder how can this lady become ahli parlimen of malaysia and do such stupid thing like this....and i still wonder what the hell are the supporters that still support this maniac???? this is really a rubbish and cant be accepted as a parliment mamber actions....such a stupid video.....and stupid chef too...

bujangsenang said...

angan2 nak ganti chef wan...hahahhha

Anonymous said...

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dari PKR dan pembangkang yang lain-lain masih lagi dengan sengaja mahu mempolitikkan perkara ni. IAEA pun kata ianya tak melanggar piawaian antarabangsa... Dalam erti kata lain selamat la...IAEA ni badan bebas antarabangsa bawah United Nations... Kalau pembangkang taknak terima laporan dari International Atomic Energy Agency (IAEA) ni so laporan sapa lagi diorang nak terima? Badan yg lagi bebas? Maybe dari planet marikh?

I have read the IAEA Report on Lynas in Malaysia 2011 here: http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf

Some excerpts from the report:

On 3 May 2011, the Malaysian Government approached the International Atomic Energy Agency (IAEA) with a request to organize an independent expert review of the radiation safety aspects of a rare earths processing facility currently under construction in Malaysia. This facility forms part of the Advanced Materials Project being developed by the Lynas Corporation Ltd.

The scope of the mission covered the following areas from a radiation safety viewpoint:

a) Radiation protection - occupational, public and environment - including monitoring systems.
b) Waste management.
c) Decommissioning and environmental remediation.
d) Transport.
e) Safety assessment.

The IAEA assembled a team of international experts using the mechanism established in terms of its technical cooperation programme. The review team was composed of experts from Canada, India, the Netherlands, South Africa, the United Kingdom and the IAEA. To preserve the international expert panel's impartiality, the review team did not include individuals whose participation could have led to a conflict of interest.

Main findings

The review team was NOT ABLE TO IDENTIFY ANY NON-COMPLIANCE with international radiation safety standards.

@FaisalGlobal

YY said...

TQ @FaisalGlobal di atas penerangan yg diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...