BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, January 19, 2012

#Justice4Saiful901 : Bapa Saiful Bukhari Merayu Lagi - AG Takut Dengan Bar Council Ke?


Bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, hari ini sekali lagi merayu pihak Peguam Negara supaya segera bertindak mengemukakan rayuan demi keadilan anaknya. 
Menurut beliau, ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sehingga kini seakan 'berdiam diri' daripada mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, 9 Januari lalu. 
Jelasnya, apa yang merisaukan, tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan berkenaan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. 
''Saya sebagai bapa kepada Mohd. Saiful berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara (Abdul Gani) sebagai pendakwa raya dapat memfailkan notis rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas. 
''Saya juga merasa sedikit risau kerana sehingga hari ini tiada perkembangan berkenaan memfailkan rayuan tersebut. Saya percaya tempoh masanya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 
''Bagaimanapun saya percaya Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan notis rayuan itu,'' katanya. 
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di blog Mohd. Saiful, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
Pada 11 Januari lalu, Azlan dalam satu sidang akhbar merayu Peguam Negara segera mengemukakan rayuan serta mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Abdul Gani tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu. 
Mengulas lanjut, Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan negara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan. 
''Saya juga percaya bahawa hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan dinafikan oleh pihak Peguam Negara. 
''Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,'' tegasnya. - Utusan Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

ni lagi 1 lawyer is liar...

mana hak rakyat...

kalau ko tak buat rayuan baik jgn pakai title PEGUAM NEGARA...

memalukan saja...
takut dgn bar korek...

pejuang hamas...

pukimaq said...

Aku tak takut dengan mana-mana Bar Council.Aku suka meliwat dan Seksualiti Merdeka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...