Tatkala BN tengah berhempas-pulas memenangi hati pengundi cina, timbul pula tindakan 'gila glamour' yang telah menimbulkan rasa meluat, cemuh tidak mustahil juga ada rakyat yang benci melihat tindakan DS Rosmah Mansur yang duduk di tengah-tengah di antara pasangan pengantin baru Lee Chong Wei & Wong Mei Chu sehingga membataskan pasangan pengantin untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.
Ahhh...
Saya tiada masalah sama ada Datin Rosmah Mansur hendak duduk di tengah, celah atau pun bersila di dalam majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara ini.
Saya bermasalah apabila tindakan ini telah memberi ruang untuk pembangkang mencipta persepsi buruk ke atas DS Najib Tun Razak, sekaligus menbangkitkan rasa benci rakyat untuk menolak kerajaan.
Itu saya selalu kata, DS Najib Tun Razak cukup tip top dalam melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dalam memastikan segala janji-janji yang dilakukan ditunaikan menjelang pilihanraya umum.
Tapi semua hasil usaha dan dasar tranformasi yang diusahakan selama 3 tahun bagi memastikan kerajaan hari ini terus relevan sering kali musnah dengan sekelip mata disebabkan tindakan isteri atau kenyataan-kenyataan para menterinya sendiri.
Maaf cakap!
Sudah-sudahlah Datin! - Janganlah selalu beri ruang kepada pembangkang! - Dalam bahasa mudah faham, tolong jangan terlalu menyusahkan kerajaan dengan tindakan 'gila glamour' Datin!
Agaknya Datin punya blogger tak beri khidmat nasihat, apa tindakan yang boleh dan tak boleh dibuat dalam situasi sekarang ini?
Jika tindakan dan aksi-aksi yang boleh membangkitkan rasa meluat rakyat terus-menerus dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT merahmati DS Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara selepas PRU13 akan datang.
Sempena hari minggu, kita layan lagu dulu Datin :
YY : Ada blogger nak balun aku sebab tegur untuk kebaikkan kerajaan yang diterajui DS Najib Tun Razak?
20 comments:
Kesian aku dengan DSN. Kebanyakkan blogger kita tak berani tegur Rosmah ini. Takut bagi bullet kat PR.
Good job YY! Kena ada yg menegur baru ler dikatakan kerajaan utk rakyat & kerajaan pn kena lah terima teguran rakyat. Dulu masa zaman Tun M tak pernah ler tgk Tun Siti Hasmah overshadow beliau walaupun Tun Siti H sentiasa menjadi tulang belakang Tun M. Tun Siti H pn byk terlibat dgn pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta persatuan tanpa melebih2 & beliau sentiasa disenangi & disayangi rakyat. Tolonglah Datuk Seri Najib...pandanglah perkara ni secara serius. Kami pn tak nk kerajaan tumbang dlm pilihanraya akan dtg sbb isu remeh temeh mcm ni.
kesian aku dgn DS Najib... dapat negara time huru hara.. teringat pula aku dengan saidina Ali dapat negara time byk pemberontak...
kesian aku dengan DS najib.. dapat negara time huru hara..
hmmm...Itulah yang dinamakan PROTOKOL. Ini kan majlis makan-makan bukan bersanding. Kalau benci sekali pun usahlah membabi buta menyalahkan orang. Rosmah kan penaung Badminton. Majlis tu memang utk Organisasi Badminton. Mengikut protokol di mana-mana pun, yg menjadi VIP akan duduk ditengah kalau dia datang sorang. Macam majlis yang Agung datang tu, Agong ngan permaisuri duduk di tengah2, lepas tu barulah yg diraikan, lelaki di sebelah lelaki, perempuan di sebelah perempuan. Ada susunannya seterusnya...lihat tahap VIP nya.
Usahlah membodohkan diri sendiri. Sebab sebenarnya kita yg kurang berilmu. Selalu pi majlis kahwin kat kampung saja... memanglah pengantin duduk berdua di tengah sebab x ada VIP mai. Sian.. kena pi belajar protokol dululah bro... baru baru tulis artikel.
Harap-harap protokol kamu itu membantu untuk menambahkan lagi undi BN. :)
bro...memang protokolnya begitu. Apasal pulak Rosmah dipersalahkan. Saya pun hairanlah apasal Rosmah selalu jadi mangsa. Orang suka sangat lihat diri dia berbanding sumbangan dia. Agong ngan permaisuri duduk di tengah2 x ada pulak orang pusing tulis artikel. Hadoi... please la.
Sepanjang saya dewasa, rasanya Rosmahlah bini PM yang paling banyak melakukan sumbangan kepada keperluaan negara semasa... tetapi sebab dia selalu kelihatan 'vogue, dia jadi mangsa entah apa2.
Lihatlah dengan akal fikiran bukan dengan hasad dengki. Tak pernah pulak dengar statement dia yg pelik2 berbanding statement orang lain yg mengaku sangat baik.
Bukak buku Pendidikan Sivik Tingkatan 3 pun ada tulis pasal susunan protokol. hu..
aku anon 5.45 PM tadi
haha...jangan angin satu badan bro. Aku beritahu yg mungkin ko terlupa bukannya tak tahu.
Apa-apa hal aku tetap undi BN. Campur mak bapak, adik abang, ipar duai 23 undi untuk BN.
tetapi sebab dia selalu kelihatan 'vogue, dia jadi mangsa entah apa2.
Lihatlah dengan akal fikiran bukan dengan hasad dengki.
Hasad dengki?
LOL...
Siapa pulak yang dengki, dalam perang politik siber ini, org tak amik pedulik pasal protokol, mereka hanya cipta persepsi dan memaksa org untuk percaya ttg persepsi.
Gara-gara terpaksa jawab persepsi inilah yang kita tiada masa nak jelaskan mengenai dasar kerajaan yg sudah kita lakukan.
Tak timbul hasad dengki kat sini. Harap jelas di situ. :)
Aku lagi..
ok ok... aku faham niat baik YY untuk halang persepsi buruk. Sangat faham.
Tapi inilah tugas blogger macam anda dan tukang komen macam aku untuk menangkis permainan cyber trooper pembangkang. Depa perlu di sekolahkan dan kita pulak jangan terikut2 permainan depa.
Anyway keep writing bro.. cuit sikit saja
Setuju,
Harap sedikit penjelasan kat atas tu mengenai protokol majlis meredakan sikit gejolak perasaan benci org muda terhadap Datin Rosmah.
Terima kasih sudi beri pendapat kt sini bro.
woi! woi! terbaik dari ameno world:
http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/rais-yatim-perempuan-selak-kain-dan.html
butuh la kutuk DS Rosmah. tunggu la nasib kamu. turunkan entri ini atau hadapi padahnya!!
aku setuju dengan YY ... alangkah baiknya jika rosmah memperlihatkan sikap berserhana dalam segala hal ... jangan terlalu vogue ... jika itu badminton punya program yang rosmah jadi penaung memang itulah protokolnya tetapi protokol itu tidak membantu imej dsn bahkan meruntuhkan imej dsn ... maka kelihatanlah rosmah umpama imelda marcos ... itulah bullet percuma kepada pakatan rakyat ... apakah tidak boleh dikorbankan protokol itu untuk sementara waktu demi membentuk imej yang lebih baik ... akupun ada lihat gambar pengantin yang sama terpaksa dipisahkan antara agung dan permaisuri kerana itulah protokol tetapi agung tidak terlibat dengan pru ...
Salam semua...
Apa cerita Bini PM ni???
Protocol ke apa tak salah first lady duduk sebelah pengantin perempuan bukan di tengah Kalau dia buat begitu dia nampak understandingPasangan pengantin kan raja sehari
Bro double yy....gua amat faham maksud lu bro...org lain bg la alasan apa pun...protokol ker...apa ker...rakyat semua x nak dgr...menyampah...bg la chance...dah tentu hr kahwin...lain kali nak letak duk tgh pn...bg la kerusi rosmah lebih BESAR dr kerusi chong wei n bini dia...br nampak protokol. ..cam org mesy tu....hhhahhah.....isu kecik je nie...tp sket2 lama2 jd bkt...pastu ko nasihat kan sket nazri aziz tu....buruk sgt perangainyer...buat susah blogger umno jer...dr bjb
Terima kasih bjb di atas pandangan yang diberikan.
Apa kata kita dptkan dulu penjelasan pengelola majlis atau tanya direct pd Datuk LCW. Tanya siapa yg nak Rosmah duduk kt tengah tu? Adakah Rosmah mintak, atau itu permintaan dari LCW atau pengelola majlis yg pandai2 park rosmah kt situ.
Bukan apa, kekadang benda ni simple je tp memandangkan pembangkang dh kering isu, hal mcm ni nampak mcm lebih besar dari isu 'setuju murtad' dan 'ceroboh sidang DUN negeri lain'.
Betul protocol menetap kedudukan dan jika dah diatur sukar ditukar sebab table arrangement dan hadiah mungkin sudah di atur. Jadi jangan terlalu marah. Nak cerita yg buruk mesti boleh dan yg baik pun boleh jadi tepuk dada tanya selera.
Post a Comment