NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 2, 2012

Adam Adli Revolusi Akan Terjadi Di Malaysia Jika Kamu Mati...

Oleh : Green Hood [Kritis Online]
Teori Konspirasi : Adam Adli Ikon The Next 'Anal Spring' oppss... 'Arab Spring' 
Sejarah membuktikan Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, Syria, Yemen, Kuwait, Jordan, Iraq, terkesan dengan revolusi Arab Spring ini. Ia juga merebak di sebahagian tempat seperti Lebanon, Arab Saudi dan Sudan. 
Faktor yang mendorong rakyat bagi menentang rejim kerajaan itu kebiasaannya berlandaskan perkara-perkara yang bersangkut dengan masalah sosio-ekonomi rakyat. 
Apabila menyebut tentang masalah sosio-ekonomi rakyat, maka tiga (3) perkara terkait rapat adalah korupsi dan rasuah, kronisma dan nepotisma. 
Berlandaskan tiga (3) kata kunci ini maka ia dipecahkan pula kepada kepimpinan yang tidak adil, tidak demokratik dan bersifat kuku besi. Dipendekkan, ianya jauh tersasar dari apa yang disebut sebagai demokrasi tulen. 
Maka, rejim kerajaan itu digambarkan sebagai mementingkan diri kepimpinan yang ada, menjalankan pemerintahan yang zalim dengan polis dan tentera digambarkan sebagai ejen kepada kerajaan dalam menindas rakyatnya, bersikap brutal dan tidak berhati perut. 
Manakala mahkamah disifatkan tidak adil seadilnya. Keputusan mahkamah adalah dijangkakan bersifat memihak kepada kerajaan yang ada. 
Dari segi pentadbiran pula, kakitangan awam digambarkan terlalu korup dan gagal berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tanggung jawab mereka kepada rakyat. 
Rasuah berleluasa dalam perolehan kerja atau kontrak, atau apa-apa juga yang sepatutnya dinikmati secara adil dan saksama oleh rakyatnya manakala ahli politik serta kakitangan kerajaan adalah pemain utama dalam melakukan korupsi serta rasuah ini.

gambar: Mohamed Bouazizi – di Tunisia, keperwiraannya diabadikan dalam bentuk setem
Dari segi hak kebebasan pula, rejim kerajaan itu digambarkan tidak memberi ruang langsung untuk rakyat menzahirkan perasaan mereka. Hak kebebasan bersuara dan menulis disekat. 
Kebebasan memperolehi pendidikan serta akademik juga digambarkan disekat. Ruang untuk mengadakan tunjuk perasaan juga disekat. 
Rakyat tidak langsung boleh menyanggah kepimpinan kerajaan yang ada. Justeru, ia turut memberi efek kepada proses pendemokrasian yang paling penting bagi sesebuah negara itu, iaitu – pilihanraya umum! 
Piilihanraya umum digambarkan sebagai tidak telus dan adil. Bahawasanya rejim kerajaan sedia ada telah memanipulasikan setiap perkara dalam memastikan kemenangan yang besar dan gah kepada mereka.  
Rakyat hanya kononnya menurut sahaja apa yang rejim kerajaan laksanakan. Jika ada barisan pembangkang pun, kononnya barisan pembangkang ini juga tidak mampu berbuat apa-apa.
Sekali imbas, mungkin anda semua seperti mendapat bayangan apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia. Trend serta skrip Arab Spring yang dipakai seolah-olah sama seperti apa yang mahu dituntut oleh mereka yang mengaku aktivis kebebasan hak asasi manusia. 
Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen yang kononnya gagal diperolehi dalam negara kita. 
Satu persatu gerakan yang sama dilakukan sewaktu Arab Spring kini telah digerakkan di Malaysia. Berbagai nama bagi menjustifikasikan gerakan serta tuntutan mereka telah diadakan seperti gerakan Bersih dan Bersih 2.0, gerakan Lesbian Gay Bisexual & Transgender (LGBT), gerakan BEBAS serta berbagai-bagai lagi gerakan yang seumpamanya.

Gambar: Basel Sayed – Syria
Namun di Malaysia, berbeza dengan apa yang berlaku di negara-negara Arab, tiada ikon yang dapat diwujudkan bagi menjustifikasikan kezaliman kerajaan. 
Di sana (negara-negara tanah Arab), Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya sehingga mati mampu meraih simpati dan kemarahan rakyat seterusnya meledakkan revolusi yang menggulingkan rejim kerajaan Tunisia. 
Atau Basil Sayed yang sempat merakamkan kematiannya sendiri akibat ditembak oleh tentera dan membangkitkan kemarahan rakyat Syria. Atau Neda Afgha-Soltan yang kematiannya akibat ditembak oleh pihak yang tidak dikenali di Iran dan berita kematiannya mendapat liputan meluas seluruh dunia terutama CNN News. 
Di Malaysia, ketua barisan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah seorang yang kena tuduh dan dibicarakan atas perbuatan jenayah yang tertakluk pada Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan walaupun sekuat mana beliau cuba memberitahu dunia bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik. 
Rakyat Malaysia hanya menantikan apakah keputusan yang akan diberikan oleh mahkamah pada 9 Januari nanti. 
Manakala provokasi yang dimainkan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam menuntut hak kebebasan seksualiti malahan ditolak olah majoriti rakyat termasuk parti yang pernah menyokongnya dalam tuntutan Bersih dan Bersih 2.0 iaitu PAS, namun tidaklah hingga membuatkannya terbunuh hingga mampu membangkitkan perasaan amarah keterlaluan rakyat.

Gambar: Neda Afgha-Soltan – di Iran, kematiannya yang dimuat turun melalui Youtube mendapat perhatian dunia
Kini, kita seluruh rakyat Malaysia yang bijak menilai sedang memandang seorang ikon yang entah dari mana datangnya dicipta bagi membuat huru-hara dengan beberapa provokasi tertentu termasuklah menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia dan mengusung keranda serta potret Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Beliau yang dimaksudkan adalah Adam Adli, seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 
Adakah beliau bakal terbunuh hingga mampu mencetuskan ‘Arab Spring’ di Malaysia? Semoga dijauhkan, mudah-mudahan. 
Apa yang pasti, pihak-pihak yang mempergunakan ‘ikon baru’ ini adalah pihak yang tidak bertanggung jawab kerana bukan sahaja mengancam masa hadapan beliau yang dipergunakan ini bahkan nyawanya sendiri. Provokasi yang dilakukan mampu mengundang kemarahan melampau dan menyebabkan nyawa terancam. 
Mungkin dalam hati pihak yang menajanya berkata “lebih baik dia mati untuk memudahkan revolusi berlaku di Malaysia!”

5 comments:

khusairi talib said...

Adam Adli nampaknya perlu lebih berhati-hati dengan pemimpin dan penyokong fanatik parti yang memperalatkannya. Demi mewujudkan kekacauan dan huru-hara, apa-apa sahaja boleh berlaku, termasuk melibatkan nyawa 'kaldai' peliharaan mereka. Tidak hairan jika ada di kalangan mereka yang akan menyamar seperti polis atau berada dalam kelompok pro-kerajaan, dan melakukan tindakan keterlaluan terhadap Adam. Semoga perbuatan seumpama itu tidak berlaku.

Anonymous said...

Andaian untuk halwa fikir.

Jika Adam Adli mati, kena gilis Lori Indah Water yang sarat muatanya...adakah dia mati dalam keadaan bernajis? Serta shahid di mata Aljubs.?

Andaian 2. Jika pada ketika Adam Adli menurunkan Bendera PM, beliau terpanah petir pada tiang Bendera itu, Adakah dia Shahid di mata Pok Nik?

Golongan Pelajar ini telah disesatkan. Mereka Sudah tidak mahu belajar.

Usahlah kita bung masa dengan mereka. Amble Jalan mudah. Tamatkan pengajian mereka.

Masa yang terluang, mereka boleh menumpukan perhatian mereka pada Aljubs.


Ghost Protocol

YY said...

Ghost Protocol,

Simpati saya rasa jika pentadbiran UPSI tamatkan pengajian bdk2 ni tk cukup kasih sayang ni. :)

Takkan nk kerja bancuh kopi kt umah DSAI? ;p

Anonymous said...

Betul juga kata penulis, jadi Adam Adli bila nak bakar diri? lagi cepat bakar diri lagi cepatlah Malaysia revolusi.

Lps tu ikut jejak Mesir, Syiria, Indon yg berpuluh kali revolusi pah tu sudah rakyatnya merempat.

Hidup Adam Adli!

Anonymous said...

aku dapat rasakan cita2 besar budak mentah ni..yang akan tersingkir lepas ni... ia bercita2 jadi hero seperti HERO demonnstrasi BALING suatu masa dulu.. bukankah HERO tersebut bakal jadi perdana menteri pada PRU 13 nanti ?.. maka budak tolol ni pun berangan2.. suatu masa nanti ia juga akan jadi perdana menteri macam IDOLA dia juga... bagi aku.. siapa yang akan jadi PM bukan kita tentukan.. itu semua kerja Allah taala... kenapa aku tak jadi perdana menteripun kerana kuasa Allah taala.. belajarlah terima hakikat Qada' dan Qadar..
jadi kita kena sedar bahawa kita hanya mampu berusaha dan seterusnya bertawakkal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...