NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, January 11, 2012

Kejayaan @PDRMsia Mengawal Perhimpunan Bebas Anwar #901 - Bukti Kebijaksanaan @HishammuddinH20


Keputusan pihak PDRM membenarkan penyokong Anwar Ibrahim berhimpun di tapak parking perkarangan mahkamah sebelum ini mendapat bantahan ramai pihak.

Ada yang mengatakan laporan yang dibuat mereka hanyalah sia-sia. Pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan kepada PDRM serta Kementerian Dalam Negeri.

Sikap keterbukaan yang ditunjukkan PDRM pada awalnya dipandang negatif oleh ramai pihak, ada yang mengatakan Menteri bertanggungjawab bertindak persis 'pondan' kerana dilihat 'tunduk' dengan kehendak pembangkang.


Tetapi situasi sebaliknya berlaku selepas sahaja selesai perhimpunan tersebut, rata-rata rakyat mengatakan tindakan PDRM dan KDN yang membenarkan perhimpunan tersebut dijalankan merupakan satu langkah bijak.


Malah secara tidak langsung tindakan itu juga sedikit sebanyak telah memulihkan imej PDRM yang selama ini diburukkan oleh pembangkang. Rakyat pelbagai latar belakang menggunakan laman twitter untuk menyatakan penghargaan mereka kepada PDRM dan Menteri bertanggungjawab.




Walaupun berlaku provokasi serta sedikit pergelutan sepanjang perhimpunan tersebut, ternyata PDRM bijak mengawal situasi tersebut tanpa perlu menurunkan jumlah kekuatan anggota yang ramai.

Malah lalu-lintas sepanjang perkarangan mahkamah juga tidak mengalami kesesakan yang teruk.


Tuduhan PDRM adalah 'anjing kerajaan' tidak lagi kedengaran, sikap sabar dan toleransi yang ditunjukkan oleh setiap anggota PDRM yang bertugas dalam perhimpunan tersebut, membuktikan bahawa PDRM yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri di mana menteri yang bertanggungjawab DS Hishammuddin Tun Hussein telah berjaya menyahut seruan tranformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.




Saya juga turut tidak melepaskan peluang menyatakan penghargaan saya kepada PDRM dan Menteri bertanggungjawab, sebagai tanda penghargaan saya paparkan video di bawah untuk ditonton kepada DS Hishammuddin Tun Hussein.

Dan beliau membalas dengan jawapan berikut, apa lagi saya terus 'make as favourite' la... Hahaha!




Syabas PDRM...

Syabas KDN...

YY : Bro... anggota yang terlibat mengawal perhimpunan tempoh hari makan nasik bungkus punyalah cepat sebab nak kembali sambung tugas, tapi ada yang membalas jasa mereka ini dengan memanggil mereka 'ANJING'?... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...