NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label DAP Perak. Show all posts
Showing posts with label DAP Perak. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Bakar Poster MB Perak @ZambryAbdKadir - Bukti PR Perak Makin Gelisah...?


Semalam dilaporkan poster MB Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, poster yang memaparkan aksi Zambry bermesra bersama orang kampung itu nampaknya telah menimbulkan perasaan tidak senang hati atau 'panas bontot' oleh musuh politiknya di Perak.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kuasa dari PR, Dr. Zambry Abd Kadir telah berjaya membawa Perak ke satu tahap yang membanggakan, lebih-lebih lagi ianya dapat dilihat dengan jelas di sekitar Pangkor yang mana selepas beberapa bulan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Zambry Abd Kadir berjaya membangunkan projek rumah mampu milik bersama Yayasan Bina Upaya Darulridzuan

Baca [SINI]

Walaupun baru menjawat jawatan Menteri Perak Perak, Dr. Zambry Abd Kadir telah membuktikan keupayaan beliau dalam mengurustadbir negeri tersebut, maka tidak hairanlah jika ada pihak yang iri hati sehingga sanggup bertindak membakar poster yang memaparkan gambar beliau bersama warga tua.

Nak bakar orangnya tak mampu, maka terpaksalah bakar posternya tak gitu?


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam. 
Beliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN). 
"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.  
"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. 
Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di sini hari ini. 
Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang tadi.-Bernama

Friday, December 30, 2011

DUN Pangkor Di Bawah @ZambryAbdKadir VS. DUN Chempaka Di Bawah Nik Abd Aziz


Tiga hari lepas sempat bercuti di Pulau Pangkor yang berada di bawah DUN Pangkor  bawah Parlimen Lumut, di mana Adun untuk kawasan tersebut ialah Menteri Besar Perak iaitu DS Dr. Zambry Abd Kadir sendiri.

Sebenarnya kami bercuti di sana, namun rasanya tidak lengkap jika bercuti tetapi tidak mengunjungi kawasan sekitar serta melihat sedikit pembangunan dan taraf hidup rakyat di sana.


Justeru itu kami mengambil kesempatan melawat serta ronda-ronda satu pulau untuk melihat sendiri pembangunan yang di bawa BN di kawasan tersebut. Maklumlah kawasan milik Menteri Besar Perak sudah tentu kita kena lihat sejauh mana kebolehan beliau dalam mengurus tadbir Dun tersebut.

Lokasi pertama kami kunjungi adalah projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah yang dibina hasil inisiatif Menteri Besar Perak sendiri hanya selepas beberapa bulan beliau menjawat jawatan tersebut.

Inisiatif ini dilakukan memandangkan rakyat berpendapatan rendah di Pulau Pangkor yang terdiri dari nelayan. Ada di kalangan mereka yang mana satu rumah didiami hampir 3 keluarga.

Lalu rumah dengan kos RM35,000 untuk satu unit ini dibina dengan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan serta FELCRA. Rumah ini diserahkan kepada rakyat berpendapatan rendah tanpa perlu membayar apa-apa. Syarat yang ditetapkan kepada mereka mudah, rumah ini tidak boleh disewakan kepada orang lain atau pun dijual.




Pandangan dari darat
Pandangan dari laut
Pandangan dari atas
Kawasan perumahan di atas adalah untuk menggantikan perkampungan lama rakyat Pangkor yang mana kebanyakkan daripada mereka bekerja sebagai nelayan.

Keadaan perkampungan lama yang akan dirobohkan sepenuhnya kelak

Jika diperhatikan pembangunan di Dun Pangkor sepanjang berada di bawah BN, ianya jauh sekali berbeza dengan Dun Chempaka yang dikuasai oleh Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat selama lebih 20 tahun. Yang mana sehingga kini rakyat di sekitar Pulau Gajah Sabak masih menunggu bantuan daripada kerajaan PAS.

Bukan sahaja memastikan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, Menteri Besar Perak yang juga Adun Pangkor turut membawa pembangunan lain di sekitar Pulau Pangkor antaranya pembinaan hospital baru serta perumahan 11 tingkat.


Kawasan ini diratakan untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah pangsa 11 tingkat
Pembinaan hospital baru sedang rancak berjalan - bangunan putih di belakang adalah kuaters kakitangan

Bagi memastikan keselesan para anggota PDRM yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk Pangkor balai polis baru juga sedang rancak menjalani proses pembinaannya yang mana dijangka siap menjelang MEI 2013.

Pembinaan balai polis juga rancak berjalan

Inilah kebajikan yang dibawa oleh BN tanpa perlu dicanang merata Malaysia, tujuan kami 'highlight' kan isu-isu sebegini adalah untuk membuka mata rakyat di luar sana yang terpegun dengan slogan 'Kerajaan Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PR. Sedangkan kerajaan BN telah membuat kebajikan berkurun lamanya.

Rasanya cukuplah untuk kali ini, jika ditulis lebih saya bimbang menitik air mata penyokong Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Maklumlah Menteri Besar Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir yang baru menjawat jawatan Menteri Besar mampu membuat perubahan sebegini sedangkan Nik Aziz Nik Mat yang lebih 20 tahun menjawatan jawatan yang sama hanya mampu....

Mampu....

Mampu...

Mampu cakap saja...

Lihat video di bawah bukti golongan PAS,DAP dan PKR yang mampu bercakap kosong. Kawasan Pulau Gajah persekitaran Pantai Sabak yang mana merupakan kawasan di bawah Dun Chempaka Adunnya pula adalah Menteri Besar Kelantan sendiri :



Nanti kita sambung lagi...

YY : Siapa lebih berkebajikan BN atau PR?

Saturday, December 17, 2011

Dokumen Bekas MB Perak Nizar 'Lambai' Jamaluddin Bagi Projek Kepada DAP?


Siapa sangka parti yang selalu terpekik, terlolong dan melalak kononnya BN itu mengamalkan kronisme dengan memberi projek-projek kepada individu berkepentingan iaitu PAS juga terlibat dalam amalan kronisme semasa memegang tampuk pemerintahan kuasa di Perak.

Ketika menjawat jawatan Menteri Besar Perak YB Nizar 'Lambai' Jamaluddin pernah menyalahgunakan kuasa beliau dengan mengutamakan kroni mereka iaitu DAP dengan memberikan projek menjahit 'Lounge Suit' untuk kegunaan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.


Isteri kepada Nga Kor Ming seorang pemimpin DAP yang popular dengan kebolehan 'menghafal' ayat suci Al-Quran serta mempopularkan warna 'hitam metalik' baru-baru ini merupakan Pengarah kepada sebuah syarikat jahitan yang didaftarkan pada 23-04-2008.

YB Nizar 'Lambai' Jamaluddin bertindak menyalahgunakan kuasa beliau hanya selepas 42 hari menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dengan mengutamakan DAP demi menguatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas DAP dilaporkan boikot dan tidak mengiktiraf Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Mungkin jumlah projek yang diberikan kepada isteri Nga Kor Ming ini tidaklah sebesar mana, yang kita ingin sampaikan kepada pembaca adalah kerakusan pemimpin sebuah parti yang kononnya mengamalkan ajaran Islam sebenar turut terlibat dalam amalan kronisme.

Kenapa diberikan kepada syarikat yang dimiliki oleh isteri Nga Kor Ming sedangkan beberapa 4 syarikat lain turut menyertai sebut harga untuk membekal dan menjahit 'Lounge Suit' yang mana sebut harga syarikat lain dilihat lebih murah jika dibandingkan dengan syarikat milik isteri Nga Kor Ming iaitu Ethan & Elton?


Adakah ini bukan dikategorikan sebagai perbuatan mengutamakan kroni?

Syarikat yang memberi sebut harga paling tinggi diberikan projek membekal dan menjahit ini sedangkan harga yang ditawarkan oleh 4 syarikat jahitan yang lain jauh rendah jika dibandingkan?

Syukur Allah S.W.T tidak memberikan kuasa yang lama kepada manusia-manusia munafik seperti Nizar 'Lambai' Jamaluddin, kalau tidak sudah tentu rizab negeri Perak turut mengalami defisit sebagaimana berlaku di Selangor.

Kredit to : Cikgu Shashi sahabat dari MIC baca di SINI

YY : Kata dulang paku serpih - kata 'lembu' 'BABI' pula yang lebih....?

Friday, December 2, 2011

[VIDEO] : Eksklusif #UMB Bersama MB Perak DS @ZambryAbdKadir #PAUMNO


Untuk artikel saudara pembaca boleh KLIK SINI 

#PAUMNO : Bicara Santai Menteri Besar Perak DS @ZambryAbdKadir Bersama #UMB


Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sudi meluangkan masa untuk berborak santai bersama 10 orang bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan tersebut Dr. Zambry Abd Kadir sempat membicarakan isu-isu di negeri Perak antara yang menarik adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mana merupakan bajet tertinggi dalam sejarah negeri Perak.

Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan beliau dalam menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.


Selain itu kami turut bertanyakan mengenai tindakan biadap Suara Keadilan sebelum ini yang mengeluarkan laporan palsu kononnya beliau ditahan di luar negara kerana disyaki pengganas.

Dalam komen beliau mengatakan bahawa tujuan PKR bertindak melemparkan fitnah ke atas beliau bertujuan untuk membunuh karakternya dengan menggambarkan beliau seorang pengganas dengan niat dapat mengurangkan keyakinan rakyat terhadap dirinya terutama rakyat Perak.

Namun jelas Suara Keadilan berniat jahat membuat fitnah berkenaan dan natijahnya akhbar berkenaan diarahkan oleh mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. Nampak sangat Suara Keadilan kaki fitnah!

Mengenai persediaan menghadapi PRU yang akan datang, BN Perak dikatakan sudah bersiap-sedia untuk 'berperang' serta mempertahankan pentadbiran negeri Perak dari dirampas oleh 'lanun' DAP. Setakat ini 'calon boleh menang' akan diberi keutamaan sebagaimana hasrat Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Persoalan adakah beliau akan mengekalkan kerusi DUN kawasan Pangkor atau bertanding di kerusi yang lain, beliau menyatakan semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. Beliau akur jika pucuk pimpinan mungkin tidak mencalonkan beliau untuk PRU yang akan datang.

Inilah pemimpin yang disenangi oleh golongan muda, seorang pemimpin yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk serahkan kuasa jika orang lain lebih layak untuk meneruskan agenda pembangunan dan membela rakyat negeri tersebut.


Di akhir pertemuan tersebut beliau turut menghargai peranan bloggers yang sentiasa dan sanggup mengadap skrin komputer demi memastikan segala tohmahan dapat dipatahkan, malah beliau secara peribadi memberi gelaran anak-anak muda yang berjuang di alam siber ini sebagai 'Screenaggers' (orang yang selalu mengadap skrin).

Mana dapat ayat Screenaggers ni tok?

Ke saya yang salah sebut atau salah eja...?

YY : Pertemuan yang tak dirancang...

Sunday, November 27, 2011

Dulu Azmin Ali Hina India "PARIAH" - Kini Nga Kor Ming Pula Hina Melayu?



Seronok sungguh Melayu berkopiah ketawa apabila orang Islam berkulit gelap dihina oleh orang cina yang bernama Nga Kor Ming.

Masih ingat dulu bagaimana Azmin Ali menggelarkan N.Gobalakrishnan dengan perkataan 'PARIAH'?

Adakah kenyataan sebegini tidak rasis?

Masih ingat dengan orang Melayu yang menyebut 'kaki botol' dan 'mata sepet'?

Apa jadi dengan orang itu?

Dikenakan tindakan?

Diberhentikan kerja?

Cuba tanya 'pak google'...

YY : Malas taip panjang-panjang...

Tuesday, August 23, 2011

Kaum Berbangsa India Dedahkan Nasib India Dipinggirkan Oleh Dinasti Lim Kit Siang...

Dari blog Youth's Intellectual Mind - saya tertarik mengenai artikel rakaman perbualan twitter seorang individu bernama Mr.Kalaicelvan yang mendedahkan bahawa ahli parti DAP yang berbangsa India tiada masa depan dalam parti tersebut sepanjang dinasti Lim Kit Siang.


"11.05am : A few months back I received a DM from a very "influential" leader in DAP saying that we should meet up fo the betterment of the Indians....

11.07am : Naturally if for the betterment of the Indian community at large , I would be more than Interested ... So I agreed!!!

11.13am : We decided to meet up in KL as it would be easier for a person who travelled from another state laa!!

11.16am :  I went with a bro of mine and his friend as this could be a serious merger for Infisns to work as One.. Shd recall 

11.20am : we discussed a lot of issue effecting Indians basically and he AGREED MIC was doing it's part except that sm are lazy!!


11.24am : Now after several hours he highlighted how DAP NEVER RESPECTS INDIANS AT ALL!! KEYWORD HERE : NEVER RESPECTS


11.28am : Few hours was spent on discussing how Nga Ngeh USED to KILL @mkula in DAP Perak... Right from the start till Kula lost his seat

 11.33am : As an Indian, my resentment for DAP grew when he mentioned hOw the two brothers wanted to 'finish' as he was very sincere!!

11.40 am : Then I was asked if I was willing to help with destroying a traitor in the Perak Indian community viz ...

11.42 am : He kept going on and on about how the 2 Nga and Ngeh controlled the Perak State Assembly by remotely controlling for their needs 

12.00pm : From this a request was made to help to Get Even with
BUT I MUST MENTION HERE DOES NOT KNOW ABT THIS!!!

12.03pm : We went on after that by phone, emails and SMS to attack each and every NON Indian DAP leader including LKS,LGE &


12.20pm : 
.. he started giving info after info (very detailed) .. If you notice my tweets at that time .. They will have EXACT INFO!! How ? 

12.21pm :
From Nga and Ngeh it was they were trying to kill the Tamil edition of their bulletin Rocket... And NO Indian leaders are supporting it... 

12.46pm :
As I tweet I hv received more than 6 ppl who he knows and frm the person himself!!! I refuse to answer any calls!! Next : death threat!! 

12.47pm :
To the person I'm referring to :?STOP CALLING MIC members and ask them to call me.. I stop at nothing!!! 

1.20pm :
If you recall , PR had a big Ceramah in Klang.. Dewan Hamzah a few months back... I was giving detailed minutes of the ceramah... Contd

1.40pm :
How was it possible when I was 75 kms away in Rawang emceeing a function?? Minute by minute SMS by this person!! DAP Perak prominent leader!

1.52pm :
In the midst of all this on a Friday evening I rcvd a phone call from this fella telling me wants my phone number ...

2.00pm :
He also asked me if he shd give a different no... And we gave an anonymous number to record the caller... are you aware ??

2.05pm : He told me that
wanted to do some " archanai" EXACT WORD !! ' he then told me to tag DAP leaders!! 

2.15pm :
5 days later the stalker started the death threats that made news nationwide! The leader then ask me to lodge a police report . Cont'd

2.20pm :
He says this way under Section 506/507 it was an arrestable crime and will be arrested for this guy will come in as witness !

2.28pm :
He gave me details asking to attack Nga and Ngeh, LKS and LgE even ... Even  

2.35pm :
He asked me to mention and in the news as this would discredit them because he was the Witness in this case!!

2.38pm :
he came to Klang and I being a good host, arranged his stay with his wife in a hotel for the PR ceramah!! Hv the hotel receipt as proof!

2.42pm :
He subsequently told me that he was being called by chief of staff to ask in his link with me and reported it to Hq

2.45pm :
So he changed his phone no. to avoid being detected and kept communicating on issues until late last month... was his GOD!!

2.48pm :
Suddenly in the beginning of July he calls me to Ask me to Stop Hitting as Siva had offered him a Seat in GE 13!!!!

2.49pm :
He then Said that he wants to 'finish' 's career in politics as he said he has all the evidence on 's wrongdoings!! Pls RT !!

2.50pm :
He then Said that he wants to 'finish' 's career in politics as he said he has all the evidence on 's wrongdoings!! Pls RT !!

2.52pm :
He claims sacked hom Because he was More popular than kula and was tipped to take over as is finished

2.53pm :
He came to Klang to get a new job that too asks MIC for help as DAP has played him out!! He met me with another friend and asked for help

2.54pm :
To get him a house and a job as he CANNOT STAY IN PERAK any longer!!! Why?? This part he has to answer!!

2.55pm :
From day ONE his intention was to kill every Indian in DAP for him to get a seat and he went on orchestrating all this including

2.55pm :
He says DAP pays Indians lesser than Chinese and is not fit to be a leader.. was supposed to groom him not Satees

2.55pm : So if
arrested for a crime he cannot work up the ladder anymore!! He claims his heart is with MIC but can't do much!
 2.55pm : He also asked me to highlight that has an affair with his secretary/ staff .. In a training company or some sort like that

2.58pm :Finally he said he was going to QUIT DAP because no future for Indians in DAP!! You hv to be under Chinese rule and LKS dynasty!!!
 3.10pm : The blog on where mentioned about the mutton Varuval Was INITIATED BY him NOT !! he wanted to get at Nga and Ngeh!!! How?
3.12pm : Now he has told the investigating officer in the death threat case that he is a very influential leader in DAPSY. ..

**Nama-nama yang mempunyai simbol '@' adalah nama akaun twitter bagi individu-individu tersebut.


From : Dhanyaram.blogspot.com


YY : Bukan saja Melayu DAP perbodohkan.. India pun terima nasib yang sama.. 



Friday, December 10, 2010

Mengejutkan DAP Perak Kaut Konsesi Balak Bernilai RM21.5 Juta?

IPOH 8 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat surat layang yang dipercayai tersebar luas di kalangan pemimpin DAP negeri berhubung tuduhan rasuah membabitkan konsesi balak melibatkan sejumlah RM21.5 juta sepanjang hampir setahun pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, isu yang melibatkan salah guna kuasa harus diketengahkan kerana rakyat ingin tahu perkara sebenarnya yang berlaku.
“Mungkin ia datangnya daripada mereka tidak merasa puas hati ekoran masalah konflik dalaman parti sedia ada.

“SPRM harus menyiasat perkara tersebut secara telus dan bersih kerana rakyat ingin penjelasan terhadap dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Surat layang yang tidak bertarikh mahupun ditandatangani itu berkemungkinan digunakan sebagai ‘senjata serangan’ antara pecahan kumpulan DAP untuk bersaing menjelang pemilihan parti DAP pada 14 November depan.

Surat bertajuk ‘Apa yang terjadi kepada RM21.5 juta yang disumbangkan pembalak untuk konsesi pembalakan?’ itu dipercayai diedarkan kepada 19 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan enam Ahli Parlimen DAP itu turut disertakan senarai kesemua syarikat yang diberikan nombor lot untuk pembalakan serta peruntukannya.

Baca selanjutnya di UMNO Online

Jadi apa tindakan SPRM terhadap isu ini? ada kertas siasatan dibuka atau tidak setakat dua hari berita ini tersebar? Rakyat serta penduduk Perak ingin tahu kesahihan surat layang yang disebarkan.

Kalau SPRM hendak siasat kes ini, saya harap segala tingkap serta jendela ditutup rapat, kita tidak ingin lagi sebarang kes 'terjun' berlaku lagi selepas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal