Seorang guru kelulusan dari UPSI menghantar emel kepada saya, meminta agar masyarakat tidak memandang seorang ke atas guru-guru yang berkelulusan dari Universiti berkenaan.
Kerana bagi beliau sungguh tidak adil untuk masyarakat melabelkan guru keluaran UPSI sebagai guru yang bermasalah sedangkan yang terlibat demontrasi pada malam ambang tahun baru hanyalah segelintir sahaja dan selebihnya adalah pelajar dari Lembah Klang.
Demo UPSI : Bakal guru keluaran UPSI bukan seperti yang diperkatakan.
Kejadian mahasiswa berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Januari lalu telah menimbulkan pelbagai perspektif terhadap golongan mahasiswa khususnya mahasiswa UPSI itu sendiri.
Media cetak mahupun media elektronik menyiarkan pelbagai berita dan liputan berkenaan isu tersebut. Saya tidak mengulas kejadian demonstrasi secara mendalam, cukuplah media menyajikan pelbagai bentuk berita.
Cuma, apa yang saya ingin jelaskan di sini berkenaan dengan tanggapan atau perspektif masyarakat yang memandang isu ini lebih kepada sikap mahasiswa UPSI yang bakal bergelar seorang guru.
Pelbagai luahan, keluhan, pesanan atau komen dalam media elektronik khususnya laman sosial Facebook, blog, ruangan komen berita online lebih kepada tanggapan buruk antaranya ‘beginikah seorang guru suka berdemonstrasi’, ‘inikah sikap bakal guru yang akan mendidik anak bangsa’, ‘saya tidak mahu anak saya dididik guru begini’ dan pelbagai lagi.
Tanggapan masyarakat kita tidak dapat elak kerana apa yang mereka nampak, perhatikan dan baca telah mewujudkan situasi sebegini. Apa yang paling penting pada masa sekarang adalah untuk membetulkan semula pelbagai tanggapan masyarakat ini.
Persoalannya, benarkah mahasiswa UPSI suka berdemonstrasi seperti kejadian ambang 2012? Benarkah mahasiswa UPSI bersikap melampau seperti yang ditunjukkan dalam video rakaman? Benarkah bakal guru keluaran UPSI tidak mampu mendidik anak bangsa? Adakah jawapannya seperti pepatah Melayu katakan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga?. Fikirkan...
Maklumat yang diberikan oleh rakan mahasiswa UPSI, lebih kurang 70 mahasiswa terlibat dalam demonstrasi tersebut. Kebanyakan mahasiswa ini datangnya dari IPT sekitar Lembah Klang dan mahasiswa UPSI seperti yang dimaklumkan setakat ini yang terlibat HANYA membabitkan 2 atau 3 orang sahaja termasuk mahasiswa yang sedang menunggu perbicaraan 9 Januari ini. Setakat ini, belum ada mana-mana mahasiswa UPSI berkelakuan sebegini sejak 4 tahun yang lalu sepanjang pengajian saya.
Untuk makluman, sebelum kejadian pihak UPSI dan Polis telah mengeluarkan nasihat atau amaran kepada mahasiswa UPSI agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi tersebut lebih-lebih lagi mahasiswa UPSI yang sedang dalam minggu ‘study week’ untuk menghadapi peperiksaan semester.
Jadi adakah kerana nila setitik ini kita terus beranggapan bakal guru keluaran UPSI seperti itu semuanya? Adakah kerana penglibatan dua atau tiga mahasiswa UPSI dalam kejadian tersebut telah mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap bakal guru untuk mendidik anak bangsa kelak? Kita perbetulkan semula persepsi dan tanggapan kita.
Bakal guru yang mengambil pengajian selama empat tahun di UPSI telah dibekalkan pelbagai ilmu pendidikan khususnya dalam mendidik anak bangsa mengikut bidang-bidang tertentu. Kalau mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut lebih memilih jalan perjuangan sebegitu, itu hak dan kebebasan mereka.
Janganlah disamakan dengan mereka yang tidak mahu terlibat langsung dalam hal sebegini. Bagi seorang guru fokus kepada pengajian adalah lebih utama dan dalam masa yang sama juga bakal guru perlu peka dengan dunia luar.
Sebenarnya bukan salah bakal guru tetapi salah individu itu sendiri dalam memanfaatkan hala tuju ilmu yang dipelajari walaupun masih dalam pengajian. Tempoh yang cukup lama untuk mengejar cita-cita bergelar guru dan dalam lingkungan empat tahun itu jugalah pelbagai dugaan melanda.
Isu demonstrasi di UPSI yang berakhir dengan kecederaan, sedikit sebanyak menggambarkan betapa buruknya sikap seorang bakal guru yang menjerit, baring di jalan raya, memanjat pagar kononnya tanggapan pelbagai pihak itulah bakal seorang guru.
Sedangkan hakikatnya, bukanlah seorang bakal guru berperangai sedemikian. Itu semua budaya IPT luar yang cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai isu ketika ini.
Saya bakal guru keluaran UPSI yang baru sahaja menamatkan pengajian selama empat tahun berharap kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat di luar sana membetulkan semula persepsi yang tidak baik kepada kami.
Begitu juga kepada pengamal media cetak mahu pun media elektronik memperbaiki segala penulisan tentang isu demonstrasi khususnya menyentuh siapa yang terlibat.
Apa yang saya nak katakan, dalam 1 kepahitan 1000 kemanisan yang bakal kami aplikasikan kepada anak-anak bangsa kelak lebih-lebih lagi panggilan temuduga untuk bergelar guru seluruh IPTA untuk tahun ini dijangka bermula bulan Januari ini.
Khabar gembira ini sudah cukup menggembirakan walaupun berbulan-bulan menanti. Selain itu, sumber berita juga menyatakan panggilan atau penempatan bakal guru untuk mendidik anak bangsa di seluruh negara dijangka pada bulan Mac nanti.
Besarlah harapan kami bakal guru keluaran UPSI dan bakal guru IPT lain agar berjaya dalam temuduga kelak. Anak-anak bangsa kita sedang menunggu untuk diberi didikan dan bimbingan sebaik yang mungkin.
Nasihat saya kepada adik-adik yang masih dalam pengajian khususnya di UPSI, fikirkan masa depan yang terbaik untuk semua pihak. Ibu bapa lebih mengharapkan anda mendapat segulung ijazah hasil penat lelah mereka mendidik anda dari kecil. Anda memasuki IPT pun sudah membanggakan mereka, apatah lagi pulang dengan kejayaan seterusnya mendapat pekerjaan. Ibu bapa mana yang tidak berasa bangga?
Tidak salah berpolitik cuma berpolitiklah cara yang sihat, tidak perlu meniru cara politik luar yang banyak karenah, mahasiswa ada pengetahuan politiknya sendiri. Penglibatan dalam persatuan, program sedikit sebanyak membantu mengenal dunia politik.
Menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran tidak semestinya tidak terlibat dalam politik tetapi dunia serba canggih ini, maklumat boleh diperoleh. Mahasiswa sudah cukup dewasa untuk menganalisis, menterjemah dan menganalisis segala sumber untuk diadaptasi dalam pemikiran seorang mahasiswa.
Bagi mahasiswa yang lebih ke hadapan, turut menyumbang idea dalam penulisan artikel dan ini platform untuk mahasiswa bersuara dalam satu-satu isu kepada pelbagai pihak.
Kalau anda mengatakan anda golongan intelektual, kenapa anda tidak menggunakan keintelektualan anda untuk berpolitik dengan lebih matang, bersikap rasional dan terbuka? Kalau anda mengatakan anda kuasa mahasiswa, perlukah kuasa mahasiswa anda itu diterbitkan dengan cara yang kasar?
Kalau benarlah anda sudah bijak membuat keputusan sendiri dan bangkit sebagai bakal pemimpin, kenapa tidak menggunakan bekalan itu untuk melakukan sesuatu bagi mengharumkan nama universiti? Kalau anda ingin bersuara, kenapa anda tidak suarakan dengan pendekatan yang rasional?
Kalau anda kononnya suara masyarakat, kenapa anda kurang menjalankan program untuk masyarakat? Apa pun, kaji semula hala tuju perjuangan anda yang sebenar. Mahasiswa inteleknya tinggi, tinggi juga pendekatannya untuk mengelak diri dari dipergunakan oleh sesetengah pihak. Fikirkan.
Sekali lagi saya tegaskan, agar penulisan ini sekurang-kurangnya membuka mata ramai pihak bahawa bakal guru keluaran UPSI tidaklah seteruk yang disangkakan. Kami bakal guru sedaya upaya melakukan yang terbaik kelak.
Apa pun, betulkan semula tanggapan kita dan bersama bersatu hati agar dasar pendidikan negara mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak untuk direalisasikan ke arah yang lebih baik lagi. We LOVE UPSI.
-Bakal guru keluaran UPSI-
7 comments:
we love upsi - from x-upsi
Salam,mohon pautkan blog sy disini,
blog tuan Double Y sudah lama sy pautkan, tq
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/
memang bukan salah UPSI , pada saya tidak semua mahasiswa UPSI berperangai dan berfikiran seperti budak Adam tu ,yg bodoh dan bahalul itu cuma sekor dua , majoriti pelajar UPSI tidak menyokong perbuatan gila Adam and the Gang !
pada yg tdk terlibat , teruskan perjuangan anda menuntut ilmu , sayangilah diri anda dan ambil beratlah pada diri dan keluarga anda sebelum mengambil berat perhal Anwar dan kes nya .
UPSI gedung ilmu terkenal , jadi buah mulut ribuan orang , telah melahirkan ribuan manusia pendidik bangsa , tetapi nama UPSI telah tercemar dan dicemarkan oleh segelintir pelajarnya , ditokok tambah oleh pelajar kolej luar lain , kerana nila setitik rosak susu sebelanga !!
saya tak menyalahkan UPSI , juga saya tdk memandang serong pelajar UPSI kerana saya tahu bagaimana cerita sebenar !
YY,
ambo pun sejak dari awal tidak pernah anggap SEMUA bakal guru UPSI terlibat dgn demonstrasi tu. yg pasti adam adli yg bangang tu sj yg parok terlibat.
ambo pernah berada di situ (dulunya IPSI) utk menjalani kursus sijil khas yg melayakkan ambo ke UK...
ambo & rakan2 benar2 memahami aspirasi IPSI masa tu & kami menjalani kursus dgn tekun & kesemua kami berjaya ke universiti2 di UK.
bila pulang ramai yg ditempatkan di negeri lain sebelum kembali ke tempat asal. memang perit terpisah dari keluarga & sanak saudara tp tidak ada yg lebih mengembirakan bila ada antara kami sambung pula buat Masters & terus berkhidmat sbg pegawai pendidikan...
sebenarnya, siapa sj yg terlibat dgn perkara2 negatif semasa belajar & berkursus, dialah yg rugi.
peluang yg diberikan oleh kerajaan semasa belajar terbuka luas. terpulang kpd pelajar utk buat perkara2 positif yg boleh menguntungkan diri, keluarga, agama bangsa & negara;
atau terpengaruh dgn perkara2 negatif yg di rasuk oleh syaitan mahupun pembangkang yg sentiasa menangguk dia air keruh hingga merugikan diri, ibubapa, keluarga, bangsa, agama & negara...
ambo dah lama tahu...
Saya sayang kerjaya masa depan saya.
-Bakal guru keluaran UPSI
UPSI memang tak salah, cuma masalahnya adanyer parasit yang mejual nama UPSI demi kelangsungan perjuangannya yang ntah kemana-mana... apa yang zalimnya pemerintahan UMNO/BN ni? rakyat bebas membelih belah, beriadah, yang sakit ada hospital, anak-anak ada sekolah.... pelik sungguh, bagi aku yang zalim adalah yang mahu menafikan hak saiful!
kesian budak upsi..
Post a Comment