NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Thursday, March 8, 2018

KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENA AKUI KESILAPAN DAN KELEMAHAN URUS BEKALAN AIR


Krisis air boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Justeru itu, Kerajaan Pusat pantas bertindak dengan melaksanakan beberapa langkah. Langkah itu termasuklah menyusun semula industri perkhidmatan air dan mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Sumber Air di Semenanjung Malaysia 2000-2050.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), sejumlah RM16.54 bilion diperuntukkan bagi pembangunan bekalan air, sistem pembetungan, bekalan air untuk kawasan desa serta projek tebatan banjir.

Sektor bekalan air memperoleh peruntukan besar daripada keseluruhan peruntukan berkenaan iaitu RM8.20 bilion berbanding RM3.88 bilion yang diperuntuk bagi Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005).

Namun, kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri Selangor melengkapkan baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.


Ketika ini, margin simpanan bekalan air terawat di Selangor begitu rendah iaitu sekitar empat peratus berbanding margin simpanan yang baik antara 15 hingga 20 peratus.

Sumber berkata, risiko margin simpanan bekalan air yang rendah menyebabkan lebih luas kawasan akan terjejas jika bekalan terputus berbanding dengan margin simpanan yang besar iaitu sekurang-kurangnya 15 peratus, ia tidak memberi kesan kepada penduduk.

Berdasarkan laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2017, kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negara pada 2016 menunjukkan Pulau Pinang mempunyai kadar margin simpanan bekalan air terawat paling besar iaitu 34.1 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (29.2 peratus), Perak (28.7), Terengganu (27.2), Negeri Sembilan (22.1), Pahang (21.4), Sarawak (20.7), Melaka (20.1) dan Johor (16.4) manakala purata margin simpanan bekalan air negara pula 13.2 peratus.

Namun kerajaan Selangor tidak pernah melihat tabungan air sebagai sesuatu yang penting dan perlu disegerakan tindakannya. Krisis air yang berlaku di Selangor pada tahun 2014 tidak pernah diambil iktibar. Kesan kepada rakyat yang paling ketara. Jika gangguan bekalan air terus berlaku kesan pembangunan negeri pastinya akan terjejas.

Sepanjang 2016 hingga Januari 2018, sebanyak 761 permohonan pembangunan hartanah baharu di Selangor terpaksa ditangguhkan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat memberikan jaminan bekalan air yang mencukupi.

Walaupun Kerajaan Persekutuan menyalurkan pelaburan begitu besar untuk proses penstrukturan industri air di Selangor, tindakan kerajaan negeri melewat-lewatkan untuk melengkapkan perjanjian, pelbagai inisiatif menaik taraf infrastruktur secara berterusan seperti penukaran paip dan tangki air tidak dapat dilaksanakan.

Pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM14 bilion kepada kerajaan Selangor bertujuan membantu kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatkan kerajaan negeri.

Antara projek paling terkesan ialah LRA Langat 2 bernilai RM3.7 bilion sepatutnya siap pada 2017 tetapi perubahan dasar kerajaan negeri sejak 2008 menyebabkan projek itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

Fasa A, LRA Langat 2 sudah siap sejak 2 Februari lalu dan kini dalam proses ujian dan pentauliahan dengan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari (MLD) mula disalurkan ke LRA berkenaan dari Pahang.

Jumlah ini sangat besar, bekalan air mula masuk dalam sistem dan air ini percuma dan bila sudah masuk, tidak akan berlaku krisis air di Selangor. Pada 2 April nanti, air akan masuk sepenuhnya dengan kapasiti dua kali ganda atau 1,130 juta liter sehari.

Walaupun kerajaan Selangor mendapat bekalan air tambahan percuma ini, Kerajaan Persekutuan tetap perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar kepada kerajaan negeri Pahang disebabkan kegagalan kerajaan Selangor melengkapkan perjanjian berhubung dengan keseluruhan proses penstrukturan semula itu,

Selangor perlu menjadi kerajaan bertanggungjawab dalam mematuhi perjanjian, hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bekalan air bersih tidak boleh dinafikan.

Monday, September 18, 2017

TIADA AGENDA PERJUANGAN MELAYU PUNCA MAT TAIB KEMBALI KEPADA UMNO


Pembangkang tiada agenda perjuangan Melayu! 

Itulah punca bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali menyertai UMNO selepas bersama PAS dan kemudian PKR. Lima tahun bersama dalam pakatan pembangkang tindakan bekas Menteri Besar Selangor itu membuktikan PKR tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu.

Menurut Muhammad Taib, beliau mula merasakan perjuangan bersama pembangkang sia-sia apabila setiap mesyuarat yang dihadiri beliau langsung tidak membicarakan soal perjuangan Melayu. Boleh rujuk laporan The Sun Daily.

Bagi saya, PKR tidak berani dan tidak akan membicarakan soal perjuangan Melayu kerana mereka selama ini bertuankan DAP yang terang-terangan bersikap chauvanis dan anti Melayu. 

Tindakan Muhammad Taib keluar daripada PKR semalam juga menunjukkan bahawa dalam PKR sedang berlaku perpecahan yang ketara.

Perpecahan di dalam PKR dapat dilihat apabila Lateefah Kooya secara terang-terangan menyerang Rafizi Ramli sebelum ini. 

Keluarnya Muhammad Taib dari PKR juga memberi satu tamparan kepada Azmin Ali yang kelihatan resah melalui laman Twitternya sebelum sidang media khas yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam. 

Mana tidaknya, sebelum ini Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menyanjung tinggi tindakan Muhammad Taib yang meninggalkan PAS dan menyertai PKR selepas parti PAS berpecah dengan PAN.

Bagi sesetengah pihak, Muhammad Taib mungkin tidak mempunyai pengaruh yang besar kepada pengundi muda di Selangor.

Tetapi apa yang pasti tindakan Muhammad Taib menyebabkan PKR yang kini menerajui kerajaan negeri Selangor kehilangan seorang 'kuda tua' yang masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat Selangor.

Adios...!






Monday, April 7, 2014

SUARAM Taja Tian Chua Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Cabar Azmin Ali?



Selain perebutan jawatan Presiden melibatkan pasangan suami isteri, pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk jawatan Timbalan Presiden PKR juga dilihat bakal menghangatkan bahang pemilihan PKR 2014.

Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.



SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat. 

Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.

Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.

Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.


YY : Mampu ke Azmin Ali pertahankan jawatan apabila Tian Chua dibantu oleh pertubuhan Suara Anak Haram? 

Tuesday, April 23, 2013

[VIDEO] : Gwiyomi Paling Cute Di Malaysia Sempena #PRU13



Kah...Kah...Kah!

Ini gwiyomi paling comel di Malaysia sempena PRU13...

Kah...Kah...Kah!

Sementara itu ada kisah menyayat hati dari Dun Chempaka...

Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan..

[KLIK]


Friday, March 15, 2013

Diancam Orang Presiden PKR, Kandungan Laporan Polis SUPOL Zuraida Kamaruddin!


Parti Kian Rapuh (PKR) semakin hari semakin bercelaru, selepas menghantar satu surat kepada Presiden PAS supaya menasihati Presiden PKR Kak Wan berundur daripada jawatan yang disandang. Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang mengadu pula kepada polis kerana bimbang keselamatannya selepas diburu oleh orang-orang Kak Wan.

Antara kandungan laporan polis yang dibuat oleh Fareez adalah :
1. Saya seperti penama di atas dengan ini ingin membuat laporan polis kerana saya khuatir dengan keselamatan saya dan keluarga saya yang kini sedang terancam dan dalam bahaya. 
2. Semasa menginap di Hotel Sama-Sama KLIA, saya telah diberitahu oleh pihak hotel terdapat beberapa orang yang tidak dikenali cuba mencari maklumat mengenai bilik penginapan saya. Saya percaya bahawa kemungkinan mereka ini adalah dari kalangan penyokong atau orang suruhan Datin Seri Wan Azizah yang marah dengan saya. 
3. Saya yakin bahawa saya kini sedang diburu oleh para penyokong atau orang suruhan Wan Azizah, rentetan kesan daripada surat yang ditulis oleh saya kepada Tuan Guru Hadi Awang dan sisipan salinan kepada Tok Guru Nik Aziz serta YB Karpal Singh. 
4. Dalam kandungan surat tersebut, saya telah meminta jasa baik Tuan Guru Hadi untuk menasihati Wan Azizah agar sedia berundur kerana beliau tidak layak untuk memimpin parti dan hanya YB Azmin Ali yang layak. Jelas, surat saya tersebut telah menimbulkan kemarahan Wan Azizah terhadap saya.  
5. Saya juga percaya bahawa Wan Azizah juga berniat mahu menghancurkan karier politik saya dalam Keadilan atas faktor cemburunya terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini ada pihak yang mengganggu gugat keselamatan saya dan keluarga. 
6. Maka, saya memohon pertolongan dari pihak polis untuk memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada saya dan keluarga dari pihak yang mahu mengecam saya.
Kita tidak perlu tanya kepada PKR, kerana jawapan yang akan diterima sudah pasti pihak yang akan dipersalahkan adalah UMNO, begitu juga jawapan yang diberikan oleh pembantu Kak Wan apabila saya bertanya tentang isu ini melalui laman twitter :
Mungkin mereka sudah disuntik dengan perkataan "salah umno, budaya umno", sehingga segala apa soalan yang saya ajukan jawapan yang diberikan sama. Seperti mana saya katakan sebelum ini saya bersetuju dengan Fareez agar Presiden PKR Kak Wan berundur daripada jawatannya [sini]

Walaupun terdapat desakan ahli bawahan agar Presiden mereka berundur sehingga ke hari ini tiada respon daripada Kak Wan. Sebaliknya Zuraida Kamaruddin pula yang tampil membuat penafian mengatakan bahawa Fareez bukan bekerja dengannya.

Hahaha...

Pembohong!

Saya pernah melihat kelibat Fareez mengekori Ahli Parlimen Ampang ini ke mana sahaja, tetapi selepas Fareez menulis surat memohon campur tangan Hadi Awang, tiba-tiba tampil menafikan Fareez bekerja dengannya.

Alahai...

Saya bersimpati dengan nasib Fareez, tetapi apakan daya, sudah itu yang dipilihnya. Sudah tahu Anwar Ibrahim itu adalah suami kepada Presiden parti yang disertainya, kenapa cuba-cuba menjalinkan hubungan intim dengan suami orang?

Hahaha... (tidak pasti sama ada ke ranjang atau pun tidak..haha)

Tidak mungkin ahli bawahan yang baru setahun jagung berpolitik, berani mendesak supaya Presiden malah individu yang bertanggungjawab menubuhkan (ADIL) pada tahun 1999 berundur tanpa ada dorongan daripada orang lama parti tersebut.

Persoalannya, siapa yang mendorong Fareez menulis surat tersebut?

Zuraida Kamaruddin atau Azmin Ali?

Friday, June 1, 2012

Edisi Siat-Siat : Kenapa Azmin Ali Tidak Didakwa Pada Tahun 1995?


Pendedahan dokumen oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkaitan dengan harta yang bernilai jutaan ringgit yang dimiliki oleh Azmin Ali menyebabkan pihak SPRM membuka kembali kes tersebut ekoran maklumat tambahan berbentuk transaksi saham, hartanah dan kenderaan milik Azmin Ali.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya baru sekarang dokumen-dokumen ini didedahkan, sedangkan SPRM dahulunya BPR telah pun menyiasat kes tersebut yang mana tiada sebarang dakwaan dibuat ke atasnya.

Memang benar, Azmin pernah disiasat oleh SPRM pada tahun 1995. Tetapi siasatan tersebut bukan siasatan berkaitan dengan pemilikan saham sebagaimana dokumen yang didedahkan oleh RPK dan adiknya sendiri Ummi Hafilda.

Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?

Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan. Sebagaimana didedahkan Raja Petra.

Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.

Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di di Petaling Jaya pada tahun 2009, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga amalan rasuah dan kronisme?

Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. 

Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.

Siasatan 95 campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98?

Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada 17 tahun lalu dihentikan dan mengambil keputusan untuk tidak mendakwa beliau kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu. 

Kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan?


Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. 

Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali. Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin. 

Sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.

Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.

Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshidar yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.

Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshidar Taharin.

Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman Azmin dikatakan banyak membuat pengakuan eksklusif  tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.

Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. 

Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.

Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.

Antara dokumen yang didedahkan oleh RPK tempoh hari :








Melihat pendedahan bukti yang dikemukakan oleh RPK dan Ummi Hafilda maka tidak hairanlah pada hari ini, adik beradik Shamsida Taharin kini kaya raya. Johan Taharin (abang sulong), Jamal Taharin dan Jamil Taharin, kini menjadi kaya raya.

Walhal keluarga mereka bukan keturunan hartawan. Bapa Shamsidar, berasal dari Perak adalah seorang guru, manakala ibunya adalah adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Jadi berdasarkan bukti terbaru yang didedahkan oleh RPK dan Ummi Hafilda dalam sidang medianya semalam pihak SPRM berhak membuka  semula kes ini.

Jika bekas Ketua Pengarah BPR berkata beliau serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat, kenapa pula Azmin Ali begitu gelabah dengan menuduh dan membuat penafian kosong semata-mata?

Berilah ruang SPRM menyiasat bukankah Pakatan Rakyat selalu dok canang mahu badan-badan penguatkuasa bebas daripada campur tangan pihak lain?

Apa agaknya pengakuan Azmin semasa ditahan reman 8 hari sebelum menukar pengakuan di mahkamah?

Jeng....Jeng....Jeng!

Why PKR Still Keeping Azmin Ali?


Up to this moment, the name of Azmin Ali is often discussed among Malaysians when it comes to the topic of this country's politics. From his ice-cream issue, him cheating his wife. betraying his mother until the reveal on illogical ownership of property when he was Anwar's Personal Secretary in 1995 made by Raja Petra Kamarudin (RPK).

PKR supporters are beginning to play this theory saying that it is a personal attack to divert rakyat's attention from cases that are surrounding Azmin right now. This is PKR's usual tactic if they ever find loophole among their leaders. 

Lets take the example of Anwar;s case in having sex with the Chinese prostitute. Instead of focusing on Anwar, the questioned other things such as hair, stomach etc. 

Writer personally do not care about Azmin's issues because writer is already aware that Azmin is never clean, he and Anwar really had fun misusing their powers in the Finance Ministry back then that it had scratched BN's name up until today. 

What writer would like to question here is that with all the talks going around, why didn't PKR take any action against Azmin? If they need documents, it is there. Picture? It's there, Video, we might have to wait for that. 

Even if they do not want to sack him, they least they should do is to suspend him until the investigation is over. How can PKR be fair to rakyat if even now, mistakes that are made by certain people (those who are close with Anwar) roam free and they simply create conspiracy theories to deny every one of the claims made? 

This is just about Azmin, we are not even talking about Anwar. Anwar is another thing because PKR is Anwar and Anwar is PKR, that is why it is not surprising with the fact that PKR would defend Anwar every time he is involved in any scandal. 

He is not as same as Azmin because Azmin only has certain leaders to support him. If this is how things go, rakyat has a huge obligation to object PKR and its allies in Pakatan Rakyat. Their cronyism and nepotism behavior is too obvious especially among PKR and DAP that it is ridiculous. 

Imagine how it would be if Anwar becomes the Prime Minister and Azmin commits crime. Do you think Azmin would be charged? Considering to what is happening now. Writer is certain that no actions will be taken against him. 

Instead, Azmin, or anyone who is part of Anwar's inner circle can simply roam free after they have committed their crimes. And when they are in power, every single government agencies and ministries will be in their hands. Only rakyat have the power to change all this from happening. -  Beruang Biru


Sent from my Samsung Galaxy Tab 10.1

Sunday, May 13, 2012

Kesian Kat Mak Tom - Hari Ibu Pun @AzminAli Tak Balik-Balik?


Sempena Hari Ibu sudahkah Azmin Ali menghubungi Mak Tok?


My NewsHub 
Genap dua minggu Che Tom Yahaya meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya dengan perlakuan anak kesayangannya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, namun ia masih tidak mampu mengubah apa-apa. 
Menurut sumber, Azmin masih lagi ‘buat bodoh’ dan tidak menghubungi mahu pun bertanya khabar ibunya yang uzur itu walaupun pada satu peringkat beliau pernah diminta berbuat demikian oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah sendiri, iaitu isteri kepada bos kesayangannya itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan laman media dan blognya untuk menjelaskan pada masyarakat – SAYA TIDAK PERNAH DERHAKA. 
Bukan itu saja, Azmin juga menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik rakaman video klip itu. 
” Walaupun Che Tom menangis dan merintih meminta Azmin kembali ke pangkal jalan, namun sehingga kini beliau masih membisu seribu bahasa sebaliknya hanya menggunakan laman blog peribadinya untuk menafikan perkara tersebut. 
” Bahkan sejak kali terakhir datang beraya di rumah ibunya pada tahun lepas, itu jugalah kali terakhir beliau bertemu ibunya dan tidak pulang-pulang hingga ke hari ini. 
” Nak tahu pejabat Azmin? Dari rumah Che Tom tak sampai 10 minit, bayangkan,” kata sumber dalaman keluarga tersebut. 
Baru-baru ini Che Tom meluahkan perasaan sedihnya mengenai Azmin dalam satu pertemuan dengan pihak media di rumahnya di Hulu Klang, Selangor.
Berikut sedutan pertemuan itu. 
- Insiden di pagi Syawal tahun lalu 
“Saya teramat sedih atas apa yang berlaku terhadap anak-anak saya. Selama hari ini saya mendiamkan diri sebab dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 30 Ogos tahun lalu. Sejak itu dia tiada menelefon, tanya khabar dan tak datang tengok saya serta tak bagi duit belanja. 
Masa dia datang pagi Syawal, Ummi (adiknya, Ummi Hafilda) ada. Dia terus masuk (ke rumah) dan marahkan saya serta cakap yang bukan-bukan terhadap Ummi. Jadi saya pun menjawab. 
Apabila saya menjawab, dia tanya mengapa saya nak sokong Ummi. Dia perempuan sial, perempuan sundal. Saya kata Min (Azmin), hari ini hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. Itukan darah daging Min. 
Kemudian dia jawab, itu (Ummi) bukan darah dagingnya. Saya tanya siapa darah daging dia. Dia jawab Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim). 
Selepas itu Azmin menyuruh saya halau Ummi dari rumah. Bila dia kata begitu, hancur hati saya. Anak-anak dan isterinya pun ada sama. Anak-anak dia nak makan pun dia halang dan kata jangan makan apa-apa dalam rumah ini, semuanya haram. 
Kemudian, anaknya nak duduk pun dia halang. Kata Min, jangan duduk di kerusi itu kerana ia tak disamak. Itu yang buat hati saya hancur sehingga hari ini. Saya tak dapat nak berkata apa. 
Saya malu kepada masyarakat, malu dengan kerajaan dan tuhan.” 
- Tidak pandai jaga anak? 
“Orang kata saya tak pandai menjaga anak. Tapi saya rasa saya dengan abahnya (Allahyarham Ustaz Ali Omar yang meninggal dunia pada 1999) ajar macam-macam. Abah dia ajar mereka enam beradik dengan ilmu akhirat, sopan santun dan budi pekerti. Saya cukup jaga anak-anak tetapi apabila sudah besar, bekerja dan ada pangkat, boleh jadi begini. 
- Azmin dahulu 
“Azmin dahulu baik. Dia ingat ibu bapa dan menyayangi adik-beradiknya. Kalau pergi ke luar negara, ada sahaja buah tangan yang dibawa balik tetapi sekarang tidak. 
Sekarang saya sakit, beritahu dia pun tiada jawapan. Beberapa kali saya masuk IJN (Institut Jantung Negara), dia tiada kata nak bayar atau nak tolong hantarkan. 
(Jadi) Parti Keadilan (PKR) ini di mana letaknya keadilan itu. Dengan orang lain dia boleh ambil berat, tetapi ibu sendiri yang mengandungkan dia, dia boleh buat begini. Itulah yang hancur hati saya sekarang ini. Baru-baru ini saya terjatuh dan kepala bengkak. Cucu saya yang hantar ke klinik jumpa doktor. 
Saya mengandungkan dia sembilan bulan 10 hari. Nak bersalinkan dia punyalah susah. Tiga hari tiga malam saya sakit. Tiba masanya sekarang, dia tak ambil berat tentang saya. 
- Kenapa Azmin berubah 
“Saya rasa tentulah mungkin (berpunca daripada) Anwar. Dulu dia tidak begitu. Sekarang kakak dia pun dia tak mengaku kakak. Adik pun tidak mengaku itu adiknya. Dengan dua orang kakaknya pun dia tidak bertegur sapa. 
Baru-baru ini anak kepada kakaknya berkahwin, ada jemput Min tapi dia tak datang. Tetapi saya sabar. Saya diamkan sahaja. 
Sehingga dia buat rumah terbuka (Aidilfitri) tahun lalu pun dia tak jemput saya. Sudah saat-saat akhir baru Shamsidar (isteri Azmin) hubungi dan mengajak saya ke rumah terbuka itu. Saya kata tak payahlah.” 
- Tentang hubungan Shamsidar dan Anwar 
“Itu saya tidak boleh kata betul sebab saya tak pandang, saya tak nampak. Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat. Kenapa tak mahu saman? Berani kerana benar, takut kerana salah.” 
- Mengenai gambar Azmin bersama seorang wanita yang banyak disiarkan dalam blog. 
“Orang banyak tanya kebenaran tentang dakwaan itu. Saya kata saya tak nampak, jadi saya tak mahu kata ia betul. Tapi itulah, adat orang Islam, kalau betul kita tak buat, kita bersumpah di masjid atau saman orang yang menjatuhkan maruah kita. 
- Pernah cuba hubungi Azmin? 
“Sejak raya (Syawal) tahun lepas, saya sudah tidak menghubunginya. Dia pun tak hubungi saya. Tapi sebelum itu, bila dia datang sini, dia ada pesan kalau ada apa-apa, cepat-cepat hubungi Min. Tapi malangnya apabila saya telefon, tak berjawab. Sampai ke hari ini, tidak ada telefon tanya khabar dan datang jenguk saya. 
Dia pernah datang kampung ini bagi ceramah tetapi saya tak tahu. Orang kampung yang beritahu dan tanya Min tak singgah rumah? Saya kata tidak ada, dia sibuk. Sedangkan kalau nak dikira pun pejabat (wakil rakyat) dia dengan rumah saya jarak 10 minit sahaja. 
- Harapan Che Tom 
“Tiada harapan, hati saya bukan luka, bukan sakit. Kalau sakit boleh diubati, kalau luka boleh dijahit, tapi ini hancur. Hancur sama sekali. Pagi Syawal dia maki adik dia (Ummi), dia kata perkataan yang dahsyat yang tuhan tak suka perkataan itu. Itu yang hancur hati saya. 
Kalau boleh, Min sedarlah diri. Baliklah ke pangkal jalan. Janganlah teruskan perangai diri begitu. Saya tak ajar perangai seperti itu. Saya malu. Dalam Parlimen pun nak bergaduh. Buat demonstrasi pun bergaduh sehingga kerana mereka, ramai yang luka parah. Ini bukanlah keadilan. Itu namanya menjahanamkan orang.” 
- Jika Azmin minta maaf 
“Saya tak buang anak. Anak mana pun tetap anak saya kerana saya yang mengandungkan dan melahirkan. Saya tak buang dia (Azmin). Tapi kalau dia nak balik, ikut dua syarat ini. Baliklah ke pangkal jalan, sedarlah diri dan bertaubat kepada Allah. Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar. Kalau boleh dia pun begitu. 
(Kemudian) Barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok. Tiada maknanya. Saya hidup lagi pun dia tidak mahu tengok, jadi dah mati baru nak tengok, tak payahlah.
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersusah payah kerana saya. 
Jika ada terkasar bahasa, saya minta maaf. Mungkin satu dua hari ini saya mati, saya minta maaf dunia akhirat. Apa sahaja kesalahan saya, saya minta maaf.

Thursday, May 10, 2012

[SKANDAL AZMIN] : Kenapa Azmin Ali Takut Untuk Buat Laporan Polis?


Oleh : Beruang Biru
ADA hikmahnya juga dari terbongkarnya banyak kes-kes salah laku seks melibatkan pemimpin pembangkang tertentu kebelakangan ini, terutama yang membabitkan Timbalan Presiden PKR sekarang, Azmin Ali. 
Tuduhan yang dikenakan ke atas Azmin ini pada penulis sangat berat kerana melibatkan maruah dan intergriti sebagai pemimpin politik. Justifikasi bagi menyokong tuduhan tersebut juga lengkap (ada gambar dan video). 
Semua ini memerlukan satu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berwajib bagi menentukan pihak mana yang salah, pihak mana yang benar. Azmin dari segi perundangannya patut membersihkan diri dari semua dakwaan tersebut, bermula dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan. 
Tapi kenapa Azmin sampai sekarang enggan buat laporan polis? Itu yang ramai dari kita musykilkan. Nak kata Azmin tak tahu? Mustahil. Nak kata Azmin tak diberi nasihat perundangan secukupnya? 
Tak mungkin. Ada segerombolan besar peguam disekeliling Azmin, yang bersedia pada bila-bila masa membelanya di mahakmah tanpa bayaran (pro bono), atau dibayar tapi menggunakan wang rakyat Selangor – seperti kes ADUN Seri Muda kerana menghina Sultan Selangor. 
Yang kita cakap ini, laporan polis sahaja pun, bukan teknikal mana sangat. Kata tak terlibatkan, jadi apa yang susah sangat nak buat laporan polis. 
Alasan penyokong Azmin seperti Shamsul Iskandar dan Zuraida Kamarudin bahawa tidak guna membuat laporan polis kerana akhirnya akan menerima nasib seperti Anwar dalam kes video lucah dengan seorang pelacur dari cina, tidak boleh diterima sama sekali. 
Dalam kes Anwar, laporan polis yang dibuatnya berjaya menyebabkan pelaku yang menayangkan video tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. 
Tindakan perundangan yang bakal dikenakan Anwar pula kerana dalam laporan polis sama, dia menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam rakaman tersebut, sedangkan kajian pakar menunjukkan 99.9% dialah lelaki itu. 
Ringkasnya, Anwar buat laporan palsu, nafi kata pelaku itu dia sedangkan kajian pakar menunjukkan sebaliknya. Adakah Azmin juga berada dalam situasi sama sehinggakan dia takut untuk membuat laporan polis tersebut? 
Apa sekalipun, selepas ini Azmin jangan salahkan masyarakat kalau keengganan membuat laporan polis ini dianggap membuktikan semua tuduhan ke atas Azmin itu adalah benar belaka. 
Yang dia memang individu lelaki yang didakwa sedang melakukan aktiviti kelucahan melampau dengan seorang wanita dalam video tersebut. Enggan buat laporan polis sebab takut polis siasat dan jumpa kebenaran. 
Itu saja alasan yang terfikir oleh penulis kenapa Azmin enggan buat laporan polis, setelah alasan takut menerima nasib seperti Anwar itu, tidak boleh diterima langsung.

Monday, May 7, 2012

Azmin Ali Tuduh Ibunya Terima Habuan Burukkan Beliau?



Oleh : Beruang Biru
Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya. Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan. 
Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar ‘membersihkan’ diri. Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat. 
Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia. Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka. 
Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya. 
Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin. 
Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO. Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian. 
Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan. Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang. 
Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO. Azmin tahu hal ini dan Azmin tidak peduli jika ibunya dihentam atau dituduh apa saja, asalkan beliau dapat terus bersama Anwar dan dapat hidup mewah di samping Shamsidar walaupun isterinya itu bukan miliknya secara mutlak. 
Sampai bilakah drama penafian Azmin ini akan berakhir? Sampai mati? Penulis bukan berniat untuk mencuba menginsafkan Azmin dengan penulisan kali ini. Lagipun, jika ibu sendiri gagal menginsafkannya apakah daya kita orang yang tiada kena mengena. 
Mungkin Azmin sudah tidak ingat mati lagi. Ataupun, sangkanya, wang boleh membantunya di liang lahad. Sedangkan, wang tidak boleh digunakan untuk memudahkan nyawa bercerai dari badan jauh sekali untuk melepaskan diri dari soalan kubur, memudahkan penitian titi siratulmustaqim atau menambahkan berat timbangan pahala di akhirat. Nampaknya, Azmin lupa bahawa wang tidak membawa apa-apa erti bagi para malaikat.

Thursday, May 3, 2012

#BersihStories : Wajah-Wajah 'Pemberontak' #BERSIH3.0 Yang Diburu @PDRMsia





Gambar-gambar di atas merupakan 49 individu yang sedang diburu oleh pihak PDRM berhubung kejadian rusuhan semasa demontrasi BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.

Kepada orang ramai yang mengenali wajah-wajah 'perusuh' ini diharap agar dapat menyalurkan maklumat kepada PDRM. Salurkan maklumat anda kepada :

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email :
azmiazizi@rmp.gov.my
Atau telefon :
019-2602344
Bersama kita membantu pasukan PDRM mengesan individu yang bertanggungjawab mencetuskan situasi huru-hara dalam negara.




Skandal Aksi 'Aiskrim' : Ahli PKR Desak Azmin Ali Buat Laporan Polis!


Benarkah ini Azmin Ali...?

Sekali pandang memang ianya mirip Azmin Ali...

Mengikut sumber dalaman PKR pendedahan rakaman CCTV aksi aiskrim Azmin Ali ini dilakukan oleh ahli PKR sendiri yang terdiri daripada kumpulan anti Azmin Ali...

Dengarnya selepas ini lagi banyak rakaman yang akan didedahkan melibatkan beberapa pemimpin PKR...

Nampaknya ahli PKR sendiri sekarang ini menuntut Azmin Ali membela diri dengan membuat laporan polis, jika benar rakaman CCTV yang didedahkan beberapa hari lalu bukan dirinya...
KUALA LUMPUR 2 Mei - Beberapa laman blog hari ini mendesak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali supaya membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat dijalankan ke atas penyebaran gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama seorang wanita. 
Penulis blog Suara Pakatan Rakyat (http://suarapakatanrakyat.com) antara lain menjelaskan bahawa 'penafian air liur' semata-mata oleh Azmin berhubung isu itu adalah tidak mencukupi. 
Menurut blog terbabit, ini kerana kes melibatkan Azmin berbeza dengan video seks yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.

Monday, April 30, 2012

#BersihStories : Surat Terbuka Dari Anak Polis Kepada Demonstran #Bersih

Jika saudara-saudari mengenali wajah-wajah samseng-samseng Bersih 3.0 sila beri kerjasama sewajarnya agar mereka diberikan hukuman setimpal di atas tindakan zalim mereka kepada pihak berkuasa.

Samseng kebanggaan Nik Aziz Bin Nik Mat :




Pihak polis telah cuba menjalankan tugas mereka dengan profesional dari malam kejadian hinggalah sekitar jam 2.00 petang di mana para demonstran mula bertindak luar kawalan.

Polis juga manusia biasa sama seperti kita, mereka juga ada perasaan marah, geram, sakit hati bila melihat rakan sejawat mereka diserang secara keterlaluan oleh demonstran Bersih 3.0 - maka tidak hairanlah jika mereka juga turut hilang sabar dan marah lalu menggunakan kekerasan dalam tindakan mereka.

Jika bukan bangsat bernama Anwar Ibrahim dalam video di bawah ini yang membakar semangat kebencian kepada pengikut tegarnya mana mungkin semua ini berlaku. Kerana kita tahu polis langsung tidak melayan sebarang provokasi mereka sejak malam kejadian.



Justeru itu berilah seribu alasan, hujah atau beratus rakaman video sekalipun bagi saya kejadian sebegini sebenarnya boleh dielakkan.


KEJADIAN INI TIDAK AKAN BERLAKU JIKA AMBIGA, ANWAR IBRAHIM, A.SAMAD SAID & SEKUTU MEREKA BERHIMPUN DI DALAM STADIUM!

Surat terbuka dari seorang anak polis yang menuntut di IPTA tempatan :
Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.
Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya.
 
Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.

Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.

Friday, March 23, 2012

Kaum India Tiada Tempat Dalam PKR - Dulu Hina Gobala Kini Mereka Hina Pengundi India Pulak?

PKR menghina kaum India lagi, jika dulu Azmin Ali pernah menghina N.Gobalakrishnan dengan gelaran 'PARIAH' sekarang giliran Johari Abdullah pula memperkecilkan peranan pengundi berbangsa India.

Bukan sahaja Azmin Ali orang no.2 PKR, Anwar Ibrahim sendiri turut menghina kaum India dengan melemparkan sindiran kepada N.Gobalakrishnan berbunyi "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" ketika sidang dewan Parlimen sehingga menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen Padang Serai.

Selepas itu nasib kaum India terus diperlekeh dan dihina oleh Anwar Ibrahim dalam satu ceramah dengan mengatakan "tak guna punya Hindu" sehingga menimbulkan kemarahan sebuah NGO India.


Meneliti kenyataan bersifat perkauman yang diluahkan oleh pemimpin PKR ini jelas membuktikan bahawa kaum India langsung tiada tempat dalam PKR mahu pun Pakatan.

 

Petikan Buletin Utama di bawah pula memaparkan bekas Timb. Setiausaha Agung PKR turut mendakwa bahawa PKR bukanlah parti untuk semua kaum kerana pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada kaum India :

 

Kini mereka sekali lagi menghina kaum India dengan memperkecilkan peranan pengundi kaum India di negara ini sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa undia India tidak mereka perlukan untuk terus berkuasa di Kedah.

Oleh Beruang Biru :
RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India. 
Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut. 
Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya.  
Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar. Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. 
Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan. Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih. 
Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah. 
Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut. Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. 
Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata. Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. 
Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam. Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.  
Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang.
Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. 
Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

Wednesday, January 18, 2012

[VIDEO] : @AzwanNur Berdamai Dengan Ummi Hafilda Selepas 7 Tahun Bergaduh...


Bila lihat keadaan keluarga ini, kadang-kala boleh jadi bengong...

Filem P.Ramlee 'Keluarga 69' pun tak 'sehebat' aksi keluarga ini...

Semuanya berantakkan, bermusuhan gara-gara seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim...

Walau apa pun kita doakanlah yang terbaik...

Malas nak puji si Azwan Ali walaupun dia 'sebak' dalam sidang media tadi, maklumlah bukan kita tak biasa hari ini bermaaf-maafan esok lusa keluar balik ayat 'biadap' dari mulut dia...

Dari youtube :
Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini. Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin. 
"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.

Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir. Azwan Ali juga dilihat menangis 'Sebak' bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis. 
Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.
Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau. 
P/S:Kami doakan semoga Azwan dan Ummi berbaik semula dan bersatu sebagai keluarga.Tinggal sorang lagi tak tau bila nak insaf.
YY : Tahu kau nokkk takut dengan polis... keh3... orang tua cakap mulut mau jaga la nokkk! kikikiki.. eh apasal ambo pun cakap macam azwan... ahh gila!

Thursday, January 12, 2012

Gerakan Menentang Azmin Ali Kini Bermula...?

Ini bukan bicara persoalan moral. Ini bukan bicara seperti laman-laman lain yang menentang dengan memburuk-burukkan moral, menceritakan kelucahan dan menjatuhkan maruah dengan penghinaan melampau. Ini berita politik.  
Ini berita mengenai pasca pembebasan Anwar Ibrahim. Semua sudah bersedia untuk mendengar khabar berita – esok lusa kita akan ambil Putra Jaya. Semua sedang bersemangat untuk mentadbir negara ini sebagaimana yang di cita-citakan.  
Mereka sibuk mengatur strategi yang membolehkan mereka menjadi penguasa. Mereka mahu MEMERINTAH dan bukan MEMIMPIN rakyat negara ini. 
Dalam keghairahan mereka menceritakan mengenai menawan Putrajaya – satu isu yang sebenarnya wujud dalam tahun dari 1999 – pada PRU ke 10 adalah ura-ura dapat mengalahkan BN.  
Hasrat itu sudah menjadi garis kenangan betapa ghairah pembangkang menceritakan mengenai pengambilan alih kuasa. Percaturan kerusi parlimen dan kerusi DUN – siapa yang bakal menjadi menteri dan barisan kabinet semua seakan mahu ditentukan.  
Hari ini begitu juga, pembebasan Anwar Ibrahim merancakkan kembali cita-cita menawan Putrajaya. Semua seakan bersedia untuk MEMERINTAH. Dalam kesediaan itu – Azmin Ali menjadi topik perbualan dan diskusi. Azmin Ali memang popular di kalangan politikus yang rapat dengan beliau.  
Azmin Ali mempunyai koleksi penyokong tegar yang mengharapkan tempat dari beliau. Namun kelompok lagi sedang menceritakan betapa kroniknya kronisme Azmin Ali. Ramai kawan sudah menjadi musuh kerana Azmin Ali. 
Senator Ezam Mohd Nor tidak akan berada dalam UMNO sekiranya pertengkaran beliau dengan Azmin Ali tidak memuncak. Ramai yang meletakkan Azmin Ali sebagai punca perpecahan – baik dalam Parti Keadilan Rakyat mahupun hubungan antara Pakatan Rakyat sendiri.  
Semakin kuat ghairah mahu memerintah semakin kuatnya timbul kumpulan ahli parti yang menolak Azmin dan mempersoalkan kebebasan kepimpinan Anwar yang seakan terlampau terikat dengan Azmin Ali. Ini bukan persoalan dalam PKR namun PAS juga seakan tertanya keakraban Azmin dan Anwar Ibrahim. 
Dalam kemelut itulah timbul kumpulan kecil telah mengadakan pertemuan kecil untuk memastikan Azmin Ali terketepi. Ramai membicarakan tetapi atas dasar dan corak budaya PKR – Azmin Ali akan terus disokong oleh Anwar Ibrahim.  
Oleh itu kumpulan kecil yang nampak mahu ancaman Azmin Ali MESTI segera lihat pada Anwar Ibrahim itu sendiri. Berjayakah gelombang anti Azmin dimulakan dan apa faedah yang bakal diperolehi. - Umno-Reform

Tuesday, January 10, 2012

"Dia Tak Layak Jadi PM, Latar Belakangnya Meragukan" - Dr. Hasan Ali


PAS kini mula berubah wajah menjadi sebuah parti diktator, di mana ahlinya kini tidak boleh mengeluarkan pandangan serta kenyataan yang tidak selari dengan kehendak pimpinan atasan PAS sendiri.

Pecat ahli sendiri tanpa diberi peluang untuk individu tersebut memberi penjelasan, kalau bukan diktator apa lagi?

Mungkin PAS kini mengamalkan kaedah yang diamalkan oleh pemerintah Junta di Myanmar :
"Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menjelaskan, segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS. 
“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini di kediamannya dalam satu sidang media malam tadi. 
Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar adalah kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Anwar. 
“Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor. 
“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. 
Tambahnya, Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang ‘meragukan’ dan dia turut berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat merupakan individu yang lebih layak memegang jawatan itu. 
“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa. 
“Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?” 
“Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya lagi. 
Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai dan dibimbing, malahan disekat oleh PAS sendiri. 
Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam ini adalah sebagai menyatakan sokongan peribadinya kepada Hasan, yang padanya sentiasa komited memperjuangkan Islam walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. 
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang langsung kepada beliau untuk member penjelasan."
YY : PAS patut guna slogan baru  "Membangun Bersama Anwar..."

Tuesday, January 3, 2012

Azmin Ali Kerah Setiap Cabang Hantar 100 Ahli Untuk Cukupkan 100,000 Orang?

Tempoh hari tembok penjara beliau sanggup robohkan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim. Sebentar tadi tersebar sms mengatakan Azmin Ali mengarahkan setiap Cabang PKR menghantar 100 orang ahli ke Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.

Sebelum baca laporan berita, kita layan dahulu lagu ini :



PETALING JAYA, 3 Jan - Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II. 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto) berkata, muslihat UMNO-Barisan Nasional yang mereka saya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. 
"Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. 
"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. 
"Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process", katanya. 
Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini 
Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. 
"Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. 
Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan. "Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Jan jam 8 malam di tapak ekspo. 
"Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut. "Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan gerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini. "Saranan saya, jangan seorang pun bawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya seru ahli PAS untuk turun pada 9 Jan," katanya.

Friday, November 25, 2011

Kamera Besar Gedabak Dalam Ofis Khalid Ibrahim Dulu Dipasang Oleh 'Gurkha' Azmin Ali?


Dulu kecoh dengan kes Azmin Ali cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim dalam usahanya untuk menduduki kerusi Menteri Besar di negeri Selangor. Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik'.



Pada waktu itu Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk jatuhkan Menteri Besar jika tidak dapat 'lampu hijau' dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Selepas itu kisah ini 'sejuk' dan diam begitu saja.

Tapi ianya menjadi hangat kembali bila mana Azmin Ali dikatakan orang yang bertanggungjawab menguruskan dana pilihanraya Pakatan Rakyat walaupun dana berkenaan diwujudkan di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor. Malah Azmin Ali dikatakan sudah mula menggerakkan 'askar gurkha' untuk memastikan kerusi empuk MB Selangor menjadi kepunyaan beliau selepas PRU yang akan datang.


Dari Medan Info Kita :
Perang dalam kelambu PKR sudah bermula... 
Khalid Gagap dijadikan sasaran utama untuk pastikan Menteri Besar paling gagap ini tidak menjadi pilihan utama sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor selepas PRU ke 13 seandainya 
BN masih gagal merampas negeri terkaya di negara ini... 
Askar askar gurkha upahan Azmin Ali sudah mula bergerak dan "buat kerja" untuk pastikan kerusi empuk MB negeri akan diduduki oleh Timbalan Presiden PKR yang sekarang ini Pengerusi Perhubungan PKR Selangor..! 
Angkara siapakah tiba tiba terlondeh dan terkangkang kepincangan wakil rakyat DUN Ijok seperti yang disiarkan dibawah ini...?
Nak tahu selanjutnya KLIK SINI 
YY : Aku sokong Azmin Ali jatuhkan Khalid Gagap Al-Jamban.... 

Friday, November 18, 2011

PKR Dilanda Krisis - Golongan Muda PKR Tolak Azmin Ali & Anwar Ibrahim?

Azmin Ali ditolak orang muda PKR?
Walaupun Azmin Ali dilihat sebagai individu paling setia di samping Anwar Ibrahim dan merupakan orang kepercayaan dan kesayangan Anwar Ibrahim tapi pada hakikatnya Azmin Ali sebenarnya ditolak oleh Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah.

Bukan sahaja tidak diterima oleh isteri dan anak Anwar Ibrahim, golongan muda dalam PKR juga menolak Azmin Ali untuk menggantikan tempat Anwar Ibrahim sekiranya penasihat parti itu kembali dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Golongan muda PKR hari ini lebih mempercayai Nurul Izzah untuk diketengahkan bagi memimpin parti berkenaan berbanding Azmin Ali yang semakin hari dilihat semakin angkuh.

Krisis di antara Azmin Ali dan keluarga Anwar Ibrahim bukan perkara baru,  ianya sudah berlarutan sejak sekian lama dan hal ini dapat dilihat ketika pemilihan PKR 2010 yang mana kedua beranak ini menyebelahi Zaid Ibrahim menentang Azmin Ali.

Pada waktu itu Nurul Izzah juga mendakwa Azmin Ali sebagai penipu. Malah bantahan ke atas Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dilakukan sendiri oleh penyokong PKR kerana merasakan kedua pemimpin mereka ini penipu dan pengkhianat.


Kebanyakkan golongan muda dalam PKR bukan sahaja menolak Azmin Ali, ada juga dari mereka juga berpendapat Anwar Ibrahim perlu berundur atau disingkirkan demi memastikan Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.

Malah keberanian Free Malaysia Today menyiarkan berita di bawah juga, jelas menunjukkan bahawa wujudnya unsur penolakkan terhadap Anwar Ibrahim.

Namun satu persoalan timbul iaitu adakah individu dalam PKR berani untuk mengenepikan Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali?
Anwar Must GO For Rakyat To Win - Remove DSAI 
We are not living in ancient times when generals led their armies into battles. In this war with BN, what need is there to give BN an overt target than by putting DSAI in the frontline?  
Especially when that target is suspect and unable to stand up to an enemy with large armies and deep pockets? Pakatan will not be able to match BN in money or resources.
What Pakatan has is the goodwill of many millions of Malaysians who are just as willing to consider giving their goodwill to BN if they think that Pakatan will fail to fulfil their aspirations of a good and decent government. 
Just take me. After nearly three years of unquestionable support for DSAI, I no longer want him to lead Pakatan because he is not what Pakatan needs to win its war against BN.
Dari Gelagat Anwar :
Banyak juga desas-desus di kalangan warga kerja ibu pejabat PKR yang berasa kurang selesa dan tak berapa setuju dengan cadangan Azmin untuk – meletakkan ANWAR sebagai center of attraction dalam Kongres tak lama lagi. 
Ramai yang berpandangan, tidak ada asasnya untuk mengagungkan ANWAR pada ketika imej peribadi pemimpin itu teruk tercalar dalam beberapa isu kebelakangan ini. Rafizi tidak comfortable (tetapi diam), Saifuddin juga begitu.
Yang berani mengatakan tidak dan membantah cadangan tersebut adalah beberapa pemimpin muda yang dimasukkan sebagai sekretariat. Mereka mengatakan kaedah mengagungkan Anwar sudah kurang menarik perhatian generasi muda. 
Jujur, tegas mereka  Anwar semakin kehilangan midah touch di kalangan generasi muda. Benda sama turut dikongsi oleh beberapa orang kanan Chegubard yang turut menolak cadangan kongres untuk mengagungkan Anwar. 
Kalau mengikut pelan asal – kongres itu akan menjadi tempat mereka mengesahkan Anwar sebagai PM material untuk pasca PRU-13. Gambar Anwar perlu besar, video tentang Anwar perlu padat, Anwar perlu digambarkan sebagai pemimpin ulung parti. 
Jangan tidak percaya, ramai juga kalangan anak muda di dalam PKR mula berfikir tentang apa yang akan jadi selepas Anwar? Ramai sangat! Mereka tak mahu parti menyorok dengan kemungkinan sebenar yang Anwar akan masuk semula ke penjara. Siapa yang boleh memimpin? 
Kebanyakan golongan muda dalam PKR lebih percayakan Izzah berbanding Azmin. Mereka beranggapan, Izzah lebih molek diletakkan di depan – berbanding Azmin. 
Kebanyakkannya memberikan maklum bahawa Azmin sudah terlalu arrogant dan tidak boleh dinasihati. Malahan, Kak Wan juga mengesan perkara sama. Azmin sudah tidak seperti dahulu. 
Kaedah mengagungkan Anwar ini juga ditolak oleh media alternatif yang dimiliki pembangkang. Mereka tahu, menjadikan Anwar sebagai TUHAN POLITIK kepada PKR akan hanya meletakkan PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. Masa Anwar semakin suntuk.
YY : Parti Kian Runtuh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal