|
link : http://catoutofbag.wordpress.com/ |
Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh 'seseorang' yang cuba mendapatkan pandangan saya berhubung dakwaan bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan Najib oleh kumpulan
Elit's Bloggers iaitu yang diketuai oleh Datuk Ahiruddin Atan atau popular dengan nama Rockybru.
Saya hanya menjawab,
"saya tidak mampu untuk memberi sebarang pandangan kerana saya hanyalah anak kecil dalam dunia politik mahupun dunia blog"... Lagipun jika benar wujudnya gerakan 'jahat' ini saya tidak berminat menyertainya kerana matlamat saya hanyalah membantu kemenangan BN.
Tetapi individu yang menghubungi saya ini berkata
"bro...just bagi pendapat peribadi you sahaja saya hendak baca...." Oleh sebab itu saya lakukan sedikit
'research' tentang apa yang heboh sangat diperkatakan oleh golongan di atas 'sana' sekarang ini.
Jadi artikel ini hanyalah pandangan peribadi saya dan tidak sesekali ada kaitan dengan mana-mana individu jauh sekali dengan mana-mana menteri.
Hasil
'research' poyo saya ini mendapati ada satu blog baru iaitu
'Cat Out Of Bag' telah meletakkan satu posting berjudul
"Ada Batu(Rocky) Dalam Selimut" pada 20 Ogos yang lalu. Blogger ini menyatakan bahawa beliau merupakan penjawat awam di Putrajaya dan juga seorang perunding kepada PMO.
|
Artikel Cat Out Of Bag pada 20 Ogos |
Selepas posting ini disiarkan pada 20 Ogos yang lalu, blogger otai Datuk Rockybru juga bertindak mengeluarkan posting berjudul "
Abang Din Gunning For The No.1 Seat? selang dua hari selepas itu iaitu pada 22 Ogos.
Dalam artikel berkenaan Datuk Rockybru menyatakan bahawa jika 'kem Najib' mempercayai bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan ketua mereka. Maka PM sekarang ini berada dalam keadaan yang lebih bahaya daripada apa yang beliau fikirkan.
|
Posting Rockybru pada 22 Ogos |
Ini bermakna Rockybru secara sinis cuba menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh golongan tertentu bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan PM Najib Tun Razak yang digerakkan oleh 5 orang blogger dan beliau bertindak selaku ketua kepada blogger-blogger ini.
Tetapi beberapa keraguan wujud dalam fikiran saya ketika ini, secara peribadi timbul satu persoalan dalam benak fikiran saya bahawa kenapa perlu kem Rockybru 'melompat' dengan artikel berkenaan jika dakwaan ini hanyalah fitnah jahat ke atas Rockybru?
Individu yang melompat dalam situasi ini bukanlah Rockybru sebaliknya blogger TERSOHORRRRR... si Parpukari.
Hahaha why Parps...you pula yang 'melompat'?
Dek kerana 'melompat' atau pun 'panas bontot' tidak pula saya ketahui, tetapi hasil pemerhatian saya jelas memperlihatkan bahawa Parpukari 'tidak selesa' dengan dakwaan ini sehingga melakukan sedikit penyiasatan sebagaimana dinyatakan dalam posting terbaru beliau di
SINI
Macam biasa hentaman sembrono merupakan asas utama dalam penulisan blogger TERSOHORRR ini. Beliau mula melepaskan 'tembakan' kepada kem Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Kita tahu bahawa beberapa desakan supaya Datuk Hishamuddin Tun Hussein melepaskan jawatan dari blogger tersohor ini. Baginya setiap menteri kabinet mesti akur dengan setiap penulisannya.
Dengan wujudnya blog
Cat Out Of Bag (gambar utama artikel) penulis berkenaan menyatakan bahawa beliau akan membuat beberapa pendedahan mengenai gerakan jatuhkan Najib yang mana isu ini juga dimainkan oleh beberapa blog pembangkang. Kewujudan blog misteri ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk memusnahkan sebarang usaha dan gerak kerja 'jahat' ini jika benar ianya wujud sebagaimana diperkatakan.
Dalam artikel Cat Out Of Bag baris ayat yang perlu diberi perhatian adalah :
"Word has been going around about what Rocky of Rocky’s Bru (Datuk Ahiruddin Atan) would do next, after leaving Redberry group at the end of his contract in May. Speculation was that that he would once again be involved in media as point man for a new political campaign..."
Tapi benarkah wujudnya gerakan menjatuhkan Najib sebagaimana didakwa penulis 'Kucing' ini? Pertama kali saya bertemu dengan Rockybru ialah di 1st ASEAN Malaysian Bloggers Conference anjuran Blog House Malaysia. Namun pada waktu itu saya tidak sempat berbicara dengan Rockybru, saya hanya sempat bersapa dengan blogger 'anjing' si Big Dog dan
Parps idola saya. Hahaha...
Tetapi dari apa yang saya tahu, Rockybru ketika ini sedang mengusahakan satu portal khas yang diberi nama
MOLE untuk singkatan
Malaysia On Line dan khabar ini saya tahu sebelum ianya ditulis dalam blog
The Unspun.
Tapi sama ada portal ini akan digunakan untuk menjatuhkan Najib atau tidak saya tidak berani memberi sebarang konklusinya sekarang ini. Oleh hal itu kemungkinan besar saya akan menggunakan khidmat 'kapal korek' untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini.
|
Artikel TheUnspun tarikh 24 Ogos 2011 |
Sebagai penutup untuk edisi '
geli-geli' mengenai kewujudan gerakan menjatuhkan PM ini saya hanya berani mengatakan bahawa jika benar gerakan ini wujud sekalipun, saya melihat ianya langsung tidak berkaitan dengan Timbalan Perdana Menteri iaitu mereka dari 'kem Tan Sri Muhyiddin Yassin'.
Jadi konklusi si Parpukari bahawa jika PM memikirkan TPM yang merancang segala usaha ini dan akan memecah-belahkan hubungan mereka lalu Tan Sri Hishamuddin Tun Hussein dinaikkan adalah satu konklusi bodoh ciptaan Parpukari yang sentiasa hidup dalam keadaan delusi.
Sebentar lagi akan menghadirkan diri dalam satu majlis rasmi 'seseorang' atas jemputan individu tersebut, khabarnya maklumat secara dalam akan diberikan kepada saya.
InsyaAllah kerja jahat (jika benar wujud) yang dirancang ini boleh dipatahkan oleh bloggers kecil seperti kami. Kerana matlamat kami hanya satu untuk menangkan BN dalam PRU13 yang akan datang.
Oleh hal itu saya melihat Parps tidak perlu 'melompat' lagi pun berat badan kamu tidak mengizinkan kamu untuk 'melompat' ke tahap yang lebih tinggi.
Hahaha...
YY : Oppss... Parps selamat berbuka puasa.. jangan berbuka minum Stout pulak. Hahahaha!