Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook miliknya laporan berita Australia mendedahkan pengakuan bekas penumpang MH370.
Memeranjatkan kerana penumpang dibenarkan memasuki ruang kokpit, namun yang mencuri perhatian saya adalah pembantu juruterbang berusia 27 tahun, Fariq, pernah bercuti di Phuket.
Phuket...?
Menurut kenyataan pihak berkuasa, MH370 turut dinaiki oleh dua lelaki di mana salah seorang daripada mereka menggunakan pasport palsu milik seorang warga Itali yang dilaporkan hilang ketika dia bercuti di Phuket.
Kebetulan...?
MH370 bukan terhempas, jika terhempas pasti ada serpihan telah dijumpai, ada yang mengatakan pesawat tersebut dirampas pengganas tetapi bagi saya ia menimbulkan satu persoalan.
Iaitu bagaimana hijackers memasuki ruang kokpit pesawat B777, kerana pintu kokpit B777 dilengkapi sistem keselamatan yang hanya boleh dibuka oleh juruterbang dan pembantu sahaja.
Kecuali juruterbang dan pembantu itu sendiri yang benarkan mereka masuk.
Pendek kata The Pilot Betrayed...!
Apa pun biar pihak berwajib lakukan siasatan mereka.
Tak usah menuduh konon kerajaan lambat jika tiada ahli keluarga kita terbabit, cukuplah kita mendoakan keselamatan mereka.
Kerana ahli keluarga penumpang MH370 yang kini berada di The Evely Hotel adalah pihak yang diutamakan oleh kerajaan dan mereka dikemaskini situasi dari masa ke semasa.
Arioss...!
Edit 12.43 am - new video
Edit 12.43 am - new video
7 comments:
bekas penumpang MH370 ? salah tu . MH370 tu bukannya flight number dan hanya digunakan sekali , tidak diulang ke ?
Spekulasi seperti ini tidak membantu sesiapan pun. Malah akan menimbulkan kemarahan terhadap sasaran yang tidak bersalah.
MH370 daily routine flight KL - Beijing.
Bagi aku ini membantu, pihak berkuasa sendiri katakan antara empat fokus siasatan salah satu adalah dirampas, jika di rampas macam penulis katakan bagaimana pesawat dirampas, bagaimana hijackers masuk ke kokpit B777?
Unless The Pilot and The Co Pilot benarkan mereka masuk. Kenapa seorang Pilot yang berpengalaman ada simulasi di rumah dan dikatakan berlatih membawa pesawat terbang dalam keadaan rendah?
Bila insiden cmni berlaku mcm cerita keluar dn mcm2 org yg tampil nk cerita pengalaman....
Dah nama pun pilot...memang la banyak pergi melancong. Phuket tu bukannya tempat yang orang jarang pergi. Kalau Co-Pilot pernah bercuti ke bandar Montenegro ke dan paspot curi dan penumpang dua orang tu pun dari sana, boleh la ko nak tuduh ada konspirasi! Camni ko nak kata konspirasi? Tak cukup geliga ko ni tau tak? Nak kata bodoh, tak pulak kan? Respect yourself. Respect others. Where is your respect now? accusing someone whom is probably innocent. Fitnah dah namanya!
Anonymous atas ni gila ke apa aku baca kat dalam artikel tiada cakap pulak konspirasi?
Post a Comment