NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, January 5, 2012

Anwar Ibrahim Sendiri Guna #AUKU Untuk Hukum Mahasiswa...

Pengakuan dari bekas pelajar UTM tahun 1985-1990 yang ditinggalkan di laman blog Tun Faisal Dot Com :


Saya ingin merujuk kepada kenyataan anda yang di bawah ini : 
["Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan? Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut."]
Saya adalah seorang mahasiswa di UTM Kampus Jalan Semarak bermula pada 1985 - 1990. Semasa di Tahun 2, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Pada ketika itu, penuntut UTM sudah mula diresapi dengan fahaman politik PAS yang bergerak senyap-senyap. 
Namun sebaik sahaja Anwar mula berkuasa sebagai Menteri Pelajaran (yg kuasanya turut melibatkan semua universiti yg ada), pelajar-pelajar yang condong kepada PAS ini sudah mula bangkit terang-terangan menentang Menteri yg baru dilantik ini dan juga AUKU.

Maka terjadilah satu demontrasi kecil yang telah berlaku di dalam kampus.Saya lupa tarikhnya tapi di antara 1986 dan 1987. 
Memang demontrasi itu gagal tetapi sebahagian kecil pemimpinnya telah diheret ke Majlis Tatatertib UTM. Ada yang dibuang universiti dan ada juga yang digantung pengajian.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, Anwar itu sendiri pernah menghukum pelajar dengan memberhentikan pelajar dari universiti, termasuk kes yang saya saksikan di UTM itu. Dia sendiri bertindak dengan kuasa kukubesinya untuk menghukum mahasiswa yang ingin mempertikaikan kewujudan AUKU
Dan seperti yang dinyatakan, AUKU itu sendiri diwujudkan untuk menyekat sikap memberontak beliau semasa di UM.

Jadi, saya amat berharap carilah bekas mahasiswa buangan ini dan tampilkan mereka ke khayalak ramai. Mari kita buktikan kepada mahasiswa hari ini bahawa Anwar sendiri begitu kejam terhadap mahasiswa semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dulu. 
Sejarah silam sepatutnya mengajar kita dengan apa yang terjadi pada hari ini. Bukakanlah pekung Si Penipu ini,biar mahasiswa hari ini tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya
YY : Celik-celik mata terus sokong Anwar Ibrahim - luanglah masa baca, kaji dan buat analisis selepas itu barulah buat keputusan. Nama pun mahasiswa kan...?

2 comments:

Andy Zs said...

artikel yang menarik. berkenaan meraik balik person sebagai bukti keangkluhan anwar dulu ke public. menarik.. cadangan kepada mahasiswa mengkaji dahulu pemimpin ini amat dialukan.. tahniah.. ide ini patut diketengahkan

Anonymous said...

Anwar munafik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...