NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, January 26, 2012

[VIDEO] : Undang-Undang Liwat Lapuk?



(Associated Press) Agensi berita Associated Press membuat sorotan kritikal menjelang pengumuman keputusan pembicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu. 
Menurut agensi itu Anwar mengecam undang-undang yang digunakan sebagai asas pertuduhan terhadap beliau, yang dikatakan kuno dan boleh digunakan bagi mempromosi pendirian tidak bertoleransi, selain menceroboh hak orang lain dan menghukum mereka dengan kejam. 
Berdasarkan apa yang disuarakan, beliau kini menjadikan dirinya terpencil dari kalangan ahli-ahli politik kanan Malaysia berhubung pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya. 
Pada dasarnya para pemimpin pembangkang dan kerajaan di negara berpenduduk majoriti Muslim ini tidak mahu dilihat sebagai menyokong atau menyetujui perjuangan hak-hak kumpulan homoseksual. Ini kerana mereka tidak mahu mencetuskan ketidakselesaan di kalangan pengikut konservatif agama. 
Di Malaysia, jika disabitkan kesalahan meliwat, seseorang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat. 
Anwar, 64 tahun, berkata beliau telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan menerima hukuman penjara yang panjang apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan hampir dua minggu lalu. Beliau dikatakan tidak mungkin akan kenakan hukuman sebat memandangkan usianya yang lanjut. 
“Pada saya, undang-undang seperti itu tidak sepatutnya disalahgunakan bagi tujuan politik dengan harapan ia menjadi contoh dan sekali gus bersifat tidak adil kepada pihak lain,” jelas Anwar melalui telefon sewaktu dalam rangka penjelajahan enam hari ke seluruh negara bagi menyampaikan ceramah. 
Pihak yang menuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26 tahun, memberikan keterangan bahawa Anwar memaksa beliau melakukan perhubungan seks di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 2008. 
Anwar enggan memberi keterangan dari kandang saksi, tetapi mengkritik prosiding dengan memberikan hujah panjang lebar dari belakang meja peguam, di mana beliau tidak boleh diperiksa balas. 
Anwar yang telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak, berkeras mengatakan beliau tidak bersalah dan mendakwa pertuduhan tersebut sebahagian daripada konspirasi kerajaan untuk memalukannya dan merosakkan peluang pembangkang untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan berlaku pada tahun ini. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimana pun telah menafikan dakwaan itu. 
Di Malaysia, undang-undang anti-liwat jarang sekali digunakan, tetapi dirujuk secara selektif, kebanyakannya membabitkan kes-kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan remaja.
Bagaimana pun, para aktivis hak kumpulan ‘gay’ telah sejak sekian lama mendakwa diskriminasi terhadap individu-individu homoseksual dan sebagainya digalakkan. 
Bulan lalu, badan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang melarang perhubungan seksual sesama jenis. 
Menurut Anwar, walaupun beliau bersetuju kerajaan perlu melarang perkahwinan sesama jenis dan perlakuan lucah di khalayak ramai, namun undang-undang anti-liwat yang ada sekarang “boleh disalahgunakan, justeru menonjolkan sikap diskriminasi dan tidak toleransi.” 
“Undang-undang yang ada sekarang adalah kuno,” kata Anwar. “Idea asasnya ialah supaya menggalakkan orang memahami keadaan tersebut, dan bukannya untuk diperlihatkan sebagai hanya menghukum. 
Dalam kes ini apa yang berlaku begitu melampau – apa tidaknya, mereka dibenarkan menjenguk dan memeriksa hingga ke dalam kamar tidur orang lain hanya bagi tujuan memalukan individu-individu tertentu.” 
Ini kali kedua Anwar dihadapkan ke mahkamah bersabit pertuduhan meliwat. Beliau yang merupakan bekas Perdana Menteri didapati bersalah pada tahun 2000 bersabit pertuduhan meliwat bekas pemandu keluarga beliau. 
Bagaimana pun, Mahkamah tertinggi di Malaysia membebaskan beliau dari penjara pada 2004 setelah membatalkan keputusan serta hukuman penjara sembilan tahun ke atas beliau. 
Pertuduhan terbaru ini berlaku pada 2008, iaitu beberapa bulan selepas Anwar berjaya memimpin pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 hingga memperoleh kemenangan terbaik sejak negara itu mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1957. 
Anwar berkata, tanpa mengambil kira apa jua bentuk keputusan mahkamah, pakatan tiga parti pembangkang yang dipimpin beliau bertekad untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib pada pilihan raya umum ke-13, dan seterusnya menubuhkan kerajaan yang akan menghapuskan rasuah dan diskriminasi kaum. 
Pihak pembangkang sekarang ini menguasai lebih daripada satu pertiga kerusi di Parlimen.
“Kemungkinan kami memenangi pilihan raya…bukan sesuatu yang mustahil,” kata Anwar. “kami percaya perubahan pasti berlaku bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.” -aidc

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...