NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, December 31, 2010

Rakyat Kelantan Bantah, Pemimpin PAS Kempunan Malam Ini Tidak Dapat Layan Wali Band?

Kerana mendapat tekanan dan desakan banyak pihak akhirnya Kerajaan PAS Negeri Kelantan membatalkan hasrat mereka untuk beronggeng malam ini dengan lagu-lagu Wali Band.

Pada awalnya PAS berhasrat menjemput kumpulan dari Indonesia ini untuk sambutan ambang tahun baru di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Berita pembatalkan ini ada disiarkan dan dihebahkah di beberapa blog pro PAS. Berikut adalah teks yang disiarkan oleh blog pro PAS.

NI DISEBABKAN DESAKAN BANTAHAN KUAT DARI RAKYAT YANG MELIHAT ADALAH TIDAK PRAKTIKAL DIBUAT KONSERT BERMUZIK DI MANA BERLANGSUNG PADA MALAM SAMBUTAN TAHUN BARU DI MANA SELURUH DUNIA MENARI DAN BERDANSA MENGIKUT ALUNAN MUZIK MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2011

TOK GURU ARAHKAN DIBUAT SOLAT HAJAT PERDANA DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV

PROGRAM: SOLAT HAJAT PERDANA
WAKTU: SELEPAS ISYA
LOKASI:STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!
SOLAT HAJAT PERDANA AKAN DIIMAMKAN OLEH IMAM MASJIDIL HARAM MEKAH'

TURUT SERTA DALAM SOLAT HAJAT PERDANA PIMPINAN PAS NEGERI KELANTAN MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ SERTA PIMPINAN PAS NEGERI KELANTAN 


Kerabu Bersuara 

Sorry pemimpin PAS, rakyat Kelantan pun tidak suka dengan anjuran konsert ini sebab itulah mereka tolak, tapi yang hairannya siapa punya idea yang jemput Wali Band ini?

Teringat pula Dewan Pemuda PAS yang pernah membantah konsert Adam Lambert, tapi dalam kes ini bukan mereka yang memulakan bantahan. Tetapi rakyat Kelantan yang bantah. Maka kempunanlah Pemuda PAS nak layan Wali Band malam ini. Kah Kah Kah..

PAS PIS PUS..

p/s : Double Y mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua pembaca. 

Thursday, December 30, 2010

ANWAR IBRAHIM PERKUDA AHLI PKR? - GOBALAKRISHNAN

Nampaknya kesabaran Gobalakrishnan terhadap Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya. Hari ini Gobala meluahkan lagi perasaan marahnya terhadap Anwar Ibrahim di laman twitternya.

Jika sebelum ini Karpal yang menyeru supaya Anwar Ibrahim bertaubat, hari ini Gobalakrishnan juga mengambil langkah yang sama dengan menyeru supaya Anwar bertaubat dari terus perkudakan ahli serta penyokong sendiri.

Saya sempat 'capture' dua tulisan Gobala di laman  twitter untuk tatapan pembaca, jelas nampak parti PKR bakal hancur, gara-gara kerakusan ketua umum mereka sendiri. 




Ini bukan kita yang cakap Anwar Ibrahim suka perkudakan ahli dan penyokong sendiri, tetapi Gobalakrishnan yang cakap. Gobala sudah lama dalam PKR sejak tahun 1999 lagi.

So totok PKR masih nak percaya dengan Anwar Jubor lagi? Bertaubatlah!!!

Teresa Cock : Sebelum Suruh Najib Minta Maaf, Dengan Orang Kristian, You Sudah Minta Maaf Dengan Orang Islam Ke?


Teresa Cock ahli parlimen Seputeh ini hari ini dalam kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini menggesa supaya DS Najib memohon maaf dengan orang kristian.

Beliau cuba menggambarkan bahawa DS Najib ini kononnya seorang yang anti kristian ekoran arahan daripada jabatan perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan dalam satu sambutan majlis krismas.

Tindakan ini dikatakan tidak menghormati penganut agama kristian. Bagi saya tindakan ini tidak sedikit pun bertujuan untuk menghina atau tidak menghormati agama kristian. Tetapi tindakan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan sikap ketidak-selesaan pengunjung ke majlis tersebut.

Yela jika difikirkan, selesakah kita yang beragama Islam, menyertai majlis yang diselitkan dengan upacara keagamaan, diputarkan lagu-lagu pemujaan? Sudah tentu kita berasa tidak selesa. Begitu juga dengan penganut agama lain, selesakah mereka jika kita menjemput mereka datang ke majlis hari raya, tetapi kita bersama rakan-rakan yang sama agama duduk mengaji, berzikir? Sudah tentu rakan kita yang berlainan agama akan berasa tidak selesa dalam majlis tersebut.

Tetapi atas tujuan menghomarti tuan rumah, sudah tentu kita bertindak hadir dalam  majlis yang dianjurkan. Tetapi dalam masa yang sama tuan rumah kena la hormati sensitiviti kita. Dalam isu ini, DS Najib adalah Perdana Menteri kepada semua kaum, jadi dia kena penuhi setiap jemputan yang dibuat tidak kira ianya datang daripada apa agama. Tetapi dalam masa yang sama penganjur tersebut hendaklah menghormati DS Najib sebagai penganut agama Islam. Simple! Teresa Cock tidak fahamkah prinsip hormat-menghormati? 

Tujuan Teresa Cock sebenarnya adalah untuk menimbulkan perasaan benci penganut kristian kepada DS Najib dan secara tidak lansung menimbulkan kebencian penganut agama tersebut kepada kerajaan. Sebelum desak DS Najib, sudahkah Teresa Cock meminta maaf dengan orang Islam berhubung isu yang diusulkan beliau supaya azan subuh diperlahankan?

Ini juga bagi saya merupakan satu 'penghinaan' kerana apa hak beliau untuk mengusulkan supaya azan subuh diperlahankan dan hanya dikumandangkan di dalam masjid tidak di surau-surau atau madrasah?

Sudahkah Teresa Cock meminta maaf berhubung tindakan beliau menghina tulisan jawi di papan tanda? Bagi saya ini pun satu penghinaan kerana kita membaca Al-Quran pun betulis jawi. Sudahkah Teresa Cock meminta maaf dengan umat Islam?

Tidak cukup dengan dua penghinaan ini, Teresa Cock pernah menghina Institusi PDRM dengan menggambarkan bahawa makanan  di dalam lokap setaraf dengan 'makanan anjing'? Sudahkah Teresa Cock minta maaf dengan pihak PDRM?

Akhir kalam, apa agama Teresa Cock? Buddha? Kristian? Kalau kristian, cuba tanya Teresa Cock adakah dia penganut kristian yang baik?

Inilah sikap chavaunist DAP, yang anti Melayu, anti Islam sekarang cuba melaga-lagakan Islam dengan Kristian. 

Teresa Cock you bukan Sassy MP. Tapi Pussy MP!

NGO Pun Tolak Orang PKR?


Pemilihan MTUC semalam menyaksikan satu kejutan di mana kita dapat melihat kekalahan tokoh PKR Syed Shahir Syed Mohamud kepada pencabarnya Mohd Khalid Atan.

Syed Shahir Syed Mohamud. sebelum ini yang menerajui MTUC untuk dua penggal hanya mendapat 213 undi manakala Mohd Khalid Atan dapat 255 undi.

Kalau tidak silap saya pada PRK Hulu Selangor tempoh hari, ada pihak yang cuba melobi supaya Syed Shahir Syed Mohamud menjadi calon di parlimen tersebut.

Malah ada laman facebook diwujudkan untuk melobi beliau iaitu ' Sokong Tuan Shahir Syed Mohamud Calon Parlimen P94 Hulu Selangor'. Tujuan laman facebook ini diwujudkan tidak lain tidak bukan untuk melobi supaya beliau diletakkan sebagai calon di parlimen tersebut, namun pada masa itu Zaid Ibrahim yang dianggap hero oleh PKR diletakkan sebagai calon yang menyaksikan beliau kalah kepada calon BN P.Kamalnathan.

Sementara itu, regu Syed Shahir Syed Mohamud iaitu Abdullah Sani yang juga ahli PKR juga tewas kepada Abdul Halim untuk jawatan Setiausaha Agung MTUC.

Jika diperhatikan jelas menunjukkan bahawa NGO juga menolak orang-orang PKR daripada memimpin mereka kerana sikap mereka ini yang cuba menyerapkan ideologi pembangkang ke dalam NGO yang dipimpin mereka.

Sebelum kekalahan ini Syed Shahir Syed Mohamud pernah dikritik hebat kerana dikatakan cuba membawa pengaruh pembangkang ke dalam MTUC. Mungkin ini salah satu punca kegagalan beliau mempertahankan kerusi presiden MTUC.

Inilah sikap sebenar orang-orang PKR, kita beri mereka kepercayaan untuk memperjuangkan sebuah NGO tapi mereka lebih gemar menyebarkan pengaruh politik sonsang mereka.

Tuesday, December 28, 2010

Isa Samad Tak Layak Jadi Pengerusi FELDA, Tetapi Anwar Jubor Layak Jadi Penasihat Ekonomi?


Kumpulan totok PR nampaknya tidak berpuas hati dengan perlantikkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baru kerana dakwa mereka Isa Samad pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan UMNO pada tahun 2004.

Bantahan ini dibuat oleh lembu sondol PAS yang memang diberi tugas khas untuk memporak-perandakan FELDA itu Mazlan Aliman.

Malah Mazlan juga mengugut Perdana Menteri kita DS Najib agar segera menarik balik perlantikkan tersebut, atau mereka akan bertindak mengumpul tandatangan dan membuat pungutan suara daripada warga FELDA.  Beliau juga berkata akan memohon campur tangan Yang di Petuan Agung berhubung isu perlantikkan tersebut. Laporan ini saudara boleh baca di HARA KAH KAH KAH DAILY

Benar Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang pada tahun 2004 dan beliau sudah menerima hukuman iaitu digantung keahlian sebelum 'bebas' pada 23/6/2008 kalau tidak silap saya. Jadi di sini beliau telah menerima hukuman di atas kesalahan yang beliau lakukan. 

Berkokok Mazlan Aliman sebab Isa Samad pernah rasuah. Di sini jom kita tanya Mazlan Aliman kenapa beliau tidak pertikaikan perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor walhal Anwar Ibrahim pernah dipenjarakan kerana terlibat dengan salahguna kuasa serta rasuah?

Wahai Mazlan Aliman, lupakah kau dengan kesalahan Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan lima pertuduhan rasuah bagi melindungi salah laku seksnya pada tahun 1998?

1) Pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit dia, Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya.

2) Pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah dengan mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya.

3) pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat.

4) 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana Anwar mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh Anwar dengan tujuan melindungi diri sendiri.


5) pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana Anwar telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat.

Ini antara pertuduhan yang dihadapi Anwar Ibrahim yang membuatnya merengkok dalam Penjara dahulu, wahai Mazlan Aliman kenapa kamu tidak mahu pertikaikan perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor? 

Anwar pun pernah hadapi pertuduhan rasuah, adakah kamu ingin mengatakan Anwar layak sebagai penasihat ekonomi walaupun menghadapi 5 kes salah laku rasuah, namun Isa Samad tidak layak kerana salah laku politik wang dalam pemilihan parti UMNO?

Isa Samad guna politik wang dalam pemilihan perwakilan, tetapi Anwar Ibrahim salah guna kuasa untuk menutup kesalahan, yang mana lebih besar kesalahannya wahai Mazlan Aliman Babi Sondol?  

Kalau kau boleh menerima Anwar walaupun beliau pernah dipenjarakan kerana rasuah kenapa kamu tidak boleh menerima Isa Samad? Tidak lain dan tidak bukan sebab kamu memang berniat jahat untuk memecah-belahkan peneroka FELDA agar tidak menyokong kerajaan! 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Penipu Besar!

GEORGE TOWN: Penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, yang berdepan dengan pengusiran, hari ini meluahkan rasa marah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang diteraju DAP kerana gagal menepati janji.

Seorang penduduk Mohd Khir Mohd Sai, 44, berkata, sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berjanji dengan mereka untuk menyelesaikan isu pampasan itu.

"Mereka berjanji sebelum Hari Raya Aidilfitri mereka akan bantu kami tetapi sehingga hari ini masih tidak ada penyelesaian berkenaan isu itu dan kami juga tidak berpeluang bercakap dengan Lim atau Ooi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dia yang mewakili penduduk di situ mendakwa hanya 17 keluarga di kampung itu yang menerima pampasan daripada pemaju, manakala 14 lagi masih menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri.

"Kami sekarang terkapai-kapai, tidak tahu apa yang harus dilakukan," katanya menambah mereka harus berpindah dari kawasan itu sebelum tarikh akhir perjanjian iaitu 27 November ini.

Difahamkan,kampung berusia 100 tahun itu akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman apartmen oleh pemaju dari Kuala Lumpur

Sumber : Mstar Online

Double Y : Tak cukup dengan menipu penduduk Kg. Buah Pala, DAP cuba menipu penduduk Kg.Asam pula.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 27, 2010

Isu Adun PAS 'Zina' : 7 Hari Berlalu....


Nampaknya dunia politik selepas tsunami 2008 dilihat selalu dilanda kontoversi, bermacam kontroversi terjadi baik di pihak BN atau pun PR.

Namun yang paling menarik perhatian sudah tentulah pendedahan 'hujung tahun' iaitu isu Adun PAS Selinsing yang dikatakan ditangkap 'berzina' di dalam koc keretapi oleh Ustaz Saidi. Pendedahan yang dibuat oleh blogger PapaGomo tempoh hari dilihat telah membuat banyak pihak gelabah.

Hari ini saya tidak mahu mengulas sama ada  benar atau tidak Adun Selinsing itu 'berzina' kerana tidak melihat dengan mata kepala saya sendiri. Namun saya cuma tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh puak PAS bahawa ini semua fitnah jahat blogger untuk 'membunuh karakter' Adun terbabit.

Di sini saya hendak tanya hebat sangat ke Adun Selinsing ini sehingga perlu menjalankan misi 'membunuh' karakter beliau? Besar sangatkah pengaruh Adun PAS ini sehingga perlu UMNO menjatuhkan beliau?

Jika ini dikatakan fitnah jahat UMNO, saya melihat UMNO terlalu 'bodoh' sehingga memilih Adun PAS yang tidak popular untuk 'dibunuh' karakternya. Kenapa tidak pilih Husam Musa ke, Mahfuz Omar ke?. Kenapa perlu Adun ini yang dipilih? Kenapa? Kenapa?

Kalau benar difitnah, hari ini genap 7 hari berlalu namun sehingga ke saat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat oleh Adun terbabit. Apa yang cuba disembunyikan oleh Adun terbabit dan PAS Kelantan?

Bermacam cabaran dibuat oleh pihak blogger, sehingga ada yang mencabar supaya Adun terbabit menjalani ujian DNA dengan anak pasangan 'khalwat' beliau yang berusia 7 tahun yang dikatakan berwajah seiras Adun Selinsing ini. Kasihan kanak-kanak terbabit akibat kegagalan Drs.Saipul bertindak dirinya sekali turut terheret sama.
 
Kenapa Drs.Saipul tak mahu bertindak? Kenapa? Apa yang bimbang sangat jika benar Drs.Saipul mangsa fitnah?

7 hari berlalu, saya inginkan kebenaran. Kalau Drs.Saipul di pihak yang benar tampillah bertindak terhadap blogger terbabit. Jangan biarkan perkara ini senyap dan sepi tanpa sebarang tindakan.

Senarai Pengerusi dan Timb. Badan Perhubungan UMNO Negeri.

1.PERLIS

PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU

TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

2. KEDAH

PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH

TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR

3. KELANTAN

PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN

4. TERENGGANU

PENGERUSI - YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID

TIMB. PENGERUSI - YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD

5. PULAU PINANG

PENGERUSI - YBHG DATO' HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN

TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR

6. PERAK

PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR.
ZAMBRY B. ABD KADIR

TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH

7. PAHANG

PENGERUSI - YAB DATO' SRI ADNAN BIN YAAKOB

TIMB. PENGERUSI - YB DATO' HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

8. SELANGOR

PENGERUSI - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK

TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI NOH B. OMAR

9. W.PERSEKUTUAN

PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN

TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN

10. NEGERI SEMBILAN

PENGERUSI - YAB DATO' SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN

TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR

11. MELAKA

PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM

TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP

12. JOHOR

PENGERUSI - YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN

TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD

13. SABAH

PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN

TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Logo 1Malaysia : Semalam di Bekukan Hari Ini di Tarik Balik.?



KLANG: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah “menarik balik” terhadap keputusan untuk melarang menggunakan logo 1Malaysia setelah mendapat kecaman pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, “pembekuan” itu telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan diminta untuk menangguhkan tindakan itu buat sementara waktu.

Beliau berkata, keputusan terhadap larangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) akan datang.

Kerajaan negeri sebelum ini telah melarang penggunaan logo 1Malaysia apabila ia dikatakan mempunyai unsur politik namun mendapat bantahan banyak pihak.

Difahamkan, mesyuarat EXCO akan datang hanya akan diadakan pada minggu pertama Januari tahun depan berikutan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kini dalam lawatannya ke Taiwan.

“Sementara itu, semua perkara berkaitan larangan menggunakan logo berkenaan akan ditangguhkan,” kata Ronnie.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa semua permohonan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada papan tanda tidak dibenarkan buat sementara waktu.

“Buat masa ini, kami turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak membuang mana-mana papan tanda yang mengandungi logo 1Malaysia,” katanya.

Menurut Ronnie, dia tidak mempunyai kuasa secara mutlak untuk memutuskan mengenai perkara itu di mana ia hanya dibuat dalam mesyuarat EXCO.

“Kami akan mengemukakan satu peraturan lebih jelas mengenai perkara tersebut,” katanya yang mengulangi bahawa logo 1Malaysia merupakan simbol politik kepada Barisan Nasional.

Minggu lepas, Ronnie berkata, logo 1Malaysia telah melanggar undang-undang tempatan yang tidak membenarkan sebarang papan tanda politik pada papan iklan.

Pengumuman Ronnie pada Ahad terhadap pembekuan larangan penggunaan logo berkenaan tidak dipengaruhi oleh kenyataan Setiausaha Politik, Khalid Faekah Husin.

Faekah mempertahankan bahawa larangan itu merupakan tindakan yang betul tanpa melihat apa-apa sebab untuk diperdebatkan kerana ia sudah diperbincangkan dalam mesyuarat EXCO.

Malah katanya, perdebatan mengenai logo 1Malaysia tidak pernah pun diperbincangkan di Parlimen sebelum ia dilancarkan.

“Kenapa kami harus menangguhkan perbincangan mengenai larangan logo tersebut sedangkan ia bermula tanpa mendapat perhatian semua parti?” katanya. MSTAR

Double Y : Semalam Ronnie The Babi kata dia tidak tahu menahu bahawa larangan penggunaan logo ini telah dilaksanakan di Sabak Bernam, tapi Faekah kata tindakan ini sudah diperbincangkan dalam mesyuarakat Exco. Malah sudah mengarahkan slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan swasta.

Jika perkara ini sudah diperbincangkan dalam mesyuarat Exco, mana mungkin Roonie The Babi selaku Exco Kerajaan dan Perumahan Tempatan tidak tahu lansung akan keputusan yang dinyatakan oleh Faekah ini?

Kahkahkahkah.. dengan logo pun takut...alahai.



N.Gobalakrishnan Bakal Menerima Nasib Yang Sama Macam Zaid Ibrahim?


Parti yang diterajui oleh Munafik nombor wahid negara nampaknya terus dilanda gelombang ekoran ketidak-puasan ahli parti sendiri terhadap Ketua Umum mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Beberapa hari lalu, MP Padang Serai N.Gobalakrishnan (gambar) bertindak menyerang habis-habisan Anwar Ibrahim di laman twitternya. Beliau mendakwa Anwar Ibrahim tidak telus dalam mentadbir PKR ekoran pemilihan PKR tempoh hari yang dilanda dengan pelbagai kontoversi.

Berikut adalah beberapa tulisan kecaman Gobala terhadap kepimpinan PKR di laman twitternya yang sempat saya kutip untuk tatapan pembaca.











Ekoran kecaman terbuka yang dibuat oleh Gobala di laman twitternya,. hari ini Naib Presiden PKR yang baru N.Surendren mengarahkan Gobala agar segera menghentikan sebarang bentuk serangan terhadap parti itu.

Atau dalam kata lain, tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang baru ini, adalah beliau cuba menutup mulut Gobala agar tidak mendedahkan kepincangan parti itu kepada pengetahuan umum atau di laman twitternya.

Jika saudara pembaca membaca kenyataan N.Surendran di SINI jelas beliau ada berkata :

“PKR selaku parti yang demokratik dengan tegas mempercayai kebebasan bersuara dan diskusi terbuka mengenai isu ataupun dasar di kalangan ahli akar umbi dan juga massa umumnya."

Jika PKR benar demokratik kenapa perlu arahkan agar Gobala menutup mulut serta menghentikan sebarang kecaman terhadap parti dan Ketua Umum mereka? Bukankah dalam sebuah parti yang kononnya mengamalkan demokrasi yang sebenar, sesiapa sahaja yang terdiri daripada ahli parti berhak bersuara atau menyatakan ketidak-puasan hati mereka?

Dari sini jelas, PKR merupakan sebuah parti yang diketuai oleh diktator, dimana suara ahli serta akar umbi mereka sedikit pun tidak di ambil peduli oleh Anwar Ibrahim.

Baru membuat kecaman di laman twitter sudah arahkan orang tutup mulut, ini apa punya demokrasi? Mana pergi kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh PKR?

Terkini : Chegubard Tolak Jawatan Timbalan Setiausaha PKR?

Menurut maklumat yang baru diterima daripada sahabat dari Pulau Pinang, esok dijangka Chegubard akan mengadakan sidang media tergempar jam 11.00 pagi bagi menolak jawatan Timbalan Setiausaha PKR yang ditawarkan kepada beliau.

Malah ini hari juga dilaporkan bahawa Setiausaha AMK Pulau Pinang iaitu Syed Mikael meletakkan jawatan beliau di dalam parti itu sebagai tanda protes terhadap Shamsul Iskandar dan kepimpinan PKR.

Beliau juga menyatakan bantahan kehadiran Shamsul Iskandar sebagai salah seorang penceramah di Ekspo Muda Seberang Jaya.

Ini kerana Shamsul Iskandar Kemetot masih lagi dalam siasatan JPP. AMK Pulau Pinang juga menurut maklumat yang diterima tidak mengiktiraf Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK Pusat ekoran isu pemilihan PKR tempoh hari yang dikatakan berlaku ketidak-telusan.

Sekian berita ringkas dari Double Y.

Sunday, December 26, 2010

Bangunan MCA Cawangan Batu 11 di Rampas, Bukti Tindakan GESTAPO PR Selangor?

Semalam satu laporan polis dibuat oleh MCA Cawangan Batu 11, berikutan kekasaran yang dilakukan  oleh penguatkuasa MPKj dalam operasi mengambil alih bangunan tersebut.

Dilaporkan juga empat anggota MCA cedera dalam kekecohan yang tercetus di antara 50 pengawai penguatkuasa MPKj ketika cuba menghalang tindakan merampas bangunan tersebut.

Nampaknya ada kemungkinan MPKj dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu kerana Ketua MCA Bahagian itu mendakwa pada 24 September lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan semua notis yang dikeluarkan oleh MPKj untuk mengambil alih bangunan itu ditarik balik.

Bangunan yang dibina hasil daripada sumbangan ahli-ahli MCA ini dan digunakan sebagai pusat khidmat masyarakat MCA sejak 30 tahun lalu.

Apa jadah ini wahai MPKj? Mahkamah telah keluarkan arahan supaya semua notis ditarik balik, kenapa masih bertindak mengambil alih bangunan berkenaan?

Kenapa pula perlu serbu di malam hari seolah-olah hendak menyerbu pusat pelacuran? MPKj bertindak atas arahan siapa? Kerana dimaklumkan bahawa MCA Cawangan berkenaan tidak menerima apa-apa notis sebelum tindakan perampasan tersebut dibuat.

Siapa yang arahkan??

Siapa perlu jawab? Ronnie The Babi Gangster??? Apa kes ni tailo???

Edisi Flip-Flop : Larangan Logo 1Malaysia di Bekukan Sementara, Siapa Yang Keliru?


Apa sudah jadi dengan pendirian kerajaan Negeri Selangor berhubung isu larangan logo 1Malaysia ini? Sekejap haram, sekejap tidak iktiraf dan semalam dikhabarkan bahawa larangan itu dibekukan pula untuk sementara.

Semalam Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan Ronnie The Babi Gangster, berkata bahawa larangan logo 1Malaysia di sekitar Selangor dibekukan buat sementara kerana masih ada pihak PBT yang samar-samar logo yang mana satu merupakan agenda politik BN.

Ronnie The Babi Gangster juga mendakwa beliau terkejut kerana diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telahpun menguatkuasakan larangan berkenaan. Laporan lanjut boleh dibaca di Malaysiakini

Sebenarnya siapa yang keliru? Semalam Setiausaha Politik yang saya katakan 'bebal' berkata bahawa kerajaan negeri Selangor TIDAK MENGIKTIRAF logo 1Malaysia kerana ianya hanyalah agenda politik BN semata-mata, walaupun jika diikutkan logo 1Malaysia dan gagasan 1Malaysia dicipta berteraskan perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya ada berapa logo 1Malaysia? 1,2,3 atau 4 logo? Setahu saya hanya ada satu logo sahaja yang dicipta berdasarkan warna jalur gemilang. Adakah dengan satu logo boleh membuat semua PBT keliru logo yang mana satu boleh digantung, logo yang mana satu tidak boleh digantung?

Tidak cukup dengan itu Ronnie Liu The Babi cakap dia tidak tahu bahawa larangan berkenaan telah pun dikuatkuasakan di Sabak Bernam, nampaknya mereka cuba bersandiwara kerana semalam si Faekah berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. Mana mungkin Ronnie The Babi selaku Exco tidak diberitahu akan arahan ini?

Pada hemah saya, sebenarnya bukan PBT yang keliru. Sebaliknya tindakan membekukan larangan ini adalah kerana, mereka sedar bahawa tindakan ini boleh menimbulkan kebencian rakyat Selangor terhadap kerajaan pimpinan mereka.

Kerana difahamkan daripada kaji selidik dibuat sebanyak 84% rakyat telah memahami serta menerima gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini. Dari sini mereka sedar bahawa tindakan melarang sebarang penggunaan logo 1Malaysia di premis kerajaan dan swasta di negeri itu merupakan satu tindakan bodoh semata-mata. Serta tindakan ini juga dilihat boleh menurunkan sokongan rakyat Selangor kepada mereka.

Dari pandangan anda rakan pembaca, siapa yang selalu mengelirukan rakyat? BN atau PR? Jika isu larangan logo 1Malaysia pun mereka tidak mampu mencapai kata sepakat, bagaimana jika mereka mentadbir kelak?

Tapi jangan mudah percaya flip-flop mereka ini, kerana kemungkinan besar esok bila MB Gagap habis bercuti dia akan cakap, "kita tidak pernah keluarkan arahan ini, ini semua agenda jahat UMNO". Bukan boleh percaya sangat cakap orang PR ini. 

Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan tahniah orang Selangor kerana dapat MB Gagap, Exco Bangang dan Setiausaha Politik yang bebal. 

Mengaku sajalah kamu 'trauma' dengan logo 1Malaysia. Nak malu apa? Hehehehe


Saturday, December 25, 2010

Isu Adun PAS 'Zina' : Semua Blogger BN Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang?

KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah kononnya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad pernah ditangkap kerana berzina isteri orang.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, pihaknya dalam kajian untuk mengambil tindakan itu terhadap mana-mana pengendali blog, penceramah atau mereka yang terbabit dalam penyebaran fitnah itu.

“Jika ada bukti tunjukkan. Penyebaran fitnah ini dakyah politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Pas cara tidak bermaruah. Sebelum ini calon ADUN Galas juga pernah menjadi mangsa tetapi apabila Pas kata hendak bertindak, mereka tarik balik dan minta maaf.

Baca Selanjutnya...



Ulasan Double Y :

Masuk hari ini sudah 5 hari berlalu, namun amat mengelirukan kerana sehingga ke saat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat walaupun sekeping.  Dalam artikel di atas Dr.Mohammed Fadzli Hassan mengaitkan isu ini dengan kisah PRK Galas, di mana katanya dulu UMNO minta maaf secara terbuka.

Namun dalam isu Adun Selinsing ini, kita hendak tanya PAS, ada ke setakat hari ini individu yang menyebarkan pendedahan ini membuat permohonan maaf? Setahu saya tiada, sehingga ke hari ini blogger PapaGomo dan Kumpulan Nadi Rakyat tidak menarik balik sebarang artikel atau menyiarkan permohonan maaf secara terbuka.

Sehingga ke hari ini juga saya difahamkan bahawa Ustaz Saidi iaitu individu yang menangkap Adun Selinsing ini juga tidak menarik balik serta melakukan permohonan maaf. Adakah kes ini akan didiamkan sebagaimana kes-kes yang lalu. Walaupun beliau dikatakan diserang individu tidak dikenali, sehingga ke saat ini juga beliau masih berpegang kepada apa yang beliau perkatakan dalam video ceramahnya yang didedahkan oleh blogger tempoh hari.

Masih ingatkah PAS dengan kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat? Kes itu juga diam begitu sahaja, jadi saya harap jika PAS benar-benar telus segeralah heret mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Kerana saya difahamkan juga lebih banyak pendedahan yang akan dibuat oleh Kumpulan Nadi Rakyat pada bulan Januari nanti.

Saya tidak mahu menuduh, namun sekurangnya perkara ini perlu dijernihkan agar rakyat Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia inginkan kebenaran, samada iainya betul fitnah atau memang benar perkara ini pernah terjadi. 

Malah Ketua Pemuda UMNO Kelantan juga menyeru agar Adun terbabit segera heret pihak yang terlibat ke muka pengadilan kerana beliau mendakwa, beliau mempunyai bukti-bukti lain, malah perkara ini juga turut diperkatakan oleh masyarakat sekitar Selinsing. 

Jadi dalam kes ini Adun Selinsing adalah 'mangsa', oleh sebab itu saya melihat beliau perlu segera membuat laporan polis. Sebagai contoh dalam kes rogol 'mangsa' biasanya yang perlu membuat laporan polis bukan 'pemangsa'. Jadi dalam kes ini memang wajar 'mangsa fitnah' iaitu Drs.Saipul Bahrin segera membuat laporan polis agar kes ini dapat diselesaikan dan rakyat serta masyarakat Selinsing amnya tidak hidup diselubungi bermacam persoalan. 

Err.. itu pun kalau Adun PAS Selinsing tu masih ada 'maruah' la. Saya nasihat sahaja, hendak terima atau tidak lantak kaulah, tetapi sebagai anak Kelantan saya malu dengan kes begini.

Wallahua'lam...



Gobalakrishnan Kata Ada Exco Selangor Penipu?

N.Gobalakrishnan nampaknya betul-betul 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin dalam PKR sehingga beliau menulis beberapa perkara di laman twitternya yang jelas menunjukkan beliau sekarang amat-amat tidak berpuas hati dengan sikap Anwar dan Azmin.

Boleh dikatakan saban hari N.Gobalakrishnan ahli parlimen Padang Serai ini meluahkan ketidakpuasan hati beliau di laman twitter. Namun apa yang menarik perhatian saya adalah tulisan beliau pada pukul 7.32 pm bertarikh 24/12/2010 iaitu semalam (gambar).

Beliau menulis bahawa ada Exco Selangor yang menipu dalam urusan menyediakan 24 unit komputer kepada sebuah sekolah Tamil dengan membuat tuntutan sebanyak RM85,0000.

Sebagai contoh kita letakkan harga sebuah komputer bernilai RM2,000 jika di darabkan dengan 24 unit jumlah tersebut baru bernilai RM48,000. Ini kiraan secara kasar mengikut harga pasaran untuk sebuah komputer.

Saya tidak tahu pula komputer jenis apakah yang disediakan oleh Exco terbabit sehingga harganya lebih mahal 2 kali ganda daripada harga pasaran.

Jika kita teliti daripada apa yang diperkatakan Gobalakrishnan dalam urusan penyediaan komputer kepada sekolah Tamil ini jelas bagi saya ada berlaku penyelewengan.

Siapa Exco terbabit wahai Gobala?? Siapa?

Friday, December 24, 2010

Jelas Faekah Setiausaha Politik Yang Bebal.!


Sebenarnya saya tidak berniat hendak 'sentuh' anak dara tua ini, namun bila membaca kenyataan yang beliau keluarkan dalam Malaysiakini mengenai isu pengharaman logo 1Malaysia di Selangor. Saya terpanggil untuk membalas sedikit kenyataan 'bebal' seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor ini.

Dalam kenyataannya di Malaysiakini Faekah berkata, pihak kerajaan Negeri tidak takut dengan logo 1Malaysia sebaliknya 'muak' dengan slogan hipokrasi BN, dakwanya lagi logo itu adalah ciplak logo politik bukannya diilhamkan oleh rakyat negara ini.

Selain itu beliau juga berkata bahawa logo 1Malaysia ini boleh memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya negeri itu. (Selangor). Saudara pembaca boleh membaca kenyataan 'bebal' si anak dara tua ini di MALAYSIAKINI

Wahai Faekah anak dara tua!, logo 1Malaysia ini tidak sedikit pun dapat memesongkan fikiran rakyat, sebaliknya ianya bertujuan untuk menyatukan rakyat berbilang kaum. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.


Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dieratkan bagi jangka masa panjang.

Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.  Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo atau gagasan 1Malaysia ini sikit pun tidak berkaitan dengan kepentingan politik wahai Faekah 'bebal' hoi. Disebabkan arahan supaya tiada sebarang logo parti politik dibenarkan di premis kerajaan atau swasta di sekitar Selangor.

Ada baiknya Faedah anak dara yang tak laku pastikan perkara di bawah ini :

TIADA SEBARANG LOGO POLITIK TERPAMPANG DI MANA-MANA PREMIS BAIK LOGO BN ATAU PR.

JIKA RAKYAT SELANGOR TERNAMPAK SEBARANG LOGO-LOGO POLITIK, SAYA SARANKAN SEGERA MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA! 

ALAHAI.. POLISI PALING BODOH DALAM SEJARAH KERAJAAN SESUATU NEGERI. SYABAS DAN TAHNIAH ORANG SELANGOR KERANA DAPAT MB GAGAP, EXCO BANGGANG DAN SETIAUSAHA POLITIK BEBAL!


TERKINI : PapaGomo Pula di Ugut?

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh blogger dan rakan seperjuangan saya, saudara PapaGomo. Saya dimaklumkan melalui pesanan BBM yang dikirimkan kepada saya bahawa pihak Polis menasihati PapaGomo supaya tidak keluar rumah berseorangan.

Malah pihak berkuasa menasihati beliau agar berhati-hati kerana bimbang pengerakan beliau diekori pihak yang tidak dikenali. 

Untuk pengetahuan pembaca, beberapa hari lepas saudara Azmy Awang Kelana Jaya di ugut bunuh dan saya difahamkan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut di Bukit Aman.

Tidak cukup dengan itu Ustaz Saidi juga dikatakan di serang oleh beberapa orang yang tidak dikenali dengan menggunakan parang di rumahnya semalam. Malah keretanya juga dilanggar dengan teruk sebagaimana dilaporkan oleh PapaGomo di SINI

Kita tidak boleh membuat andaian yang bukan-bukan, wajarlah kita serahkan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan terperinci ke atas kes-kes ugutan yang diterima oleh Ustaz Saidi dan kumpulan Nadi Rakyat.

Namun dalam hati kecil saya, saya mendoakan agar keselamatan semua yang terlibat dalam pembongkaran kes Adun PAS Selinsing ini agar dilindungi oleh Allah S.W.T

Isu Adun PAS Zina : PAS Kelantan Jangan Tunggu Lama-Lama.


Dunia blog dan facebook digemparkan dengan pendedahan yang dibuat oleh blogger PapaGomo mengenai ada kes seorang Adun PAS Selinsing yang dikatakan pernah ditangkap berzina di dalam koc keretapi beberapa hari lepas.

Malah rakaman video pendedahan saksi utama juga disiarkan serta dimainkan hampir kesemua blog pro-UMNO termasuklah saya sendiri. Dalam rakaman video yang berdurasi 3.57 minit itu memaparkan ceramah oleh Ustaz Saidi yang mengatakan beliau pernah menangkap Drs.Saipul Bahrin berzina di dalam koc keretaapi dengan isteri orang lain.

Untuk menuduh orang berzina adalah sesuatu yang amat berat, saya sendiri pun tidak berani mengatakan bahawa berita ini adalah berita sahih atau fitnah. Namun dari akal saya yang waras saya masih ragu-ragu untuk mempercayai kenyataan penafian yang dikeluarkan oleh Drs. Saipul Bahrin di dalam Utusan Malaysia semalam.

Kenapa saya mengatakan saya masih ragu-ragu? Baiklah dalam ceramah Ustaz Saidi beliau mengatakan beliau sanggup dilaknat Allah S.W.T jika beliau berbohong malah mencabar pihak-pihak yang beliau perkatakan dalam ceramahnya agar segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Namun kenyataan penafian yang dibuat oleh Drs. Saipul Bahrin semalam hanyalah berupa penafian semata-mata.

Dalam aspek lain pula, agak menghairankan bila 'mangsa' yang dituduh berzina iaitu Drs. Saipul Bahrin mengatakan akan berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang malah menyeru pihak yang menuduh mendakwanya. Apa yang perlu dibincangkan? Takkan hendak buat satu laporan polis berbincang sampai berhari-hari? Lainlah kalau hendak menyaman pihak tertentu sudah tentulah kena ambil masa untuk berbincang dengan peguam apa bentuk saman yang boleh dikemukakan.

Jika saya ditempat Drs.Saipul Bahrin, saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang. Paling cikai pun saya akan membuat satu laporan Polis agar pihak yang menuduh menghentikan sebarang penyiaran artikel, video yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang Adun.

Selepas membuat laporan polis barulah saya akan mengadakan sidang media untuk menafikan dakwaan yang dibuat terhadap saya. Barulah nampak 'smart' dan 'real' sikit sidang media saya kerana disokong dengan laporan Polis, bukan sekadar kenyataan penafian semata-mata.

Jadi PAS Kelantan dan Drs. Saipul Bahrin usah tunggu lama-lama untuk mengheret pihak yang kononnya menuduh dan memburukkan Adun Selinsing ini ke muka pengadilan.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Jangan tunggu lama-lama.. Jangan tunggu lama-lama....

Thursday, December 23, 2010

Logo 1Malaysia Haram, Logo Rocket Halal?

Ekoran tindakan kerajaan Negeri Selangor mengharamkan sebarang penggunaan logo 1Malaysia di sekitar Selangor, saya tertarik dengan kenyataan BODOH Ronnie 'The Babi' yang disiarkan di dalam The Star.

KLANG: Selangor has banned advertisements on billboards that feature the 1Malaysia logo. . The 1Malaysia logo is a political logo, said state Housing and Local Government Committee chairman Ronnie Liu, adding that this contravenes local by-laws. . . “You don’t see any billboard in Selangor carrying the PKR, PAS or DAP logo,” he told The Star, adding that the prohibition was not a new development.

Betul ke tiada sebarang logo yang dibawa PKR, PAS dan DAP? Ronnie The Babi cuba menipu lagi nampaknya, untuk membuka mata Ronnie The Babi yang dah sedia rabun ini kita bagi dia satu gambar. 

 
Gambar di atas ini menatang apa Ronnie? Itu Rocket Cafe tiada sebarang unsur politik kah? Apa Ronnie The Babi nak jawab sekarang? Ini kedai BAK KUT TEH terletak di  SS2/63.

So Ronnie The Babi, lu ada berani kasi turunkan ini signboard?

Nampak sangat yang Pakatan Haram ini mula gentar dan goyang telur dengan kejayaan aspirasi yang dibawa oleh DS Najib. Sehinggakan logo pun mereka takut.

Ronnie..Lu Memang Celako!!

Sumber gambar : OutSyed The Box

Janji-Janji Kosong Pakatan Yang Belum Tertunai.

Hari ini memetik laporan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, saya tertarik dengan penyiaran artikel bertajuk "Berjanji demi gila kuasa" di mana dalam artikel tersebut ada dipaparkan janji-janji Pakatan Haram yang sehingga kini belum ditunaikan di ketiga-tiga negeri yang diperintah mereka.

Antara janji Pakatan Haram yang belum ditunaikan :

SELANGOR

- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar di pusat asuhan.
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
- Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
- Memberi cuti 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin.
- Memberi sebulan cuti kepada isteri yang kematian suaminya.
- Menyediakan perubatan percuma kepada waraga emas berusia 65 tahun ke atas.
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak secara sepenuh masa.

KEDAH

- Memberi bantuan per kapita kepada sekolah jenis kebangsaan (SRJK)
- Menawarkan pemberian cuti bersalin selama 3 bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa           mengehadkan bilangan anak dan cuti 14 hari untuk pasangan.
- Memberi subsidi air untuk masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar serta memperbanyakkan kemudahan tempat meletakkan kenderaan di bandar-bandar utama.


PULAU PINANG

- Memberi bonus RM6,000 setahun kepada keluarga yang bergaji kurang RM6,000 sebulan.
- Menyediakan 100,000 anggota Polis bagi meronda jalanraya dan kawasan kediaman bagi mengurangkan jenayah.
- Menghapuskan tol Sungai Nyior.

Selama 2 tahun 9 bulan memerintah mereka masih gagal menunaikan janji-janji yang dibuat mereka sendiri, kini hendak tabur janji baru lagi? Lepas itu mahu diberikan masa 100 hari? Aduh.. 2 tahun pun tidak mampu berbuat apa-apa inikan pula dalam masa 100 hari.

PIRAAAAAAHHHHH!!!!

Wednesday, December 22, 2010

Wajib Baca : Elizabeth Wong Exco Paling Bebal, Cuba Tunjuk Pandai Pasal Teknologi Nuklear?

Benar bagai dikatakan ramai pihak bahawa exco-exco kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada mereka yang 'banggang'. Hari ini seorang lagi exco dalam kerajaan negeri Selangor cuba tunjuk pandai dengan menyatakan bahawa DS Najib keliru berhubung isu teknologi nuklear.

Exco yang saya katakan 'banggang' lagi 'bahlul' ini tidak lain dan tidak bukan adalah ratu lucah untuk Negeri Selangor iaitu Elizabeth Wong, atau nama timangan yang popular untuk beliau sekarang adalah 'Eli Bogel'.

Jika saudara pembaca mengikuti laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini jelas menunjukkan bahawa Eli Bogel ini masih samar-samar tentang kepentingan teknologi nuklear di masa hadapan, malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa Eli Bogel adalah exco yang paling bebal dalam sejarah negeri Selangor.

Mari kita teliti asas kepentingan teknologi nuklear demi untuk memberi kesedaran kepada rakyat bahawa pentingnya teknologi nuklear di masa depan.

Kepentingan Teknologi Nuklear

WALAUPUN isu nuklear tidak serancak diperkatakan ketika harga minyak mentah melambung dulu, usaha kerajaan untuk memajukan teknologi nuklear masih tidak terlambat apa lagi jika dibandingkan dalam konteks negara serantau.

Di kalangan negara Barat, nuklear sudah tidak asing lagi. Tenaga nuklear digunakan dengan meluas dan jiran terdekat kita seperti Korea Selatan, sejak tiga tahun lalu dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektor berkenaan.

Secara jujur, kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan pupus apabila tiba waktunya.

Ketiga-tiga bahan api itu juga bukan senang untuk diganti atau tumbuh kembali selain kos mencari gali dan melombong memerlukan perbelanjaan tinggi.

Jadi persidangan dan pameran nuklear antarabangsa 2009 di ibu negara baru-baru ini mengenai kepentingan nuklear cukup relevan dan pakar dapat berbincang mengenai teknologi nuklear dan orang ramai diberi kefahaman kepentingan perkara itu.

Semua sedar teknologi dan teknik penggunaan nuklear dapat memberi manfaat dan sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat tetapi yang dikhuatiri ialah bahan buangan atau sisa daripada industri berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi teknologi yang ada sekarang, bahan buangan disimpan untuk jangka masa tertentu dan apabila tidak berbahaya, ia dilupuskan.

Langkah lain yang sedang dibincangkan ialah pembelian secara pakej di mana bahan mentah nuklear dibeli dari negara penjual yang bersedia mengambil sisa buangan nuklear.

Ramai orang melihat teknologi nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik saja tetapi teknologi nuklear boleh dikembang dan diperluaskan meliputi pelbagai bidang penting seperti perubatan, pertanian, pembuatan, alam sekitar dan sebagainya.

Dalam bidang perubatan, teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital termasuk untuk melawan penyakit berbahaya seperti kanser, manakala dalam bidang pertanian kita berjaya menghasilkan anak pokok yang bermutu tinggi, enzim serta baja.

Begitu juga dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumba-ngan besar pada industri sarung tangan di Malaysia.

Teknologi nuklear turut memberi sumbangan besar untuk menjaga persekitaran seperti dalam bidang marin dan pencemaran udara selain mengesan kebocoran atau paip tersumbat dalam industri minyak dan gas.

Ketika ini, walaupun Malaysia hanya mempunyai sebuah reaktor penyelidikan di Bangi Selangor, sumbangan diberikan cukup membanggakan.

Pusat itu turut melatih pegawai tempatan dan luar negara yang terbabit dengan nuklear. Sebuah agensi yang dikenali Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sudah lama ditubuhkan untuk memajukan teknologi nuklear di negara ini.

Seperti juga rakyat di negara serantau, pendedahan kepada nuklear di Malaysia agak perlahan menyebabkan orang ramai kurang pengetahuan mengenai perkara itu dan timbul kebimbangan yang berlebihan.

Kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun (1999), United Kingdom (2000) dan di Sweden tiga tahun lalu masih menghantui sebilangan masyarakat.

Hakikatnya, malapetaka disebabkan kebocoran reaktor nuklear bukan berlaku setiap tahun. Disebabkan kejadian itu, banyak negara mengambil langkah keselamatan dan bersama-sama memastikan dapat menjana tenaga nuklear yang lebih murah, bersih dan selamat.

Jadi buat Elizabeth Wong ada baiknya you usah bercakap perkara yang you sendiri tidak faham, you bukan layak jadi ahli politik, tapi you layak jadi pelakon filem LUCAH!!! Banggang!

Sumber daripada :Pengajian Am Teknologi Nuklear

Terkini : Logo 1Malaysia di Haramkan di Selangor?


Pagi ini saya menerima banyak pesanan di BBM saya yang mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

Logo yang mencerminkan rakyat Malaysia saling bekerjasama,bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayati satu misi untuk membina satu bangsa ini dilihat menjadi satu 'trauma' yang besar nampaknya di kalangan parti Pakatan Haram.

Kenapa mereka begitu 'trauma' dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.

Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara..

Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia.

Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor.

Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang 'suara' tetapi tidak rakyat.

Berhubung dengan isu PENGHARAMAN ini saya difahamkan ada satu bantahan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting pada pagi ini.

Dengan LOGO 1MALAYSIA pun kau takut ke?? Bahlul!

Tuesday, December 21, 2010

Keluar Parti Lagi.. Petanda PKR Hampir Mampos?


Petang tadi kita dikhabarkan dengan seorang Timbalan Pengerusi PKR Sabah Awang Ahmad Sah Awang Sahari bertindak keluar parti kerana dakwanya tiada amalan demokrasi sebenar diamalkan dalam parti itu.

Terkini dimaklumkan 50 ahli PKR di Parlimen Puchong (BK6) yang diketuai oleh Sdr. Azhar Bin Musa mengumumkan keluar parti kerana tidak percaya lagi dengan kepimpinan Anwar Ibrahim.

Menurut Azhar mereka yang mengikutinya keluar parti akan menyertai Barisan Nasional dan memberi sokongan penuh kepada BN selepas ini.

Nampaknya sudah boleh jika PKR hendak menyediakan 'kapan' sebelum kita bertindak membaca 'talkin'. Syabas dan tahniah kepada semua bekas ahli PKR yang sudah sedar akan pembohongan manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Apakah ini tanda-tanda awal bahawa parti PKR yang dilahirkan di jalanraya akan berkubur atau dalam bahasa yang lembut, akan MAMPOS!?

Memang Wajar MP Pembangkang di Gantung!


Hari ini saya membaca kenyataan yang dibuat oleh koordinator Anwar Ibrahim Club (AIC) saudara Hasaini Mohamed yang disiarkan oleh Suara Keadilan, beliau berkata bahawa penggantungan 4 MP Pembangkang baru-baru ini merupakan satu langkah terakhir regim BN untuk terus berkuasa.

Dalam laporan itu juga beliau mengatakan bahawa Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah 'sebuah boneka yang dilacurkan' untuk menjayakan kehendak UMNO/BN. Melalui tindakan penggantungan ini juga katanya merupakan satu langkah UMNO/BN untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen supaya memihak kepada UMNO/BN. Laporan ini ada disiarkan di SINI

Tapi malang sekali si koordinator AIC ini tidak menjelaskan kenapa dengan mengapa tindakan sedemikian diambil oleh Speaker ke atas MP-MP idola mereka. Jika saudara pembaca membaca Berita Harian hari ini laporan kewajaran penggantungan ini ada disiarkan di halaman 10 dimana seorang penganalisis politik iatu Encik Ahmad Atory Hussain mengatakan bahawa penggantungan ini wajar demi menjaga institusi lambang demokrasi negara.

Malah sejak tahun 2008 dua ketua pembangkang BN masing-masing di Pulau Penang dan Selangor digantung manakala Menteri Besar Perak dengan enam exconya pernah berhadapan dengan tindakan yang sama, malah ada 12 lagi wakil rakyat BN di peringkat DUN yang digantung serta elaun dipotong.

Kes penggantungan Anwar Ibrahim yang dikatakan dikenakan sewenang-wenangnya, beliau berpendapat dengan sikap Anwar Ibrahim yang tidak berdisiplin dan tidak berhemah ketika berbahas, adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadap beliau.

Penganalisis politik ini juga berkata 'kita tidak perlukan pemimpin politik sepertinya di negara ini'. Sebenarnya perkara ini sengaja dilakukan oleh MP-MP PR ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa tindakan BN adalah kejam, walhal Anwar Ibrahim sudah diberikan masa yang cukup untuk membela diri serta mengemukakan bukti mengenai kaitan APCO dengan 1Malaysia.

Jadi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anak Ikan Club atau nama samaran Anwar Ibrahim Club (AIC) merupakan satu kenyataan bodoh, yang hanya melihat kepentingan sebelah pihak, yakni kepentingan peribadi Anwar Ibrahim semata-mata.

Kesimpulannya, penggantungan mereka ini adalah kerana mereka mempunyai masalah disiplin serta gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan bukannya isu politik sebagaimana di war-warkan oleh mereka.

Lain kali berhujah dan berbahas la dengan cara elok, orang bagi masa membela diri kau gunalah sebaik mungkin. Ini tidak.. Dasar Munafik!! Ntah ada ke tidak bukti APCO tu. Kerana setahu saya APCO telah menghantar surat kepada jawatankuasa parlimen menafikan pembabitan syarikat itu dalam membantu kerajaan membuat dasar sebaliknya mereka hanya meningkatkan mutu perkhidmatan komunikasi sahaja.

Usahlah berbohong lagi wahai pencacai-pencacai Anwar, rakyat Malaysia tidak BODOH!!

Isu Adun PAS Zina : Kenapa Pemimpin PAS Masih Membisu?


Telah 13 jam berlalu ekoran pendedahan video kenyataan saksi mengenai penangkapan seorang Adun PAS yang didapati berzina di dalam koc keretapi didedahkan sehingga ke saat ini masih tiada sebarang penafian atau tindakan undang-undang diambil oleh para pemimpin PAS termasuklah tuan empunya badan si Drs. Saipul Bahrin terhadap kumpulan Nadi Rakyat.

Video berdurasi 3.57 saat itu didedahkan oleh blogger PapaGomo lebih kurang jam 10.30 semalam dan sehingga ke saat ini dilihat para pemimpin PAS masih membisu. Ini telah menimbulkan kesangsian kepada semua rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

Kenapa sehingga ke tengah hari ini tiada sebarang berita penafian disiarkan di mana-mana akhbar pro PAS, kerana dimaklumkan sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah memberi kenyataan di dalam HaprakDaily bahawa ini semua adalah fitnah. Kenapa beliau diam sekarang ketika video ini hangat dimainkan di facebook serta blog-blog pro BN.

Berikut adalah kenyataan yang dibuat beliau ketika video kenyataan saksi belum didedahkan :

KOTA BHARU- Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sangsi dengan dakwaan sebuah blog yang mengaitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di negeri ini mempunyai masalah peribadi.

Menurutnya, masyarakat tidak harus menerima sembarangan berita yang disebarkan melalui blog dan Facebook tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan tulisan yang dibuat.

“Kalau internet macam-macam cerita, saya secara peribadi sangsi dengan cerita internet. Kita kena tapis banyak,” katanya kepada pemberita selepas hadir di Majlis Pelancaran Tabung Serambi Mekah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah blog yang mengaitkan seorang ADUN Pas di negeri ini yang dikatakan ditangkap khalwat dalam koc VIP kereta api. 



Sekarang ini bukan lagi cerita internet, tetapi kenyataan ucapan saksi pun sudah didedahkan dan kenapa semua pemimpin PAS membisu? Jika PAS mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran sepatutnya perkara ini wajib didedahkan kepada rakyat walaupun ianya memalukan PAS. Pemimpin PAS perlu tampil malah perkara paling mustahak adalah Drs. Saipul sendiri wajib muncul ambil tindakan undang-undang, paling tidak pun munculkan buat penafian atau buat pengakuan terbuka sebagaimana Chua Soi Lek pernah lakukan.

Selaku Adun Selinsing, kamu mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat Selinsing malah kepada keseluruhan rakyat Malaysia jika benar kamu tidak terlibat.

Jika Chua Soi Lek pernah mengaku secara terbuka ekoran video seksnya didedahkan, saya CABAR pemimpin PAS lakukan perkara yang sama!!!

Ambo Bukok Pintu Dr Saipul Bahrin Pakai Seluar Dale, Hok Tino Bertuala Meroh!!


Apa kata pemimpin PAS mengenai pendedahan yang dibuat oleh saksi di dalam klip video di atas? Tidak mahu menafikannya ke? Tidak mahu repot polis ke?

Jika ini adalah satu fitnah, saya sarankan pihak pemimpin PAS yang namanya disebut dalam video di atas mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Jadi macam mana wahai Adun Selinsing?

Ada berani..???

Hanya 100 Hari Diperlukan Oleh Idris Ahmad Untuk Laksanakan Angan-Angan Pakatan?


Susulan berakhirnya kovesyen Pakatan Rakyat yang berlansung di Pulau Pinang saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS iaitu Idris Jusoh atau nama samaran beliau 'Pakar FDI'.

Beliau berkata hanya memerlukan tempoh selama 100 hari sahaja untuk laksanakan segala 'angan-angan' yang mereka taburkan untuk membuktikannya sama ada ianya janji palsu ataupun tidak.

Malah beliau juga mencabar diberi peluang kepada Pakatan dahulu untuk buktikan segala janji-janji mereka. Di sini ada baiknya saya nasihatkan Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ini cermin diri dahulu sebelum meminta diberikan peluang untuk membuktikan segala janji mereka itu benar atau tidak.

Kita wajib tanya Idris Ahmad ini, sebelum minta peluang baru diberikan, sejauh manakah janji-janji lama yang dibuat Pakatan ketika kempen PRU sebelum ini ditunaikan? Untuk menyedarkan kembali memori Idris Ahmad ayuh kita kemukakan kepada beliau manifesto yang dibuat oleh puak haprak beliau ketika PRU tempoh hari, kita tidak perlu ambil kesemua negeri yang ditadbir Pakatan, kita ambil manifesto negeri Selangor pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka ini hanya pandai memberi janji-janji kosong.


Di atas adalah manifesto atau janji Pakatan jika mereka menang di Selangor, sekarang sudah 2 tahun mereka memerintah Selangor mari kita tengok sejauh manakah kejayaan mereka setakat ini. Dalam isu cukai pintu contohnya adakah ianya ditunaikan? Dalam manifesto berjanji untuk mengurangkan cukai pintu, tetapi selepas menang mereka kata apa? Ini mereka kata :

SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak akan melaksanakan pengurangan cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial 10 peratus pada tahun ini seperti yang dijanjikan dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas mahu mengkaji semula janji menurunkan cukai itu selepas memperoleh kaedah sesuai melaksanakannya, tertakluk kepada Bajet 2009 yang akan dibentangkan akhir tahun ini.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau tidak dapat memberi jaminan bila rakyat Selangor akan menikmati pengurangan cukai yang dijanjikan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah peruntukan kewangan kerajaan negeri berdasarkan Bajet 2009.


Katanya, pengurangan hanya dilaksanakan tahun ini jika kerajaan negeri mempunyai kewangan mencukupi kerana pada masa sama pihak berkuasa tempatan (PBT) juga memerlukan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab kepada rakyat.
BACA SELANJUTNYA..

Malah ketika PRK Hulu Selangor barulah Khalid Gagap memberi pengecualian cukai kepada premis yang tidak berpenghuni. Selepas menang di Selangor dan merampas Selangor daripada BN, boleh dikatakan tiada apa kejayaan atau pembaharuan yang dibuat oleh Pakatan. Peniaga-peniaga yang ada sekarang pun semuanya hasil peninggalan UMNO/BN.

Jadi saudara pembaca, perlukah kita bagi mereka tempoh 100 hari untuk mereka melaksanakan 'angan-angan' mat jenin mereka? 2 tahun memerintah pun gagal melaksanakan apa-apa inikan pula 100 hari? Dah gila agaknya Idris Ahmad ini.

Perlukah kerajaan Pakatan ini dikekalkan di Selangor untuk tempoh yang akan datang? Saya merasakan tidak perlu, rakyat Selangor sudah beri mereka peluang dan mereka gagal melakukan yang terbaik. Jadi rakyat Selangor perlu bangkit. Bangkit menolak Pakatan HARAM JADAH!

Saturday, December 18, 2010

DUN TENANG : MEDAN TEMPUR BUAT CHUA SOI LEK.?


Semua sudah mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi PRK ekoran kematian Adun Tenang Dato Sulaiman Taha pada hari jumaat yang lalu. Bagi saya PRK yang ke-14 ini merupakan satu medan tempur buat MCA membuktikan bahawa sokongan kaum cina telah kembali kepada BN ataupun tidak.


Ini kerana Dun Tenang terletak di bawah Parlimen Labis di mana yang kita tahu parlimen tersebut merupakan kubu kuat Chua Soi Lek. Dalam PRU 11 pada tahun 2004 Chua Soi Lek yang bertanding di Parlimen tersebut menewaskan calon DAP dengan 10,729 undi. Namun ekoran video skandal seksnya didedahkan,  pada tahun 2008 kerusi parlimen Labis ditandingi oleh anak Chua Soi Lek, iaitu Chua Tee Yong walaubagaimana pun kerusi tersebut masih menjadi milik BN walaupun majoritinya agak menurun di mana Chua Tee Yong hanya menang dengan majoriti 4,094 undi.

Untuk kerusi Dun Tenang pula, pada tahun 2004 calon BN iaitu Arwah Dato Sulaiman Taha menang dengan 5,517 undi. Akan tetapi majoriti tersebut dilihat menurun pada tahun 2008 sebanyak 3,025 undi. Kerana pada waktu tsunami politik melanda BN hanya menang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi.

Oleh sebab itu saya melihat kerusi Dun Tenang merupakan medan tempur buat MCA untuk memperlihatkan kepada parti kompenen BN bahawa MCA masih relevan di kalangan masyarakat cina walaupun peratusan pengundi cina di kawasan tersebut hanyalah 38% berbanding dengan melayu sebanyak 50% dan diikuti india dan lain-lain kaum.

Tatkala DAP dilihat sudah mempersiapkan jentera kempennya sebagaimana disiarkan oleh portal Malaysiakini  hari ini, timbul satu persoalan adakah kerusi Dun tersebut akan ditandingi oleh DAP? Mengikut rekod kerusi tersebut selalunya ditandingi oleh PAS. Adakah PAS akan memberi kerusi tersebut kepada parti yang ditatang oleh mereka ketika ini?

Persoalan lain yang bermain di fikiran saya adalah, adakah isu video skandal seks Chua Soi Lek akan dimainkan kembali di Dun Tenang untuk mempengaruhi masyarakat cina supaya tidak mengundi BN?

Nampaknya Dun Tenang adalah satu ujian besar buat Chua Soi Lek, namun saya yakin Chua Soi Lek mampu melakukan sesuatu yang drastik sebagaimana beliau bangkit kembali dalam arena politik ekoran isu video seksnya didedahkan.

Kalau PAS masih ingin bertanding untuk kerusi tersebut, saya cadangkan diletakkan Mazlan Aliman sebagai calon, itu pun jika PAS ada telur la...

So.. Dato Chua.. Are You Ready???

Mari Baca Betapa Bebalnya Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka.


Hari ini ada satu laporan yang disiarkan di dalam Haprakdaily mengatakan bahawa UMNO biadap kerana menggunakan masjid kononnya untuk meraih pengaruh serta sokongan rakyat.

Malah tindakan UMNO menggantung bendera di pagar masjid Bukit Katil untuk menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri digambarkan sebagai satu tindakan biadap oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka Hajjah Kintan Man (gambar).

Katanya lagi tindakan UMNO ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Untuk bacaan lanjut saudara pembaca boleh membaca kenyataan bodoh seorang Setiausaha Dewan Muslimat PAS Hajjah Kintan di SINI

Benarkah PAS tidak pernah mengantung sebarang bendera di masjid? Benarkah? Benarkah? Mari kita lihat siapa yang tepuk air di dulang lalu terpercik ke muka sendiri. Kita bagi satu gambar untuk tatapan Hajjah Kintan yang barangkali sudah 'buta' dek kerana terlalu mendewakan DAP.

Di atas adalah gambar sebuah masjid di Pokok Sena iaitu kawasan seorang Ahli Parlimen PAS yang umum tahu tahap kebebalannya bila berbicara, siapa lagi kalau bukan Mahfuz Omar. Adakah itu tidak jijik di mata Hajjah Kintan?

Bagaimana pula dengan demo air yang diadakan baru-baru ini di Selangor? Jelas bukan Islam cuba keluar masuk ketika azan dilaungkan dan ketika umat Islam hendak menunaikan solat, tidak jijik ke di mata Hajjjah Kintan?

Bagaimana pula dengan gambar di bawah ini, bertuala dan berkeliaran di dalam masjid, tidak jijik ke di mata Hajjah Kintan?


Nampak sangat Hajjah Kintan mengeluarkan kenyataan tanpa menyelidik terlebih dahulu, di mana akhirnya jelas menunjukkan yang Hajjah Kintan selaku Setiausaha Dewan Muslimat PAS seorang yang 'bebal'.

Sekarang saya hendak tanya dengan Hajjah Kintan, siapa yang menepuk air di dulang lalu terpecik ke muka sendiri?

Video Teresa Cock Biadap Dalam Masjid.



Bila kita melihat rakaman video ini, apakah perasaan kita sebagai umat Islam? Pernahkah kita menggunakan institusi ibadat agama lain untuk mengadakan sebarang demo dengan tujuan menyuarakan ketidakpuasan hati kita?

Inikah yang umat Islam mahu? Penganut agama lain keluar masuk ke dalam tempat kita beribadat semata-mata untuk berdemo?

Apakah tindakan ini juga boleh dikatakan percubaan untuk mendekatkan mereka dengan Islam sebagaimana alasan yang sering digunapakai oleh totok PAS?

Sejauh manakah mereka menghormati rumah Allah jika kita teliti daripada rakaman video ini? Lihatlah betapa angkuhnya Teresa Cock? Walaupun dihalang cara baik oleh petugas masjid beliau nampaknya cuba menunjukkan keras kepala ingin juga masuk ke dalam masjid ketika umat Islam bersembahyang.

Malas nak cakap lebih-lebih, anda nilailah sendiri. Sebagai umat Islam inikah yang anda mahu??

Surat Ummi Hafilda Kepada Tun Mahathir di Dedahkan.


Mungkin ada daripada kalangan kita yang tidak pernah membaca kandungan surat yang dikirimkan oleh Ummi Hafilda Ali kepada Tun Mahathir Mohammad pada tahun 1997. Mungkin ramai di kalangan anak muda tidak pernah tahu apa isi kandungan surat yang bertarikh 5 Oogos 1997 itu.

Bagi saya kandungan surat inilah yang menyebabkan terdedahnya kemunafikkan Anwar Ibrahim sehingga membawa jatuhnya beliau daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kandungan surat ini mempunyai beberapa perbualan diantara Shamsidar dengan Anwar serta pengakuan bekas pemandu peribadi Anwar Ibrahim iaitu Azizan Abu Bakar.

SILA KLIK WARKAH KERAMAT BUAT PM

Friday, December 17, 2010

Wahai PAS Surau Al-Hidayah di Rawang Akan di Robohkan! Tak Mahu Berdemo Ke?

Kata orang-orang tua, hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah, cuma kita jangan menjadi roda, adalah elok jika kita bertindak sebagai pemandu yang mengemudi arah tuju roda tersebut.

Begitulah juga dalam perjalanan politik di Malaysia, hari ini kita kata orang, esok lusa orang akan memulangkan kembali apa yang kita perkatakan tepat ke atas batang hidung kita. Saya mendapat pesanan BBM daripada saudara Armand yang mengatakan beliau dihubungi oleh penduduk setempat bahawa surau Al-Hidayah akan dirobohkan oleh kerajaan negeri Selangor pada hari ahad ini.

Bila saya disampaikan pesanan begini saya teringat akan satu kes di Kg.Bujal yang terletak di negeri Terengganu. Masih ingatkah saudara pembaca dengan peristiwa yang berlaku pada 26 Mei 2005? Jika lupa pergi ke yotube dan taip saja 'surau kg.bujal'. Maka akan keluarkan rakaman yang menunjukkan kononnya kerajaan Barisan Nasional kejam kerana bertindak merobohkan surau tersebut.

Dalam kes Surau Kg.Bujal banyak permainan fitnah dibuat oleh PAS untuk menggambarkan bahawa kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang pada waktu itu dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh adalah kerajaan yang kejam. Malah mereka mengatakan bahawa perobohan masjid Kg. Bujal itu adalah kerana kerakusan seorang pengawai tanah untuk merampas tanah penduduk.

Mengikut maklumat daripada Penasihat Badan Bertindak Surau Al-Hidayah Datuk Ir. Mohd Basir Ibrahim tindakan kerajaan Negeri Selangor meluluskan 8 geran berasingan di atas tapak surau berkenaan adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Menurut penduduk surau Al-Hidayah wujud di sana sejak tahun 1920 lagi.

Dakwa beliau lagi, pada awalnya kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengekalkan kewujudan surau tersebut, namun selepas projek ini diserahkan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor SAP Holdings Berhad pemaju bertindak tidak menepati janji dengan memberi notis supaya pihak surau mengosongkan rumah Allah itu selewat-lewatnya 30 November yang lalu.

Kesimpulannya kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan parti PKR telah mengkhianati penduduk sekitar surau tersebut, inikah yang dinamakan kerajaan rakyat? Kerajaan berkebajikan?

Wahai totok PAS, tak mahu berdemo kah? Tak mahu serah memorandum kah? Tak mahu maki hamun PKR ke? Kenapa dalam isu Surau Kg.Bujal kamu begitu hebat menyuarakan bantahan? 

Untuk itu saya menyeru para penduduk yang ada di sekitar Rawang bersama Armand Perkasa serta beberapa NGO untuk mempertahankan surau tersebut daripada di robohkan pada pagi Ahad ini lokasi di Surau Al-Hidayah Rawang.

Baca juga Gelombang Rakyat di SINI

Err.. Dengar cerita sampai kena pukul-pukul ADUN Rawang tempoh hari dalam kes surau ini? Betul ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...