NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 16, 2012

Hasan Ali Nak Buat 'Tour' Macam Anwar Ibrahim - Dedah Siapa 'Parasit' Dalam PAS?


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan mendedahkan kumpulan parasit dalam PAS yang didakwanya mempengaruhi parti itu dalam program ceramahnya ke seluruh negara tidak lama lagi.

Katanya, kumpulan itu yang berjaya menyusup masuk ke dalam parti kini semakin kuat dan berjaya memegang pelbagai jawatan penting dan strategik dalam parti berkenaan.

"Kumpulan parasit ini mempunyai kumpulan mereka, pertemuan, gagasan, matlamat dan visi mereka sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, sebentar tadi.

Beliau turut mendakwa kewujudan kumpulan parasit itu bukan satu fenomena baru dalam PAS, tetapi kini pergerakan kumpulan itu diteruskan dengan lebih bertenaga.

Hasan bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kumpulan parasit yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Biarlah saya jawab perkara ini semasa roadshow (ceramah) nanti...kerana antara isi syarahan saya akan bentangkan mengenai isu parasit ini," katanya.

Katanya, objektif utama siri ceramah itu bukan setakat untuk membersihkan PAS daripada kumpulan parasit yang menyebabkan parti itu semakin terpesong daripada landasan asalnya dan perlu demi memastikan martabat agama Islam, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terus terpelihara.

Isu itu dibangkitkan Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sebelum ini apabila mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, serta tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di Selangor.

Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman mencabar beliau mendedahkan senarai nama kumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam PAS bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Terdahulu, dalam kenyataan akhbarnya, Hasan menyeru anggota dan penyokong PAS supaya berani mengambil langkah positif dan tegas untuk membebaskan PAS daripada cengkaman golongan parasit yang mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka.

Pada sidang media sama, Hasan mempertikaikan tarikh pengguguran beliau sebagai anggota Exco kerajaan Selangor yang berkuat kuasa hari ini, yang mana menurut beliau bercanggah dengan kuatkuasa keahliannya sebagai anggota PAS yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

"Tindakan tergesa-gesa ini seolah-olah memperlihatkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya. Walhal dari segi pengguguran ahli exco saya sepatutnya masih ada tiga minggu lagi tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik," katanya.

Hasan dipecat dari PAS kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan diberikan sehingga 7 Februari untuk merayu penyingkirannya.

Dalam pada itu, ditanya kemungkinan ada punca lain yang menyebabkan beliau disingkirkan daripada parti itu, katanya, beliau tidak pasti kerana tidak pernah menerima sebarang surat pertuduhan secara bertulis daripada parti.

"Saya tidak tahu, sebab pertuduhan itu tidak ada. Sepatutnya ada pertuduhan dalam bentuk bertulis dan susulan itu jawatankuasa disiplin akan bersidang dan dari situ akan memberi cadangan kepada jawatankuasa pusat.

"Tetapi sehingga kini satu calit pertuduhan pun saya tidak terima dan saya tidak tahu kesalahan saya, hanya saya dikatakan sudah merugikan parti," katanya yang mengakui hatinya masih bersama PAS dan tidak berniat untuk menyertai UMNO.

1 comment:

SUARA PEMUDA said...

Mohon Pautkan blog pemuda.tq
http://hujahpemuda.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...