*penyeri artikel semata-mata* |
Disko-dut yang terletak di negeri 'Serambi Mekah' sebagaimana dipaparkan dalam video youtube semalam terletak hanya 3.6km dari rumah Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Saksikan rakaman berikutnya :
Jarak Disko-Dut dari rumah Nik Aziz Bin Nik Mat :
Sebelum ini Nik Aziz Nik Mat 'berang' dengan pendedahan mengenai pusat pelacuran Lorong Limau Manis yang terletak tidak sampai setengah kilometer dari pejabatnya sendiri. Pada waktu itu segera pihak berkuasa di salahkan oleh Nik Aziz kerana didakwa lemah dalam menguatkuasa tugas yang ditetapkan.
PAS Kelantan selalu berbangga kononnya negeri yang ditadbir mereka lebih 20 tahun ini bebas aktiviti maksiat tidak seperti negeri yang diperintah oleh BN. Sebelum ini PAS begitu riak mendakwa mereka menerapkan nilai Islam sebenar dalam diri rakyat Kelantan tetapi video ini membuktikan bahawa PAS gagal menjayakan slogan yang dilaungkan mereka lebih 20 tahun yang lalu.
Teropong negeri yang ditadbir sendiri dulu Tok Guru sebelum sibuk dok teropong salah UMNO! |
Selain menghidangkan minuman keras, premis hiburan ini juga beroperasi sehingga ke waktu Subuh di mana pengunjung pusat hiburan ini terdiri daripada anak-anak muda dan rakyat Kelantan sendiri. Tidak hairanlah jika Kelantan mencatat kadar tertinggi penyaki AIDS jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.
Nampaknya rakyat Kelantan tidak lagi perlu menyeberang sempadan Thai untuk berhibur sebaliknya pusat hiburan hanya yang mampu memberi khidmat hampir sama dengan kelab-kelab di Thailand hanya terletak tidak lebih 4 kilometer dari rumah Nik Aziz sendiri.
Baca laporan Agent Johnson mengenai hasil pemerhatiannya di blog Kickdefella klik SINI
YY : Biso Kelate dari KL boh... KL disko di Jln. P.Ramlee tutup pukul 3.. tp Disko-Dut di Kelate buleh joget sampai Suboh... biso molek!
8 comments:
HAHAHHAH...GOYANG-GOYANG
Bila nak jwb tok guru weii...
Bandaraya Islam tahun 2005 tapi tahun 2011 tak berapo nk Islam mano doh. byk make pitih balok kut!
Betul hebat berjoget sampai Subuh. Hahaha!
KAT KL BERLAMBAK TEMPAT MACAM NI. KELATE TU TERSEMBUNYI-SEMBUNYI BKN TERBUKA MCM PUAK UMNGOK PERINTAH!
Anon November 24, 2011 9:59 AM,
Mu ni jenis bengong..! Kalu orang kata Kelate ada disco, apa pasal mu kata KL ada disco lagi hebat? Kelate ada disco tidak ada kena mengena dengan disco di KL.
Mu tak tahu cerita & ujung pangkal. Mana ada disco tersembunyi seperti kamu kata, kerana bunyi bising disco ni bukan boleh disorok2. Benda disco bukan benda yang boleh di buat sembunyi2 macam berzina, ooi..!
Ceritanya mudah jah.. Ramai celako-celako PAS sekarang ni jenis makan duit rasuah. Semua benda boleh dibuat, asal bagi duit.
Kepimpinan negeri : Lemah dan goyang kaki. Janji kerusi lembut dapat. Keje hanya ceramah, ceramah, ceramah.. Tu sajer. Puok2 bodo pengikut PAS tu percaya, percaya, percaya. Nik Ajis berceramah bercakap tentang Islam. Memang laa betul apa yang dia cakap sebab Islam adalah ugama Allah. Tiada yang tipu dalam Islam.
Tapi bila sampai masa pemerintah, unsur Islam entah kemana, kecuali ; Balak, balak, balak.. Sampai keruh air sungai Kelantan.
Anon November 24, 2011 9:59 AM,
Kalau beroperasi sampai Suboh takdenya tersorok lg dah! nak sorok kesalahan wali selipar ko ke Anon?
saya x ikut mana2 parti politik but no one is perfect.BN pun ada masalah juga but jgn lah anggap benda bermaksud pentadbiran x baik..nak jaga sebuah kawasan,setiap inci nak perfect,,itu mustahil..so fikir2kan lah..
Post a Comment