NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label AUKU. Show all posts
Showing posts with label AUKU. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

[FOTO] : Ustaz Fathul Bari 'Sekolahkan' Mahasiswa #AmanKampus


'Anak Muda Berakhlak Mulia & Beretika - Pemangkin Generasi Madani' - itulah tajuk yang dikupas oleh 3 panel yang terdiri dari ulamak-ulamak muda dalam program Siswa Taqwa yang berlangsung di Dewan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Forum keagamaan yang dianjurkan oleh Jelajah Aman Kampus dengan kerjasama Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Tiga ulamak muda yang dijemput sebagai ahli panel antaranya Ustaz Fathul Bari dari (ILMU), Ustaz Shahrizan Ibrahim dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Ustaz Khairul Azhar Ghazali juara rancangan program Imam Muda musim yang pertama.


Forum yang mengupas mengenai peranan orang muda sebagai pemangkin ummah madani itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 200 penuntut kolej serta mahasiswa IPTA/IPTS sekitar Negeri Sembilan hadir mengikuti program yang bermula jam 9.30 malam itu.

Mohd Shahar Abdullah - menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang Jelajah Aman Kampus dari Fasa 1 & 2
Penuntut IPTA/IPTS mengisi borang soal-selidik yang diedarkan oleh Jelajah Aman Kampus

Hadirin yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS berdekatan meneliti hujah yang dilontarkan oleh ahli panel jemputan.
Alhamdullilah aksi tak berakhlak sebagaimana aksi yang dirakam ketika demontrasi Mansuh PTPTN di Dataran Merdeka tidak kelihatan dalam dewan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.


Melihat perangai tak senonoh 'mahasewel' di atas, jauh sungguh bezanya mahasiswi di bawah :



Nak tahu beza dua kelompok mahasiswa? - [KLIK SINI]

Monday, April 16, 2012

Rakyat Mesti Sokong Perjuangan Mahasiswa - Jika Syarat Ini Diamalkan Mereka!




Tulisan menarik dari blog Prince Of Pilah :
"Mahasiswa mempunyai tanggungjawab sebagai generasi pelapis yang berketrampilan serta berakhlak tinggi dalam menentukan arah perjalanan negara dalam menghadapi persaingan global pada masa depan. 
@princeofpilah tidak menyalahkan perjuangan mahasiswa.
@princeofpilah juga pernah menjadi 'suara mahasiswa' yang lantang termasuk mengajukan persoalan kepada Bekas PM Tun Dr.Mahatir ( pada ketika itu masih menjadi PM Malaysia ) ketika hadir mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa Malaysia di Jakarta,Indonesia, namun segalanya mempunyai platform danmode yang tertentu.
Sebelum menyertai perjuangan mahasiswa, ketahui dulu syarat syaratnya :
Syarat Pertama : 
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi jangan diperbodohkan oleh parti politik,terutamanya parti pembangkang yang ingin menguasai Putrajaya dengan menggunakan pelbagai helah,termasuk mempergunakan mahasiswa untuk mencapai tujuan politik mereka.
Syarat Kedua : 
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus berakhlak tinggi,mereka harus menjadi contoh kepada generasi muda bagi membentuk negara yang mempunyai nilai nilai murni. Turun ke jalan mengalungkan bunga kepada foto PM @NajibRazak merupakan tindakan yang kurang bijak , ianya bukan saja menghina pemimpin negara malah menghina penduduk kaum Hindu di Malaysia.
Mahasiswa harus tahu menghormati agama dan kepercayaan kaum lain bagi mewujudkan keharmonian dan bukannya menghina mereka demi kepentingan politik parti pembangkang.
Syarat Ketiga :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus melihat diri mereka sebagai pelapis pemimpin negara dan bukannya sebagai budak suruhan parti pembangkang. Turun ke jalan dan membuat demonstrasi bukan merupakan ciri ciri pemimpin yang berwibawa, sebaiknya segala permasalahan diselesaikan melalui meja perundingan.
Kalau menurut teori turun ke jalan, jika negara Malaysia menghadapi masalah dengan negara jiran , maka kita harus turun ke jalan dan berperang dengan mereka bagi menegakkan pendapat kita ,adakah ini merupakan tindakan yang bijak? Mahasiswa sebagai pelapis pemimpin negara harus belajar bagaimana untuk mengadakan perbincangan melalui meja perundiangan.
Syarat Keempat :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus dapat menilai kebaikan serta keistimewaaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka,terutamanya melalui pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Kenapa mahasiswa India dan Cina yang turut mendapat pinjaman PTPTN tidak turun ke jalan meminta PTPTN dimansuhkan? Mahasiswa harus menghargai bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka.
Syarat Kelima :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus mengutamakan pendidikan mereka dan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut sebelum menyertai politik. Mereka sedar bahawa kegiatan politik hanya bersifat sementara terutamanya sokongan pembangkang kepada mahasiswa.
Syarat keenam.
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus tahu bahawa segala permasalahan boleh diselesaikan melalui meja perundingan dan bukannya melalui turun ke jalan. Kerajaan barisan nasional sedia mendengar pendapat masyarakat,dan tersedia pelbagai media untuk berbincang masalah masyarakat termasuk berhubung secara langung dengan PM @NajibRazak melalui Facebook,Email dan Twitter,seharusnya mahasiswa gunakan media tersebut sebelum turun ke jalan.
Teruskan Perjuangan..."
Mana satu pilihan masyarakat kita, mahasiswa yang benar-benar membawa perjuangan ASPIRASI MAHASISWA atau mahasiswa yang hanya tahu membawa suara pemimpin pembangkang sehingga membiarkan diri mereka dijadikan 'alat' parti politik tertentu?

Thursday, April 12, 2012

#AmanKampus 'Serbu' Parlimen DS @NajibRazak - Mereka Mahu Turunkan Bendera PM Ke?


Setelah kampus di Kelantan mereka lawati tempoh hari, fasa ke-2 'Jelajah Aman Kampus - ASPIRASI MAHASISWA' akan mengunjungi Pekan, Pahang di mana mereka akan mendekati penuntut Institut Latihan MARA, POLISAS dan UiTM Shah Alam.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian diadakan oleh Jelajah Aman Kampus dalam usaha mereka mendekati para mahasiswa dan masyarakat untuk mengesan permasalahan yang dihadapi setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Ketika Fasa pertama mereka mendekati warga tua yang disisihkan oleh keluarga iaitu penghuni Rumah Kenangan Cheng di Melaka manakala Fasa ke-2 mereka mendekati golongan anak-anak yatim dan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Kepada yang terlupa hayati paparan video berikut yang dirakam di Rumah Kenangan Cheng ketika fasa pertama Jelajah Aman Kampus :



Manakala video berikutnya merupakan rakaman dari fasa kedua siri jelajah yang dibuat oleh ASPIRASI MAHASISWA :


Inilah wajah sebenar mereka yang sentiasa membawa ASPIRASI MAHASISWA sepanjang berada di kampus.

Tindakan mereka mendekati masyarakat secara tidak langsung telah memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mahasiswa yang mana imej mahasiswa telah punah gara-gara sikap sekelompok kecil pelajar yang obses dengan fahaman politik pembangkang.

Apa agaknya mahasiswa dan mahasiswi Jelajah Aman Kampus akan lakukan sepanjang berada di negeri Pahang?

Saya akan kemaskini jika ada perkara-perkara yang menarik dilakukan oleh mereka...

Kita tunggu dan lihat, adakah masyarakat di Pahang menyambut baik kedatangan mereka atau sebaliknya...?

Akhir sekali syukur Alhamdullilah, sepanjang siri jelajah mereka tiada seorang pun mahasiswa ditumbuk oleh masyarakat setempat sebagaimana nasib yang menimpa 'hero' pelajar yang disingkirkan pengajiannya dari UPSI.

Siapa tu...?

Tengok gambar sikit...


Hahaha...

Friday, April 6, 2012

#AmanKampus : "Jangan Salahkan Seluruh Sistem Hanya Kerana Seorang Individu" - Wakil Unisza


Foto sekitar pentas anak muda yang berlangsung semalam mendapat sambutan lebih 500 mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) manakala Kolej Teknologi Bestari bertindak sebagai penganjur forum ilmu yang menampilkan 3 wakil MPP dari setiap IPT.

Tiga fokus utama yang menjadi topik yang dikupas oleh ahli panel semalam antaranya tranformasi 1Malaysia, masalah sosial di kalangan mahasiswa dan AUKU.

Wakil dari Unisza saudara Mohd Nadzely Bin Abd Karim  Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Produksi Kesihatan Haiwan menarik perhatian hadirin kerana kupasan beliau penuh dengan informasi sehingga kebanyakkan soalan dari hadirin ditujukan kepada beliau.

Mohd Nadzley Bin Abd. Karim - Wakil Unisza
Selain mengupas mengenai isu permasalahan sosial seperti zina, seks bebas, buang bayi dan amalan hubungan sejenis yang dikatakan ada berlaku di kalangan mahasiswa. Beliau turut menyeru mahasiswa agar menolak pihak-pihak yang cuba memperjuangan seksualiti merdeka (LGBT) kerana ianya jelas bertentangan dari ajaran Islam.

Saya tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh seorang penuntut di UniKL kepada beliau mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu memfokuskan IQ semata-mata sehingga mengabaikan aspek jati diri pelajar.

Penuntut tersebut menyalahkan sistem pendidikan negara yang terlalu mengutamakan kecemerlangan IQ tetapi aspek pengukuhan jati diri diabaikan dengan merujuk ke Amalina.

Mohd Nadzley ketika menjawab pertanyaan tersebut menyeru para mahasiswa agar tidak menyalahkan keseluruhan sistem pendidikan hanya kerana seorang individu yang bermasalah.

Begitu juga dengan pentadbiran kerajaan, jangan hanya kerana seorang individu terlibat dengan korupsi para mahasiswa mengatakan keseluruhan sistem kerajaan itu korup. Kerana penilaian sebegini tidak mengambarkan tahap intelektual seorang yang bergelar mahasiswa.

Dek kerana masyarakat kita terlalu memfokuskan satu masalah atau kegagalan individu, masyarakat hari ini sebenarnya gagal melihat kejayaan-kejayaan sistem pendidikan negara yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh serta para cendikiawan dalam negara.

Baginya dengan hanya merujuk kepada kes Amalina seorang pelajar cemerlang yang berubah selepas ke luar negara adalah tidak adil untuk masyarakat mahu pun para mahasiswa menyalahkan seluruh sistem pendidikan yang ada dalam negara.

Foto menarik :







YY : Video kenyataan mahasiswa yang menolak pihak tertentu yang cuba mengheret mahasiswa agar turun ke jalanraya akan dimuat-naik dalam masa terdekat... -DIPLOMASI BUKAN DEMONTRASI 

Thursday, April 5, 2012

[VIDEO] : Sorry Ambiga! - Mahasiswa Tolak Demontrasi #bersih3 #AmanKampus

Mereka ini pelajar PRO-MILITAN

Ambiga, Pak Samad dan sekutu mereka semalam mengumumkan untuk mengadakan demontrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 ini sebagai kesinambungan demontrasi Bersih 2.0 yang telah dijalankan oleh mereka pada tahun lalu yang mana akhirnya demontrasi tersebut telah menganggu-gugat segala urusan harian warga kota.

Rasanya tiada yang mahu menghalang sama ada mereka mahu mengadakan bantahan secara duduk bersila, berdiri, mencangkung atau pun bantahan secara merangkak beramai-ramai.

Tetapi demontrasi tersebut perlulah diadakan di dalam stadium atau padang, bukan diadakan di Dataran Merdeka yang mana ianya boleh menggangu kelancaran urusan warga kota serta menimbulkan kesesakkan lalu-lintas di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Ambiga yang juga seorang pejuang kebebasan beragama melalui IFC dan seorang pejuang LGBT turut mengeluarkan kenyataan bahawa dalam Bersih 3.0 nanti, beliau bergantung kepada golongan mahasiswa untuk menjayakan demontrasi tersebut kerana mahasiswa merupakan golongan yang berani.
"For Bersih 3.0, I really put my hope on mahasiswa, they are  very brave..." - S.Ambiga (Pengerusi Seketeriat Bersih 2.0)
Nampaknya Ambiga dan Pak Samad mahu menggunakan mahasiswa bagi menjayakan agenda politik pihak tertentu, mungkin seruan yang dibuat oleh Ambiga ini disambut secara terbuka sekelompok pelajar yang suka memanjat pagar, melanggar pintu kaca dan mengusung batu nisan sehingga ke Putrajaya.

Tetapi apa pula pandangan mahasiswa yang bersifat rasional yang sentiasa membawa suara ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar?

 

Agaknya dalam Bersih 3.0 drama apa yang akan ditayangkan kepada kita rakyat Malaysia?

Dengan menyeru dan bergantung harap kepada mahasiswa, mungkin dalam Bersih 3.0 nanti kita akan dihidangkan dengan insiden kematian seorang 'pejuang mahasiswa'?

Mungkinkah Adam Adli akan mati dalam keadaan 'duduk' selepas disentuh oleh PDRM dan seterusnya revolusi akan tercetus di Malaysia...?

Wednesday, April 4, 2012

#AmanKampus : Forum Bertajuk 'Kuasa Mahasiswa' - Pemimpin Pelajar #ProPembangkang Mati Hujah!


Konvoi Jelajah Aman Kampus Fasa ke-2 yang kini menjengah kampus pantai timur selepas selesai melawati 3 buah kampus di utara tanahair. Kampus pertama yang dilawati oleh konvoi Jelajah Aman Kampus di negeri pantai timur adalah Kolej Universiti TATIuc.

Kini slot Suara Siswa yang menampilkan 4 ahli panel iaitu dua panel terdiri daripada peserta Aman Kampus dan dua wakil mahasiswa dari Kolej Universiti TATI. Manakala Presiden Alumni ASPIRASI Sdr. Mohd Shahar bertindak sebagai moderator.


Slot malam ini agak menarik perhatian kerana dua ahli panel yang mewakili Kolej Universiti TATI merupakan Presiden Mahasiswa Islam TATIuc iasitu Mohd Azri Omar.

Mohd Azri Omar - Presiden Persatuan Mahasiswa Islam TATIuc
Ahmad Faizal Omar - Presiden Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL


Hujah paling paling kelakar dari seorang pemimpin pelajar yang saya pernah dengar, lain moderator tanya lain dia jawab. Siap heret james bond, meggi boleh botakkan kepala bla bla bla...

Langsung tiada kaitan dengan topik yang dibincangkan...


YY : Mutu internet tidak memuaskan, video akan dimuat-naik kelak.

Tuesday, April 3, 2012

[VIDEO] : "Pandai-Pandai Kau, Belajar Pun Tak Habis..Pu****** Betul!" - Adam Adli Kena MAKI Warga Kerinchi!

Ketika mahasiswa Aman Kampus menjelajah mendekati dan membantu golongan susah, Adam Adli juga cuba melakukan perkara yang sama di Kg.Kerinchi.

Tetapi sayangnya kerana membiarkan dirinya ditunggang oleh parti politik tertentu kedatangannya di sana ditolak oleh penduduk kampung tersebut.

Malah penduduk kampung turut melepaskan kata-kata kesat terhadap Adam Adli dan rakan 'gay' beliau yang cuba menjadi 'hero' di kampung tersebut.

 

Dari blog Aboudiabydoo :
Apa yang Adam Adli buat di Kerinchi? 
Mengapa dia tiba-tiba terjongos entah dari mana mahu menyibuk di Lembah Pantai?

Mengapa dia tadi tiba-tiba menyerbu tangga yang sudah dikawal pihak penguatkuasa dan terus lari ke atas dengan kawan-kawannya, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. 
Apa sangkut-paut mereka di Lembah Pantai?  
Tahukah mereka sebanyak 433 keluarga mahukan perobohan dilakukan bukan sekarang, TAPI 2 TAHUN LALU!!  
Tapi hak mereka dinafikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai sendiri, si Minah BSF, Bangkang, Spin dan Fitnah. Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR.  
Minah BSF ni dengan cakap lembut dia menipu sana-sini, bawak orang luar, sengaja mahu buat kekecohan. Lagi best bawak pulak si Gay Ekhsan ni.  
Apa kes ni Nurul? Apa masalah ko sebenarnya? Untuk makluman semua yang lead Demo tadi adalah 2 orang CINA! 
Tapi penduduk 4 tingkat 100% Melayu! Cina ni apa-sangkut paut dengan Kerinchi?
Baca selanjutnya [KLIK] 
YY : Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus dijadikan anak angkat oleh penduduk kampung - pelajar 'keldai' Pembangkang ditolak orang kampung? Hahaha! 

#AmanKampus : Bicara YDP USM @IdzuanJamal Mengenai Tranformasi @NajibRazak


Rakaman sekitar program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 di USM dan sessi Info Siswa yang dijalankan di bandar Goergtown.

Ikuti bicara YDP MPP USM Saudara Idzuan Jamal yang memberi sedikit komen mengenai tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak serta komen dari mahasiswi berbangsa cina yang turut menyertai program jelajah Aman Kampus.

 

YY : Student pun taknak pemimpin bermasalah moral... orang PAS je dok puja! ;p

Sunday, April 1, 2012

#AmanKampus : Disokong Indian Movement Student - Kenapa Mahasiswa UniMAP Tak Puas Hati Ni?


Jelajah Aman Kampus yang berada di utara tanahair sebelum ke IPTA di negeri-negeri Pantai Timur, selain mendapat sokongan dari majoriti YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPTA ianya juga turut disokong oleh mahasiswa dari IPTS.

Selain itu mahasiswa bukan Melayu turut sama menyatakan sokongan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam menggerakkan program Aman Kampus.

Namun jangka masa yang terlalu singkat iaitu 1 hari di setiap kampus menyebabkan beberapa mahasiswa dari UniMAP tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat ikut serta dalam program-program yang dijalankan. 

Rakaman serta komen penuntut UniMAP mengenai Jelajah Aman Kampus :

 

YY : Mahasiswa bukan Melayu reti berterima-kasih, mahasiswa berbangsa Melayu sekarang sudah hilang adab sopan agaknya....

Saturday, March 31, 2012

Adam Adli Tak Jadi Demo PTPTN Mahu Sertai Jelajah #AmanKampus Selepas Lihat Video Siswi #UUM?


Oppss...

Gambar di atas merupakan penghias artikel semata-mata...

Jom kita dengar kenyataan seorang mahasiswi UUM yang memegang jawatan Exco Informasi Majlis Perwakilan Pelajar UUM Saudari Nurul Asmak Ahmad.

Meneliti hujah beliau jelas menggambarkan kematangan sebagai seorang mahasiswa. Apa saja gelaran yang mereka gunakan dalam kampus sama ada...

PERUBAHAN ke...

EVO ke...

 Mereka ini merupakan perwakilan pelajar yang membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar...

 

Terkini ASPIRASI MAHASISWA Jelajah Aman Kampus berada di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang [KLIK SINI]

#AspirasiMahasiswa Bantu Masyarakat - Pelajar #ProPembangkang Hanya Tahu Menyusahkan Masyarakat?


Prihatin...

Program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 menampilkan sedikit kelainan dari fasa pertama yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu.

Pada kali ini selain mendekati warga mahasiswa di setiap kampus, pelajar ASPIRASI MAHASISWA turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Semalam selepas selesai aktiviti mendekati warga kampus Universiti Utara Malaysia, mahasiswa Jelajah Aman Kampus turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat dan warga emas yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban hidup mereka.

Sumbangan berupa wang saku dan barangan keperluan harian dihulurkan sendiri oleh mahasiswa Aman Kampus :




Hari ini sumbangan turut diberikan kepada masyarakat yang menetap di sekitar UniMAP sebaik sahaja selesai majlis perasmian Jelajah Aman Kampus peringkat negeri Perlis.


Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah besar nilainya, namun usaha yang digerakkan oleh mereka ini merupakan satu inisiatif yang memberi kesan positif kepada masyarakat.

Sikap-sikap prihatin yang diamalkan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam meringankan beban masyarakat sewajarnya menjadi contoh kepada semua mahasiswa IPTA/IPTS.

Jika ASPIRASI MAHASISWA - Kembara Aman Kampus membantu meringankan beban masyarakat, perkara sebaliknya dilakukan oleh rakan mereka yang obses dengan faham politik PEMBANGKANG.

Pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya tahu berkepit dengan pemimpin politik pembangkang serta menyampaikan ceramah di sekitar pasar malam.



Selain itu kelompok ini juga hanya tahu menyusahkan masyarakat dengan melakukan tindakan-tindakan yang bersifat ekstrem seperti panjat pagar, pecah pintu kaca, hamun anggota polis serta mengganggu ketenteraman warga kampus pada jam 2.00 pagi semata-mata mahu menyerahkan memorandum.


Kenapa saya katakan ASPIRASI MAHASISWA membantu meringankan beban masyarakat tetapi pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya tahu menyusahkan masyarakat...?

Imbas kembali memori (gambar bawah) kita dengan tindakan ekstrem kelompok 'bengong' ini sehingga mencederakan seorang pengawal keselamatan dan telah menyusahkan individu tersebut menjalankan tugas-tugas harian yang diamanahkan kepada beliau...


Bukankah ini menyusahkan hidup orang lain...?

Jadi jika anda seorang mahasiswa yang tahu menggunakan HAK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA...

Antara kedua-dua kumpulan mahasiswa ini - kumpulan yang mana memperjuangkan hak-hak mahasiswa serta membawa suara mahasiswa yang sebenar...?

Malam ini kempen EARTH HOUR oleh mahasiswa Aman Kampus di Stadium Hoki USM, Pulau Pinang...

Jom jenguk tengok...!

YY : Ada puak dari pantai timur melatah ketika sessi kuliah agama di UUM..?. hehe! 

[VIDEO] : Tiga Pelajar #UUM 'Balun' Program #AmanKampus Yang Diadakan Di Kampus Mereka?

Semalam kita dapat reaksi dan komen dari YDP MPP Universiti Utara Malaysia iaitu Saudara Amir Izzuddin mengenai program Jelajah Aman Kampus yang diadakan di kampus mereka.

Kali ini tiga orang mahasiswa yang menuntut di kampus tersebut turut menyatakan pandangan mereka terhadap program yang dijalankan oleh ASPIRASI MAHASISWA.

 

Ada rakan tinggalkan komen di youtube semalam yang menegur kenapa gambar 'monyet' dimasukkan dalam video sebelum ini.

Tujuan kami memasukkan aksi 'monyet' tersebut sekadar sindiran sinis kami kepada 'hero' pelajar PRO-PEMBANGKANG agar tidak berkelakuan seperti 'monyet' yang bertindak memanjat pagar sebuah universiti pada jam 2.00 pagi.

Niat saya hanya satu, iaitu mahu 'menyelamatkan' pagar-pagar universiti di seluruh Malaysia daripada terus menjadi 'mangsa' keganasan pelajar PRO-PEMBANGKANG.

Hahaha...

Friday, March 30, 2012

[VIDEO] #AmanKampus : YDP MPP #UUM Amir Izzuddin 'Bengang' Kerana #PRKampus Dilewatkan? @KhaledNordin @razaliibrahim

Sebaik tiba di kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah - program Jelajah AMAN KAMPUS Fasa ke-2 dimulakan dengan program kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusnaidi Sobri dari Pusat Islam UUM.

Semalam juga kami secara kebetulan berjumpa dengan YDP MPP UUM Saudara Amir Izzuddin ketika beliau menuruni anak tangga masjid UUM. Dah bersua muka tunggu apa lagi, terpaksalah beliau menjawab pelbagai soalan dari saya mengenai isu-isu mahasiswa di Universiti Utara Malaysia :

 

Rasional - itulah ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, khabarnya pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya 'juara' isu luar kampus tetapi gagal menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh mahasiswa di dalam kampus.

 Apa punya turrr...

[FOTO] : Apehal #AmanKampus Kecoh-Kecoh di Dataran Perdana #UUM Pagi Ni...?


'Kecoh' dan riuh-rendah Dataran Perdana Universiti Utara Malaysia pagi ini bila mahasiswa Jelajah AMAN KAMPUS bersama warga UUM dengan aksi senam robik yang turut diserikan dengan aksi pertahanan diri dari srikandi-srikandi UUM.

Walaupun 'kecoh' dengan aksi senam robik dan seni pertahanan diri oleh warga UUM dan mahasiswa AMAN KAMPUS.

Namun sepanjang pemerhatian saya tiada kelihatan pasu-pasu bunga, pintu kaca mahu pun pintu pagar kampus UUM runtuh sebagaimana yang biasa terjadi setiap kali pelajar PRO-PEMBANGKANG berkumpul.

Hahaha...

Gambar 'aksi' mahasiswa, mahasiswi AMAN KAMPUS dan Warga UUM beraksi di Dataran Perdana :


Pengetua DPP Proton En. Mazli Mutazam turut bersenam bersama mahasiswa Kembara  Aman Kampus
Srikandi-Srikandi UUM - terer bersilat ni... 
Para jurulatih yang meletihkan para peserta.
Presiden Alumni Aspirasi Saudara Shahar mengadu sakit pinggang selepas melakukan aksi ini. Haha!
Majlis perasmian Jelajah Aman Kampus Fasa II peringkat UUM yang dihadiri oleh  'fighter-fighter' ASPIRASI MAHASISWA UUM.
Nampaknya bertambah meroyan mamat syok sendiri yang gambarnya dipaparkan di bawah :



Hahaha...


Gambar ehsan : Blogger Mahasiswa Utara

YY : YDP MPP Aspirasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia memang sempoi...patutlah dengar cerita beliau menang besar pilihanraya kampus yang lalu...

Saturday, March 24, 2012

Apa Jadah AMK Join Demo Pelajar PRO-MILITAN?


Kumpulan pelajar PRO-MILITAN mahu bebaskan kampus dari campur tangan politik luar?

Anehnya kenapa ada pemimpin parti politik pembangkang hadir semasa serahkan memorandum?

Dari blog BRADER JAI  :
Heboh lah seluruh Malaysia mengenai demo Pro-Militan (Pro-M) menuntut Pilihanraya Kampus di awalkan di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya selepas solat Jumaat tadi.Mereka membawa 3 tuntutan :
1.Pilihanraya kampus di awalkan
2.Kembalikan demokrasi kampus
3.Bebaskan kampus daripada campur tangan politik luar
BACA SELANJUTNYA [KLIK] 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal