NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, January 1, 2012

Foto Pemimpin Pembangkang Bukti PR Dalang Mahasiswa Bertindak Ganas


Semalam beberapa orang politik yang terdiri daripada parti PKR iaitu Chegubard kelihatan bersama 17 orang pelajar yang merusuh di hadapan UPSI sehingga bertindak memecahkan pintu kaca sebuah klinik.

Hari ini selepas sahaja dibebaskan oleh pihak polis dari Balai Slim River, kumpulan pelajar yang diketuai Adam Adli bertindak berhimpun sekali lagi di hadapan UPSI tengah hari tadi. Anehnya ketika perhimpunan tengah hari tadi kelihatan beberapa pemimpin PAS bersama dengan kumpulan 'mahasewel' ini antaranya adalah Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar atau nama sebenarnya Mahfuz 'Bean' Omar. (gambar atas)

Selain itu beberapa pemuda dari Dewan Pemuda PAS turut kelihatan bersama dengan kumpulan pelajar ini. Melihat kemunculan pemimpin pembangkang ini, jelas menunjukkan bahawa parti pembangkang merupakan dalang di sebalik tindakan ganas mahasiswa di UPSI semalam.


Malah dari maklumat juga dimaklumkan dari 17 orang pelajar yang terlibat merusuh semalam hanya dua pelajar terdiri dari pelajar UPSI. Selebihnya dipercayai pelajar dari kampus lain yang menganggotai SMM yang diketuai oleh Chegubard.

Ini yang dikatakan 'mahasewel' ekstrem ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

Jika benar mereka tidak terlibat politik kepartian kenapa perlu pemimpin parti politik pembangkang bersama mereka?

Nama UPSI bakal mencipta sejarah lagi kali ini, tapi sayangnya mereka yang bikin onar di UPSI adalah pelajar luar. Wahai pelajar-pelajar di UPSI bangkitlah tolak golongan ekstrem ini yang cuba memberi imej buruk kepada Universiti yang anda duduki sekarang.

Jika tidak dihalang tidak mustahil selepas ini graduan UPSI bakal dilabel sebagai mereka yang ekstrem....

YY : CGPA takde la tinggi mana pun... isk3... nak dedah ke CGPA mereka yang terlibat... Komen sikit geng?

9 comments:

Anonymous said...

CGPA saudara tinggi ke? ke silapx tak pernah masuk universiti, setakat lulus darjah enam saje..jgn marah aa..

Anonymous said...

bro, kasi dedahkan la CGPA dia org..
nak tau gak tahap mana akal dia org ni..

Yuseri Yusoff said...

Taklah aku lulus darjah 3 sekolah kerajaan... hehe..

Anonymous said...

Macam la Anon atas sekali kenal ke penulis. Takkan la semua penulis blog ni nk kena lapor dgn ko. dh atas tu pun ada semua yg dia tulis pandangan peribadi dia.

Anon tu resah dgn tulisan saudara agaknya YY. teruskan dedah pembohongan PR yg keldaikan pelajar kita!

X-PAS said...

Hahaha pedas dgn kenyataan ke Anon 12:20 AM

Anonymous said...

Haha Mahfuz nak merasa jadi pelajar U tu bro. Maklumlah dia dulu SRP je orang kata bukan aku beb!

Anonymous said...

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diketuai oleh chegubard dr PKR dan dia ini merupakan anak sedara ipar kepada Anwar. Maka jelas disini bahawa pembangkang mendalanginya. Berkaitan kepimpinan PAS, masalah UPSI laju ko join tp isu air dan cukai tanah yg tinggi kt UUM camne bro..?isu KUIN camne bro...?jd setelkan dulu kt sana br pi UPSI yer..ker dh lupa yg awak tue kerajaan negeri masih igt pembangkang lg ker..hahaha

Anonymous said...

mahpus nak rasa jadi mahasewel, sebab dulu tak sempat nak ngaji kena kerja cari pitis dulu. jaga stor di airport pon tak apa. aku rasa pemimpin pas tu watgi ngupah getek ka budak budak mahasewel tu.

abdul raoof ali said...

meh masukkan CGPA bebudak ni.. senang say ank buh sedas dua.. sebagai senior diorang ni ( UPSI ) hangen gak ngk kebebalan diorang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...