NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, November 15, 2011

DAP Bantah BN Beri Bantuan Kepada Pelajar Sekolah RM100


Kalau dah namanya pembangkang, apa saja keputusan yang dilakukan oleh kerajaan akan dibantah walaupun ianya dapat meringankan beban rakyat. Pembangkang di Malaysia ini sudah mencapai satu tahap yang paling 'bengong' dalam sejarah mana-mana pembangkang di dunia.

'Kebengongan' pembangkang dapat dilihat melalui tindakan 'bersidang bawah pokok', membawa 'play card' ke dalam parlimen yang tertera perkataan 'kangaroo' dan baru-baru pembangkang menunjukan sikap 'bengong' mereka dengan membentangkan bajet sebelum kerajaan membentangkan bajet mereka.

Setahu saya tidak pernah pembangkang di negara lain bertindak sedemikian, kerana sebagai pembangkang mereka perlu menunggu dan meneliti bajet yang dikemukakan oleh kerajaan terlebih dahulu jika terdapat perkara yang tidak memberi manfaat kepada negara atau pun rakyat mereka perlu bangkang dan selepas itulah  mereka perlu kemukakan pula cadangan yang lebih baik dari kerajaan.

Kini pembangkang di Malaysia melalui parti rasis di Malaysia iaitu DAP membantah tindakan kerajaan untuk memberikan bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak RM100 sebagaimana dijanjikan dalam bajet dengan alasan ianya tidak mengikut peraturan.

Lihat bagaimana tindakan mereka, kerajaan cuba bantu rakyat pun mereka bangkang. Sebab itulah saya kata pembangkang di Malaysia ini 'BENGONG'!

Baca selanjutnya di SINI

YY : Tak pernah tolak rezeki...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...