NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, January 14, 2012

AG Ada Telor Ke Tak? #Justice4Saiful901



Kini telah hampir seminggu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, akibat keraguan kepada bukti DNA.

Sehingga ke hari ini tidak ada nampak tanda-tanda yang jelas yang pihak pendakwaan akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. 

Saya difahamkan tarikh akhir untuk pihak pendakwaan mengemukakan rayuan pada 25.Januari.2012. Iaitu kira-kira 11 hari dari sekarang.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyuarakan suara hati saya kepada Tan Sri Abdul Gani Patail selaku Peguam Negara Malaysia.

Saya tidak pasti samada tulisan ini akan dibaca oleh Tan Sri Peguam Negara atau tidak. Jika ada pihak-pihak yang mengenalinya , mohon dipanjangkan suara hati saya ini kepada beliau. 

Tan Sri,
Sebagai rakyat Malaysia kita semua telah diajar dengan prinsip-prinsip Rukun Negara sejak dari awal bangku sekolah lagi. 
Perkara keempat yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara adalah, 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG'. 
Semasa di bangku sekolah rendah cikgu yang mengajar mata pelajaran Sivik ketika itu menghuraikan maksud yang tersirat disebalik prinsip Rukun Negara yang keempat itu.
Kata cikgu, 
Wujudnya undang-undang itu akan menjamin kehidupan rakyat agar  dapat bergerak dengan sempurna dan teratur tanpa sebarang masalah atau  kekacauan, di mana semua rakyat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan semua rakyat berhak menikmati keadilan yang sepatutnya.
 Tan Sri,
Sejak perbicaraan bermula tiga tahun lepas , Anwar Ibrahim telah mendapat pelbagai keistimewaan. Beliau boleh memohon tangguh kes sehingga lebih dari 50 kali.  
Beliau boleh kemukakan rayuan sebanyak 38 kali.  
Beliau bebas bergerak keliling dunia kerana paspotnya tidak ditahan. 
Beliau bebas berkata apa sahaja tentang kesnya walaupun perbicaraan sedang berlangsung, walaupun itu merupakan satu kesalahan.  
Pendek kata beliau menikmati bermacam-macam kemudahan. Semua itu berlaku kerana beliau adalah seorang VIP yang bergelar Datuk Seri (orang besar).
Tan Sri,
Cuba pihak Tan Sri bayangkan semenjak kes ini bermula, mangsa (Saiful Bukhari) hidup dalam penuh tekanan. Beliau tidak bebas bergerak kerana faktor keselamatan. Tidak sepertimana Anwar Ibrahim yang bebas mengenlilingi dunia. 
Saiful turut dikeji, dihina , dicerca dan dilemparkan dengan pelbagai kata-kata nista hingga memaksa beliau mengangkat sumpah dengan Al Quran untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa beliau tidak berbohong atau memfitnah Anwar Ibrahim. 
Manakala si pelaku pula tidak berani bersumpah dengan Al Quran untuk menafikan dirinya meliwat Saiful. 
Sepanjang perbicaraan berlangsung, Saiful tidak pernah memohon tangguhkan kes atau kemukakan sebarang rayuan. 

Tan Sri , 
Saya tidak mahu mempertikaikan tentang keputusan mahkamah sepertimana yang kita semua tahu kerana saya percaya kepada sistem kehakiman kita, walaupun banyak yang ingin saya perkatakan. 
Hanya satu yang saya pinta, iaitu agar pihak pendakwaan mengemukakan rayuan bagi pihak mangsa. Adalah amat-amat tidak adil kerana mangsa bukan seorang VIP dan hanya sebagai rakyat biasa , maka keadilan untuknya tidak diperjuangkan. 
Kita harus menjunjung perkara keempat dalam prinsip Rukun Negara, setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan semua rakyat berhak menikmati keadilan yang sepatutnya, tidak kira mereka orang kecil atau orang besar. 
Semoga pihak Tan Sri mengemukakan rayuan secepat mungkin kerana saya melihat masih ada ruang untuk mangsa mempertahankan dirinya. 
Bukan niat saya untuk melihat Anwar Ibrahim dihantar ke penjara, tetapi demi untuk keadilan kepada mangsa. -RBF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...