NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, June 26, 2013

@NajibRazak TS Sabri Ahmad Must Go & Retire From Felda Global Ventures (FGV)!



An informer in London said that one of the 5 units apartments owned by Felda Marketing at the Collonnade Porchester Square is strictly for him and his family used only.

We were told that the wife personally selected all the new and expensive furnitures.

She was said to even demand VIP treatment with posh chauffer driven car, WHO PAYS FOR ALL THAT?

Why Tan Sri Dato Sabri Ahmad MUST go and retire from FGV? 
1. Age factor - he is already an old man coming to 66 this years. 
2. He is not really an expert in palm oil industry. Do check with Golden Hope and MPOB on his track records and you will hear a lot of negative reports and skeletons in his closet. 
3. He is not a good coporate man with a good coporate governance.Everywhere he goes he spent a lot in appointing consultants,mostly foreigners with questionable fees. 
4. He was said not a man with intergity,famous for back-stabbing,hypocrite and potraying himself as a religious person. 
5.The wife is said to plays a leading role in managing FGV,that's why she has to accompany TSS whwrever he goes local or abroad.  
The question is...who pays for all her expenses?
Read More... 
Tan Sri Sabri Ahmad Pirates Of PNG?

Tu Dia! BN Menang Staff UMNO Kedah Senang Hati Bercuti di Vietnam, Tapi Bloggers Kedah Ditinggalkan? - #HanyadiKedah


Tu dia...!

Hanya di Kedah...!

Betul hanya di Kedah staff UMNO negeri dengan senang hati bercuti di Vietnam sempena meraikan kemenangan mereka merampas negeri Kedah...

Hoii..!

Bloggers Kedah, hangpa jaki sangat dengan staff UMNO negeri nak pi bercuti di Vietnam kenapa?

Depa pi bukan guna duit UMNO pun, percutian depa ditaja oleh syarikat beras cap Bashah pengeluar beras tersohor di Kedah...


Kahkahkah!

Kenapa ceq kata hangpa kena berhenti jadi 'bengong'?

Sebab hangpa memang tak ada tempat dalam UMNO negeri Kedah, ini bukan ceq habaq tau, tapi otai bloggers yang ceq cukup respek brader Kedah Times penulis blog http://syburi-times.blogspot.com/ 

Hangpa baca apa brader syburi komen semalam :


Satu lagi brader syburi komen kat artikel ceq, dia habaq mai :


Kalau hangpa tak mau dengar ceq habaq, hangpa dengar la nasihat otai bloggers di Kedah ni. TMK dengan bloggers Kedah yang lain memang tak ada tempat di hati Badshah!

Tok Kenari pula habaq :


Semalam ceq dok tengok je hangpa dok balun ceq kat Facebook...

Isk..isk...isk!



Tu dia...

McTheory kata ada hikmah...?

Hikmah apa McTheory, lu tahu ke kawan-kawan yang dok berjuang dengan lu perut nak kena isi, minyak motor nak kena isi, topup nak kena isi, broadband nak kena bayar tau dak..?

Yang paling penting perut anak bini nak kena isi brader!

Hang ada pikiq dak macam mana depa nak isi semua ni, jika poket depa tidak berisi...?

Mujur PisauKedah cerdik dan tersedar dari terus jadi bengong, dah mula cari kerja dah...


Paling malang Aktivis Pekan Naka yang berhenti kerja sebab nak bantu BN Kedah...

Keluaq ayaq mata ceq baca komen-komen hangpa tau dak!


Siap berhenti kerja nak bantu BN Kedah, pulun punya pulun - staff UMNO negeri Kedah pi Vietnam, hangpa dok berangan di Facebook.

Betul HANYA DI KEDAH pemimpin UMNO masih buta perut!

Ceq setuju cadangan 1PELURU - elok TMK berhijrah ke Dannok tukar nama Team Media Dannok! [KLIK]

Brader Jai pulak kata "cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini Bashah..." [KLIK]

Tuesday, June 25, 2013

#HanyadiKedah : Pemimpin UMNO Buta Perut - Bloggers Kedah Jangan Terus Jadi Bengong!


Saya masih ingat ketika mula-mula saya berkomunikasi dengan McTheory penulis blog kedahkekl.blogspot.com, pada masa itu saya mempelawa beliau menyertai UMB tetapi ditolak kerana UMB pada waktu itu lembik.

Boleh dikatakan sombong nak mampos di McTheory pada waktu itu, eksyen nak mampos!

Tapi berkat kesabaran gua menerangkan peranan UMB, akhirnya dia bersetuju menyertai UMB kerana pada masa itu UMNO Kedah yang dipengerusikan oleh Ahmad Badshah hanya membantu bloggers yang tidak berpusat di negeri tersebut.

Dia yang berada di Kedah tidak dipandang langsung walaupun berblogging siang malam untuk UMNO Kedah. Walaupun tidak dibantu, dia tetap mempertahankan pemimpin UMNO negeri tanpa mengkritik, menghentam melalui laman blognya.

Boleh dikatakan McTheory setia nak mampos dengan pemimpin UMNO Kedah...

Setelah beberapa bulan menyertai UMB dia berjaya menubuhkan Team Media Kedah (TMK) dan hasilnya pendedahan demi pendedahan berjaya dilakukan.

Akhirnya hasil pendedahan dan strategi TMK membuatkan BN berjaya merampas semula Kedah selepas sepenggal jatuh ke tangan PAS.

Berbeza dengan bloggers yang dibiayai oleh Ahmad Bashah, walaupun dibiayai oleh UMNO Kedah artikel dan hasil di laman blognya hanya fokus kepada isu nasional tanpa pendedahan eksklusif berkaitan negeri Kedah.

Kalau ada artikel berkaitan pendedahan dan penyelewengan PAS Kedah pun ia diambil dari blog geng TMK.

Selepas PRU13 saya tertanya-tanya apakah pemimpin UMNO negeri menghargai peranan pasukan bloggers TMK yang diketuai oleh McTheory di atas banyak gerak kerja dan strategi menyerang PAS Kedah sebelum PRU13 sehingga membuatkan exco-exco kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS ketika itu 'panas punggung'?

Baru-baru ini dengarnya khidmat McTheory digunakan lagi untuk program live streaming ceramah agama yang dianjurkan oleh Menteri Besar Kedah yang baru Mukhriz Mahathir.

Ingatkan pasukan TMK dibawah McTheory sudah menjadi pasukan khas media Pejabat Menteri Besar, tapi rupa-rupanya McTheory hanya diperkudakan sahaja.

Tu..dia HANYA DI KEDAH beb! hahaha!
Hahaha!

Pertama peranan lu dalam membantu UMNO Kedah ketika PRU13 besar, sekarang mereka panggil dan guna lagi khidmat lu tapi untuk wujudkan 'live streaming' ceramah agama tapi apa lu dapat bro...?

Lu hanya digeli-gelikan oleh pemimpin UMNO Negeri dengan ucapan terima kasih, "saya nampak peranan bloggers Kedah bla bla bla..."

Maaf cakap...

McTheory lu memang bengong!

Pemimpin UMNO termasuk exco baru buta perut, dia tak nampak peranan lu yang sebenar. Buat apa nak terus berblogging membantu mempromosikan pemimpin UMNO sedangkan mereka tidak pernah menyumbang atau membantu lu dengan kawan-kawan lu?

Kalau benar dia nampak sumbangan lu membantu UMNO Kedah, sudah lama dia membantu lu dengan kawan-kawan TMK la bro!

Pemimpin UMNO Kedah, tidoq lagi kaaa, BN menang Kedah Senang tapi bloggers tak senang-senang...


sudah-sudahlah jadi bengong tu McTheory...!

Lu nak maki gua sebab gua cakap lu bengong?

Lu marah blogger Sangkakala sebab gua petik dari blog dia [sini]...haha!

Wake Up McTheory, jangan jadi bengong!



Monday, June 24, 2013

[VIDEO] : Sedih! Anwar Ibrahim Tak Endah Rayuan Penyokong #BlackOut505 #PdgMerbok622



Malas tulis apa-apa...

Kasihan sungguh melihat rakyat yang diperbodohkan oleh pemimpin pujaan mereka...


Meleleh air mata gua beb!

Hahaha!..

Angkat Sumpah Parlimen : Tengok Bagaimana Anwar Ibrahim Belit Penyokong #BlackOut505 & SAMM


SAMM merayu kepada pemimpin PR supaya boikot angkat sumpah parlimen...



Kahkahkah!

Malas tulis panjang-panjang, kita baca apa Anwar Ibrahim kata di Haprakah Daily bukan Utusan Malaysia OK! ;


Betul ke Anwar Ibrahim tak pernah sebut nak boikot, ia cuma putar-belit pihak media?

Kita baca laporan AntaraPos yang dipetik dari Malaysiakini, bukan Utusan Malaysia ok!



Tak puas-puas kena kencing?

Lagu buat pengikut #BlackOut505...



KAH...KAH...KAH!

Saturday, June 22, 2013

[VIDEO] : Tak Dapat Pukul Polis, DBKL Jadi Mangsa - Identiti Perusuh #BlackOut505 Pukul Anggota DBKL Didedahkan!



Sudah berapa kali perhimpunan yang dikatakan aman berakhir dengan kekecohan?

Bersih 1, Bersih 2, Bersih 3 & Bersih 4 - Rekod menunjukkan berakhir dengan kekecohan, provokasi, pergaduhan malah ketika Bersih 3 anggota polis diperlakukan umpama binatang, dipukul dibaling batu, disepak dan diterajang oleh pengikut pembangkang seolah-olah negara tiada undang-undang!

Negara koboi...!

Ironinya di sebalik segala kekalutan, penipuan, pembohongan yang dibuat pembangkang sehingga ke hari ini kita belum melihat ada peserta yang dipenjara, didenda atau dihadapkan ke mahkamah.

Yang ada hanyalah pemimpin pembangkang, itu pun pihak berkuasa dilihat teragak-agak untuk membuat tangkapan.

Maka disebabkan kegagalan pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas ke atas peserta yang membawa kanak-kanak kecil, yang melakukan kekasaran fizikal ke atas anggota penguatkuasa mereka dilihat tidak lagi takut dengan undang-undang.

Imbas semula memori tahun lalu, aksi beruk ketika Bersih 3.0 - lihat bagaimana mereka memperlakukan anggota polis -  mujur beliau mampu berlari untuk mendapatkan bantuan walaupun kepalanya berlumuran darah!



Sudah dipenjarakan ke belum beruk yang memecahkan kepala anggota PDRM ketika Bersih 3.0?

Tapi ini semua belum cukup untuk membuka mata menteri, pihak berkuasa, peguam negara untuk menghalang perhimpunan seumpama ini dibuat oleh pembangkang.

Pemimpin kita akur dan tunduk dengan kehendak pembangkang, sekaligus menafikan hak majoriti rakyat Malaysia yang memberikan mereka mandat untuk mentadbir negara selama 5 tahun akan datang!

Hari ini mereka tidak dapat mengasari anggota polis - anggota DBKL pula ditolak, dipukul di kepala oleh pengikut pembangkang!

Apakah pegawai yang menjalankan tugas mereka ini binatang, tiada keluarga, tiada isteri?

Tidakkah beruk-beruk ini fikir apa perasaan kaum keluarga anggota terbabit apabila melihat ahli keluarganya diperlakukan persis binatang?

Jelas penganjur gagal mengawal perangai pengikut mereka sebagaimana dinyatakan dalam Akta Perhimpunan Aman...

Pemuda berkaca mata meluru dari belakang anggota DBKL lalu 
 memukul kepala menggunakan kadbod.

Kenalkah anda wajah ini?


Kini rakyat menunggu tindakan menteri, pdrm dan peguam negara!

Jika Hishammuddin digelar Menteri Amaran, apa pula 'name calling' untuk DS Zahid Hamidi nanti?


YY : Teringat ayat, tiada lagi amaran tindakan akan dikenakan - KDN punya taring dan kuku mana sudah kena potong kaaa..?

[VIDEO] : HOT! Kekecohan Unit 'Anal' PAS & Geng #BlackOut505



Aksi kekecohan di antara peserta Black Out 505 dengan Unit 'Anal' PAS yang tercetus sekitar jam 5.00 petang tadi. Seperti biasa perhimpunan 'aman' yang dimomokkan oleh pembangkang sering dihiasi dengan aksi provokasi, pergaduhan yang mana telah menjejaskan keamanan di ibu kota.

Seperti dijangka jumlah sekitar 15 hingga 20 ribu orang sahaja yang berjaya dikumpulkan, baik BERSIH 1 hinggalah BERSIH 4 - angka ini tidak pernah berubah. Paling cikai pun campur semua lokasi saya gerenti tidak sampai 100 ribu yang turun berdemontrasi hari ini.

Mana pergi 1 juta rakyat kononnya menyokong perhimpunan ini?

Keadaan di Padang Merbok
Perhimpunan ini dikatakan bertujuan untuk membuat tiga tuntutan kepada SPR - namun ia turut diselitkan dengan aksi sekumpulan anak muda yang menuntut Jalur Gemilang ditukar kepada bendera ciptaan mereka.



Adakah ini masih belum cukup bagi pihak berkuasa membuat tangkapan, tapi sebelum tangkap 'deal' dulu dengan Ghani Patail bukan apa, nanti penat-penat polis tangkap, Ghani Patail pula malas mengemukakan pendakwaan.

Kahkahkah!

Berapa ratus kali langgar Akta Perhimpunan Aman daaa...!


Hanya di Malaysia pembangkang dibenarkan berhimpun walaupun jelas dan nyata  setiap tuduhan mereka hanyalah fitnah dan rekayasa Anwar Ibrahim!

Oh Malaysiaku...

Ehsan video : Geng #BELA13 - Tolak Kezaliman


Pengikut #BlackOut505 Selamba Berarak dan Berhimpun, Elok Mansuhkan Saja Akta Perhimpunan Aman!

Puduraya
Sahabat bloggers yang berada di sekitar ibu kota mengirimkan beberapa keping foto situasi terkini dari Puduraya dan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Melihat kelakuan peserta himpunan 'aman' anjuran pembangkang ini, saya tidak tahu sudah berapa ratus kali pembangkang 'meliwat' dan melanggar Akta Perhimpunan Aman.


Akta Perhimpunan Aman menyebut himpunan boleh diadakan di satu tempat tidak melibatkan perarakakan.

Tapi hari ini pengikut pembangkang berkumpul di tujuh lokasi berbeza dan berarak menuju ke Padang Merbok.

It's OK! atas nama 'AMAN' pihak berkuasa tengok saja...

Akta Perhimpunan Aman menyatakan menjadi satu kesalahan membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan berbentuk protes jalanraya (berarak).

It's OK! atas nama 'AMAN' budak kecil diheret pun tak apa...

Beli baju dulu..
Sogo
Jalan Raja Laut
Dalam BERSIH3.0 berapa ramai penyokong yang membawa kanak-kanak dihadapkan ke mahkamah?

Pak Menteri hanya tahu gubal undang-undang tapi tidak guna pakai undang-undang yang mereka sendiri persetujui kerana 'takut' tekanan pembangkang...

Tahan kepala-kepala saja tidak cukup, sebaliknya pengikut mereka perlu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, barulah rakyat hormat dengan undang-undang!

Teringkat aku masa BERSIH - mereka yang ditahan dirakam keterangan, dijamu nasi briyani dan dihantar pulang dengan bas berhawa dingin...

Kahkahkahkah!




Ehsan foto : Blogger APA, Sangkakala & pemain twitter tegar Zapa

Friday, June 21, 2013

Fitnah & Menipu Tak Mengapa - Perhimpunan Dibiarkan Atas Nama 'Aman' #BlackOut505



"Tiada wang sebanyak itu dalam poket!"

Jawapan yang diberikan oleh seorang menteri apabila cadangan agar menurunkan beberapa bloggers dan pemain media sosial ke lapangan perhimpunan Black Out 505 bagi merakam aksi sebenar perhimpunan yang dijadualkan berlangsung esok.

Memandangkan pembangkang sering 'spin' dari segi kehadiran, layanan pihak berkuasa dan sebagainya. Jadi penting untuk pihak kita turut sama berada di lokasi bagi mengimbangi laporan bloggers-bloggers PR.

Tapi nampaknya menteri-menteri tertentu masih buta perut, tidak belajar dari pengalaman perhimpunan BERSIH3.0 yang mencetuskan suasana tegang. Ironinya walaupun menang PRU13, BN masih lagi 'takut' untuk bertindak berlandaskan undang-undang.

Mana tidaknya satu demi satu perhimpunan yang dibuat bertujuan membangkitkan emosi rakyat dibiarkan atas alasan 'perhimpunan aman'.

Atas nama 'perhimpunan aman' kita biarkan mereka berhimpun walaupun ternyata ia merupakan fitnah dan rekayasa Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Berapa banyak 'perhimpunan aman' yang dibuat oleh pembangkang berakhir dengan aman?

Mungkin menteri tidak sedar di sebalik 'perhimpunan aman' yang dianjurkan pembangkang. Mereka hanya mampu meraih sokongan dari 'circle' yang sama dari BERSIH1 iaitu 30-80k.

Berbicara bukan main, ada menteri kita sehari bertukar kementerian terus bertindak ke atas beberapa pemimpin pembangkang, malangnya selepas itu sunyi sepi. Kuku dan taring KDN hanya bersifat sementara?

Mereka tidak sedar di sebalik nama 'aman' ini sebenar beratus ribu rakyat berasa tidak aman setiap kali perhimpunan dibuat oleh pembangkang di tengah-tengah ibu kota.

Hahaha!

Ada juga menteri yang menerangkan kepentingan untuk mantapkan jentera siber bla bla bla, tapi akhirnya jentera dibina hanya untuk kepentingan sendiri bagi memastikan jumlah [likes] naik mencanak.

Kahkahkah!

Oh Malaysiaku...

Oh menteri-menteriku...

Sunday, June 16, 2013

Khairun Aseh SUPOL @NajibRazak Pulau Majlis Jentera #PRU13 Kerana Join FlashMob #Blackout505 ?


Permulaan video seorang lelaki menjerit, "kita buat flash mob bukan demontrasi!" sebanyak dua kali manakala di akhir video aksi lebai malang bersama wanita cina membebel serta meraban kepada pihak polis.

Sekalung tahniah kepada anggota tersebut kerana sabar melayan provokasi dari orang bodoh, macam orang selalu cakap. Layan orang bodoh dengan kita jadi bodoh, layan anwar gila dengan kita sekali jadi gila.

Mengenai Khairun Aseh, korang akan tahu di hujung artikel nanti.

Hahaha...

FlashMob!

Aktiviti yang menjadi fenomena di seluruh dunia, ia dimulakan sejak tahun 2003. Tetapi apakah sebenarnya flash mob, dalam wikipedia mengtakrifkan 'flashmob' bermaksud ;
A flash mob (or flashmob) is a group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and seemingly pointless act for a brief time, then quickly disperse, often for the purposes of entertainment, satire, and artistic expression.
The term, coined in 2003, is generally not applied to events and performances organized for the purposes of politics (such as protests), commercial advertisement, publicity stunts that involve public relation firms, or paid professionals
Perkataan 'flashmob' dimasukkan dalam kamus oxford edisi ke-11 pula mentakrifkan ;
"perbuatan yang luar biasa dan tidak bermakna" memisahkan ia daripada lain-lain bentuk protes, dan perhimpunan lain.
Manakala dalam Webster New Millennium pula mentakrifkan perkataan 'flashmob' bermaksud ;
"sekumpulan orang yang menganjurkan di Internet dan kemudian dengan cepat berkumpul di tempat awam, melakukan sesuatu yang pelik, dan bersurai " 
Aksi ini jika diaplikasi untuk tujuan politik, tujuan untuk membantah sesuatu - ia ditakrifkan sebagai perbuatan tunjuk perasaan, protes, rusuhan.

Kita lihat antara epik 'flash mob' ;



Itu 'flash mob' luar negara, kita tengok beberapa video 'flashmob' politik (baca demontrasi, protes) yang dianjurkan pembangkang. Antara 'flashmob' paling bangang adalah ;



Bila kena tangkap, mula melalak kepada pihak polis - "Kita bukan demontrasi, kita buat flashmob!"

Perkataan 'flashmob' digunakan sekadar menggantikan 'himpunan' yang selalu mereka gunakan. Tujuan mereka untuk menarik sokongan dan minat anak muda.

Sejak bila 'Flashmob' melalak tepi jalan dua tiga jam dengan pegang manila kad kutuk orang lain?

Itu bukan 'FLASHMOB' tapi adalah aksi PROTES dan TUNJUK PERASAN...

Bongok! punya geng Black Out 505...

Layan 'flashmob' di New York dulu brader ;



Ok, sekarang masuk bab Khairun Aseh, kenapa dia tidak hadir majlis bersama Ku Nan semalam.

Adakah masih di luar negara sebagaimana ketika kempen tempoh hari. Nak tahu punca kenapa semua AJK Bahagian, Ketua Pemuda jentera semua ada tetapi Khairun Aseh tiada?

[klik sini]

Saturday, June 15, 2013

Kronologi Cendol & #UiTM : GAMUS & @Twt_UiTM Dyana Sofya - Baling Batu, Sembunyi Dalam Rocket!

Laporan berita malaysiakini di atas disiarkan selepas isu perbualan di laman Twitter melibatkan SetPol baru Kit Siang, Dyana Sofya, serta beberapa pelajar lewat malam kelmarin. Ingat malas hendak komen mengenai isu ini kerana ia hanya akan memberikan publisiti percuma kepada mereka.

Namun jika permainan persepsi ini dibiarkan, saya bimbang ia membawa kemudaratan kerana boleh mempengaruhi golongan muda terutama pelajar UiTM. Rakyat kita terlalu naif mengenai propaganda.

Mereka tahu perkataan propaganda tetapi mereka tidak tahu bagaimana ia digunakan dan dimainkan. Ok, berbalik kepada cerita curator @Twt_UiTM, bagi saya Dyna Sofya walaupun bergelar SetPol Kit Siang dia hanya 'alat' DAP untuk mempengarahi pelajar UiTM.

Tidak lebih daripada itu, kerana jika meneliti tahap kepetahan Dyana Sofya alumni Fakulti Undang-Undang UiTM telah menggambarkan sejauh mana tahap fikirannya :



Ayat baca teks...

Rasanya tidak perlu saya ulas mengenai hujah tahap tadika SetPol unker Kit Siang ini saudara sendiri mampu menilai hujahnya.

Berbalik kisah Dyana yang dijadikan bahan berita oleh malaysiakini, ia bermula dengan tweet ini :


Lalu GAMUS di laman blog mereka yang menafikan curator UiTM ada mencadangkan UiTM untuk bukan Melayu/Bumi. 

Sebaliknya mereka hanya berbicara mengenai bantuan kepada orang Melayu.

"...the question now is, was it true? Was it true that the curator wanted to suggest the opening of UiTM, her own alma mater, to non-Bumis? Let's see."
Print skrin untuk menguatkan hujah mereka adalah :



Oleh kerana keseluruhan perbualan tidak GAMUS sertakan dalam artikelnya, kita sama-sama teliti apa yang diperkatakan oleh SetPol muda kepada unker Lim bersama rakan-rakannya :

 
"So, camne nak gi belajar ni? kan best kalau ada UiTM versi Non-Bumi...utk orang tak mampu tapi results ok"

Itu pertama, yang kedua - lihat perbualan mereka di bawah :


Belum jelas lagi permainan DAP, kita henjut sikit lagi apa yang rancak sangat kisah cendol dan UiTM sehingga Tan Sri Sahol menjadi mangsa dipaksa letak jawatan. Benar Dyana tidak menulis secara jelas tetapi bertindak 'RT' tweet seperti ;


Apakah yang saudara pembaca, sahabat-sahabat pelajar UiTM faham bila menilai keseluruhan perbualan mereka. Mereka merujuk kepada apa, apa maksud mereka?

Secara umum benar, Dyana tidak menyebut jelas, cuma terma dia gunakan membawa maksud mereka mempertikaikan kenapa UiTM tidak dibuka kepada bukan Melayu :


Sebagai penutup, saya tertarik dengan tweet yang Dyana juga RT bukan orang lain yer!


Ucapan Tun Mahathir dalam Parlimen pada 1965 dijadikan bahan untuk mempengaruhi pelajar, baiklah maka terpaksa saya jelaskan lebih-lebih lagi kepada budak-budak GAMUS yang konon 'educated'

Bila UiTM dibuka...?

Pada 14 Oktober 1967, acara perletakan batu asas oleh Tun Abdul Razak di Shah Alam sebagai tanda permulaan kampus baru Maktab MARA. Seterusnya bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen dan selepas itu, ITM telah ditadbir terus di bawah Kementerian Pendidikan.

Sebab itu kita tekankan, tak perlu bercakap soal buka UiTM kepada bukan Melayu kerana bukan Melayu turut berpeluang melanjutkan pengajian, antaranya di Politeknik.

Tapi kalau nak ubah juga, Dyana kena bantu DAP menang majoriti parlimen. Selepas itu ubahlah Akta ITM ikut selera kepala bapak unker Lim.

Apa susah?

Arios!

Semua Jawatan Tertinggi Sayap Juga Tidak Dipertandingkan, Petanda UMNO Menuju Kehancuran


Takut berlaku perpecahan, sekolah pak mat tempe memutuskan untuk tidak pertandingkan jawatan ketua darjah.

Maka angguk dan akur saja budak-budak kerana patuh arahan guru besar sekolah tersebut walaupun Aiman sedikit kecewa kerana dia pelajar cemerlang dalam kelas.

Manakala ketua kelas sedia ada, dalam sebulan hanya 3 hari saja hadir ke sekolah selebihnya ponteng.

Namun akur arahan guru besar, Aiman hanya mampu menjawab "aiman tak kisah cikgu..." 

Hahaha...

Ingatkan jawatan Presiden dengan Timbalan sahaja mereka cadang tidak mahu dipertandingkan tapi tiba-tiba jawatan tertinggi dari Wanita, Pemuda dan Puteri juga tidak perlu dipertandingan.

Tapi dalam mencadangkan supaya jawatan Ketua Wanita Pemuda, Puteri tidak dipertandingkan mereka menggalakkan pula ahli bawahan bertanding di peringkat cawangan dan bahagian.

Hahaha...

Hoi....apa tiada pemimpin muda yang boleh ditonjolkan dalam UMNO?

Jika begini bagaimana UMNO hendak membina barisan pelapis untuk memimpin negara di masa akan datang...?

KOTA BHARU 13 Jun - Wanita UMNO Kelantan menyarankan supaya jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. 
Pada masa sama, Ketuanya, Datin Rahimah Mohamad berkata, pergerakan itu mahu supaya semua petualang dan pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibersihkan sebelum UMNO mengadakan pemilihannya. 
Rahimah berkata, kedua-dua perkara tersebut diputuskan pergerakan itu pada mesyuaratnya semalam dan disokong sebulat suara oleh ketua-ketua Wanita bahagian yang hadir
Katanya, Wanita UMNO negeri berpendapat, semua jawatan tertinggi dalam parti termasuk ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, tidak perlu dipertandingkan bagi menjamin keutuhan UMNO sebagai tunjang kerajaan
"Bila ada pertandingan akan ada masalah, jadi untuk mengelakkan perselisihan dalam UMNO maka sewajarnya jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua-ketua sayap tidak dipertandingkan.

Friday, June 14, 2013

Red Bean DAP Susun Siap Strategi, Berjaya Provok @datosahol #UiTM


Laju sungguh Aidila Razak dari Malaysiakini melaporkan berita dari Twitter.

Hahaha!

Strategi DAP melalui Red Bean untuk wujudkan persepsi kononnya majoriti pelajar UiTM setuju dengan idea membuka universiti tersebut kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera melalui akaun curator @Twt_UiTM Dyna Sofia.

Sofia bertindak sebagai alat DAP untuk menghantar tweet-tweet provokasi seterusnya tweet tersebut di 'Retweet' oleh akaun-akaun fake bertujuan menggambarkan majoriti pelajar UiTM sokong cadangannya.

Kebanyakkan akaun yang RT tersebut pula jika diperhatikan hanya menjadi followers kepada pemimpin-pemimpin PR.

Curator @Twt_UiTM sama sekali tidak akan menjawab hujah atau pandangan pelajar lain yang tidak memihak kepadanya. Nampaknya cinabeng melalui Red Bean mereka kini mengatur strategi mempertikaikan penubuhan UiTM dengan menggunakan bahasa perundangan.

Persoalannya bukankah dalam Akta UiTM `1976 jelas menyebut penubuhan universiti tersebut tertakluk di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

Dalam Akta UiTM 1976 di bawah Seksyen 1a jelas menyebut :
Seksyen 1A
“Penubuhan UiTM adalah di bawah Peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan”
Kepada pelajar UiTM yang terpengaruh dengan curator @Twt_UiTM perlu sedar tentang Akta 1976 dan ia tidak perlu dipertikaikan atau dijadikan bahan pertikaian.
Perkara 153 
“ Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit, dsb., untuk orang Melayu” 
YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum.

So, cinabeng tak perlu banyak cakap...

Nak cerita apa lagi?

Tak jelas lagi kat situ?

Kalau nak pertikai juga, DAP kena dapatkan dulu majoriti parlimen seterusnya ubah Perlembagaan Perkara 153.

Orang Melayu tak sedar-sedar lagi?

Thursday, June 13, 2013

Sumpah Parlimen : Kit Siang Bengang Anwar Ibrahim Buat Konar Baring #Blackout505

Tempoh hari Anwar Ibrahim bertegas mahu boikot sessi angkat sumpah parlimen pada 24 Jun ini walaupun Kit Siang tidak setuju dengan cara tersebut. Kerana baginya jika Anwar Ibrahim bertindak boikot majlis angkat sumpah tersebut jawatan Ketua Pembangkang mungkin akan disandang olehnya...


Tapi macam biasa, apa sahaja yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim selalunya tidak boleh pakai. Pada awalnya keliling negara kata kita akan boikot majlis angkat sumpah kerana kemenangan BN dalam PRU13 atas dasar menipu.

Pang..pong..pang..pong!

Tiba-tiba semalam media melaporkan :


Hancur musnah impian Kit Siang...


YY : Patutnya kita yang boikot apa Anwar cakap, dia bukan waras pun...haha!

Bloggers Tun M Ada 'Mukjizat' - Blogger @NajibRazak Ada Apa?


Hairan bin ajaib...!

Dua hari lepas saya mengeluarkan senarai bloggers yang ditugaskan (baca dibayar) untuk membantu BN dalam misi merampas Selangor dari PR ketika kempen PRU13.

Terlebih dahulu harap jangan ada yang mudah melenting dan melompat, lalu bercakap sorang-sorang di Twitter! - kerana tujuan saya hanya mahu memperlihatkan kegagalan 'kita' dalam membantu BN di Selangor.

"You all my friend maaa..."


Dek kerana 1Peluru menulis mengenai bloggers 'Tun M' semalam, jadi saya akan fokus kepada blog Apanama dan Another Brick In The Wall, dua nama besar di era menjatuhkan Pak Lah.

Ok...sebaik senarai nama blog yang diamanahkan (baca dibayar) oleh UMNO Selangor terdedah. Pengerusi UMB Selangor iaitu PSU Pemuda Kuala Langat Jeffrizal Jaafar, membuat sedikit analisis terhadap artikel/bahan dimainkan di blog-blog mereka.

Hasil pemerhatian terhadap bahan/artikel yang disiarkan di blog ABITW bertarikh 21 April hingga 5 Mei hanyalah 3 artikel sahaja.



Soalan saya, mana artikel Selangor bro ABITW?

Seterusnya blog Apanama pula, hasil pemerhatian pada 8 Jun tempoh hari, hanya menyiarkan satu artikel sahaja. Malah blog APA sudah menulis mengenai perkara ini [Baca blogger gila si APA tulis] 
Benarlah keajaiban boleh berlaku di mana-mana, bukan sahaja di Mekah - malah dalam blog pun boleh berlaku keajaiban.

Keajaiban dimaksudkan berlaku di blog apanama, mahu tidak ajaib bro, hari itu hanya ada 1 artikel untuk arkib bulan 21 April hingga 5 Mei :



Hahaha...

Tak apalah bro Firdie, kalau nak main ini 'game' kejap ada, sekejap tak ada...

Buat Jefrizal Jaafar, Pengerusi UMB Selangor - nah! lagu untuk lu dengan bloggers TMS yang bertungkus-lumus buat kerja masa PRU13 hari tu.



YY : Blogger Tun M ada 'mukjizat', Blogger Najib ada apa?

Wednesday, June 12, 2013

Planet Of The Aseh Son's - Bukti Khairun Aseh Layak Jadi Tukang Masak PM @NajibRazak Bukannya SUPOL..


Berjayakah daddy Khairun melobi untuk memastikan anaknya diberikan tempat di dalam ofis PM?

Jadi kena tunggu bahagian kedua filem 'Planet Of The Aseh Son's...

Hahaha...

Sudah angkat sumpah menyimpan rahsia sebagai SUPOL atau belum?

Blogger APA melalui artikelnya berkata, Khairun Aseh boleh dianggap pengkhianat parti kerana 'hilang' semasa tempoh berkempen.

Rujuk artikel blogger gila [sini]


Jika perbuatan tidak keluar berkempen merupakan satu perbuatan yang dianggap mengkhianati parti sepatutnya Khairun Aseh dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO bukannya diberikan tempat sebagai SUPOL...

Atas dasar apa Khairun Aseh diberikan tempat oleh PM?

Apa pula kata Ku Nan...?

Jika beginilah sikap pemimpin UMNO, nescaya yang miskin dan tiada kabel jadi balaci sampai ke tua...

Saya telah tulis sebelum ini mengenai kehilangan Khairun Aseh [sini]

Hari ini Ketua Penerangan salah sebuah cawangan UMNO di Putrajaya berharap PM membuat perkiraan semula sebelum SUPOL-SUPOL yang baru dilantik menjalani proses angkat sumpah menyimpan rahsia [sini]

Jadi PM...

Fikirlah masak-masak, jika PM tidak sampai hati untuk menolak permintaan daddy kepada Khairun Aseh yang tiada jati diri Melayu ini...

Saya cadangkan PM lantik Khairun Aseh sebagai tukang masak di Pejabat Perdana Menteri, berdasarkan hobi dan kebolehan yang dimilikinya...


KAH...KAH...KAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...