NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 3, 2012

Demo #UPSI : Pelbagai Pihak Tampil Mengecam Tindakan Melampau Kumpulan SMM

Nurul Nadirah Fazmin NarawiPelajar Jurusan Keusahawanan & PerdaganganUniversiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
Melihat kembali kepada sejarah Malaysia, YAB Perdana Menteri merupakan diantara individu penting yang bersungguh-sungguh menaiktaraf Institut Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris.  
Sebuah institusi pendidikan negara yang tertua dan disegani kerana berjaya melahirkan ribuan pendidika anak bangsa. Tetapi, tahun 2011 telah membawa kepada titik sejarah hitam UPSI kerana disinilah lahirnya seorang aktivisyang beria-ia mahu menjatuhkn pemimpin no 1 negara. 
Apakah kesudahan mereka yang kononnya membawa satu perjuangan kebebasan akademik? Mahu bebas bagaimana lagi? Apakah mahasiswa belajar dalam kurungan ataupun dipenjarakan jika tiada kelas? 
Melihat apa yang telah berlaku malam semalam di ambang tahun 2012, Saya berasa kesal dan mengutuk perbuatan mereka kerana tindakan mereka tidak melambangkan kredibiliti n rasionalisme seorang mahasiswa.

Saya melihat mereka (SMM/BEBAS) seolah-olah membina satu momentum kehancuran yang berupaya memecah-belahkan mahasiswa diseluruh Malaysia dengan ideologi perjuangan tidak sihat mereka. Sebagai seorang mahasiswa UPSI .  
Saya kecewa dengan tindakan mereka (SMM/BEBAS) yang sanggup mencetuskan kontroversi dan mencabuli keamanan kampus serta mencalarkan imej bersih UPSI itu sendiri. Saya tidak tahu dari sudut mana harus saya banggakan dengan perjuangan dan tindakan biadap merek.  
Molek kiranya jika kita menghayati sejarah UPSI dan mengkaji apakah kesan terhadap masyarakat khususnya dengan tindakan mereka. 
Saya ingin menyeru Mahasiswa/siswi di seluruh Malaysia menjaga gelaran MAHASISWA itu sendiri dengan baik agar ianya tidak dicemari dengan ideologi politik luar.  
Berfikir sebelum bertindak agar ia tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diri sendiri. Jangan berbicara tentang politik dan masa depan negara selagi diri tidak istiqamah dalam menimba ilmu"
Tun Faisal Ismail Aziz
Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Saat saya melihat dan meneliti rakaman video mereka (SMM/BEBAS) berdemonstrasi, saya tidak percaya tindakan memanjat pagar seperti 'monyet' dan menjerit-jerit itu melambangkan aspirasi mahasiswa kerana hanya pelajar yang diajar untuk menjadi biadap sahaja akan bertindak sebegitu.   
Jelas melalui rakaman video, pihak polis tidak bertindak kasar mahupun ganas seperti yang dihebahkan sebaliknya golongan mahasiswa yang berdemo itu telah bertindak agresif serta secara berterusan mencabar pihak berkuasa yang berkawal. 
Sama seperti skrip 'Bersih', taktikal kematian dua kali milik suhardi digunakan selain ada babak yang menyerupai 'Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya' dimana kononnya Safuan Anang nazak dibelasah pihak polis. 
Sedangkan didalam foto tidak kelihatan sama sekali sebarang kesan lebam mahupun luka dan kecoh tentang kecederaan di kepala seorang rakan kepada Safuan Anang disebarkan kononnya sebagai bukti kekasaran polis walhal dia cedera sendiri ketika merempuh pintu klinik sehingga pecah. 
Bercakap dari segi moral dan sahsiah diri, sikap kurang ajar dan biadap bukanlah aspirasi golongan terpelajar sebaliknya perkara sebegini hanya akan berlaku dengan kewujudan sekumpulan kecil mahasiswa yang meniru kebejatan dan kekotoran politik luar. 
Disebabkan itu, saya merasakan kempen 'Aman Kampus' perlu digerakkan dengan segera dan mahasiswa majoriti perlu mengutuk tindakan mereka (SMM/BEBAS) kerana ia bukanlah satu contoh yang baik untuk generasi yang akan datang"
Lagi reaksi serta respon masyarakat boleh dibaca di blog Keris7Lok [KLIK] 

2 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Anak siapa yang bodoh pergi merusuh ni... Buang aje dari Universiti... 50 kena buang ada 5000 nak masuk belajar... Mana Tim. Menteri yang nak membela sangat pelajar sewel ni senyap aje... Ini apa mak/bapak tak ajar atau memang kurang ajar...

Anonymous said...

buang je bdk2 bodo tu,jgn sampai ade yg terlepas dan berjaya jadi cikgu.. merosakkan minda pelajar dan masyarakat..tak terkecuali jika ada tindakan yg sama kpd pensyarah upsi yg menyokong mrk atau lbh teruk lagi sbg penasihat mrk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...