NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, January 19, 2012

PAS Hukum Mahasiswa KUIN Guna AUKU - Adam Adli & The Geng Kena Kencing?


Kasihan...

Anak muda yang bergelar mahasiswa nampaknya diperlakukan umpama 'keldai' oleh parti politik pembangkang untuk menjayakan agenda mereka dalam memerangi kerajaan.

Melihat kenyataan Menteri Besar Kedah semalam membuktikan bahawa pembangkang sebenarnya tidak pernah konsisten dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Kita ambil contoh 'rusuhan' kecil di UPSI yang mencetuskan kekecohan sebelum ini, pada waktu itu beberapa pemimpin PAS tampil menjadi jaguh kepada mahasiswa dalam memperjuangkan untuk memansuhkan AUKU.

Mahfuz Omar - sokong mahasiswa 'merusuh' di UPSI desak kerajaan mansuhkan AUKU.
Kenyataan Naib Presiden PAS pada 4 Januari lalu.
Ketika itu jaguh-jaguh serta hero-hero dari kalangan pemimpin PAS termasuk Naib Presidennyaiaitu Mahfuz Omar tampil mempertikaikan pentadbiran UPSI yang menggunakan dikatakan menggunakan AUKU dalam menghukum pelajar.

Bukan itu sahaja malah Dewan Pemuda PAS turut menjadi jaguh kononnya hanya PAS serta Pakatan Rakyat benar-benar faham apa itu kebebasan akademik dan apa yang dimahukan oleh kumpulan mahasiswa.

Tiba-tiba semalam Menteri Besar Kedah DS Azizan dari PAS tegas dalam kenyataannya mengatakan :
AUKU akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.
Hahaha...

Tatkala UMNO/BN melalui Perdana Menteri dilihat terbuka dengan mengumumkan Perkara 15 AUKU akan dipinda. PAS pula melaungkan nada sebaliknya dan jika diteliti seolah-olah mereka pula yang mempertahankan AUKU.

Persoalannya...

Di mana suara hero-hero PAS ketika ini...?

Di mana suara Aziz Bari yang kononnya begitu faham apa itu 'academic freedom'...?

Di mana Mahfuz Omar yang sebelum ini begitu beria mempertikaikan tindakan UPSI dalam mengenakan hukuman ke atas pelajarnya...?

Tidak beranikah Mahfuz Omar mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah ini...?

Jika PAS benar-benar ikhlas sepatutnya AUKU tidak digunakan untuk 'menghukum' pelajar. Kerana KUIN di bawah pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan negeri berhak samada atau tidak menggunakan AUKU untuk mengenakan tindakan terhadap seseorang mahasiswa.

Memandangkan buku jingga PR mensyorkan pemansuhan AUKU, maka kerajaan negeri PR boleh abaikan AUKU di Universiti bawah kerajaan negeri, tapi lain pula tindakan yang digunakan oleh PAS.

Bukankah kita dapat melihat dengan jelas betapa munafik dan tidak konsistennya perjuangan yang dibawa oleh PAS dan juga PR hari ini...?

Kasihan...

Adam Adli dan rakan-rakannya...

Ingatkan PAS dan PR ikhlas berama mereka...

Rupanya PAS dan PR hanya menjadikan mereka 'keldai' tunggangan untuk menjayakan agenda perjuangan politik mereka...

YY : Silap hari bulan Ostat Azizan pulak kena pecat esok... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...