NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label #PAUMNO. Show all posts
Showing posts with label #PAUMNO. Show all posts

Friday, November 28, 2014

#PAU2014 : Keputusan @NajibRazak Kekalkan Akta Hasutan Masih Tak Cukup - Apa Lagi Orang UMNO Mahu?


Pasca PRU13 satu soalan yang meniti di bibir majoriti ahli UMNO adalah - "Apa lagi Cina Mahu?"

Persoalan tersebut timbul disebabkan kegagalan BN mendapatkan majoriti undi orang Cina walaupun pelbagai bantuan dan kehendak mereka dipenuhi oleh kerajaan. 

Ironinya jawatan Presiden UMNO yang disandang oleh DS Najib Razak tidak dicabar ketika Pemilihan UMNO 2013.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, ucapan dasar DS Najib Razak selaku Presiden UMNO dinantikan oleh 3.47 juta ahli UMNO terutama 2,752 perwakilan. 

Semua melahirkan kebimbangan adakah ucapan Presiden UMNO senada dengan Timbalannya mengenai pemansuhan Akta Hasutan atau sebaliknya.

Ucapan dasar yang dimulakan dengan persembahan multimedia termasuk video laungan Merdeka oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan insiden pencerobohan pengganas bersenjata di Sabah akhirnya menjawab segala keresahan ahli UMNO apabila DS Najib Razak memutuskan mengekalkan Akta Hasutan dengan penambahan dua elemen.

Walaupun rata-rata NGO melahirkan penghargaan kepada DS Najib Razak kerana keputusan tersebut meredakan keresahan masyarakat yang berhadapan pelbagai ancaman membabitkan agama serta perkauman. 

Situasi berbeza pula timbul di sekelompok orang UMNO, bagi mereka tidak cukup DS Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan tanpa membawa kembali ISA. 

Bahasa mudah faham, semua tindakan yang dilakukan oleh DS Najib Razak gagal memuaskan hati semua pihak terutama sekali orang UMNO.

Jika situasi begini berterusan, saya bimbang tiada seorang pun pemimpin yang mampu memegang jawatan Perdana Menteri lebih dari dua penggal kerana semua perkara yang dilakukan danggap tidak betul di mata kita.

Mungkin elok kalau DS Najib Razak menyanyikan lagu ini dalam ucapan penggulungan nanti.



Hahaha...

Arios...!

YY : Selalu letak dalam kepala bahawa DS Najib Razak bukan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja...

Thursday, October 17, 2013

#PemilihanUMNO Kes NKP : Senarai 76 Bahagian Yang Dimenangi Khairul Azwan, JK Akui Kesilapan?

Gambar hiasan
tiada kaitan dengan sistem " Electoral College" 

Kes keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO terus menyelubungi pagi Aidil Adha 70,000 perwakilan pemuda termasuk saya.

Kedua-dua penyokong berantakan dan mula menyerang satu sama lain, hanya kerana satu sebab. Sebab pemilihan UMNO 2013 yang pertama kali menggunakan sistem 'Electoral College' diuruskan oleh JK Pemilihan yang kurang bijak tapi berlagak konon hanya 5 peratus masalah sahaja akan timbul.

Saya difahamkan ketika wakil Khairul Azwan menghantar surat bantahan, TS Tajol Rosli mengakui bahawa pihak ibu pejabat UMNO ada beberapa kelemahan. Antaranya kekurangan kakitangan untuk dihantar bagi memantau proses pengundian.


Jadi mereka (JK Pemilihan) menerima apa saja keputusan dihantar kepada ibu pejabat melalui online dan panggilan telefon. 

Pendek kata kalau saya hantar laporan mengatakan kambing menang sebagai pengerusi syarikat Abdul Rauf Sdn Bhd mereka hanya menerima tanpa membuat sebarang semakan pengesahan terhadap laporan tersebut.

Itu satu hal, selepas itu mereka (JK Pemilihan) kata jika ada bukti calon A menang di bahagian B sila serah bukti kepada mereka. Aduhai, jika wakil calon yang serah bukti bukankah ia bakal menimbulkan rasa tidak puas hati kepada calon B.

Kenapa tidak mereka yang turun, semak, periksa dan buat pengesahan bahagian B calon A atau B yang menang. Barulah ia memuaskan hati kedua-dua pihak yang bertanding!

Benda mudah macam ini JK Pemilihan tak boleh fikir?

Disebabkan JK Pemilihan gemar bermain sukan tarik tali, maka terpaksalah saya tunjukkan senarai 76 bahagian yang dimenangi oleh Khairul Azwan sebagaimana disahkan wakil calon yang berada di setiap bahagian pada hari pemilihan.

Rujuk senarai 76 bahagian-bahagian di bawah :









Jika mahu nama, nombor mykad, nombor keahlian wakil yang berada di lokasi. Ab Rauf serta JK Pemilihan boleh hubungi saya.

Senarai 76 bahagian yang dimenangi Khairul Azwan di atas adalah keputusan awal, namun sebaik sahaja sampai di ibu pejabat. Keputusan bagi bahagian Bachok dan Kampar dikatakan dimenangi oleh Jamawi Jaafar maka keputusan yang dikeluarkan adalah 76 - 2 = 74 seperti tertera dalam kertas keputusan awal di bawah.


Apa yang meragukan adalah JK Pemilihan mengumumkan jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua calon adalah 73 tidak termasuk keputusan di Gelang Patah dan Pensiangan. 

Jika JK Pemilihan mahu guna pakai keputusan Gelang Patah dan Pensingan, satu keputusan seri juga yang diperolehi iaitu 74-74 mahu atau tidak undi popular tetap digunapakai. (Sistem yang dikutuk UMNO kerana ia diperjuangkan Anwar Ibrahim selepas PRU13 tempoh hari)

Kenapa tidak diumumkan saja Jamawi Jaafar menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tempoh hari, berdasarkan undi popular yang diperolehi Jamawi Jaafar dari 71 bahagian sebanyak 19,497 mengalahkan Khairul Azwan yang hanya memperolehi undi sebanyak 16,953 dari 74 bahagian.

Sebab jumlah undi sudah ada pada JK Pemilihan, kenapa perlu ditunggu selepas Aidil Adha dan ketika wakil calon menyerahkan bantahan. TS Tajol mengatakan keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diselesaikan sebaik sahaja selesai pemilihan di peringkat majlis tertinggi.

Pulak dah, kena tunggu lagi - jika di peringkat sayap pun tidak selesai, apa akan jadi di peringkat tertinggi nanti?

Gara-gara kebodohan JK Pemilihan sistem yang bagus hasil pindaan perlembagaan dilihat berantakkan.

Jika JK Pemilihan umum tempoh hari penyokong kedua-dua belah tidak bergaduh, tidak menyerang calon dengan seorang  dilabel 'anak kampung' seorang lagi dikatakan 'bangsawan' dan 'korporat'. Penyokong kedua-dua pihak dapat menjalankan ibadah korban tanpa diselubungi misteri 74-71, 73-73.

Semua orang dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram serta fokus kepada Pilihan Raya Kecil Sg. Limau!

Sebab JK Pemilihan nak main tarik tali, sekarang cabaran saya kepada JK Pemilihan keluarkan senarai yang ada supaya kedua-dua calon dan penyokong mereka membuat penilaian sekaligus menyelesaikan pertelingkahan ini!

Arios...!

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO : Barisan Pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Msia 2013 -2016 Pilihan Pemuda Kelantan?



Penulis cuba risik-risik senarai pucuk pimpinan tertinggi bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk sessi 2013 hingga 2016 dari beberapa bahagian UMNO di negeri Kelantan.

Hasil yang diperolehi dari beberapa bahagian pemuda UMNO negeri Kelantan memutuskan senarai berikut yang akan diberikan tanggungjawab untuk terus memperkasakan perjuangan orang muda.

Pengerusi Tetap

Syed Azmi Ahmad – Calon. 03

Timbalan Pengerusi Tetap

Hisham Sabri – Calon. 04

Ketua Pemuda

YB Khairy Jamaluddin - Calon. 01 (penyandang)

Naib Ketua Pemuda

Jamawi Jaafar - Calon No.01

Senarai Ahli Jawatan Kuasa Pemuda

Kelantan
1. Faizal Daud - Calon No.46
2. Ariff Hakimi - Calon No.62

Wilayah Persekutuan
3. Ibdilillah Bin Ishak - Calon No.01
4. Nazir Hussin - Calon No. 7
5. Ahmad Faisal Karim - Calon No.12


Selangor
6. Arman Azha Abu Hanifah - Calon No.04
7. Jefrizal Jaafar - Calon No.63
8. Zaidel Baharuddin - Calon No.40

Perak
9. Shamsul Baharin Putra - Calon No. 02
10. Mu'ammar Ghadaffi Jamal - Calon No. 48
11. Erwin Mukhriz Zahari - Calon No. 44

Pahang
12. Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad - Calon No.11
13. Yusmizan Md Yunus - Calon No. 18
14. Muhammad Faiz Hashim - Calon No. 61

Perlis
15. Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya - Calon No. 16
16. Azrinizam Ibrahim - Calon No.57

Johor
17. Onn Hafiz - Calon No. 22
18. Sheikh Nafiq Al- Firdaous - Calon No.33
19. Anuar Abd Manap - Calon No. 67

Sabah
20. Armizan Mohd Ali - Calon No. 10

risikan : jebon binjai


YY : Saya punya pilihan [SINI]

Friday, September 27, 2013

#PemilihanUMNO : Senarai Top 20 Calon Exco Pemuda & Kenapa Mereka Patut Dipilih?

Seramai 77 calon yang menawarkan diri, siapakah 10 calon pilihan saya yang dilihat terbaik dan layak mengisi barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi 2013 - 2016. Sebagaimana saya katakan, bukan mahu berkempen kepada mereka, cuma saya mahu bercerita agar lebih 140,000 perwakilan mengetahui apa yang telah mereka lakukan.

#01
CALON NO.04 - ARMAND AZHA
Kenapa - walaupun mencetuskan kontoversi ketika isu demontrasi mahasiswa di PWTC sehingga dikenali sebagai 'Panglima Ludah' di kalangan mahasiswa anti kerajaan. Saya melihat Armand mampu menaikkan imej pemuda berdasarkan keberanian serta kebolehan dalam berpidato. Selain itu armand juga mampu mobilisasi ahli Perkasa ketika menganjurkan demontrasi atau bantahan sepanjang memimpin Wira Perkasa. 


Mungkin jawatan yang sesuai untuk armand - Pengerusi Unit Tempur. Hahaha!

#02
CALON NO.46 - FAIZAL DAUD
Kenapa? - mungkin nama ini tidak dikenali di kalangan pemuda UMNO Malaysia, namun pemuda ini merupakan Ketua Cawangan UMNO Gual, Rantau Panjang dan telah banyak menggerakkan program-program melibatkan mahasiswa. Faizal antara individu yang menggerakkan program Jelajah Destini Anak Bangsa di mana telah berjaya membantu ribuan anak Melayu melanjutkan pengajian di UiTM.


Cukuplah dua dulu untuk hari ini...

Siapa lagi individu yang sesuai memegang jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia...?

Nanti-nantilah aku sambung selepas mengetahui kesudahan nasib calon Ahli Majlis Tertinggi No.60 yang digugurkan pencalonan.

Wednesday, September 18, 2013

@Azwanbro Mampu Membawa Perjuangan Pemuda Selari Peredaran Zaman #OneBro4NKP


Sejak negara mencapai kemerdakaan, pendekatan yang digunakan oleh pemuda sentiasa digeruni dan dihormati oleh lawan. Sayap UMNO yang dikenali dengan imej perjuangan yang lantang, berani dalam memperjuangkan isu serta mempertahankan hak dan kepentingan agama, bangsa dan negara kini telah melalui pelbagai proses kematangan.

Keberanian pemuda bukan saja ketika berjuang menuntut kemerdekaan negara, malah ketika keengganan komunis mengiktiraf kemerdekaan negara sehingga membawa kepada darurat, pemuda memainkan peranan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai konsep sebuah negara Merdeka.

Kini setelah melalui pelbagai proses serta memastikan UMNO terus relevan, pemuda UMNO perlu bijak menyesuaikan perjuangan mereka selari dengan perubahan landskap politik negara. Tanggungjawab besar bukan sahaja di bahu ketua pemuda sebaliknya ia turut dipikul pembantunya  iaitu  naib ketua.

Tanggungjawab Naib Ketua Pemuda UMNO harus selari dengan Ketua Pemuda bagi memastikan visi dan misi pergerakan pemuda berjaya dicapai. Di antara tiga calon,  Azwanbro dilihat lebih mampu membawa perjuangan pemuda selari dengan peredaran zaman.



Nanti-nantilah saya sambung kenapa saya pilih Azwanbro, sekeping gambar Azwanbro sebagai penutup artikel buat sahabat pembaca dan para perwakilan...


Arios...!

Saturday, February 2, 2013

#TukarKelantan : @Mustapa_Mohamed VS Nik Aziz Nik Mat - Siapa Lebih Zuhud?


Ikut teori pengikut totok PAS tiada manusia lebih zuhud daripada Nik Aziz di Kelantan. Tiada orang berjawatan lebih-lebih lagi menteri BN akan duduk di warung makan nasi bungkus setiap pagi.

Betul ke?

Apakah ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dianggap zuhud, adakah dengan bersolat sambil dikawal oleh beberapa pengawal keselamatan?

Hahaha!

Tukar Kelate :
Salam gelombang merah!

Tok Guru sering kali dianggap sebagai pemimpin yang zuhud, rendah diri, tawadduk dan taat perintah Allah oleh pengikut PAS, walaupun Tok Guru setuju 'melacurkan' kalimah Allah kepada bukan Islam.

Manakala pemimpin-pemimpin BN dianggap hidup mewah, naik kereta besar, makan di hotel besar-besar, tidak reti makan nasi guna tangan serta pelbagai lagi tuduhan untuk menunjukkan bahawa pemimpin BN tidak zuhud seperti Tok Guru.

Malah walaupun banyak surau dan masjid yang dibina di Kelantan (kerajaan negeri hanya bina 1 buah sepanjang pemerintahan) untuk kemudahan rakyat Kelantan menjalankan perintah Allah.

Tetapi Tok Guru lebih gemar solat di atas rumput dan tanah kerana menunjukkan 'kezuhudan' sebagai seorang ulamak.

Jadi penulis tengok-tengok apa beza Tok Pa dengan Tok Guru?
Baca selanjutnya untuk ketahui kenapa Tok Pa tidak dianggap 'zuhud' macam Nik Aziz [sini]

Tuesday, December 6, 2011

Urusetia PAU 2011 Usah Gelabah! #PAUMNO


Sambung dari SINI dan SINI...

Di atas adalah emel dari saudara Nasri urusetia yang dikatakan lebih 'sudu dari kuah'.

Terima kasih kepada saudara Nasri atau selayaknya saya panggil beliau abang Nasri tapi macam terlalu protokol jadi izinkan saya panggil bro Nasri sahaja.

Berikutan dua tulisan saya sebelum ini sebagaimana boleh dicapai dari link yang disertakan di atas, saudara Nasri akhirnya tampil mengirimkan satu emel kepada saya semalam menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku.

Dari emel yang dikirimkan sepanjang pengamatan saya, bro Nasri keliru di antara kebenaran masuk dan juga PAS MEDIA. Untuk pengetahuan bro Nasri saya berbicara mengenai kebenaran masuk dan halangan yang terpaksa dilalui oleh bloggers terutama dari Unit Media Baru.

Ya saya akui kami di UMB memang mempunyai PAS MEDIA yang disiapkan oleh pihak bro Nasri, terima kasih saya ucapkan. Persoalannya di sini walaupun saya dan juga rakan-rakan lain mempunyai PAS MEDIA, KAD MEDIA, VEST BIRU tetapi mengapa masih wujud birokrasi tatkala kami berhadapan dengan pihak urusetia dan juga pengawal keselamatan.

Mungkin bro Nasri masih ingat seorang lelaki bertekak dengan seorang dua pengawal keselamatan yang mana salah seorang darinya cuba menolak dan menghalau saya secara kasar, untuk pengetahuan bro Nasri lelaki tersebut adalah saya! Alasan yang diberikan pada waktu itu adalah media perlu masuk dewan Merdeka untuk ikuti ucapan dasar Presiden sebelum pukul 8.00 pagi.

Tapi anehnya pada waktu itu, di hadapan saya turut kelihatan berpusu-pusu jurugambar, mengekori Presiden UMNO berjalan bersalaman bersama rakyat dan seterusnya masuk ke dewan Merdeka.

Tapi malangnya apabila saya tiba di pintu masuk dua pengawal keselamatan menghalang saya. Malah menengking umpama wartawan media, rakyat-rakyat dari kampung yang berpusu-pusu cuba masuk umpama lembu belaan dalam ladang NFC!

Dan jangan fikir saya tiada saksi, saya ada saksi bukan sahaja Melayu malah wartawan cina turut menyokong saya pada waktu itu.

Itu hari kedua persidangan, bagaimana dengan malam pertama persidangan?

Malam pertama persidangan, bloggers UMB Keris7Lok dan juga MatKilauPenang juga dihalang masuk walaupun mereka mempunyai PAS MEDIA yang dikeluarkan oleh pihak bro Nasri sendiri. Alasan yang diberikan adalah UMB 'TIDAK DECLARE'.

Walhal pada malam tersebut saya dapat memasuki dewan melalui pintu utama, tanpa memakai VEST BIRU tanpa menunjukkan PAS MEDIA dan berjalan seiring saya pada waktu itu adalah wartawan dari Malaysian Digest.

Kenapa saya lepas masuk, tetapi tidak rakan-rakan saya yang lain?

Isu di sini adalah soal boleh masuk dengan tidak boleh masuk, saya tidak berbicara mengenai PAS MEDIA, GAMBAR TIDAK BERKUALITI atau bla bla bla...

Sebagai seorang yang pernah bekerja sebagai wartawan rasanya lebih elok sekiranya Bro Nasri memahami isu terlebih dahulu sebelum menempelak saya melalui emel dengan mengatakan saya fitnah.

Walaupun usia bro Nasri lebih tua dari saya, sudilah sekiranya menerima sedikit nasihat dan teguran, semoga Allah juga merahmati bro Nasri dan merahmati perjuangan kita membela UMNO demi Agama, Bangsa & Negara.

YY : Next time usah heret nama blogger lain dalam emel... just between you and me! 

Komen @khairykj Mengenai Ucapan Dasar Presiden UMNO #PAUMNO

Sunday, December 4, 2011

Setiausaha Kerja UMNO Yang Baru Ke Ni?


Siapa mamat ni...?

Setiausaha Kerja UMNO yang baru ke bro...?

Oh... mamat ini ke yang kata "kami tidak mengiktiraf bloggers"?

Ulang sekali lagi siapa mamat ini...?

Kerja fulltime dia apa...?

Ketua UMNO Bahagian ke ni...?

Hoi.. malaon dalam gambar tak kisahlah apa jawatan kamu...

Naib Presiden UMNO pun iktiraf peranan pejuang siber...

Hoi... kamu lebih besar dari Naib Presiden UMNO eik...?

Apa Zahid Hamidi kata...?
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada ‘tentera baru’ UMNO dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook. 
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. 
Katanya,"Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka dan ada juga dikalangan mereka bukan ahli UMNO pun" 
"Kita mesti akui peranan media baru sebagai alat komunikasi penting masa kini, dan ia boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti memerintah negara,” katanya.
UMNO wajar mengiktiraf mereka ini dan dikalangan pemimpin UMNO pun perlu selalu menggunakan media baru sebagai perantaraan dalam mengertahui hal ehwal semasa.
Korang baca la apa si 'kuda tua' A.P.A merepek pasal Perhimpunan Agung UMNO 2011 kat SINI

YY : Datuk Raof ni ada orang berhendakkan jawatan kamu agaknya. Hahaha!

Friday, December 2, 2011

Ramah Mesra Pelajar IPTA Bersama YB Razali Ibrahim Di PWTC #PAUMNO


Tun Faisal Pengerusi Unit Media Baru lapor :
YB Razali menyatakan bahawa beliau suka mahasiswa berpegang kepada idealisme dan tidak menurut apa sahaja yang disuapkan kepada mereka. Dalam hal apabila ISA dimansuhkan, tidak bermakna kerajaan akan lepas tangan sebaliknya ada akta yg akan mengawal keganasan. Akta Perhimpunan Aman, misalnya, memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berhimpun dengan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis. 
Sekarang tidak perlu memohon untuk berhimpun secara aman, tapi tidak bermaksud kerajaan suruh rakyat kita berhimpun dan tidak ada peraturan untuk menguruskan hal dan risiko berkaitan perhimpunan aman asalkan oleh pertubuhan yang sah. Macam Pemuda UMNO, bila berhimpun kita berhimpun sbg pertubuhan yang berdaftar secara sah, sedangkan Bersih tidak berdaftar dan merupakan pertubuhan dan aktiviti haram. SELANJUTNYA

Nak lagi best korang tunggu la apa benda si 'kuda tua' A.P.A nak ceritakan malam nanti di blognya SINI - saya tak boleh nak beri komen sebab tiada dalam majlis.

YY : Hello yus... kat mana tu? Tak dtg ke? agak2 tanya mcm ni telan kredit RM50 tak? hahaha! 

[VIDEO] : Eksklusif #UMB Bersama MB Perak DS @ZambryAbdKadir #PAUMNO


Untuk artikel saudara pembaca boleh KLIK SINI 

#PAUMNO : Bicara Santai Menteri Besar Perak DS @ZambryAbdKadir Bersama #UMB


Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sudi meluangkan masa untuk berborak santai bersama 10 orang bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan tersebut Dr. Zambry Abd Kadir sempat membicarakan isu-isu di negeri Perak antara yang menarik adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mana merupakan bajet tertinggi dalam sejarah negeri Perak.

Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan beliau dalam menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.


Selain itu kami turut bertanyakan mengenai tindakan biadap Suara Keadilan sebelum ini yang mengeluarkan laporan palsu kononnya beliau ditahan di luar negara kerana disyaki pengganas.

Dalam komen beliau mengatakan bahawa tujuan PKR bertindak melemparkan fitnah ke atas beliau bertujuan untuk membunuh karakternya dengan menggambarkan beliau seorang pengganas dengan niat dapat mengurangkan keyakinan rakyat terhadap dirinya terutama rakyat Perak.

Namun jelas Suara Keadilan berniat jahat membuat fitnah berkenaan dan natijahnya akhbar berkenaan diarahkan oleh mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. Nampak sangat Suara Keadilan kaki fitnah!

Mengenai persediaan menghadapi PRU yang akan datang, BN Perak dikatakan sudah bersiap-sedia untuk 'berperang' serta mempertahankan pentadbiran negeri Perak dari dirampas oleh 'lanun' DAP. Setakat ini 'calon boleh menang' akan diberi keutamaan sebagaimana hasrat Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Persoalan adakah beliau akan mengekalkan kerusi DUN kawasan Pangkor atau bertanding di kerusi yang lain, beliau menyatakan semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. Beliau akur jika pucuk pimpinan mungkin tidak mencalonkan beliau untuk PRU yang akan datang.

Inilah pemimpin yang disenangi oleh golongan muda, seorang pemimpin yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk serahkan kuasa jika orang lain lebih layak untuk meneruskan agenda pembangunan dan membela rakyat negeri tersebut.


Di akhir pertemuan tersebut beliau turut menghargai peranan bloggers yang sentiasa dan sanggup mengadap skrin komputer demi memastikan segala tohmahan dapat dipatahkan, malah beliau secara peribadi memberi gelaran anak-anak muda yang berjuang di alam siber ini sebagai 'Screenaggers' (orang yang selalu mengadap skrin).

Mana dapat ayat Screenaggers ni tok?

Ke saya yang salah sebut atau salah eja...?

YY : Pertemuan yang tak dirancang...

Thursday, December 1, 2011

Santai #PAUMNO : Perwakilan Wanita Paling Cun?


Amboi... Lawanya 'cik kak' kita sorang ni... Lengkap berpakaian mengalahkan Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO sendiri.

[VIDEO] : @KhairyKJ Tiup Semboyan Pemuda Sedia Menghadapi PRU13 #PAUMNO

#PAUMNO - Ada PAS MEDIA,KAD MEDIA, VEST BIRU Juga Dihalang Masuk - Apa UMNO Sudah Gila?


Hari ini masuk hari ke-3 berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 - namun perhimpunan tahun ini dilihat agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya kerana pihak atasan parti dikatakan mengenakan undang-undang terlalu ketat kepada pihak media sehingga ada berlaku pertelingkahan kecil di ruang pintu masuk.

Media bukan sahaja perlu mempunyai PAS MEDIA yang dikeluarkan oleh pejabat UMNO malah untuk memasuki ruangan dewan para wartawan/jurugambar perlu mempunyai 'vest' BIRU atau MERAH, tidak cukup dengan itu media juga perlu memiliki kad media. (scan kad)

Ironinya saya yang memiliki PAS MEDIA, vest BIRU, dan juga kad media yang boleh di scan juga dihalang masuk oleh security pagi tadi. Salah seorang darinya cuba menolak dan mengherdik saya umpama saya ini ahli PKR datang untuk mengintip perjalanan perhimpunan terbesar parti orang Melayu ini.

Tindakan kurang ajar security ini menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara saya dan security tapi saya ditenangkan oleh anggota polis serta seorang wartawan berbangsa cina.

Jika saya yang mematuhi setiap peraturan juga dihalang dari masuk dewan, bagaimana dengan rakan bloggers yang lain? Usahkan nak masuk dewan pintu dewan pun sudah tentu mereka tak dapat dekati, tidak hairanlah jika beberapa rakan bloggers berpengaruh pun kecil hati dengan layanan yang diterima mereka!

Namun paling menggelikan hati adalah, security di pintu utama tak benarkan masuk, namun security di pintu lain di bahagian belakang benarkan masuk tanpa scan kad media?

Hahaha... hoii nak buat undang-undang kasi betul-betullah depan tarak kasi masuk belakang kasi masuk? Ini sudah ikut jejak langkah bro Nuar Berahim. Hahaha!



Mana pergi kata-kata DS Najib Tun Razak ketika Konvesyen Media Sosial 1Malaysia tempoh hari bahawa semua bloggers/troopers pengamal media sosial diiktiraf sebagai PEJUANG UMNO?

PEJUANG UMNO yang 'diiktiraf DS Najib Tun Razak dihalang dari masuk membuat liputan parti yang mereka perjuangkan? UMNO sepatutnya berhati-hati dengan media seperti Malaysiakini/The Malaysia Insider dan beberapa akhbar cina lain.

Bukan dengan kami bloggers yang membela UMNO!!!

Nampaknya Perhimpunan Agung UMNO 2011 kita dihidangkan dengan undang-undang gila. Tertanya juga siapakah individu bertanggungjawab yang usulkan undang-undang ini dikenakan kepada media.

Jika beginilah layanan terhadap media/bloggers tidak hairan jika ada yang bertindak sebotaj parti/pemimpin yang mereka perjuangkan...

Barangkali UMNO sudah kuat...

Mereka tidak lagi perlukan pejuang siber dan pengamal media baru...

YY : Hehehe... bro security nk gua tunggu tak ni... :)

[FOTO] : Sekitar Hari ke-3 Perhimpunan Agung UMNO Part II - #PAUMNO
















[FOTO] : Sekitar Hari Ke-3 Pembarisan Perhimpunan Agung UMNO 2011 - #PAUMNO



















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal