Semalam heboh berita mengenai dana khas pilihanraya PR yang berjumlah RM300 juta diwujudkan atas nama 'budget code' di pejabat MB yang diuruskan oleh beberapa orang kanan Menteri Besar Selangor dan orang dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Namun ada pihak yang mempersoalkan kenapa dana ini diuruskan oleh Azmin Ali sedangkan ianya diwujudkan di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor, kenapa dana ini tidak pertanggungjawabkan kepada Khalid Ibrahim memandangkan beliau adalah Menteri Besar Selangor?
Ada juga dakwaan bahawa keputusan Anwar Ibrahim melantik Azmin Ali sebagai 'core-coordinator' untuk dana ini juga satu cubaan untuk menaikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar jika PKR dapat mengekalkan kuasa di Selangor dalam PRU yang akan datang. Secara tidak langsung dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim ada kebenarannya.
Tindakan melantik Azmin Ali sebagai individu yang menguruskan dana ini telah menyebabkan penyokong PKR sendiri dilihat berantakan sesama mereka di laman facebook yang popular di kalangan penyokong PR iaitu Road To Putrajaya.
Ada yang setuju Azmin Ali menguruskan dana ini dan ada sebaliknya :
Melihat dari komen-komen dari group paling popular di kalangan penyokong PKR ini jelas membuktikan bahawa ahli PKR sekarang sedang berpecah kepada dua pihak - iaitu 'kem Azmin' dan 'kem Anti Azmin'.
Malah Nurul Izzah dan isteri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan 'anti Azmin' ketika pemilihan PKR sebelum ini yang mana Nurul Izzah dan Wan Azizah selaku presiden parti PKR menyokong Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pada waktu itu juga, Nurul Izzah menggunakan ungkapan 'serigala' untuk melabelkan kesetiaan Azmin Ali kepada 'papa hebat' Anwar Ibrahim. Kata-kata Nurul Izzah ini sebenarnya berniat menghina Azmin Ali umpama 'serigala' yang setia tidak bertempat.
Sayangnya Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali daripada pemimpin PKR yang lain juga jelas dilihat apabila sebelum ini Azmin Ali dilantik memegang jawatan penting dalam parti PKR dan kerajaan Selangor, dan kini Azmin Ali juga diberikan tugas penting untuk menguruskan dana berjumlah RM300 juta.
Keputusan Anwar Ibrahim yang selalu melebihkan Azmin Ali dalam setiap segi juga dikatakan punca Zaid Ibrahim dan N.Gobalakrishnan bertindak keluar PKR. Melihat rekod yang lepas melibatkan Azmin Ali ramai bertindak keluar PKR.
Persoalannya sekarang mungkinkah ahli-ahli PKR dari golongan 'anti Azmin' akan melakukan protes kepada gerak-kerja kempen PKR dalam pilihanraya yang akan datang?
YY : Sokong Azmin Ali urus dana sebab dia tak 'gagap'.... kehkehkeh!
1 comment:
toy boy ANUwar
Post a Comment