NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label muhyiddin yassin. Show all posts
Showing posts with label muhyiddin yassin. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

TPM Kata BN Ada Harapan di #PRKSgLimau - Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan & Jentera Diminta Siap Siaga!


Siap Siaga! - kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi meminta jentera pemuda bersiap siaga sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh PAS menjelang malam pembuangan undi ketika membuat lawatan ke Bilik Gerakan Pemuda BN yang turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Ini kerana PAS mungkin membuat provokasi jahat bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau, selain itu menurut TPM kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi DUN Sungai Limau.


Selain membuat lawatan TPM turut melepaskan konvoi bermotorsikal pemuda BN - Naib Ketua Pemuda Azwanbro yang memberikan taklimat akhir kepada Ketua-Ketua Pemuda BN sebaik sahaja selesai lawatan TPM turut mengarahkan jentera bersiap siaga kerana PAS dijangka menggunakan taktik kotor sebagaimana dilakukan sebelum ini.




Foto lain - KLIK

Monday, June 10, 2013

@NajibRazak Perlu Siapkan Bloggers & Jentera - @MuhyiddinYassin Mungkin Cabar Kerusi Presiden!


Walaupun beberapa pihak termasuk Pemuda UMNO yang bermesyuarat tempoh hari menggesa jawatan no.1 dan no.2 UMNO tidak dipertandingkan bagi menggelakkan perpecahan dalaman.

Gesaan itu nampaknya ditolak oleh ramai pihak, ini kerana cadangan untuk tidak pertandingkan jawatan tertinggi UMNO memperlihatkan plan transformasi parti yang diilhamkan oleh PM tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Lebih-lebih lagi sistem kouta yang dimansuhkan oleh DS Najib telah membuatkan ahli UMNO tidak sabar untuk menggunakan hak mereka memilih pemimpin yang dirasakan layak.

Pada tahun 2009 DS Najib Tun Razak bertindak menghapuskan kouta pencalonan daripada bahagian-bahagian sekaligus membolehkan sesiapa yang hendak bertanding hanya perlu mendaftarkan nama sahaja.

Manakala mereka yang mengundi pula tidak lagi melibatkan para perwakilan seramai 2,500 perwakilan sahaja, sebaliknya ia diperluaskan kepada 146,500 perwakilan daripada 161 bahagian UMNO seluruh negara.

Jelas ia membuktikan DS Najib Razak pemimpin UMNO yang berjiwa besar dan berani berhadapan dengan pertandingan.


DS Najib Tun Razak Perlu Siapkan Jentera

Memerhati isi penulisan bloggers seperti kumpulan 'Blog House', saya ingin mengingatkan PM agar turut mempersiapkan jentera serta jangan bersikap selesa dengan omongan pihak-pihak tertentu konon menyokong penuh beliau menduduki kerusi no.1 UMNO.

Kerana ini skrip lama, Pak Lah dulu sudah terkena!

Kita tidak lupa kewujudan pasukan 'Kami Sayang Pak Lah' yang lantang bersuara dan menjerit serta berikrar untuk pertahan dan menyokong kepimpinan Pak Lah tapi lesap tanpa khabar berita.

Lebih-lebih lagi tekanan Tun M ekoran kegagalan Pak Lah mempertahankan majoriti 2/3 dalam PRU12.

Pak Lah yang perolehi sebanyak 140 kerusi parlimen dalam PRU12 berhadapan dengan tekanan 'Maha Hebat' - DS Najib Tun Razak pula baru saja menuai hasil dalam PRU13 yang begitu buruk walaupun kerusi yang diwakili UMNO memperlihatkan penambahan.

Adakah DS Najib akan dibiarkan selesa?

Saya melihat dua perkara mungkin berlaku iaitu - pertama peluang DS Najib Tun Razak untuk kecundang adalah tinggi berdasarkan keputusan PRU13.

Manakala yang kedua peluang untuk perwakilan memilih beliau terus menerajui UMNO ke arah transformasi berdasarkan peningkatan kerusi milik UMNO sebanyak 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi hanyalah 50/50.

Pun begitu tidak cukup untuk DS Najib Tun Razak mengharapkan 'keajaiban' serta meletakkan kepercayaan kepada 146,500 perwakilan tanpa menggerakkan serta menempatkan jenteranya. Bloggers-bloggers dilaporkan sudah meletakkan diri mereka di posisi tertentu.

Kerana rekod silam pemilihan UMNO pernah memperlihatkan tumbangnya Allahyarham Tun Ghaffar Baba adalah kerana terlalu yakin dengan kata-kata Anwar Ibrahim konon tidak sesekali akan lawan dan khianat Tun Ghaffar.

Namun apabila hampir dengan Perhimpunan Agung secara tiba-tiba Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk melawan Tun Ghaffar kononnya keputusan tersebut dibuat atas kehendak ahli akar umbi.

Maka tersungkurlah Allahyarham Tun Ghaffar dek kerana pada waktu itu beliau tidak membuat sebarang persiapan kerana termakan dengan kata-kata Anwar Ibrahim.

Bagaimana DS Najib Tun Razak adakah sudah kejut jenteranya yang masih tertidur di Pekan?

Siapa kumpulan bloggers yang akan membantu menangkis serangan ke atas susuk tubuh PM yang bakal dilancarkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Tidak salah rasanya DS Najib mempersiapkan jentera sebagai langkah persediaan. Manalah tahu tiba-tiba satu ungkapan untuk mencabar kerusi no.1 UMNO keluar dari bibir TS Muhyiddin Yassin.

Selain itu terdapat juga ura-ura bahawa Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Isa Samad mahu melawan kerusi Naib Presiden UMNO.

Berdasarkan rekod atas kertas kumpulan 'Blog House' sudah tentu akan berkempen bagi memastikan calon yang dianggap 'Tun M's Choice' menang kerusi Presiden UMNO. Setakat ini hanya TS Muhyiddin Yassin merupakan 'Tun M's Choice' untuk menyingkirkan DS Najib Tun Razak dari kerusi Presiden UMNO.

Saya juga nampaknya perlu posisikan diri saya selaku bloggers UMB untuk membantu mempertahankan Presiden UMNO DS Najib Tun Razak...


YY : Masa untuk Bro Najib "act now, think later..."

Saturday, June 1, 2013

Guru Cina Kata "MELAYU BODOH!", "MELAYU BABI!" - Mana Pergi "I Am Malay First" Menteri Pelajaran? @MuhyiddinYassin

Poh Kim Thye (bulatan) contoh terbaik ;
Guru Rasis, Gila, Biadap, Celaka, Durjana, Sial, Guru jenis Haram Jadah!

"Saya Melayu dahulu, Malaysia kemudian...!"

Siapa masih ingat pemimpin yang mengeluarkan kenyataan tegas tersebut?

Sebelum sambung kisah 'memalukan' institusi penguruan ini - kita lihat laporan polis di atas kenyataan biadap, rasis seorang guru berketurunan cina :


Secara terbuka menghina kaum Melayu :
"MELAYU BODOH, MELAYU BABI, MELAYU BANGANG, MELAYU SIAL, MELAYU PUKIMAK ...."
Kita bandingkan dengan laporan polis ke atas Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman :


Istilah yang digunakan beliau adalah :
"Pendatang, penumpang, kaum india dan cina tidak diperlukan, boleh balik China...!"
Tiada maki-hamun atau memperbodohkan pelajar kaum India atau cina, malah Puan Insyak juga mendakwa kenyataan beliau diputar belit oleh seorang guru India.



Namun malang buat Puan Siti Insyak kerana bukan sahaja Menteri Pelajaran - malah pelbagai pihak tampil menghentam tanpa meneliti penjelasan beliau. Menteri Pelajaran dengan pantas mengarahkan Kementeriannya menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat insiden tersebut.

Itulah nasib yang menimpa Puan Siti Insyak di atas tindakannya menggunakan istilah "penumpang" dan "pendatang".


Tetapi kenapa kita melihat begitu lembab sekali Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran II Idris Jusoh, Timbalan Menteri-Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran dalam isu Poh Kim Thye yang memaki-hamun dengan perkataan kesat?

Sehingga kini setahu saya tiada kenyataan mahu pun tindakan!

Wahai Tan Sri Muhyiddin!

Sudah hilangkah semangat TPM dan juga Menteri Pelajaran yang dilaungkan dahulu kononnya dia adalah pemimpin kerajaan yang bersifat "Melayu dahulu, Malaysia kemudian..." - sekaligus kenyataan yang dikeluarkannya dikatakan membelakangi konsep 1Malaysia.

Mana pergi semangat "melayu dahulu" yang ada dalam jiwa Tan Sri apabila anak bangsa sendiri dihina, diherdik, ditonjol kepalanya oleh guru berbangsa cina?



Itulah saya kata semalam konsep 1Malaysia dan dasar kerajaan langsung tidak sampai sepanjang Tan Sri Muhyiddin Yassin mengurus Kementerian Pelajaran!

Jika Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri yakni pemimpin UMNO yang berjiwa "Melayu dahulu, Malaysia kemudian" tidak boleh diharap untuk menguruskan Poh Kim Khye seorang guru yang bernaung di bawah Kementeriannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan?

Nak harapkan PM?

Nanti  para penasihatnya yang tak berapa 'sihat' pula menyibuk, akhirnya PM juga yang terpalit dengan kritikan membuta-tuli pihak-pihak tertentu.

Nak harapkan pemimpin pembangkang seperti Kit Siang, jangan mimpilah kerana  mereka tidak akan 'menyalak' jika tiada habuan di sebalik 'salakkan' tersebut. 

Nak harapkan Kit Siang keluarkan artikel di laman blog menolak dan mendesak Poh Kim Thye mohon maaf kepada pelajar dan ibubapa berbangsa Melayu?

Potong kepala takuk la brader dia tidak akan buat dan sentuh kaum dia sendiri lebih-lebih lagi bergelar 'pendidik'!

TPM tahu ke tidak tentang insiden yang melibatkan Poh Kim Thye - maklumlah kita tahu beban tugasnya selaku TPM?

Konon berjiwa "Melayu dahulu, Malaysia kemudian!" tapi "Melayu selalu kena hukum dulu, cina kemudian-kemudian..."

Malang sungguh apabila Pemimpin Melayu kita, Menteri Pelajaran yang kita puja-puja kerana berjiwa "melayu dahulu, malaysia kemudian" senyap apabila guru cina tunjal kepala dan hamun anak-anak bangsanya sendiri!

"Melayu dulu konon..." - Lantoiii!

Tan Sri jangan lupa baca komen dari cikgu [SINI]



YY : Hello my chinese friends, we must learn to live together as brothers or perish together as fools...

Thursday, May 30, 2013

@MuhyiddinYassin Gagal Pimpin Kementerian Pelajaran - Punca Guru Cenderung Sokong Pembangkang?


90 peratus golongan guru cenderung menyokong pembangkang - kenapa agaknya perkara ini terjadi, walaupun kerajaan dikatakan telah memberi banyak keistimewaan kepada golongan pendidik ini.

Saya tidak terkejut dengan isi kandungan surat 'Gelora Langkawi' - [sini]

Adakah kita akan lontarkan soalan seperti "apa lagi guru mahu?"

"boikot guru sokong pembangkang!"

"Jangan naikkan gaji guru untuk 10 tahun akan datang!"

Biasa inilah yang dilakukan oleh penyokong kerajaan, kita kritik, hentam, balun dan secara tidak langsung tindakan tersebut telah menyebabkan semakin ramai guru menolak untuk menyokong kita.

Hahaha...

Benarkah 90 peratus sokong pembangkang atau 90 peratus ini merupakan 'suara senyap' manakala baki 10 peratus adalah 'hardcore' pembangkang yang kerap mengkritik, menghina, mencerca pimpinan kerajaan di sekolah secara terbuka, lalu menggambarkan seolah-olah majoriti guru bersama pembangkang?

Saya tidak percaya 90 peratus guru bersama pembangkang sebaliknya, saya lebih percaya golongan guru adalah mereka yang terdiri daripada 'suara senyap' - di mana mereka memerhati, menilai akhirnya mereka memilih yang mana terbaik.

Mereka mengkritik kerajaan, tidak bermakna mereka mengundi pembangkang!

Apakah adil untuk menuduh guru yang mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna gagal membuat keputusan yang terbaik demi masa depan negara?

Bagaimana dengan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin - adakah tanggungjawab selaku Menteri Pelajaran dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Adakah dasar 1Malaysia, dasar tranformasi, GTP, ETP dan dasar-dasar lain yang dibuat dan dilancarkan oleh kerajaan benar-benar sampai dan difahami oleh golongan guru sepanjang Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pelajaran?

Hasil pemerhatian berdasarkan tindakan golongan guru kebelakangan ini jelas mereka tidak memahami dasar-dasar kerajaan, mereka juga gagal menyelami dasar 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri. Ini kita berbicara mengenai Kementerian Pelajaran sebelum Kementerian ini digabungkan dengan Pengajian Tinggi.

Jika sebelum Kementerian ini digabungkan dasar-dasar kerajaan gagal sampai dan difahami oleh golongan guru bagaimana selepas penggabungan?

Jika dulu Menteri Pelajaran gagal melaksanakan serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada 400 ribu golongan guru dengan berkesan sehingga segelintir guru secara terbuka menghentam kerajaan.

Adakah saudara merasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menggalas tugas yang sama selepas ia digabungkan dengan Pengajian Tinggi?

Jika dulu kita berbicara soal 400 ribu golongan guru, kini Kementerian tersebut bertanggungjawab bukan sahaja kepada guru tetapi kepada 20 IPTA dan beratus IPTS di seluruh negara.

Nak tengok kegagalan Menteri Pelajaran mudah saja - kita tengok apa jadi kepada program "1 Murid 1 Sukan", "Senam Robik serentak 1Malaysia", "Key In PBS server share 1 Malaysia" (program yang memaksa guru tunggu sehingga jam 2-3 pagi trafik kurang sibuk untuk key in).

Kenapa akur desakan puak kononnya pencinta bahasa sehingga memansuhkan PPSMI?

Berapa ramai ibu bapa dan guru sokong keputusan ini, walhal rata-rata mengatakan murid dan guru mengalami peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan?

Cuba turun ke sekolah dan tanya apa jadi dengan program ini?

Guru-guru puas hati ke dengan program yang diperkenalkan?

Macam mana Menteri bertanggungjawab nak turun, jika beliau sibuk pun perlu fokus dengan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri.

Jadi kenapa jawatan sebagai Menteri Pelajaran tidak diberikan kepada pemimpin lain di mana individu tersebut tidak dibebani dengan tugasan lain.

Nak harap Menteri Pelajaran II - Datuk Idris Jusoh?

Saya rasa mungkin sekarang dia sibuk dengan kes saman Rafizi Ramli yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab Pengerusi SPR.

Hahaha...

Lagu untuk cikgu :)




YY : Jangan tanya "apa lagi guru mahu?" cuba tanya apa lagi Muhyiddin mahu, tak cukup dengan TPM saja ke?... :) "

Friday, June 22, 2012

Hardcore PAS Dilantik Ahli Penasihat Akademi DBP - Ketua Pengarah DBP Perlu Letak Jawatan!


Susulan entri sebelum bertajuk 'Hardcore PAS dilantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP - SUPOL Menteri Pelajaran Tidur' [klik] - 'seseorang dari Pejabat Menteri Pelajaran' telah memberikan respon terhadap artikel tersebut pada sebelah malamnya.

Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada para pegawai di Kementerian Pelajaran dan SUPOL TPM kerana beliau seorang yang peka dengan dunia blog serta mengikuti perkembagan semasa.

Jika semua SUPOL Menteri peka terhadap media baru seperti beliau nescaya ianya perkara yang baik untuk masa depan.

Saya akui saya tidak merujuk kepada Pejabat Menteri Pelajaran dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menyiarkan artikel tersebut. Kerana kita tahu Pejabat TPM hanya ada hubungan dengan 'blogger-blogger' tertentu sahaja.

Belum pernah lagi rasanya Pegawai dari Pejabat TPM ada berhubung dengan blogger macam saya dan saya yakin nombor dan diari mereka hanya untuk 'blogger' tertentu sahaja.

Malah nombor telefon saya tiada dalam simpanan SUPOL Menteri Pelajaran dan mana-mana pegawai TPM.

Hahaha...

Berbalik kepada isu berbangkit, menurut mereka keputusan melantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP bukan keputusan dasar dan ianya tidak dirujuk Pejabat Kementerian Pelajaran.

Mendengar penjelasan yang diberikan saya tetap tidak bersetuju tindakan melantik Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP oleh Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan lebih-lebih lagi ianya tidak dirujuk kepada pejabat Menteri terlebih dahulu.

Kenapa saya tidak bersetuju dan pertikai perlantikkan Puan Ainon Mohammaed?


Fitnah Program Kerajaan 'Hari Belia 2012' Oleh Puan Ainon.
Dimaklumkan di Universiti Terbuka PTS Puan Ainon Mohammed lebih banyak memainkan isu-isu politik serta membawa sentimen membenci kerajaan yang sedia ada.

Oleh sebab itu mustahil jika Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan tidak tahu dengan pegangan politik Puan Ainon Mohammed selama ini. Tindakan melantik Puan Ainon Mohammed adalah satu tindakan yang tidak 'politically correct' dari seorang yang memegang jawatan Ketua Pengarah!



Adakah Dr. Awang Sariyan tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu pegangan politik Puan Ainon Mohammed sebelum melantik beliau ke jawatan yang strategik?

Oleh sebab itu Dr. Awang Sariyan mesti meletak jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah DBP kerana membuat perlantikan individu memegang jawatan yang strategik tanpa merujuk pejabat Menteri Pelajaran!

Pihak Lembaga Pengelola juga wajar melepaskan jawatan kerana GAGAL menyiasat hal ini sehingga ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan sentimen membenci kerajaan!

Pihak SUPOL Menteri Pelajaran dan Pegawai Menteri Pelajaran MESTI memastikan tindakan diambil ke atas Dr. Awang Sariyan serta tamatkan perkhidmatannya.

Kerana jawatan Ahli Majlis Penasihat DBP merupakan jawatan strategik bertanggungjawab menjaga akademi, menjaga anak muda dan menjaga modul latihan-latihan DBP.

Dr. Awang Sariyan sebenarnya sudah lama kenal dengan Puan Ainon Mohammed dan tahu pegangan politik serta kegiatan politik tegar yang dilakukan oleh Puan Ainon Mohammed. Justeru itu selaku Ketua Pengarah DBP beliau perlu mengambil kira sensitiviti politik sebelum melantik mana-mana individu sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Jadi wajarlah beliau berundur dari jawatan yang disandang!

Bodoh sangat jika seseorang yang berjawatan sebagai Ketua Pengarah DBP perkara-perkara sebegini perlu diajar kepadanya!

Jadi... 

SUPOL Menteri Pelajaran bersama Pegawai-Pegawai yang bertanggungjawab anda kena pastikan tindakan diambil kepada Ketua Pengarah DBP dan Lembaga Pengelola!

YY : Rupanya SUPOL kita tak 'tidur' beliau peka dengan isu-isu blog - Isu hardcore dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP tak banyak komen di blog tapi ada 132 komen di facebook!

Wednesday, June 20, 2012

Hardcore PAS Dilantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP - SUPOL Menteri Pelajaran Tidur?


Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikkan sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Tetapi ada pihak mengirimkan emel kepada saya mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,
Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP. 
Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr.  Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan. 
Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)
Adakah Pegerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas perkara-perkara dasar?"
Surat Perlantikkan Ainon Mohammed : 




Selepas membaca emel yang dikirimkan, saya cuba melawat akaun facebook milik Puan Ainon Mohammed, perkara pertama yang saya terpandang adalah gambar beliau ditemubual oleh TV PAS.

Melihat status yang ditulisnya, maka benarlah dakwaan pengirim emel yang mengatakan Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru ini merupakan pejuang PAS selain beliau berjuang memartabatkan Bahasa Melayu.

Terdapat juga komen-komen yang berbentuk persepsi ditulis oleh Puan Ainon Mohammed malah jika diteliti komen beliau merupakan 'serangan' secara halus kepada kerajaan :






Benar sebagai rakyat Malaysia beliau bebas berpersatuan dan menyertai mana-mana parti politik, itu tidak boleh disangkal lagi.

Persoalannya bagaimana seorang yang selalu menyerang kerajaan secara jelas boleh dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP?

Adakah Pengerusi Lembaga Pengelola tidur sehingga gagal memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perlantikkan dibuat?

Adakah perkara-perkara dasar Kementerian Pelajaran diambil kira sebelum proses perlantikkan dibuat oleh DBP?

Adakah Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran turut sama tertidur sehingga tidak sempat menasihat bos mereka di atas perlantikkan ini?

Bukan apa, saya khuatir Puan Ainon Mohammed bakal mengikuti jejak sasterawan negara A.Samad Said yang sebelum ini melobi kerajaan untuk membeli karya-karyanya puisinya untuk dijadikan bahan bacaan di perpustakaan sekolah.

Tetapi kini menuduh pula negara Malaysia sekarang diperintah oleh Perdana Menteri paling kejam selepas demonstrasi Bersih 2.0 tahun lepas? [Rujuk Sini]

YY : Patutlah banyak maklumat kerajaan sampai ke pembangkang, banyak sangat totok pembangkang diserap masuk oleh kita sendiri...

Friday, January 27, 2012

[FOTO] : TPM Hadiri Jamuan Rakyat di Putrajaya Bersama @TengkuAdnanReal @RajaNongChik


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin di Presint 8 di sini. 
Turut kelihatan ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman. 
Selesai solat, Muhyiddin menyertai orang ramai di kawasan perumahan itu, ke khemah di padang bersebelahan surau untuk majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat. - Utusan 
Foto Sekitar Program Jamuan Rakyat Bersama TPM di Putrajaya













Sekolah Agama Rakyat Akan Dibina di Putrajaya


Dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Bahagian UMNO Putrajaya, TPM yang juga Menteri Pelajaran bersetuju untuk membina Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya. 

Sekolah ini dibina atas permintaanAhli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sekolah Agama Berasrama Penuh yang diumumkan tadi akan dibina di Precint 8 dalam masa terdekat.

YY : Siapa kata UMNO tak peduli pasal sekolah agama? 

Friday, November 25, 2011

Petanda BN Mula Diterima Rakyat Kedah?


Kehadiran hampir 20 ribu rakyat Kedah ke Jamuan 1 Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, Kedah adalah petanda bahawa rakyat Kedah sudah mula menyedari bahawa kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan tidak mampu mengurus negeri berkenaan dengan baik.

Selepas ditawan pembangkang Kedah dilihat sepi malah boleh dikatakan agak merundum baik dari segi pembangunan ekonomi mahu pun sektor lain. Projek yang diumumkan kerajaan negeri juga tidak menampakkan sebarang impak besar yang boleh menjana pendapatan negeri Kedah secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup rakyat Kedah itu sendiri.

Dari blog Kedah ke KL :
Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. 
Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai.
Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. 
Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan. 
Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. 
Nak mengharapkan kerajaan negeri? 
Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? 
Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu. 
Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah.
Untuk melihat gambar kemeriahan sambutan rakyat Kedah terhadap BN (KLIK SINI) 

YY : Rakyat dah terima baik BN, harap pemimpin BN Kedah faham peranan masing-masing!

Wednesday, August 24, 2011

Blogger 'Kucing' Akan Memusnahkan Usaha Rockybru - Kenapa Parps Pula Melompat?

link : http://catoutofbag.wordpress.com/
Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh 'seseorang' yang cuba mendapatkan pandangan saya berhubung dakwaan bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan Najib oleh kumpulan Elit's Bloggers iaitu yang diketuai oleh Datuk Ahiruddin Atan atau popular dengan nama Rockybru.

Saya hanya menjawab, "saya tidak mampu untuk memberi sebarang pandangan kerana saya hanyalah anak kecil dalam dunia politik mahupun dunia blog"...  Lagipun jika benar wujudnya gerakan 'jahat' ini saya tidak berminat menyertainya kerana matlamat saya hanyalah membantu kemenangan BN.

Tetapi individu yang menghubungi saya ini berkata "bro...just bagi pendapat peribadi you sahaja saya hendak baca...." Oleh sebab itu saya lakukan sedikit 'research' tentang apa yang heboh sangat diperkatakan oleh golongan di atas 'sana' sekarang ini.

Jadi artikel ini hanyalah pandangan peribadi saya dan tidak sesekali ada kaitan dengan mana-mana individu jauh sekali dengan mana-mana menteri.

Hasil 'research'  poyo saya ini mendapati ada satu blog baru iaitu 'Cat Out Of Bag' telah meletakkan satu posting berjudul "Ada Batu(Rocky) Dalam Selimut" pada 20 Ogos yang lalu. Blogger ini menyatakan bahawa beliau merupakan penjawat awam di Putrajaya dan juga seorang perunding kepada PMO.

Artikel Cat Out Of Bag pada 20 Ogos

Selepas posting ini disiarkan pada 20 Ogos yang lalu, blogger otai Datuk Rockybru juga bertindak mengeluarkan posting berjudul "Abang Din Gunning For The No.1 Seat? selang dua hari selepas itu iaitu pada 22 Ogos.

Dalam artikel berkenaan Datuk Rockybru menyatakan bahawa jika 'kem Najib' mempercayai bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan ketua mereka. Maka PM sekarang ini berada dalam keadaan yang lebih bahaya daripada apa yang beliau fikirkan.

Posting Rockybru pada 22 Ogos

Ini bermakna Rockybru secara sinis cuba menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh golongan tertentu bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan PM Najib Tun Razak yang digerakkan oleh 5 orang blogger dan beliau bertindak selaku ketua kepada blogger-blogger ini.

Tetapi beberapa keraguan wujud dalam fikiran saya ketika ini, secara peribadi timbul satu persoalan dalam benak fikiran saya bahawa kenapa perlu kem Rockybru 'melompat' dengan artikel berkenaan jika dakwaan ini hanyalah fitnah jahat ke atas Rockybru?

Individu yang melompat dalam situasi ini bukanlah Rockybru sebaliknya blogger TERSOHORRRRR... si Parpukari.  

Hahaha why Parps...you pula yang 'melompat'?

Dek kerana 'melompat' atau pun 'panas bontot' tidak pula saya ketahui, tetapi hasil pemerhatian saya jelas memperlihatkan bahawa Parpukari 'tidak selesa' dengan dakwaan ini sehingga melakukan sedikit penyiasatan sebagaimana dinyatakan dalam posting terbaru beliau di SINI

Macam biasa hentaman sembrono merupakan asas utama dalam penulisan blogger TERSOHORRR ini. Beliau mula melepaskan 'tembakan' kepada kem Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Kita tahu bahawa beberapa desakan supaya Datuk Hishamuddin Tun Hussein melepaskan jawatan dari blogger tersohor ini. Baginya setiap menteri kabinet mesti akur dengan setiap penulisannya.
 




Dengan wujudnya blog Cat Out Of Bag (gambar utama artikel) penulis berkenaan menyatakan bahawa beliau akan membuat beberapa pendedahan mengenai gerakan jatuhkan Najib yang mana isu ini juga dimainkan oleh beberapa blog pembangkang. Kewujudan blog misteri ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk memusnahkan sebarang usaha dan gerak kerja 'jahat' ini jika benar ianya wujud sebagaimana diperkatakan.

Dalam artikel Cat Out Of Bag baris ayat yang perlu diberi perhatian adalah :
"Word has been going around about what Rocky of Rocky’s Bru (Datuk Ahiruddin Atan) would do next, after leaving Redberry group at the end of his contract in May. Speculation was that that he would once again be involved in media as point man for a new political campaign..."
Tapi benarkah wujudnya gerakan menjatuhkan Najib sebagaimana didakwa penulis 'Kucing' ini? Pertama kali saya bertemu dengan Rockybru ialah di 1st ASEAN Malaysian Bloggers Conference anjuran Blog House Malaysia. Namun pada waktu itu saya tidak sempat berbicara dengan Rockybru, saya hanya sempat bersapa dengan blogger 'anjing' si Big Dog dan Parps idola saya. Hahaha...

Tetapi dari apa yang saya tahu, Rockybru ketika ini sedang mengusahakan satu portal khas yang diberi nama MOLE untuk singkatan Malaysia On Line dan khabar ini saya tahu sebelum ianya ditulis dalam blog The Unspun. 

Tapi sama ada portal ini akan digunakan untuk menjatuhkan Najib atau tidak saya tidak berani memberi sebarang konklusinya sekarang ini. Oleh hal itu kemungkinan besar saya akan menggunakan khidmat 'kapal korek' untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini.


Artikel TheUnspun tarikh 24 Ogos 2011

Sebagai penutup untuk edisi 'geli-geli' mengenai kewujudan gerakan menjatuhkan PM ini saya hanya berani mengatakan bahawa jika benar gerakan ini wujud sekalipun, saya melihat ianya langsung tidak berkaitan dengan Timbalan Perdana Menteri iaitu mereka dari 'kem Tan Sri Muhyiddin Yassin'.

Jadi konklusi si Parpukari bahawa jika PM memikirkan TPM yang merancang segala usaha ini dan akan memecah-belahkan hubungan mereka lalu Tan Sri Hishamuddin Tun Hussein dinaikkan adalah satu konklusi bodoh ciptaan Parpukari yang sentiasa hidup dalam keadaan delusi.

Sebentar lagi akan menghadirkan diri dalam satu majlis rasmi 'seseorang' atas jemputan individu tersebut, khabarnya maklumat secara dalam akan diberikan kepada saya.

InsyaAllah kerja jahat (jika benar wujud) yang dirancang ini boleh dipatahkan oleh bloggers kecil seperti kami. Kerana matlamat kami hanya satu untuk menangkan BN dalam PRU13 yang akan datang.

Oleh hal itu saya melihat Parps tidak perlu 'melompat' lagi pun berat badan kamu tidak mengizinkan kamu untuk 'melompat' ke tahap yang lebih tinggi.

Hahaha...


YY : Oppss... Parps selamat berbuka puasa.. jangan berbuka minum Stout pulak. Hahahaha!




Monday, April 11, 2011

Sibu : Muhyiddin Yassin Gempur Kg. Datu Baru - Pembangkang Jangan Mimpi!!

Jam 4.00 petang tadi, selepas ke lokasi nahas helikopter. Saya sempat ke Kg. Datu Baru yang berada di bawah Dun Nangka untuk mengikuti majlis perasmian dan pecah tanah projek perumahan Kg. Datu Baru yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Projek penempatan perumahan ini telah dirancang oleh BN ketika kempen pilihanraya kecil parlimen Sibu yang menyaksikan BN kalah kepada DAP untuk kerusi parlimen Sibu. Walaupun kalah BN tetap meneruskan janji untuk terus memajukan penduduk di Kg. Datu Baru dan ini dibuktikan apabila kerajaan pusat meluluskan peruntukkan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan di kawasan terbabit.

Melalui peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan BN rumah-rumah yang lebih selesa untuk rakyat Sarawak dapat dibina, dan projek perumahan ini merupakan pencetus kepada banyak lagi projek-projek perumahan yang akan dibangunkan oleh kerajaan BN di sekitar Sarawak.

Majlis sebentar tadi turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Perumahan Sarawak Abang Johari Haji Openg serta calon BN untuk kerusi Dun Nangka Dr. Annuar Rapa`ee.

Penduduk setempat nyata memberi sambutan yang hangat memadangkan majlis sebentar tadi turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin no.2 negara. Daripada apa yang saya perhatikan kehadiran mencecah 5,000 orang dan mereka hanya terdiri daripada penduduk di sekitar Kg. Datu Baru dan Kg. Nangka.

Berikut foto-foto yang sempat di rakamkan daripada lensa saya.






Double Y : Maaf buat kerja tepi jalan.. saya tepek aje gambar yang mana sempat... rumah wifi dgn broadband slow tak boleh buat kerja.. hihihih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal