BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, January 12, 2012

Zakat, Jamil Khir dan Nik Nazmi - HALAL ke HARAM?


Dalam Laporan Audit Ketua Negara 2010 melaporkan Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran laporan dari Ketua Audit Negara - AJK PAS Pusat Idris Ahmad mendesak Jamil Khir memberikan penjelasan dirinya berada di dalam asnaf yang mana membolehkan wang zakat digunakan untuk membiayai kos saman Qazaf Anwar Ibrahim.
"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Mualafkah?"
Selepas itu Nik Nazmi pula mengambil alih tugas Idris Ahmad menyerang Jamil Khir dan semalam Nik Nazmi menunjukkan dua dokumen iaitu satu baucer bayaran yang kedua adalah Laporan Audit Ketua Negara dan beliau dilaporkan akan membuat laporan hari ini sekitar jam 11.00 pagi.

Sebenarnya kos guaman tersebut tidak dibayarkan menggunakan wang zakat daripada hasil yang dikutip, sebaliknya wang yang digunakan adalah wang peruntukkan dari kerajaan yang mana disalurkan sejak tahun 1993.

Pada tahun 2010 pula geran kerajaan untuk MAIWP adalah sebanyak RM19 juta yang mana sebanyak RM700,000 diperuntukkan untuk perundangan.


Tetapi JIKA wang zakat yang digunakan sekalipun, persoalannya adakah ianya HALAL atau HARAM?

Untuk menjawab soalan ini sudah tentulah kita perlu merujuk kepada pakar agama yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa iaitu mereka dari kalangan mufti.

Jawapan yang diberikan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu penggunaan wang zakat adalah ianya TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK.

Kerana pada mesyuarat MAIWP yang diadakan pada 03 September 2009 telah meluluskan perbelanjaan untuk perundangan di bawah ASNAF FISABILILLAH. 



Akhir sekali, saya alu-alukan tindakan yang ingin dilakukan oleh Nik Nazmi hari ini iaitu untuk membuat laporan polis. Kerana DS Jamil Khir sendiri pun mengatakan dirinya sedia disiasat kerana beliau yakin Allah bersama mereka yang benar.

5 comments:

X-PAS said...

Kenapalah benda mcm ni selalu menteri lmbt jwb, dh jadi isu barulah nk keluar fatwa semua.

Patut cpt2 tutup mulut PR ni. jgn bg mereka muka

Panglima Perang Cyber said...

Biar lambat asal selamatlamba

Anonymous said...

cuba tanya pada khalid samad...kenapa anakya layak teriman bantuan zakat??..walaupun dibwh kategori fisabillilaah.....

persoalanya...adakah kehidupan khalid sekeluarga ni...dibwh taraf fakir atau miskin....??..atau mmg kes duduk tepi jalan??...dikhabarkan pendapatan mereka ni dibwah 30 ribu.....adakah 30 ribu dikategori miskin atau fakir??..

Anonymous said...

Orang mcm Jamil Khir ni depa nk jatuhkan, mmg bodoh! Anwar dulu penah kena jel sbb rasuah tknk citer! PKR sial!

Anonymous said...

Salah satu kelemahan pihak kerajaan. selalu lambat menjelaskan bila sesuatu isu dibangkitkan.

Sudah panas baru sibuk nak jawab!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...