NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Kerana Penangguhan #Langat2 Oleh Kerajaan PKR Negeri Selangor Berlaku Pembaziran RM606 juta!


Setelah puas bermain tarik tali dengan pelbagai alasan yang sengaja dibuat-buat, akhirnya Khalid Ibrahim menandatangani persefahaman (MoU) bagi pengstrukturan semula bekalan air di Selangor sekaligus membuka laluan kepada pembinaan loji Langat 2.

Jika diperhatikan kebanyakkan laporan media pro pembangkang ia memberi gambaran kononnya isu tersebut berjaya diselesaikan kerana kebijaksanaan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. 

PAUTAN ARTIKEL
Tidak mengapa, kita faham PKR sentiasa hidup dalam 'denial syndrome' seperti Ketua Umum mereka. 

Apa yang penting untuk kita ketahui ialah gara-gara penangguhan pembinaan projek Langat 2 yang disengajakan oleh kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sebanyak RM606 juta perlu dikeluarkan sebagai kos tambahan.

Ini merupakan satu pembaziran besar!

Setakat ini hanya satu pihak dilaporkan tidak berpuas hati terhadap MoU Langat 2 yang dimaterai oleh Khalid Ibrahim semalam iaitu calon N25 Kajang brader Anwar Ibrahim.

Kah Kah Kah...!


Arioss...!

Thursday, August 30, 2012

Surat Kerajaan Negeri Selangor Kerah Pegawai Kerajaan Negeri Hadir Bocor - #JanjiDemokrasi Wak Lu!


Kahkahkah....

Surat apa ni...?

Bukan seorang dikerah, tetap 50 orang pegawai/kakitangan kerajaan negeri Selangor dikerah hadir untuk sambut merdeka bersama Bang Nuar Brahim.

Hahaha...

Hoii...

Janji demokrasi wak lu...!

Friday, August 10, 2012

Pemecah Berita : Pekerja Kontrak UNISEL Berdemo Tuntut Tunggakan 15 Bulan Gaji

Foto : @stayorsuicide
Terkini dilaporkan para pekerja Jana Niaga Sdn.Bhd. kontraktor Unisel kini sedang mengadakan satu perhimpunan aman di Bulatan Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor untuk menuntut bayaran gaji yang didakwa tidak dibayar oleh pihak pengurusan selama 15 bulan.


Sepanduk tertera "kerja disuruh bayaran tidak dibuat" dibawa oleh para pekerja kontraktor yang terdiri dari 100 orang lelaki dan wanita Jana Niaga demi menuntut hak mereka.

Seorang lelaki berbangsa India kelihatan cuba menghalang tindakan pekerja kontraktor Jana Niaga.

Foto @jawabernam

Wednesday, July 11, 2012

TERKINI : 200 Orang Berdemo di Hadapan SUK Selangor!


Satu bantahan diadakan oleh Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang diketuai oleh saudara Armand Azha di depan bangunan SUK Selangor untuk menyatakan bantahan rakyat Selangor terhadap pentadbiran kerajaan negeri PKR sekarang ini.

Lebih kurang 200 rakyat Selangor turun menyatakan bantahan mereka terhadap isu Unisel dan beberapa penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Satu memorandum diserahkan kepada kerajaan negeri PKR Selangor oleh Armand Azha.



Update menyusul.

Tuesday, July 3, 2012

[VIDEO] : Aksi Skandal MB Selangor Khalid Ibrahim Dengan Faekah Bakal Didedahkan?


Sekitar Ogos 2010 yang lalu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengadakan sidang media tentang penemuan kamera yang dipasang di dalam pejabatnya di tingkat 21 bangunan SUK Selangor.

Pada waktu itu rata-rata pengikut pembangkang menuding jari serta menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik kerja-kerja 'mengendap' aktiviti Khalid Ibrahim.

Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi 'aksi' Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.

Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.

Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi 'manja' Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.

Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.

Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.

Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.

Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.

Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sebotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?

Adakah kita bakal dikejutkan dengan aksi 'rakus' Khalid Ibrahim pula selepas ini?



YY : Sebotaj sesama sendiri, tapi tuding jari kepada UMNO!

Wednesday, March 14, 2012

KP Seputeh @RazlanRafii Dedah Khalid Ibrahim Dah Jadi Pengundi Hantu Demi Nurul Izzah?


Setiap kali tiba musim pilihanraya istilah pengundi hantu menjadi modal bagi Pakatan Rakyat dalam mencari kesalahan yang dilakukan oleh BN. Lebih-lebih lagi jika mereka kalah di kawasan tertentu pengundi hantu sering kali dijadikan alasan tentang kekalahan mereka.

Mereka kerap kali menuduh BN menggunakan pengundi hantu untuk memenangi dalam PRU, tetapi yang terbaru dikhabarkan Khalid Ibrahim juga turut terlibat menjadi 'hantu' dalam memastikan Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.

Sebelum ini Khalid Ibrahim dilaporkan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Petaling Jaya, tetapi untuk PRU yang akan datang Khalid Ibrahim dikatakan mahu memastikan Nurul Izzah menang di Parlimen Lembah Pantai.

Khalid Ibrahim dikatakan telah meminjam alamat Universiti Malaya untuk menjadi 'PENGUNDI HANTU' di parlimen Lembah Pantai. Paparan di bawah merupakan lokaliti mengundi bagi Khalid Ibrahim sebelum ini :
Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR
Baca pendedahan dibuat oleh saudara Razlan Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh :
Menarik sungguh permainan PKR demi menentukan kemenangan di PRU yang akan datang. 
PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang. 
Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.
Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Ezah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.
 Baca selanjutnya [KLIK]
YY : Kata dulang paku serpih, kata BN tapi PR pulak yang lebih-lebih pindah pengundi! 

Tuesday, March 13, 2012

Isu Pasir : GAPS Mahu Suruhanjaya Di Raja & Kertas Putih


Kenyataan Media GAPS
Apalah sebenarnya matlamat pentadbiran kerajaan Dap, Pkr, Pas Selangor ? Menjalankan tugas dengan tanggungjawab atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.Dari hari pertama Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai isu dan skandal. 
Rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini.
Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada disebuah bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 230 pagi. Skandal Pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya rakyat.

Yb Seri Muda yang digelar pengundinya sebagai RAJA PASIR dalam kenyataan nya mendesak agar Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan isu pasir. Untuk apa debat ini? 
Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat. GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang Dun yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang Berhormat ini. 
Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat skandal-skandal Pasir, PKNS, Yayasan Selangor, PKPS, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor. 
Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang Dun yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wednesday, March 7, 2012

Pengurus Besar Yayasan Selangor Mengaku Mereka Boros



Menyingkap pembaziran yang dibuat oleh Yayasan Selangor untuk majlis makan malam yang bernilai RM 966,472 :
- RM320,000 untuk khidmat perunding bagi Majlis Hari Raya.
- RM170,000 untuk majlis buka puasa.
- RM120,000 untuk membeli sampan.
- RM120,000 untuk membeli persalinan wanita.
Yayasan Selangor pada tahun 2010 sahaja mengalami defisit sebanyak RM7.4 juta. Melihat kegagalan menguruskan Yayasan Selangor jelas membuktikan kepada kita bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PKR di Selangor gagal menunaikan janji yang mereka taburkan dalam pilihanraya lalu.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim langsung tidak menggerakkan usaha untuk memantau segala perbelanjaan yang dibuat oleh Yayasan Selangor sehingga Sultan Selangor sendiri bertindak menegur sikap boros Yayasan berkenaan dua tahun lalu.

YY : Penasihat Ekonomi RM1 taknak cakap ini salah satu bentuk pecah amanah ke?

Wednesday, December 7, 2011

Peniaga Mogok Sebab Laporan Audit Puji Kerajaan Selangor? #saveSgor


Dari blog HAK MALAYSIA :
Dimanakah letak kewibawaan PKR yang menjanjikan penyediaan masa yang lebih baik utk rakyat? Dimanakah janji PKR yang ingin memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan rencana ekonomi baru? 
Penjualan asset kepada ARREIT itu menunjukkan bahawa adakah PKNS mampu bertanggungjawab hasrat awal pembinaan kompleks tersebut yang dulu ditubuhkan untuk membangunkan peniaga-peniaga kecil? 
Dengan gaji pegawai yang tinggi sehingga RM20,000 mampu menjadikan PKNS lebih produktif membantu rakyat?
Baca selanjutnya.... 
YY : Dari 70% naik sehingga 100%... contoh terbaik kerajaan 'BERKEBAJIKAN'? 

Terciptanya Sejarah Negeri Selangor Bila MB 'Cari Gaduh' Dengan Rakyat Sendiri? #saveSgor


Sebelum dapat kuasa Menteri Besar paling unik dalam sejarah Negeri Selangor janji 'BULAN' dan 'BINTANG'. Pendek kata semuanya ditanggung beres dengan hanya memberikan mereka mandat untuk memerintah.

Bagi kita menang kita akan pastikan kebajikan rakyat terjaga....

Bagi kita menang rakyat Selangor akan kita bela....

Bagi kita peluang kita akan buat lebih baik dari BN...

Tapi bila peluang diberikan...?

Apa jadi...?

Jadilah macam dalam video di bawah :



Dari blog Ikrar Pemuda & Akar Umbi  :
Macam tak percaya tengok Menteri Besar Selangor boleh bergaduh dengan rakyat negeri sendiri. Kenapa rakyat marah?..sebab Khalid sendiri janji pada rakyat nak bagi geran sebelum PRU 12 dulu. Bila Khalid dah menang dan jadi MB plak...janji sudah pastilah dituntut..jadi salahkah rakyat tuntut janji? Tapi apa Khalid kata, dia tak boleh tunai janji sebab tak ikut undang-undang..masa dia bagi janji dulu dia tak fikir ke? Baca seterusnya... 
YY : Ubahlah jangan tidur.... 

Friday, November 25, 2011

Kamera Besar Gedabak Dalam Ofis Khalid Ibrahim Dulu Dipasang Oleh 'Gurkha' Azmin Ali?


Dulu kecoh dengan kes Azmin Ali cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim dalam usahanya untuk menduduki kerusi Menteri Besar di negeri Selangor. Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik'.



Pada waktu itu Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk jatuhkan Menteri Besar jika tidak dapat 'lampu hijau' dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Selepas itu kisah ini 'sejuk' dan diam begitu saja.

Tapi ianya menjadi hangat kembali bila mana Azmin Ali dikatakan orang yang bertanggungjawab menguruskan dana pilihanraya Pakatan Rakyat walaupun dana berkenaan diwujudkan di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor. Malah Azmin Ali dikatakan sudah mula menggerakkan 'askar gurkha' untuk memastikan kerusi empuk MB Selangor menjadi kepunyaan beliau selepas PRU yang akan datang.


Dari Medan Info Kita :
Perang dalam kelambu PKR sudah bermula... 
Khalid Gagap dijadikan sasaran utama untuk pastikan Menteri Besar paling gagap ini tidak menjadi pilihan utama sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor selepas PRU ke 13 seandainya 
BN masih gagal merampas negeri terkaya di negara ini... 
Askar askar gurkha upahan Azmin Ali sudah mula bergerak dan "buat kerja" untuk pastikan kerusi empuk MB negeri akan diduduki oleh Timbalan Presiden PKR yang sekarang ini Pengerusi Perhubungan PKR Selangor..! 
Angkara siapakah tiba tiba terlondeh dan terkangkang kepincangan wakil rakyat DUN Ijok seperti yang disiarkan dibawah ini...?
Nak tahu selanjutnya KLIK SINI 
YY : Aku sokong Azmin Ali jatuhkan Khalid Gagap Al-Jamban.... 

Thursday, November 17, 2011

Undi Pakatan Jika Mahu Gaji Minimum Dilaksanakan Di Malaysia? - #saveSgor



Sebelum mendapat kuasa menerajui kerajaan amat mudah bagi sesiapa sahaja berjanji, malah jika ditakdirkan lembu mampu bercakap nescaya lembu juga berjanji untuk memberikan yang terbaik jika kita memberikan kuasa kepada lembu-lembu yang ada.

Saya terbaca janji Khalid Ibrahim yang mengatakan Pakatan Rakyat akan melaksanakan gaji minimum jika rakyat mengundi mereka dan memberikan mereka kuasa untuk menerajui Malaysia.
Artikel laporan Free Malaysia Today

Walaupun gagap kadangkala ketika menabur janji palsu Khalid Ibrahim mampu bertutur dengan lancar tanpa sebarang halangan, malah bahasa yang digunakan juga cukup manis bila didengar oleh telinga kita.

Tapi sebelum ada yang terpengaruh dengan janji kononnya Pakatan Rakyat akan melaksanakan gaji minimum buat semua rakyat sekiranya kerajaan ditukar dalam PRU13. Sukacita saya ingin mengingatkan Khalid Ibrahim dengan beberapa janji manis yang ditabur oleh Pakatan Rakyat semasa PRU12.

Adakah janji-janji yang terkandung dalam manifesto PRU12 oleh Pakatan Rakyat sudah ditunaikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor setelah 3 tahun pemerintahan?

Antara janji yang ditabur dalam manifesto mereka adalah :

MANIFESTO - Sosial & Kebajikan
1 - Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri. - Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

2 - Memberi bantuan Rm50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah. - Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

3 - Memberi bantuan kepada anak-anak muda unutk mendirikan rumahtangga.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

4 - Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

5 - Memberi elaun bagi ibu tunggal yang layak.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG 
6 - Memberi elaun khas suri rumah tangga yang memilih unutk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

7 - Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

8 - Menyediakan perubatan percuma untuk warga emas 65 tahun ke atas.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG


MANIFESTO - Ekonomi Rakyat

9 - Menyediakan premis perniagaan yang cukup.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG - Kerajaan DAP Pulau Pinang halau peniaga & robohkan premis mereka.

10 - Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

11 - Galakan kepada belia dan wanita muda berniaga - sewa minimum/membayar bil air dan elektrik 2 tahun pertama.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG - dah lebih 3 tahun dah ni...

12 - Mengurangkan cukai pintu kediaman 20% dan cukai premis komersil 10%.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG

13 - Program bagi rakyat miskin - petani dan nelayan jana pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG - nampak kerajaan pusat je yang usaha pertingkatkan pendapatan golongan petani dan nelayan...
MANIFESTO - Keselamatan Rakyat
14 - Mengantikan sistem Rukun Tetangga dengan sisten yang lebih berkesan.- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG
15 - Melaksanakan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan. Tidak boleh dilaksanakan kerana tiada dalam peruntukan mana-mana akta.
- Hingga saat dan ketika ini belum terlaksana - BOHONG - 
(tulisan dari NALURIRAKYAT)

Janji PRU12 belum terlaksana sekarang ingin menabur janji yang baru? Adakah Khalid Ibrahim fikir bahawa rakyat terlalu bodoh sehingga terlupa dengan apa yang dijanjikan sebelum ini?

Melihat kegagalan mereka menunaikan janji yang lama, adakah saudara yakin dengan janji terbaru kononnya gaji minimum akan dilaksana jika Pakatan diberikan mandat untuk menjadi kerajaan?

Sudah-sudahlah berbohong wahai Khalid Ibrahim, lagi pun rakyat Selangor rasanya sudah akui kesilapan dan tidak sabar lagi untuk 'mengusir' para 'penyamun' seperti kamu dari bumi Selangor.

Kalau tak BOHONG bukan Pakatan Rakyat namanya!

YY : Tak kisah orang gagap, tapi tak suka orang bohong!

Tuesday, November 15, 2011

MB Selangor Pembohong : 1.4 Juta Isi Rumah Di Selangor Tidak Nikmati Air Percuma


Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim begitu berbangga sekali kononnya kerajaan PKR begitu prihatin dengan rakyat dengan memberikan air percuma kepada semua rakyat di Selangor.

Walhal pada hakikatnya seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor dilaporkan masih belum menikmati air percuma sebagaimana didakwa mereka.

Dari blog Sahabat Gunung :
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong besar menyatakan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya prihatin kepada masalah seluruh rakyat dengan memberikan bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu. 
Pembohongan itu jelas dilihat menerusi perangkaan yang diterima yang menunjukkan seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor tidak menikmati bantuan itu sehingga ke hari ini. 
Katanya jumlah isi rumah itu katanya melibatkan keluarga yang tinggal di perumahan pangsapuri dan kondominium yang masih menggunakan meter bekalan air secara pukal. 
"Sejak tahun 2008 bantuan bekalan air percuma ini dilaksanakan, kerajan negeri sering mencanang-canangkan perkara itu sebagai satu kejayaan dan keprihatinan mereka kepada rakyat. 
"Hakikatnya yang sebenar ialah sehinga kini, lebih 1.4 juta isi rumah di seluruh Selangor tidak dapat menikmati bantuan air percuma itu. Jadi apakah ini bentuk keperihatinan kerajan negeri kepada rakyat," soalnya di hadapan pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, petang tadi. 
Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga turut berhutang kepada rakyat yang tidak menikmati bantuan bekalan air percuma sebanyak RM400 juta dalam temph 40 bulan sejak bantuan itu diperkenalkan sejak empat tahun lalu. 
Dalam pada itu, Mohd. Isa turut menuntut kerajaan negeri membayar insentif sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri bagi membantu merigankan beban kewangan mereka lebih-lebih lagi sesi persekolahan bermula awal tahun depan. 
Insentif itu katanya harus diberikan juga kepada seluruh guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang turut menyumbang kepada pembangunan insan di negeri ini.
Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga harus memberikan bantuan RM100 kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) selaras Kerajaan Pusat yang memberikan bantuan itu kepada pelajar sekolah di negara ini. 
"Kerajaan negeri mengatakan Bajet Selangor 2012 adalah bajet berimbang. Namun, apa rakyat nikmati daripada bajet negeri ini, tidak ada. 
"Meskipun bajet Kerajaan Persekutuan defisit, rakyat jelasnya menikmati hasilnya seperti subsidi, bonus kakitangan awam termasuklah bantuan-bantuan lain kepada rakyat sehingga kepada persekolahan. 
"Kalau kerajaan negeri mengatakan mereka berkebajikan, prihatin rakyat, mereka harus berikan bantuan-bantuan itu," ujarnya.
YY : Janji PRU yang lalu berlambak lagi tidak ditunaikan... 

Azmin Ali Urus Dana Pilihanraya RM300 Juta - Ramai Pengikut PKR Protes?


Semalam heboh berita mengenai dana khas pilihanraya PR yang berjumlah RM300 juta diwujudkan atas nama 'budget code' di pejabat MB yang diuruskan oleh beberapa orang kanan Menteri Besar Selangor dan orang dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Namun ada pihak yang mempersoalkan kenapa dana ini diuruskan oleh Azmin Ali sedangkan ianya diwujudkan di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor, kenapa dana ini tidak pertanggungjawabkan kepada Khalid Ibrahim memandangkan beliau adalah Menteri Besar Selangor?

Ada juga dakwaan bahawa keputusan Anwar Ibrahim melantik Azmin Ali sebagai 'core-coordinator' untuk dana ini juga satu cubaan untuk menaikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar jika PKR dapat mengekalkan kuasa di Selangor dalam PRU yang akan datang. Secara tidak langsung dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim ada kebenarannya.

Tindakan melantik Azmin Ali sebagai individu yang menguruskan dana ini telah menyebabkan penyokong PKR sendiri dilihat berantakan sesama mereka di laman facebook yang popular di kalangan penyokong PR iaitu Road To Putrajaya.

Ada yang setuju Azmin Ali menguruskan dana ini dan ada sebaliknya :




Melihat dari komen-komen dari group paling popular di kalangan penyokong PKR ini jelas membuktikan bahawa ahli PKR sekarang sedang berpecah kepada dua pihak - iaitu 'kem Azmin' dan 'kem Anti Azmin'.

Malah Nurul Izzah dan isteri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan 'anti Azmin' ketika pemilihan PKR sebelum ini yang mana Nurul Izzah dan Wan Azizah selaku presiden parti PKR menyokong Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Pada waktu itu juga, Nurul Izzah menggunakan ungkapan 'serigala' untuk melabelkan kesetiaan Azmin Ali kepada 'papa hebat' Anwar Ibrahim. Kata-kata Nurul Izzah ini sebenarnya berniat menghina Azmin Ali umpama 'serigala' yang setia tidak bertempat.

Sayangnya Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali daripada pemimpin PKR yang lain juga jelas dilihat apabila sebelum ini Azmin Ali dilantik memegang jawatan penting dalam parti PKR dan kerajaan Selangor, dan kini Azmin Ali juga diberikan tugas penting untuk menguruskan dana berjumlah RM300 juta.

Keputusan Anwar Ibrahim yang selalu melebihkan Azmin Ali dalam setiap segi juga dikatakan punca Zaid Ibrahim dan N.Gobalakrishnan bertindak keluar PKR. Melihat rekod yang lepas melibatkan Azmin Ali ramai bertindak keluar PKR.

Persoalannya sekarang mungkinkah ahli-ahli PKR dari golongan 'anti Azmin' akan melakukan protes kepada gerak-kerja kempen PKR dalam pilihanraya yang akan datang?

YY : Sokong Azmin Ali urus dana sebab dia tak 'gagap'.... kehkehkeh!

Monday, November 14, 2011

Azmin Ali Uruskan Dana Khas Pilihanraya PR RM300 Juta - Khalid Ibrahim Bakal Disingkirkan Dari MB?


Kecoh diperkatakan mengenai kewujudan dana khas pilihanraya PR yang berjumlah RM300 Juta. Mana Anwar Ibrahim dapat dana sebanyak ini untuk kerja pilihanraya telah menimbulkan banyak persoalan kepada pemerhati politik di Malaysia.

Anehnya kewujudan dana khas di Pejabat Menteri Besar Selangor ini tidak diuruskan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim sendiri, sebaliknya ianya diurus oleh Azmin Ali. Walaupun diletakkan di bawah MBI tetapi Azmin Ali dilihat lebih berkuasa dari Menteri Besar Selangor sendiri iaitu Khalid Ibrahim.

Secara tidak langsung dakwaan ramai pihak dari ahli PKR sebelum ini yang mendakwa Azmin Ali cuba 'merampas' kuasa Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim ada kebenarannya. Selain memperlihatkan bahawa Azmin Ali adalah orang kepercayaan Anwar Ibrahim.

Nampaknya Anwar Ibrahim tidak ragu-ragu membelanjakan jumlah yang agak besar untuk pilihanraya demi mencapai cita-citanya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Dari blog Gelagat Anwar :

Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor. 
Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat. 
Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti. 
Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.
 RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.
Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera. Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 
Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini. Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. 
Boleh  tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR. Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap. 
Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini. 
Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat. Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.

YY : RM 300 Juta... wowww! - Nampaknya mereka dari kem yang anti Azmin Ali tak dapat rasalah bajet ni.... hahaha!

Monday, October 10, 2011

Selepas Sultan Selangor Bertitah - MB Selangor Kini Bertambah Gagap...

Nampaknya Khalid Gagap bakal jatuh tergolek, kerana menurut laporan portal celaka yahudikini PKR kini dalam proses untuk mendesak supaya Menteri Besar Selangor itu undur dari jawatannya. Menteri Besar paling bengong dalam sejarah negeri Selangor 'terduduk' lagi ekoran titah Tuanku Sultan Selangor yang bertitah bahawa tindakan JAIS menyerbu gereja tersebut adalah bukan satu kesalahan.

Berikut teks penuh titah Tuanku Sultan Selangor :
sultan-selangor200Berikut titah penuh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor. 
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat   di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu. 
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS. 
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. 
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. 
Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini. 
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988. 
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. 
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988  yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. 
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. 
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam. 
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. 
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
 
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. 
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan. 
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. 
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang. 
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor

Baca cerita dari blog Mymassa mengenai  geng Azmin Ali mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan MB Khalid Gagap Klik Sini 



YY : Sultan sudah bertitah Khalid Gagap sudah tentu bertambah gagap...



Wednesday, October 5, 2011

18 SX : Tahniah Kerajaan Negeri Selangor Pertumbuhan Rumah Urut 85%



Inilah contoh negeri berkebajikan...

Mengikut statistik pertumbuhan rumah urut di Selangor meningkat kepada 85% membabitkan lebih 200 pusat rumah urut dan persundalan.

Kebanyakkan daripada tauke rumah urut ini menggunakan lesen pusat kecantikkan yang sah namun menjalankan kegiatan haram di sebalik spa-spa yang dibuka.

Siapa dalang di sebalik pertumbuhan rumah-rumah urut ini...?

Kita akan selongkar satu persatu rumah-rumah urut di sekitar Selangor, di Seputeh kawasan Teresa Cock pun kelihatan rumah urut bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


YY : Tunggu kami buat kerja gila masuk ke pusat2 ni bersama kamera sulit kami. Hihihi..

Thursday, August 11, 2011

Dari Khalid 'Gagap' Kini Beliau Bergelar Khalid 'Jamban' - Sin Chew Daily Baik Punya Cilok!

Sumber gambar dari DET
Hahaha...

Maaf saya tidak mampu untuk menahan ketawa apabila seorang yang berjawatan Menteri Besar dihadiahkan dengan mangkuk jamban oleh rakyat negeri yang ditadbirnya sendiri.

Selain dihadiahkan dengan mangkuk jamban atau bahasa bakunya adalah 'mangkuk tandas' Khalid Gagap (kini disebut Khalid Jamban) turut dihadiahkan dengan penyapu dan mop lantai oleh dua kumpulan NGO Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) 



Ini semua gara-gara tindakan Menteri Besar paling bengong dalam sejarah negeri Selangor berhubung isu 'JAIS memeriksa satu gereja di Damansara' yang mana kini hangat diperkatakan setiap umat Islam di Malaysia. Khalid Jamban dilihat cuba untuk 'memperdagangkan' kesucian Islam demi memenuhi kehendak politik bengong PKR dan DAP dengan memohon maaf kepada pihak DUMC.

Konsep memohon maaf memang bagus dan perlu diterapkan, tapi kita seharusnya bijak menilai situasi yang bagaimana memerlukan kita tunduk memohon maaf kepada mana-mana pihak. Dalam kes DUMC Khalid Jamban bertindak memohon maaf kepada pihak gereja sebelum meneliti laporan kes dari JAIS dan Hasan Ali. 

Tindakan bengong Khalid Jamban ini telah memperlihatkan bahawa kita umat Islam yang bersalah mengganggu rumah ibadat penganut agama Kristian. Walhal jelas wujudnya percubaan pastor 'merasuah' penganut agama Islam yang dalam kesusahan dengan wang ringgit dengan niat agar mereka memeluk agama Kristian.

Rasanya sudah banyak rakan bloggers yang mendedahkan bahawa 12 orang melayu Islam yang hadir dalam majlis tersebut diberikan dengan kitab Bible, soalan-soalan kuiz berunsurkan fahaman agama Kristian. Jelas di sini tindakan pastor di DUMC telah menyalahi Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.

Selain menyalahi Seksyen 10 Jenayah Syariah Negeri Selangor tindakan pastor di DUMC telah menyalahi Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang mana ada disebut bahawa setiap masyarakat dalam negara ini berhak mengamalkan fahaman agama masing-masing namun perlu patuh kepada undang-undang agar tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam. 

Sepatutnya kalau Khalid Jamban tidak bengong beliau mampu menamatkan isu ini di sini tanpa perlu mengheret Sultan Selangor dek kerana kebangangan yang dimiliki oleh beliau sendiri. 

Dalam masa yang sama penganut agama lain tidak akan bersikap prejudis terhadap JAIS dan Hasan Ali. Kini penganut agama lain melihat seolah-olah JAIS dan Islam itu 'ganas' main serbu rumah ibadat orang, walhal bukan serbu pun, yang berlaku hanyalah pemeriksaan biasa selepas mendapat laporan dan kehadiran JAIS sebenar lebih kepada untuk berbincang dengan pastor dan DUMC.

Cina Ambil Kesempatan?

Dek kerana kebengongan Khalid Jamban ini, pihak akhbar cina mengambil kesempatan untuk membelasah Hasan Ali (orang Islam) dan dalam masa yang sama turut menghasut kepimpinan PAS supaya menilai semula pemimpin yang dilihat sudah tidak sehaluan dengan PR dengan mengaitkan rekod-rekod Hasan Ali sebelum ini dalam isu penjualan arak. 

Artikel yang ditulis oleh Lim Swee Guan dalam akhbar Sin Chew Daily juga bagi saya ada unsur-unsur menghina pengawai agama yang bertugas di JAIS kononnya pengawai-pengawai ini perlu disekolahkan semula. 

Pada pandangan saya yang perlu disekolahkan semula ialah Lim Swee Guan sendiri kerana saya begitu kasihan melihat seorang penulis cina begitu BODOH sehingga tidak dapat membezakan majlis amal dengan aktiviti penyebaran agama. Rujuk di S.I.N.I

Ini mungkin kerana Lim Swee Guan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina yang tidak cuba untuk keluar daripada dunia kepompong 'kecinaan' yang telah sebati dalam diri setiap masyarakat berbangsa cina di Malaysia.

Jangan kata saya rasis, contoh mudah untuk melihat golongan ini mereka hanya memberikan ruang kepada sesama bangsa mereka baik dalam urusan perniagaan, kerja (kenaikkan pangkat) dan banyak lagi. Inilah yang dimaksudkan dengan orang cina yang hidup dalam 'kepompong kecinaan'.

Majlis amal kepala bapak lu wahai Lim Swee Guan, jika majlis itu hanyalah majlis makan malam kenapa pastor DUMC menyelitkan dengan nyanyian, soalan-soalan kuiz dan kitab Bible?

Kenapa soalan-soalan kuiz dikoyakkan ketika pihak polis dan JAIS memeriksa (BUKAN SERBUAN) gereja tersebut?

Kenapa pihak polis yang mana merupakan agensi berkuasa penuh dalam semua bidang dihalang dari melakukan pemeriksaan jika benar majlis ini tidak diselitkan dengan perkara-perkara yang salah?

Secara kesimpulannya saudara, Khalid Jamban bercakap dan membawa kepentingan suara penganut agama lain melebihi agama yang dianuti oleh beliau sendiri. Inilah susahnya bila seorang yang 'berTuhankan' sosialis mentadbir negeri.

Ini baru MB di satu negeri, bayangkan jika golongan bengong macam ini mentadbir negara?

Namun walaupun Khalid Jamban mencatat rekod MB pertama menerima hadiah 'mangkuk jamban' beliau masih tidak mampu untuk memecahkan rekod Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang yang dihadiahkan dengan pakaian dalam wanita (underwear & coli) yang bercorak harimau.

Untuk rakyat Selangor nasib kamulah yang memiliki seorang MB dengan pakej yang lengkap iaitu GAGAP & BENGONG!

Pakaian dalam wanita sudah...

Mangkuk jamban sudah...

Lepas ini 'gadget;' apa pula yang akan dihadiahkan rakyat kepada pemimpin-pemimpin PR yang dikategorikan sebagai pemimpin bengong?

Apa kata kita hadiahkan air kencing lembu dalam plastik yang diikat ketat, setiap kali mereka ceramah kita baling tepat ke atas muka. Supaya mereka sedar setiap ucapan yang dilafazkan baunya sama 'hancing' dengan air kencing lembu.


Hahahahaha.....




YY : Kata anggota Polis yang menonton laporan Buletin Utama semalam, "Khalid Jamban ni dah join group FB murtad sekali dgn Faekah ke, maklumlah dia bantai Hasan Ali lebih kristian dari orang kristian sendiri..."



Saturday, August 6, 2011

Blogger PAS Mula Tuduh UMNO Dalang 'Serbuan' JAIS ke Atas Gereja


Saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam artikel saya yang di siarkan semalam. Mereka bertaki sesama sendiri, kesudahannya yang bersalah adalah UMNO.

Blog MalaysiaWaves a.k.a 'Rahman Sluaq Dalam', mengeluarkan artikel menyalahkan UMNO dalam tindakan JAIS 'menyerbu' sebuah gereja yang mana tindakan itu dipertahankan oleh Hasan Ali. Walaupun rakyat dapat melihat dengan jelas masalah ini berlaku di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh mereka sendiri.


Tulang 'Babi' eh silap.. Tulang Besi (TB) sebenarnya mengambil peluang ini untuk mengenakan Hasan Ali kerana dari apa yang saya tahu TB ini memang bermasalah dengan Hasan Ali dari dulu lagi ianya berpunca daripada kegagalan TB yang inginkan jawatan di Selangor setelah Pakatan dapat memerintah di Selangor.

Sehingga kini dakwaan ini tidak pernah disangkal TB.

Setelah gagal mendapat jawatan yang diinginkan, blogger celaka (gelaran dari Hadi Awang dalam muktamar PAS) menjalankan satu misi untuk membunuh karakter Hasan Ali dengan menulis bermacam artikel memburukkan Hasan Ali.

Malah dendam TB dengan Hasan Ali tidak pernah luntur. Kisah ini diceritakan oleh blogger PAS sendiri sehinggakan ada blogger PAS mewujudkan satu blog semata-mata untuk menbongkar perangai jelek blogger celaka ini (rekod tulang babi)

Berbalik kisah serbuan di gereja yang dilakukan JAIS blogger celaka ini mengambil kesempatan dengan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebalik tindakan tersebut.

Dakwa beliau Hasan Ali 'bekerjasama' dengan UMNO untuk sebotaj kerajaan negeri Selangor dan PAS hukuman ini dijatuhkan ke atas Hasan Ali kerana beliau dilihat pro kerajaan perpaduan sebelum ini.


 
Datuk Hishamuddin Tun Hussein juga diheret sekali dalam permainan bodoh ciptaan TB ini kerana polis yang terlibat dalam melakukan 'serbuan' itu berada di bawah KDN.

Inilah maksud saya bahawa orang yang ada dalam PAS hari ini hanyalah terdiri dari mereka yang bodoh, dungu serta bangang.

Sekarang tunggu apa lagi, dedahlah sumber-sumber yang kau dapat wahai Rahman Sluaq Dalam kononnya wujud penglibatan UMNO.

Semua orang tahu la Khalid Gereja dengan Hasan Ali bersengketa walaupun berada dalam satu parti.

Mereka dok balun sama sendiri, akhirnya yang salah...

Adalah UMNO...

Dasar munafik!



 YY : Selain fitnah orang apa lagi yang blogger PAS mampu buat?

Friday, August 5, 2011

BAR COUNCIL Pertahankan Khalid Ibrahim - Hasan Ali Keseorangan



Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Bar Council yang mempertahankan kenyataan Khalid Ibrahim di atas tindakan JAIS membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja kerana dipercayai wujudkan unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam.

Majoriti yang ada dalam Bar Council ini adalah mereka yang bukan beragama Islam, tidak sangka peguam-peguam ini tidak faham Fasal 11 perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan agama sendiri tetapi mereka perlu patuh dengan undang-undang di mana tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam!

Mereka hanya memfokuskan bahawa di Malaysia tiada peruntukkan undang-undang yang menghalang muslim masuk ke rumah ibadat lain. Mereka mencari kelemahan undang-undang untuk mempertahankan kumpulan mereka. 

Nampak tak bijaknya 'autar' seorang peguam?

Khalid Gereja kata, hadir di gereja tidak bermakna seseorang itu jatuh murtad.

Memanglah hadir majlis berbuka puasa di gereja tidak membolehkan seseorang itu jatuh murtad. Tiada seorang pun kata hadir majlis makan di gereja seseorang itu jatuh murtad. Perkara yang dipertikaikan adalah wujudnya cubaan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam!

Kalau betul itu majlis berbuka puasa bengong betullah orang Islam yang hadir pada malam tersebut. Maklumlah banyak masjid-masjid, surau yang ada di Malaysia ini menyediakan juadah berbuka puasa kenapa gereja yang dipilih?

Kalau majlis makan malam bertujuan untuk kerja-kerja kebajikan untuk membantu kanak-kanak, wanita, pesakit HIV/Aids dan mangsa-mangsa keganasan yang lain, kenapa perlu diselang-seli dengan upacara keagamaan orang kristian?

JAIS bertindak pun atas maklumat orang ramai iaitu rakyat Selangor. Apa yang salah di atas tindakan mereka melakukan pemeriksaan tersebut?

Orang Islam (pengawai JAIS & Polis) lakukan pemeriksaan ke atas gereja berdasarkan hasil aduan orang ramai pula yang perlu minta maaf, sepatutnya penganjurlah yang minta maaf sebab tidak peka dengan sensitiviti umat Islam. 

Anehnya orang Kristian macam Teresa Cock keluar masuk masjid untuk berdemo tidak perlu minta maaf? 

Ingat balik kes 'Demo Air Syabas' macam mana biadapnya Teresa Cock di dalam masjid.

Inilah bengongnya orang PAS dan PKR. Lepas ini bolehlah kita anjurkan majlis 'Nuzul Al-Quran' peringkat antarabangsa dalam gereja, kuil, tokong dan wat-wat Siam yang ada di Malaysia. Maklumlah tiada peruntukkan undang-undang sebagaimana dikatakan oleh Bar Council.

Agak-agak orang bukan Islam boleh terima muslim masuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam rumah-rumah ibadat mereka?

Saya sarankan Khalid Ibrahim dan Khalid Gereja bubar sajalah JAIS. Buat apa ada jabatan yang mana peranan mereka tidak diperakui oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri sendiri?

Tapi saya dapat menjangkakan kesudahan kes ini.

Setelah 'keletung-keletang' mereka bertaki, bertekak dan mempertikaikan tindakan sesama sendiri, yang bersalah akhirnya Khir Toyo, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional.

Hahahaha....


YY :Bar Council jangan cuba 'menakuk di kepala takuk'...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal