NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

#PRKampus : Dari Kepala Babi Hingga Kes Mastura Hilang, Kini #ProMenipu UM Terus Menipu Untuk Raih Undi Simpati!


Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook tentang dakwaan Edikoup Lakip Sediyanto (Pengerusi Mahasiswa Pembangkang di UM) yang kononnya dipukul pada malam 24 September 2012.

Kenyataan dalam Facebook hanya keluar pada jam 9.30 pagi pada 25 September 2012. Mengapa terlalu lambat membuat kenyataan?

Berdasarkan dakwaan tersebut, maka ditulislah dalam Malaysiakini dan diwar warkan dalam media yang pro mereka bahawa pemimpin mereka telah dipukul.


Sebelum itu, satu laporan polis sudah dibuat oleh Edikoup pada jam 4.32 pagi pada 24 September 2012. Kononnya, ada tiga orang lelaki naik kereta Proton Wira berwarna merah dan datang ke rumah. Ada beberapa keraguan yang boleh dipersoalkan :

 

1) Amat tidak masuk akal tiga orang lelaki yang datang ke rumah Edikoup itu gagal dikenalpasti identitinya. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh kawan-kawan Edikop yang lain? Mereka bukan kawan-kawan biasa, mereka adalah jentera kepada Pro M di UM. Rumah yang didatangi pun bukan rumah biasa, ianya biasanya adalah rumah operasi mereka.


Dengan latihan yang diberikan oleh pakatan pembangkang kepada mereka seperti yang diakui oleh Khalid Ismath dalam Twitternya, mustahil tiada seorang pun daripada mereka yang tidak memiliki kamera atau video.

Kesnya sama macam kes kepala babi dilempar di Surau Akademi Pengajian Islam, tiada seorang pun perasan orang yang masuk melalui pintu belakang untuk meletakkan kepala khinzir dalam surau, sedangkan mereka tidur beramai ramai dalam surau tersebut (baca sini).

2) Kalau pun tiada kamera dan video, jentera Pro M yang bersama dengan Edikop dalam rumah tersebut adalah ramai. Jika melihat sesuatu kenderaan yang dicurigai, penglihatan yang pertama akan fokus kepada plat kenderaaan terlebih dahulu sebelum melihat warna kenderaaan.

3) Amat pelik, Malaysiakini hanya siarkan gambar Edikoup dari luar sahaja dengan muka menutup hidung, tanpa gambar kesan Edikoup dipukul dengan begitu teruk.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.


"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya. ini yang ditulis dalam Malaysiakini tentang keadaan Edikop dipukul (baca sini).

Kalau sudah dipukul dengan topi keledar dan sebegitu teruk sekali kejadiannya, mengapa tidak difokus gambar kesan lebam tersebut? Kenapa gambar tutup hidung sahaja?

Sama seperti Safwan Anang berlakon pada malam 1 Januari 2012, tiada laporan perubatan dikemukan sampailah ke hari ini (baca sini). Mengapa laporan perubatan yang sama tidak dikeluarkan untuk kes Edikop?

4) Lumrahnya, pada malam pilihan raya kampus, seorang ketua jentera tidak akan berjalan sendirian setelah menerima ugutan dan diganggu oleh orang lain. Bagi tujuan kempen dan keselamatan, dakwaan Edikoup beliau bersendirian sewaktu kejadian adalah amat diragui.

5) Mengapa waktu ugut dan waktu dipukul adalah malam-malam terakhir sebelum pilihan raya kampus diadakan? Mengapa cerita ini perlu diadakan? Simpati?

6) Tanpa diketahui siapa pemukul dan motif si pemukul, persepsi yang cuba dibina dalam minda mahasiswa dan rakyat adalah yang memukulnya dalah pihak lawan iaitu kumpulan Penggerak di Universiti Malaya.

Taktik ini sama seninya seperti kes culik Masturah pada pilihan raya kampus yang lepas di UM. Apa motif penculik dan tidak sedar siapa penculik, kemudian yang cuba dituduh adalah pihak lawan mereka.


7) Taktik yang sama cuba digunakan di UKM. Dakwaan dibuat di lobi parlimen pada 24 September 2012. Kononnya ada panggilan telefon untuk membunuh dan sebagainya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kampus sebegitu ekstrems sekali hendak kuasa hingga bunuh membunuh. Yang pernah berlaku adalah usung keranda, pecah pintu dan kepung pejabat HEP.


Berkerusi roda? Sama macam Mohd Sabu, Anwar Ibrahim dan Safwan Anang. Taktik yang sama untuk raih simpati?

Selepas ini sudah tentu Edikoup akan berkerusi roda dan melawat tempat tempat mengundi di UM.

Apakah taktik ini sengaja dibuat untuk mewujudkan kepercayaan awal sebelum peristiwa Edikop dipukul beri liputan meluas oleh Malaysiakini? Usah terperangkap dengan main gerak sarafreverse psychology yang cuba dibuat oleh mahasiswa pembangkang ini.

Mereka meniru aksi baling cat merah ke bas, ugutan kononnya Anwar Ibrahim hendak dibunuh ketika Saiful Bukhari melaporkan kes liwat dan strategi mencederakan diri sendiri yang pernah dilakukan Mohd Sabu dalam BERSIH 2.

Berhati hati dengan taktik mereka. Kekalkan bersama Aspirasi Mahasiswa. Ini barulah ugutan bunuh yang sebenar (baca sini). Siapa mereka? Anda nilaikanlah sendiri - Angin Perubahan

Sunday, September 23, 2012

#PRKampus : Rakaman Pelajar Pro-Pembangkang #UPSI Dibelasah Hingga Patah Rusuk?


Ingat malas ambil pusing mengenai pilihanraya kampus ini, nanti dituduh pula kita turut berkempen tetapi disebabkan seorang mahasiswa mengirimkan rakaman video demontrasi oleh sekumpulan bakal pendidik.

Saya terpanggil untuk menyiarkannya kepada umum perangai serta kebengongan pelajar yang akan mendidik anak cucu kita kelak.

Satu video dikirimkan melalui emel oleh seorang penuntut UPSI, pengirim mengatakan sekitar 50 orang pelajar pro-pembangkang mengadakan satu perhimpunan 'BERSIH KAMPUS' di luar pagar kolej pagi tadi untuk menyerahkan satu memorandum kepada pihak pentadbiran UPSI.
Salam bro YY, 
Saya penuntut UPSI dari Fakulti Sains & Matematik Tadi pelajar pro-pembangkang mengadakan satu demontrasi bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pentadbiran UPSI kerana calon mereka dibatalkan pencalonan. Apa yang memalukan kami penuntut UPSI ialah demontrasi bantahan ke atas HEP diadakan pada hari Ahad di mana semua pegawai tiada dalam pejabat. Harap bro YY boleh siarkan video kepada umum agar masyarakat tahu tidak semua penuntut UPSI bermasalah, mereka juga tidak mewakili majoriti penuntut UPSI.
Saya tidak kisah mereka mahu berhimpun atau baring di atas jalan sekalipun, soal permit ada atau tidak itu juga tidak menjadi masalah kepada saya.

Perhimpunan ini dibuat bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pentadbiran UPSI, tetapi bengongnya ia dibuat ketika kakitangan dan pegawai pentadbiran UPSI bercuti (Ahad), jika bukan bengong apa lagi perkataan yang sesuai untuk kita berikan kepada pelajar pro-pembangkang ini?

Akhirnya dek kerana tiada siapa yang peduli dan melayan karenah mereka selain dinding dan pagar kolej,  (siapa nak peduli, ofis tutup bro...) maka bersurailah pelajar-pelajar bengong ini setelah penat melalak

Saksikan video aksi pelajar pembangkang 'dibelasah' sehingga patah rusuk dan berterabur gigi (teori Khalid Ismath) yang diemelkan kepada saya.



Hahaha...

Jadi wahai adik-adik yang sedang menuntut di UPSI, baik pilih mahasiswa yang benar-benar membawa dan memperjuangkan hak kamu sebagai penuntut UPSI, dan wajah-wajah di bawah ini merupakan calon yang wajar dipilih untuk mewakili kamu semua :

Dari Facebook : Media Aspirasi Mahasiswa UPSI

YY : Aku bantu budak-budak ni berkempen sebab calon pembangkang ni bengong sangat, supaya pelajar junior UPSI tidak silap memilih wakil untuk perjuangkan hak mereka kelak. 

Thursday, January 19, 2012

PAS Hukum Mahasiswa KUIN Guna AUKU - Adam Adli & The Geng Kena Kencing?


Kasihan...

Anak muda yang bergelar mahasiswa nampaknya diperlakukan umpama 'keldai' oleh parti politik pembangkang untuk menjayakan agenda mereka dalam memerangi kerajaan.

Melihat kenyataan Menteri Besar Kedah semalam membuktikan bahawa pembangkang sebenarnya tidak pernah konsisten dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Kita ambil contoh 'rusuhan' kecil di UPSI yang mencetuskan kekecohan sebelum ini, pada waktu itu beberapa pemimpin PAS tampil menjadi jaguh kepada mahasiswa dalam memperjuangkan untuk memansuhkan AUKU.

Mahfuz Omar - sokong mahasiswa 'merusuh' di UPSI desak kerajaan mansuhkan AUKU.
Kenyataan Naib Presiden PAS pada 4 Januari lalu.
Ketika itu jaguh-jaguh serta hero-hero dari kalangan pemimpin PAS termasuk Naib Presidennyaiaitu Mahfuz Omar tampil mempertikaikan pentadbiran UPSI yang menggunakan dikatakan menggunakan AUKU dalam menghukum pelajar.

Bukan itu sahaja malah Dewan Pemuda PAS turut menjadi jaguh kononnya hanya PAS serta Pakatan Rakyat benar-benar faham apa itu kebebasan akademik dan apa yang dimahukan oleh kumpulan mahasiswa.

Tiba-tiba semalam Menteri Besar Kedah DS Azizan dari PAS tegas dalam kenyataannya mengatakan :
AUKU akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.
Hahaha...

Tatkala UMNO/BN melalui Perdana Menteri dilihat terbuka dengan mengumumkan Perkara 15 AUKU akan dipinda. PAS pula melaungkan nada sebaliknya dan jika diteliti seolah-olah mereka pula yang mempertahankan AUKU.

Persoalannya...

Di mana suara hero-hero PAS ketika ini...?

Di mana suara Aziz Bari yang kononnya begitu faham apa itu 'academic freedom'...?

Di mana Mahfuz Omar yang sebelum ini begitu beria mempertikaikan tindakan UPSI dalam mengenakan hukuman ke atas pelajarnya...?

Tidak beranikah Mahfuz Omar mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah ini...?

Jika PAS benar-benar ikhlas sepatutnya AUKU tidak digunakan untuk 'menghukum' pelajar. Kerana KUIN di bawah pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan negeri berhak samada atau tidak menggunakan AUKU untuk mengenakan tindakan terhadap seseorang mahasiswa.

Memandangkan buku jingga PR mensyorkan pemansuhan AUKU, maka kerajaan negeri PR boleh abaikan AUKU di Universiti bawah kerajaan negeri, tapi lain pula tindakan yang digunakan oleh PAS.

Bukankah kita dapat melihat dengan jelas betapa munafik dan tidak konsistennya perjuangan yang dibawa oleh PAS dan juga PR hari ini...?

Kasihan...

Adam Adli dan rakan-rakannya...

Ingatkan PAS dan PR ikhlas berama mereka...

Rupanya PAS dan PR hanya menjadikan mereka 'keldai' tunggangan untuk menjayakan agenda perjuangan politik mereka...

YY : Silap hari bulan Ostat Azizan pulak kena pecat esok... 

Wednesday, January 18, 2012

#UPSI : Tak Dapat Terjah PWTC - Adam Adli 'Hijack' Ibu Pejabat PAS?


Patung berbentuk pocong yang dibawa oleh geng Adam Adli terpaksa diikat di hadapan Pejabat PAS Jalan Raja Laut, satu soalan bermain di benak fikiran saya ketika ini...

Apa rasionalnya ikat pocong di depan pintu Pejabat PAS....?

Mereka ini ingin menyatakan bantahan kepada pentadbiran UPSI atau pun pentadbiran PAS...?

Kalau bukan sewel apa lagi gelaran yang layak buat mereka ini...?

Dalam plan asal mereka difahamkan patung ini hendak diikat di tiang bendera di bangunan PWTC, tapi terpaksa ubah plan sebab beberapa 'panglima ludah' sedang menunggu mereka di sana....

Oh... mereka tunggu bukan mahu ajak bertumbuk, mereka hanya mahu berdiskusi bersama para 'mahasewel' opss.. maaf mahasiswa, bila lagi 'abang ludah' boleh berjumpa dengan 'selebriti' popular bernama Adam Adli kalau bukan hari ini....

Esok jangan pelik kalau mereka pergi ikat patung pontianak di hadapan Pejabat PKR pulak!

Macam-macam gila...!

Artikel sebelum : Adam Adli nak berdemo dengan SOGO  & 'Abang Ludah' Tunggu di PWTC Adam Adli Tak Muncul-Muncul.

Terkini Dari PWTC : @ArmandPJU a.k.a 'Abang Ludah' Kata - "YY yilekkk la bro..."

"Tarak apa-apa pun bro... mana Adam Adli ni...?"

Gambar aksi 'panglima-panglima ludah' yang sekarang ini berada di PWTC menunggu ketibaan 'selebriti' popular Adam Adli.

Hoii... mana Adam Adli tadi kata sedang berarak menuju ke PWTC?

Turunlah mari, kesian tahu membuatkan 'abang-abang ludah' tertunggu-tunggu...

Hehehe...

Lawan mahasiswa tolol kena guna cara yang tolol...

'Abang ludah' kata tadi "YY yilekkkk la bro...."

"Mana depa ni....?"

Hoii Armand jangan meludah merata-rata dalam PWTC tahu.... Ptuih...!

Keh...keh...keh

Artikel sebelum : Adam Adli Nak Berdemo depan SOGO?

Terkini Dari SOGO Situasi Terkawal - Adam Adli Tak Cukup Geng? #UPSI


Situasi di hadapan Sogo sehingga ke saat ini dilaporkan terkawal, hari ini dilaporkan bahawa Adam Adli akan mengadakan demontrasi di hadapan Sogo untuk membantah tindakan UPSI yang menggantung beliau selama 3 semester.


Dimaklumkan bahawa Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI, Menurut sumber dari Sahabat Gunung Mahasewel tersebut akan membuat kecoh di hadapan SOGO, KL pada jam 1.30 pm. 
Sementara itu Adam Adli mahu UPSI pecat beliau terus dari Universiti tersebut.
"Saya tertanya-tanya mengapa mereka tidak singkirkan saya ... adakah kerana mereka tahu saya akan kembali dan mengulangi perkara yang sama? 
"Ini satu lagi masalah, bukannya saya malas untuk belajar, tetapi sekurang-kurangnya jika saya dibuang, saya boleh cari tempat lain untuk belajar,"katanya.

Tempoh hari marah sebab digantung...?

Kini marah sebab kenapa hanya digantung dan tidak dipecat...?

Pendek kata apa saja tindakan pentadbiran UPSI semuanya akan dijadikan isu oleh budak yang mahu popular ini...

Baca juga di blog : Huraira Al- Hady

Thursday, January 12, 2012

[VIDEO] : Anwar Hadi Cabar Adam Adli #UPSI ?



Oppss...

Nampaknya kita ada ikon baru di kalangan mahasiswa...

Yang benar-benar layak dijadikan ikon....

Sebab beliau berfikiran waras dari Anwar yang satu lagi, Anwar yang dipuja oleh Adam Adli dan kroni...

Takkan tak tahu kot siapa?

Ada komen di laman youtube yang mencabar Adam Adli :
"Aku cabar Adam Adli buat VLOG mcm ni, cakap dan nyatakan apa pandangan, pendirian dan matlamat yang ingin dicapai, kemudian minta respon daripada mahasiswa dan org ramai. Tengok berapa ramai LIKE berapa ramai DISLIKE."
So... Adam Adli, you ada berani ke bro...?

Just jawab apa perjuangan you sebenar dalam bentuk VLOG...?

Demo nak hantar memorandum pukul 2.00 pagi...?

Apa dia fikir ofis UPSI macam 7 Eleven buka 24 jam?

Kah...Kah...Kah...

YY : Anwar Hadi.... good job dude!

Wednesday, January 11, 2012

#UPSI : Aktivis Mahasiswa Di Malaysia (SMM/BEBAS) Aktivis 'Cap Ayam'...?

"Jangan pisahkan... aku & dia.. Tuhan tolonglah... ku cinta dia..."  - Sekadar hiasan

Mereka (SMM/BEBAS) menggelarkan diri mereka sebagai aktivis pelajar, jika aktivis pelajar Islam di luar negara aktif terlibat dalam program membantu masyarakat. Tetapi aktivis pelajar di Malaysia SMM hanya pandai terlibat dalam program yang menyusahkan masyarakat.

Mungkin mereka juga tidak baca sejarah gerakan mahasiswa, sebab itu mereka tidak tahu bahawa gerakan mahasiswa yang dulu merupakan gerakan dominan, agen perubahan dan juga suara keramat ini berpecah gara-gara tindakan Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada Mac 1982.

Sekadar MENYEMAK artikel...
Itu era 60-an kini kita telah memasuki era moden, era teknologi canggih. Maka tidak hairanlah aktivis mahasiswa di luar negara iaitu di US sendiri lebih aktif terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan berbanding aktiviti politik.

Tetapi aktivis mahasiswa di Malaysia hari ini lebih cenderung kepada perjuangan memanjat pagar, memecahkan pintu, memaki-hamun, berjuang untuk melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan Universiti.

Aktivis di Malaysia hanya tahu "Hidup Bang Nuar!" "Hancur UMNO!" bla...bla...bla sambil merempuh pintu kaca.

Gambar untuk MENYEMAK artikel 
Dari UPSIkena :

Pada 1966, kajian University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) mendapati 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar. 
Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati hanya 26.7% sahaja yang bersetuju. 
Pada 2010, kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot. Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik
Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar?

Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan?

Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu? 
Tidak.

Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.

"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.

"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.

Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. 
Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).

Bahkan, dalam aktivisme keagamaan pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.

Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan.
 
Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.

Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.

Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.

Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.

Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).

Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:

"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat.

Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.

Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.

Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"
 
Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contoh yang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.

Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').

Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.

Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).

Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.

Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.

Tuesday, January 10, 2012

#UPSI : Bukan AUKU Yang Hukum Adam Adli...

Opsss... Terbalik pulak...
Semakin ramai mahasiswa mula menggunakan medium blog untuk menyatakan suara mereka, dan langkah ini dilihat lebih bijak daripada baring di atas jalanraya sebagaimana dilakukan oleh sekumpulan 'mahasewel' SMM.

Semalam 'selebriti' terkenal melalui filem 'Turun Bendera' Adam Adli digantung 3 semester oleh pihak pentadbiran UPSI kerana beliau terlibat dalam acara 'panjat pagar beramai-ramai' bersama beberapa rakannya.

Adam Adli kata dia dikenakan hukuman oleh mahkamah AUKU, benarkah dakwaan pemuda ini? Atau pun dia keliru diantara peraturan Universiti dengan AUKU.

Kita baca apa kata seorang mahasiswa yang juga seorang blogger :
Adam menyatakan bahawa dia dikenakan tindakan dibawah peraturan 3 dan peraturan 4 iaitu mencemarkan nama baik UPSI dan memudaratkan ketenteraman awam dibawah peraturan AUKU...agak hairan para reporter mengiakan sahaja kononnya ini hukuman AUKU...ditambah pula dengan laporan yang dikeluarkan oleh malaysiakini yang kononnya mensahihkan kenyataan ini..teryata kenyataan adam yang mengatakan dirinya dikenakan peraturan dibawah AUKU telah memberi bola tanggung kepada kami para blogger untuk tolong smashkan!!!
Baca selanjutnya di blog Harapan Rakyat yang bergelar MAHASISWA [KLIK] 

Saturday, January 7, 2012

#saveKelantan : Mahasiswa Kelantan Berkumpul Sokong Kerajaan Pusat


Mahasiswa Kelantan hari ini berhimpun secara aman untuk menyambut kepulangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 pelajar itu adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut terdiri daripada mahasiswa daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Mereka mula berkumpul pada pukul 2.15 petang untuk menyambut kepulangan Mustapa ke negeri ini memegang sepanduk yang tertulis ‘Kami Sokong Tok Pa’ dan ‘Mahasiswa Kelantan Menyokong Gagasan 1Malaysia’.

Mustapa dalam ucapan ringkasnya di lapangan terbang tersebut berkata, perhimpunan ini membuktikan majoriti mahasiswa menyokong Kerajaan Pusat.

“Dengan sokongan yang diberikan oleh pelajar Kelantan kepada Kerajaan Malaysia, jelas membuktikan majoriti pelajar mahukan kemananan, sopan, tertib dan beradab, yang hendak huru hara dan kaki ‘gedebe’ ini adalah kumpulan kecil sahaja.

“Kita mahu majoriti senyap ini bangkit menentang kumpulan yang mahu menimbulkan huru hara dan sedang dipergunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pihak-pihak lain.

“Saya sebagai bekas Menteri Pengajian Tinggi tahu majoriti mahasiswa kita menolak golongan yang menggangu keamanan.

“Sebagai contoh di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada 20,000 penuntut, yang buat kecoh baru-baru ini 70 orang sahaja, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.

Katanya, perjuangan untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bermakna sama sekali.
“Mahasiswa perlu sedar perjuangan PKR hanya untuk seorang individu, tetapi demi Anwar seorang keamanan dan kenteteraman awam negara tergugat.

“Kalau ada masalah jangan turun ke jalan raya jumpa menteri, gunakan saluran yang betul dan kita bukan kuku besi atau autokratik, kita sebuah negara demokrasi dan kena hormati institusi demokrasi,” katanya. - Khabar Kota Bharu

SMM/BEBAS Mengaku Pelajar Terlibat #UPSI Mereka Yang Gagal

Ahmad Syukri: "It is true that some SMM members did not perform well academically.'' 
SMM akhirnya mengaku dan memberi respon terhadap entri saya sebelum ini [BACA SINI] yang mendedahkan bahawa 'kepala-kepala' yang terlibat menghasut pelajar terdiri dari mereka yang gagal serta pencapaian akademik mereka tidak memuaskan sehingga diberhentikan di IPTA tempatan.

Ada yang meninggalkan komen, kenapa hanya didedahkan tiga pelajar sahaja - jawabnya adalah saya tidak perlu mendedahkan pengikutnya, saya hanya perlu mendedahkan mengenai 'kepala' pergerakkan ini.

Ada juga yang mahu saya letakkan slip dan sebagainya. Untuk manusia-manusia ini jika apa yang saya tulis itu tidak betul sila ke balai berdekatan dengan anda. Apa susah!

Jadi bagi mahasiswa di luar sana, 'kepala-kepala' yang menggerakkan SMM ini adalah mereka-mereka yang gagal di IPTA, adakah anda ingin menjadikan manusia yang gagal sebagai ikon dalam sebuah perjuangan?

Dari The Mole :
KUALA LUMPUR: The student movement Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) admits that some of its members have performed badly academically. 
Due to that they will put their studies on hold first while they continue to fight for academic freedom, SMM president Ahmad Syukri Abdullah told The Mole.
He said: “It is true that some of SMM members have not performed well in their studies."

"However we feel it is a small issue that is being exaggerated by certain quarters just to bring us down," he added.
Ahmad also admitted he did not perform well academically and that he will put his studies on hold to continue with his struggle with SMM for academic freedom.

He also said he could not afford to pay his RM7000 study fees for the time being. 
A blog posting at Double Y stated many students who are involved in the SMM demonstration were not doing well in their academically while some had even been dismissed from public universities due to their bad results.

The blogger wrote many of students who failed at local public institutions had then joined private institutions after being awarded ‘full scholarships’ by the Selangor government.

Asked if they were being politically manipulated, Ahmad said: “I do not think that we are being manipulated by anyone.’’

He claimed nobody had approached them to seek help in spreading any political agenda. 
Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) president Mohd Shahar Abdullah when contacted said: “If what is alleged by the blogger is true, it shows that these students have been brainwashed into becoming political tools."

"This is a violation of democratic principles and the rights of the students,’’ Mohd Shahar

Friday, January 6, 2012

Demo #UPSI : Surat Dari Bakal Guru Keluaran UPSI


Seorang guru kelulusan dari UPSI menghantar emel kepada saya, meminta agar masyarakat tidak memandang seorang ke atas guru-guru yang berkelulusan dari Universiti berkenaan.

Kerana bagi beliau sungguh tidak adil untuk masyarakat melabelkan guru keluaran UPSI sebagai guru yang bermasalah sedangkan yang terlibat demontrasi pada malam ambang tahun baru hanyalah segelintir sahaja dan selebihnya adalah pelajar dari Lembah Klang.



Demo UPSI : Bakal guru keluaran UPSI bukan seperti yang diperkatakan.

Kejadian mahasiswa berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Januari lalu telah menimbulkan pelbagai perspektif terhadap golongan mahasiswa khususnya mahasiswa UPSI itu sendiri. 
Media cetak mahupun media elektronik menyiarkan pelbagai berita dan liputan berkenaan isu tersebut. Saya tidak mengulas kejadian demonstrasi secara mendalam, cukuplah media menyajikan pelbagai bentuk berita. 
Cuma, apa yang saya ingin jelaskan di sini berkenaan dengan tanggapan atau perspektif masyarakat yang memandang isu ini lebih kepada sikap mahasiswa UPSI yang bakal bergelar seorang guru.

Pelbagai luahan, keluhan, pesanan atau komen dalam media elektronik khususnya laman sosial Facebook, blog, ruangan komen berita online lebih kepada tanggapan buruk antaranya ‘beginikah seorang guru suka berdemonstrasi’, ‘inikah sikap bakal guru yang akan mendidik anak bangsa’, ‘saya tidak mahu anak saya dididik guru begini’ dan pelbagai lagi. 
Tanggapan masyarakat kita tidak dapat elak kerana apa yang mereka nampak, perhatikan dan baca telah mewujudkan situasi sebegini. Apa yang paling penting pada masa sekarang adalah untuk membetulkan semula pelbagai tanggapan masyarakat ini. 
Persoalannya, benarkah mahasiswa UPSI suka berdemonstrasi seperti kejadian ambang 2012? Benarkah mahasiswa UPSI bersikap melampau seperti yang ditunjukkan dalam video rakaman? Benarkah bakal guru keluaran UPSI tidak mampu mendidik anak bangsa? Adakah jawapannya seperti pepatah Melayu katakan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga?. Fikirkan... 
Maklumat yang diberikan oleh rakan mahasiswa UPSI, lebih kurang 70 mahasiswa terlibat dalam demonstrasi tersebut. Kebanyakan mahasiswa ini datangnya dari IPT sekitar Lembah Klang dan mahasiswa UPSI seperti yang dimaklumkan setakat ini yang terlibat HANYA membabitkan 2 atau 3 orang sahaja termasuk mahasiswa yang sedang menunggu perbicaraan 9 Januari ini. Setakat ini, belum ada mana-mana mahasiswa UPSI berkelakuan sebegini sejak 4 tahun yang lalu sepanjang pengajian saya.

Untuk makluman, sebelum kejadian pihak UPSI dan Polis telah mengeluarkan nasihat atau amaran kepada mahasiswa UPSI agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi tersebut lebih-lebih lagi mahasiswa UPSI yang sedang dalam minggu ‘study week’ untuk menghadapi peperiksaan semester. 
Jadi adakah kerana nila setitik ini kita terus beranggapan bakal guru keluaran UPSI seperti itu semuanya? Adakah kerana penglibatan dua atau tiga mahasiswa UPSI dalam kejadian tersebut telah mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap bakal guru untuk mendidik anak bangsa kelak? Kita perbetulkan semula persepsi dan tanggapan kita.

Bakal guru yang mengambil pengajian selama empat tahun di UPSI telah dibekalkan pelbagai ilmu pendidikan khususnya dalam mendidik anak bangsa mengikut bidang-bidang tertentu. Kalau mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut lebih memilih jalan perjuangan sebegitu, itu hak dan kebebasan mereka. 
Janganlah disamakan dengan mereka yang tidak mahu terlibat langsung dalam hal sebegini. Bagi seorang guru fokus kepada pengajian adalah lebih utama dan dalam masa yang sama juga bakal guru perlu peka dengan dunia luar. 
Sebenarnya bukan salah bakal guru tetapi salah individu itu sendiri dalam memanfaatkan hala tuju ilmu yang dipelajari walaupun masih dalam pengajian. Tempoh yang cukup lama untuk mengejar cita-cita bergelar guru dan dalam lingkungan empat tahun itu jugalah pelbagai dugaan melanda. 
Isu demonstrasi di UPSI yang berakhir dengan kecederaan, sedikit sebanyak menggambarkan betapa buruknya sikap seorang bakal guru yang menjerit, baring di jalan raya, memanjat pagar kononnya tanggapan pelbagai pihak itulah bakal seorang guru. 
Sedangkan hakikatnya, bukanlah seorang bakal guru berperangai sedemikian. Itu semua budaya IPT luar yang cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai isu ketika ini.

Saya bakal guru keluaran UPSI yang baru sahaja menamatkan pengajian selama empat tahun berharap kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat di luar sana membetulkan semula persepsi yang tidak baik kepada kami. 
Begitu juga kepada pengamal media cetak mahu pun media elektronik memperbaiki segala penulisan tentang isu demonstrasi khususnya menyentuh siapa yang terlibat. 
Apa yang saya nak katakan, dalam 1 kepahitan 1000 kemanisan yang bakal kami aplikasikan kepada anak-anak bangsa kelak lebih-lebih lagi panggilan temuduga untuk bergelar guru seluruh IPTA untuk tahun ini dijangka bermula bulan Januari ini.

Khabar gembira ini sudah cukup menggembirakan walaupun berbulan-bulan menanti. Selain itu, sumber berita juga menyatakan panggilan atau penempatan bakal guru untuk mendidik anak bangsa di seluruh negara dijangka pada bulan Mac nanti. 
Besarlah harapan kami bakal guru keluaran UPSI dan bakal guru IPT lain agar berjaya dalam temuduga kelak. Anak-anak bangsa kita sedang menunggu untuk diberi didikan dan bimbingan sebaik yang mungkin.

Nasihat saya kepada adik-adik yang masih dalam pengajian khususnya di UPSI, fikirkan masa depan yang terbaik untuk semua pihak. Ibu bapa lebih mengharapkan anda mendapat segulung ijazah hasil penat lelah mereka mendidik anda dari kecil. Anda memasuki IPT pun sudah membanggakan mereka, apatah lagi pulang dengan kejayaan seterusnya mendapat pekerjaan. Ibu bapa mana yang tidak berasa bangga? 
Tidak salah berpolitik cuma berpolitiklah cara yang sihat, tidak perlu meniru cara politik luar yang banyak karenah, mahasiswa ada pengetahuan politiknya sendiri. Penglibatan dalam persatuan, program sedikit sebanyak membantu mengenal dunia politik.

Menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran tidak semestinya tidak terlibat dalam politik tetapi dunia serba canggih ini, maklumat boleh diperoleh. Mahasiswa sudah cukup dewasa untuk menganalisis, menterjemah dan menganalisis segala sumber untuk diadaptasi dalam pemikiran seorang mahasiswa. 
Bagi mahasiswa yang lebih ke hadapan, turut menyumbang idea dalam penulisan artikel dan ini platform untuk mahasiswa bersuara dalam satu-satu isu kepada pelbagai pihak.

Kalau anda mengatakan anda golongan intelektual, kenapa anda tidak menggunakan keintelektualan anda untuk berpolitik dengan lebih matang, bersikap rasional dan terbuka? Kalau anda mengatakan anda kuasa mahasiswa, perlukah kuasa mahasiswa anda itu diterbitkan dengan cara yang kasar? 
Kalau benarlah anda sudah bijak membuat keputusan sendiri dan bangkit sebagai bakal pemimpin, kenapa tidak menggunakan bekalan itu untuk melakukan sesuatu bagi mengharumkan nama universiti? Kalau anda ingin bersuara, kenapa anda tidak suarakan dengan pendekatan yang rasional? 
Kalau anda kononnya suara masyarakat, kenapa anda kurang menjalankan program untuk masyarakat? Apa pun, kaji semula hala tuju perjuangan anda yang sebenar. Mahasiswa inteleknya tinggi, tinggi juga pendekatannya untuk mengelak diri dari dipergunakan oleh sesetengah pihak. Fikirkan.

Sekali lagi saya tegaskan, agar penulisan ini sekurang-kurangnya membuka mata ramai pihak bahawa bakal guru keluaran UPSI tidaklah seteruk yang disangkakan. Kami bakal guru sedaya upaya melakukan yang terbaik kelak. 
Apa pun, betulkan semula tanggapan kita dan bersama bersatu hati agar dasar pendidikan negara mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak untuk direalisasikan ke arah yang lebih baik lagi. We LOVE UPSI.

-Bakal guru keluaran UPSI-

'Demo' USM : Dr. MiM Malukan Wartawan Pembangkang - Booooo...!!! #UPSI


Situasi percubaan 'Candle Light Vigil' semalam yang berjaya dipatahkan oleh mahasiswa pro-Aspirasi di USM semalam.

Dalam kejadian semalam blogger Dr. MiM turut berada di tempat kejadian di mana beliau berjaya mematahkan hujah-hujah dari 'mahasewel' berbangsa cina yang cuba tunjuk pandai!

Malah wartawan pembangkang juga dilihat gagal menyangkal hujah-hujah dikemukakan oleh Dr. MiM bersama beberapa mahasiswa yang menentang gerakan kumpulan SMM.

Tetapi apa yang menariknya adalah wartawan pembangkang tersebut menulis dalam entrinya kononnya dia berjaya ketawakan Dr.MiM. Lihat artikel kelakar dari wartawan tersebut :
Saya cuba membawa Dr Novandri dan pemuda Umno yang hadir untuk bercakap soal pokok – kalau tak ada permit sekalipun dalam mana-mana perhimpunan rakyat (termasuk mahasiswa), apakah polis dapat lesen untuk belasah rakyat? 
Perbincangan ini ditolak dengan pelbagai dalih. 
Saya bertambah terkejut apabila Dr Novandri dalam nada yang bebal berkata, “I’m Doctor, you know…I’m Doctor, you know…I’m Doctor, you know…” 
Kah kah kah Maaf lah saya kerana ketawa bersama kawan-kawan yang lain. 
Tak patut saya ketawa kepada Dr Novandri. 
Dr yang profesional di klinik pun, kalau pesakitnya berbeza pendapat dengan konsultasi perubatan yang disampaikannya sekalaipun, Dr berkenaan tak boleh kata, “I’m Doctor, you know” kah kah kah
Ini tulisan oleh wartawan pembangkang - ok cuba saudara lihat dalam video di atas di minit ke berapa wartawan tersebut ketawakan Dr. MiM?

Sepanjang pemerhatian saya tiada kedengaran gelak ketawa dari wartawan tersebut bersama rakan-rakannya.

Hahaha...

Budak-budak panjang mana sangat akal mereka doc!

YY : Nak cover malu tulis kunun dia ketawakan orang.. Pirah!!!

Terkini : Adam Adli Dipanggil Beri Keterangan Di IPD Dang Wangi #UPSI


Lebih kurang 20 minit tadi Adam Adli selesai memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung insiden menurunkan bendera Presiden UMNO di PWTC tahun lepas.

Adam Adli disoal 11 soalan oleh pihak polis, namun dengan menggunakan Seksyen 112(2) dia tidak menjawab kesemua soalan polis.

Adam Adli dengan nada sombong mengatakan beliau mempunyai banyak bukti bahawa Safwan Anang dikasari oleh pihak polis dan akan menyerahkannya ke Bukit Aman petang ini, dalam masa yang sama beliau mengatakan ingin menutup mulut mereka yang menghancurkan negara dan kini cuba menghancurkankan mahasiswa.

Hoiii... mat siapa jahanamkan negara?

Student-activist Adam Adli Abd Halim who was known for the infamous flag-lowering incident at Putra World Trade Center (PWTC) last month was called by the police today for questioning regarding the incident. 
Adam, 23, was called to give his statement at the Dang Wangi police station in Kuala Lumpur at 11am today for lowering a flag depicting prime minister Datuk Seri Najin Tun Razak's image on 17 December 2011. 
Lawyers for Liberty's Fadiah Nadwa Fikri who represented Adam, said when she met with one of the officers Inspector Mohamad Nor on why is Adam questioned, she said Mohamad told that Adam was questioned following a police report regarding the incident. 
However, she said when she asked the officer to have a look on the copy of the report, the officer told that his superior did not allow it. 
"So we do not know whether is it true that a report was made and what are the allegations included in the report. 
"So there's no basis on why Adam was called to the police station today to give his statement," said Fadiah when met by reporters outside the police station. 
She said when asked on what section was Adam investigated, the officer told that Adam was investigated under 504 of the penal code with 'intentionally instigating the destruction of peace' and the punishment is two years jail. 
During the questioning Adam was asked 11 questions, however, using section 112(2) he did not answer the 11 questions by the police. 
Meanwhile, Adam said the quesioning was groundless and questioned on why his report on the threat towards him was not yet investigated. 
He also said he and Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) will reveal proofs of what really happened that night from video recordings and photos in Bukit Aman this evening.

Perlunya Nurul Izzah Faham Maksud Perhimpunan Aman...

Apakah yang difikirkan Nurul Izzah agaknya...?

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal Nurul Izzah Anwar berkata :
Tindakan luar batasan dan keterlaluan polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia. Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pentingnya di sini Nurul Izzah Anwar dan 'mahasewel' yang merusuh di UPSI tempoh hari memahami maksud sebenar Perhimpunan Aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dari pisau.net :
Sejak bila pula rakyat di Negara ini dihalang dari melakukan perhimpunan secara aman? Yang dihalang ialah perhimpunan secara haram yang mencetuskan rasa ketidak ketenteraman awam dan keselamatan setempat.

Kebebasan bersuara! Tidak ada sekatan pun dibuat. Bukankah rakyat memilih wakil rakyat di tempat masing-masing, kenapa wakil rakyat yang mereka pilih tidak menyuarakan rintihan mereka di dewan rakyat di mana tempat undang-undang dicipta? Yang dihalang kebebasan bersuara ialah perkara-perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum dan melemparkan fitnah.

Bukankah semua agama melarang penganutnya berbohong, kecualilah ada guru-guru yang menyatakan berbohong itu hukumnya wajib dan dapat pahala.

Kebebasan berakademik. Bukankah itu yang digalakkan oleh kerajaan sekarang bertujuan melahirkan masyarakat berilmu. Yang dihalang ialah kebebasan akademik untuk mencipta sesuatu yang boleh mengancam keselamatan awam serta tatasusila masyarakat di Negara ini.

Pernahkah ahli-ahli akademik dihalang dari menyatakan dapatan akademik mereka sama ada di dalam mahupun di luar Negara? Malahan pencapaian mereka mendapat pengiktiran kerajaan dalam dan luar negara.

Malangnya, terdapat segelintir masyarakat yang tidak puashati dengan tindakan murni kerajaan, sebaliknya menghasut masyarakat dengan dakwaan hak mereka untuk bersuara, berhimpun dan berakademik seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dinafikan.

Maka yang menjadi `mangsa' dakyah mereka ialah Perlembagaan Persekutuan.

Golongan yang mudah dipengaruhi ialah golongan muda. Malangnya, terdapat segelintir mahasiswa yang seharusnya digelar golongan terpelajar sebaliknya 'termakan'  tipu muslihat anasir ini sehingga sanggup meninggalkan alam universiti dengan menyertai demonstrasi `jalanan' kononnya untuk menegakkan kebenaran dan hak mereka sebagai pelajar.

Insiden terbaru berlaku di pintu masuk Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada awal subuh I Januari 2012, di mana 17 orang di tahan oleh polis kerana menghalang tugas penjawat awam.

Menjadi tanda tanya. Adakah kesemua mereka yang ditahan itu benar-benar pelajar atau menyamar?

Menariknya perbuatan merusuh dan ganas yang dilakukan oleh pencemar nama mahasiswa ini dianggap wira rakyat pula, sebaliknya pasukan keselamatan dipersalahkan dan dikecam hebat, kononnya melakukan kekerasan dan ironinya ada pemimpin parti politik parti pembangkang dengan angkuhnya akan menyaman pasukan polis kerana melanggar hak seseorang itu untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Sejak bila pula, orang yang melakukan kesalahan dan keganasan dianggap sebagai wira dan mereka yang menegakkan undang-undang dan keamanan dianggap bersalah?

Jawapannya, sejak pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang semakin menjadi-jadi mengeluarkan fatwa sendiri sehingga menyebabkan yang halal menjadi haram dan haram menjadi halal.

Ironiknya, kenyataan mengelirukan dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai latar belakang perundangan. Yang tak berilmu pun apabila mengeluarkan kenyataan yang `mengarut’ pun boleh diterima oleh segelintir masyarakat. Malahan disanjung pula.

Tak taulah sama ada penutur tersebut sememangnya `kurang cerdik' atau mempunyai niat buruk terhadap anggota keselamatan di negara ini. Sebenarnya mudah sahaja untuk difahami niat sebenar spesis ini dengan memutar belitkan perkara-perkara di dalam perlembagaan persekutuan bertujuan berpihak kepada mereka.

Perhimpunan aman dan bebas bersuara seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 iaitu Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Jika dibaca begitu sahaja, pendengarnya akan memahami bahawa perlembagaan membenarkan perhimpunan diadakan, begitu juga dengan kebebasan bercakap.

Inilah yang dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu terutama pemimpin parti pembangkang, sehingga pembohongan yang mereka taburkan dipercayai. Adakah masyarakat di negara ini mudah ditipu?

Tidaklah boleh diandaikan begitu. Antara puncanya mudah saja iaitu berapa ramai di kalangan masyarakat negara ini membaca apa yang terkandung di dalam perlembagaan? Di tanya pada mahasiswa yang membuat demonstrasi jalanan di UPSI, jawapan yang akan kita dapati YA.

Cuba tanya tentang perkara 10 yang dijadikan modal mereka. Jawapannya bebas berhimpun.

Jika ditanya lebih detail lagi, mulut mereka akan ternganga. Mahasiswa `robot'. Bermakna mereka tidak tahu dan berkata bohong.

Baiklah kita masuk kelas perlembagaan :

Perkara 10(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) 
  • tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
  • semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
  • semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
Perkara 10(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan
  • ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan; 
Cuba perhatikan fasal (2) Perkara 10. Antara ayatnya tertulis perkataan `demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian, ketenteraman awam. Apakah maksud ayat berkenaan?

Tak payah jadi `lawyer', budak sekolah pun boleh beritahu maksudnya, tapi jangan tanya golongan mahasiswa `robot' yang berdemonstrasi tu. Mereka kurang cerdik, suatu perhimpunan aman bermaksud tidak mengancam keselematan Negara serta tidak menganggu ketenteraman awam.

Apa yang berlaku di UPSI sebaliknya. Pertama mereka berhimpun tanpa mendapat permit berhimpun daripada pihak polis. Namum begitu pihak polis membiarkan sahaja, sehinggalah mahasiswa robot ini mula mengancam ketenteraman awam.

Percubaan mahasiswa robot ini memecah masuk ke dalam perkarangan UPSI, maka ia ditarifkan sebagai ancaman keselamatan dan menganggu ketenteraman awam. Maka menjadi tugas anggota polis menegakkan undang-undang. Kesannya tindakan menahan mereka yang `mengganas' bertujuan untuk memulihkan ketenteraman awam.

Perhimpunan amankah begini?

Mudahkan. 
Mereka dibenarkan berhimpun tetapi secara aman. 
Mereka dibenarkan bercakap tetapi bukan bermakna seseorang itu boleh berkata apa sahaja termasuk memaki hamun. Bukankah tindakan seperti yang dilakukan di hadapan pintu masuk UPSI secara terang-terangan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?

Susah sangatkah nak difahami?

Atau sememangnya spesis ini dijadikan sebagai keldai untuk merealisasikan agenda jahat mereka untuk mengucar kacirkan keamanan di Negara ini?

Thursday, January 5, 2012

"Saya Ditendang Dan Diseret" - Laporan Safwan 'Wheelchair' Anang Mengelirukan. #UPSI


Pada jam 2.00 petang tadi - Safwan 'Wheelchair' Anang dilaporkan telah membuat laporan polis mendakwa dirinya ditendang dan diseret oleh anggota polis. Dalam masa yang sama beliau mendakwa video yang dipaparkan oleh pihak polis ialah keadaan sebelum pergelutan.


Soalan mudah saya, di mana rakaman video pergelutan tersebut?

Mana mungkin dalam banyak-banyak kamera yang berada di lokasi, tiada satu pun yang sempat merakamkan aksi Safwan Anang dikeronyok sehingga giginya berterabur dan rusuknya 'patah'?

Laporan hospital pula menyatakan Safwan Anang sedar ketika dibawa untuk menerima rawatan, tetapi dalam laporan yang dibuat tadi Safwan Anang mendakwa dirinya pengsan?

Kenapa dalam laporan polis Safwan Anang tidak melaporkan bahawa rusuknya patah?

Kenapa dalam laporan polis juga Safwan Anang tidak mengatakan dia dibelasah sehingga giginya berterabur sedangkan ada saksi yang melihat giginya berterabur?

Saksi tersebut bernama Khalid Ismath, dia sendiri katakan dia menyaksikan gigi Safwan Anang berterabur. Tak caya tanya Khalid Ismath!


Bukankah ini sudah menimbulkan keraguan yang mana tidak mungkin beliau mampu memenangi kes ini jika ianya dibawa ke mahkamah sekali pun.

Drama apakah ini?

Hahaha...

Dulu isterinya menipu untuk memenangi pilihanraya kampus, menghilangkan diri selepas itu muncul mengadakan sidang media buat-buat 'mereng'.

Anehnya semasa diri diculik masih sempat mengemaskini blog?

Eloklah itu, isterinya penipu suaminya pembohong!

YY : Mertuanya belajar menipu dari Mat Sabu... :)

Anwar Ibrahim Sendiri Guna #AUKU Untuk Hukum Mahasiswa...

Pengakuan dari bekas pelajar UTM tahun 1985-1990 yang ditinggalkan di laman blog Tun Faisal Dot Com :


Saya ingin merujuk kepada kenyataan anda yang di bawah ini : 
["Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan? Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut."]
Saya adalah seorang mahasiswa di UTM Kampus Jalan Semarak bermula pada 1985 - 1990. Semasa di Tahun 2, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Pada ketika itu, penuntut UTM sudah mula diresapi dengan fahaman politik PAS yang bergerak senyap-senyap. 
Namun sebaik sahaja Anwar mula berkuasa sebagai Menteri Pelajaran (yg kuasanya turut melibatkan semua universiti yg ada), pelajar-pelajar yang condong kepada PAS ini sudah mula bangkit terang-terangan menentang Menteri yg baru dilantik ini dan juga AUKU.

Maka terjadilah satu demontrasi kecil yang telah berlaku di dalam kampus.Saya lupa tarikhnya tapi di antara 1986 dan 1987. 
Memang demontrasi itu gagal tetapi sebahagian kecil pemimpinnya telah diheret ke Majlis Tatatertib UTM. Ada yang dibuang universiti dan ada juga yang digantung pengajian.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, Anwar itu sendiri pernah menghukum pelajar dengan memberhentikan pelajar dari universiti, termasuk kes yang saya saksikan di UTM itu. Dia sendiri bertindak dengan kuasa kukubesinya untuk menghukum mahasiswa yang ingin mempertikaikan kewujudan AUKU
Dan seperti yang dinyatakan, AUKU itu sendiri diwujudkan untuk menyekat sikap memberontak beliau semasa di UM.

Jadi, saya amat berharap carilah bekas mahasiswa buangan ini dan tampilkan mereka ke khayalak ramai. Mari kita buktikan kepada mahasiswa hari ini bahawa Anwar sendiri begitu kejam terhadap mahasiswa semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dulu. 
Sejarah silam sepatutnya mengajar kita dengan apa yang terjadi pada hari ini. Bukakanlah pekung Si Penipu ini,biar mahasiswa hari ini tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya
YY : Celik-celik mata terus sokong Anwar Ibrahim - luanglah masa baca, kaji dan buat analisis selepas itu barulah buat keputusan. Nama pun mahasiswa kan...?

"Minta Dijauhkan Guru Yang Tidur Atas Jalanraya di Sekolah Kami" Amin....


Hehehe...

Mudah-mudahan anak-anak kita tidak dididik oleh mereka yang bersifat ekstrem sebagaimana geng-geng Adam Adli, Safwan Anang dan kroni mereka.

Artikel ini bukan untuk bercerita mengenai kartun, saya cuma mahu memaparkan empat video yang dimuat-naik di laman youtube oleh PDRM bagi menjawab tohmahan serta fitnah yang dilemparkan ke atas pihak mereka oleh 'mahasewel' BEBAS.









Melihat dari video ini, rasanya simpati masyarakat Malaysia kepada PDRM lebih daripada bersimpati kepada para 'perusuh' itu sendiri ini.


[BACA SINI SEKALI LAGI APA KATA BRADER ZULFIKAR]

Temui 'Selebriti' #UPSI Safwan Anang Di Perkarangan IPD Dang Wangi Jam 2.00 Ptg Esok!


Selepas BEBAS membuat laporan polis di IPD Dang Wangi kononnya polis bertindak kasar ke atas pelajar yang berdemo, dilaporkan esok 'selebriti' yang mula mencipta populariti dengan watak 'Anang Wheelchair'  melalui filem 'Hantu Anang Pulang Rumah' akan membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi jam 2.00 petang esok.

Sengaja lambat kemaskini entri baru, sebab saya hendak lihat reaksi masyarakat terhadap keputusan akademik pelajar yang terlibat dalam demontrasi tempoh hari.

Ada yang mungkin 'panas bontot' dengan artikel yang disiarkan di laman blog ini. Individu bernama Muhammad Hanafi Bin Sulaiman meninggalkan komen berbunyi :

"Shittpooooolllll tak lulus, tp dpt BIASISWA Timb. PM lg,hahahahha
Yang demo ramai yang pandai, mereka yg kurang bernasib baik ni beberapa org je..
Apa punya blog smpah la.."

Apa dapat BIASISWA Timbalan PM?

Jadi kerajaan kita ini tidaklah zalim sebagaimana didakwa oleh kumpulan pelajar yang berdemo?

Errr.... saya sempat kunjungi blog saudara Muhammad Hanafi, dari pengamatan saya macam sepi jer. Seolah-olah kamu sendiri buat blog, kamu sendiri tulis, kamu sendiri yang baca dan akhir sekali kamu sendiri yang komen?

Hahaha...

Jangan lupa tengok pencapaian akademik pelajar 'cemerlang' ini [KLIK SINI]

Wednesday, January 4, 2012

HOT : Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Demo #UPSI Didedahkan...

Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di UPSI tempoh hari.

Mereka kata jika pelajar-pelajar ini cemerlang dalam pencapaian akademik mereka walaupun aktif berpolitik memang wajarlah AUKU dimansuhkan.

Jadi saya tunaikan sedikit permintaan pelbagai pihak agar segala persoalan yang bermain di benak fikiran masyarakat di luar sana terjawab.

Kita lihat adakah mereka ini terdiri daripada pelajar cemerlang dalam bidang akademik walaupun mereka aktif dalam aktiviti politik?

Jeng...jeng...jeng...

Kita dedah sikit tengok...


Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)


Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. 
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa




Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

Kesimpulan :
  • Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.
  • Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior.

Adakah para mahasiswa di luar sana ingin menjadikan mereka yang GAGAL ini sebagai ikon?

Mereka terbukti telah gagal dalam pengajian disebabkan terlalu gila berpolitik. Sehinggakan diberhentikan pengajian di IPTA dek pencapaian akademik mereka yang tidak memuaskan?

Ada yang bertanya apa motif saya paparkan maklumat serta wajah pelajar yang terlibat demontrasi?

Apa saya boleh katakan tiada sebarang motif kerana mereka ini bukan musuh saya, jika mereka hanya aktif berpolitik di kampus. Saya sama sekali tidak peduli apa mereka mahu lakukan.

Tapi mereka terlibat dalam hal-hal politik negara, jadi suka atau tidak berhadapanlah dengan serangan daripada para pengamal media online yang menyokong kerajaan.

Boleh faham...?

YY : Tak mau kata apa-apa... senyum... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal