Apakah yang difikirkan Nurul Izzah agaknya...? |
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal Nurul Izzah Anwar berkata :
Dari pisau.net :
Tindakan luar batasan dan keterlaluan polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia. Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Pentingnya di sini Nurul Izzah Anwar dan 'mahasewel' yang merusuh di UPSI tempoh hari memahami maksud sebenar Perhimpunan Aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dari pisau.net :
Sejak bila pula rakyat di Negara ini dihalang dari melakukan perhimpunan secara aman? Yang dihalang ialah perhimpunan secara haram yang mencetuskan rasa ketidak ketenteraman awam dan keselamatan setempat.
Kebebasan bersuara! Tidak ada sekatan pun dibuat. Bukankah rakyat memilih wakil rakyat di tempat masing-masing, kenapa wakil rakyat yang mereka pilih tidak menyuarakan rintihan mereka di dewan rakyat di mana tempat undang-undang dicipta? Yang dihalang kebebasan bersuara ialah perkara-perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum dan melemparkan fitnah.
Bukankah semua agama melarang penganutnya berbohong, kecualilah ada guru-guru yang menyatakan berbohong itu hukumnya wajib dan dapat pahala.
Kebebasan berakademik. Bukankah itu yang digalakkan oleh kerajaan sekarang bertujuan melahirkan masyarakat berilmu. Yang dihalang ialah kebebasan akademik untuk mencipta sesuatu yang boleh mengancam keselamatan awam serta tatasusila masyarakat di Negara ini.
Pernahkah ahli-ahli akademik dihalang dari menyatakan dapatan akademik mereka sama ada di dalam mahupun di luar Negara? Malahan pencapaian mereka mendapat pengiktiran kerajaan dalam dan luar negara.
Malangnya, terdapat segelintir masyarakat yang tidak puashati dengan tindakan murni kerajaan, sebaliknya menghasut masyarakat dengan dakwaan hak mereka untuk bersuara, berhimpun dan berakademik seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dinafikan.
Maka yang menjadi `mangsa' dakyah mereka ialah Perlembagaan Persekutuan.
Golongan yang mudah dipengaruhi ialah golongan muda. Malangnya, terdapat segelintir mahasiswa yang seharusnya digelar golongan terpelajar sebaliknya 'termakan' tipu muslihat anasir ini sehingga sanggup meninggalkan alam universiti dengan menyertai demonstrasi `jalanan' kononnya untuk menegakkan kebenaran dan hak mereka sebagai pelajar.
Insiden terbaru berlaku di pintu masuk Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada awal subuh I Januari 2012, di mana 17 orang di tahan oleh polis kerana menghalang tugas penjawat awam.
Menjadi tanda tanya. Adakah kesemua mereka yang ditahan itu benar-benar pelajar atau menyamar?
Menariknya perbuatan merusuh dan ganas yang dilakukan oleh pencemar nama mahasiswa ini dianggap wira rakyat pula, sebaliknya pasukan keselamatan dipersalahkan dan dikecam hebat, kononnya melakukan kekerasan dan ironinya ada pemimpin parti politik parti pembangkang dengan angkuhnya akan menyaman pasukan polis kerana melanggar hak seseorang itu untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
Sejak bila pula, orang yang melakukan kesalahan dan keganasan dianggap sebagai wira dan mereka yang menegakkan undang-undang dan keamanan dianggap bersalah?
Jawapannya, sejak pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang semakin menjadi-jadi mengeluarkan fatwa sendiri sehingga menyebabkan yang halal menjadi haram dan haram menjadi halal.
Ironiknya, kenyataan mengelirukan dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai latar belakang perundangan. Yang tak berilmu pun apabila mengeluarkan kenyataan yang `mengarut’ pun boleh diterima oleh segelintir masyarakat. Malahan disanjung pula.
Tak taulah sama ada penutur tersebut sememangnya `kurang cerdik' atau mempunyai niat buruk terhadap anggota keselamatan di negara ini. Sebenarnya mudah sahaja untuk difahami niat sebenar spesis ini dengan memutar belitkan perkara-perkara di dalam perlembagaan persekutuan bertujuan berpihak kepada mereka.
Perhimpunan aman dan bebas bersuara seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 iaitu Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Jika dibaca begitu sahaja, pendengarnya akan memahami bahawa perlembagaan membenarkan perhimpunan diadakan, begitu juga dengan kebebasan bercakap.
Inilah yang dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu terutama pemimpin parti pembangkang, sehingga pembohongan yang mereka taburkan dipercayai. Adakah masyarakat di negara ini mudah ditipu?
Tidaklah boleh diandaikan begitu. Antara puncanya mudah saja iaitu berapa ramai di kalangan masyarakat negara ini membaca apa yang terkandung di dalam perlembagaan? Di tanya pada mahasiswa yang membuat demonstrasi jalanan di UPSI, jawapan yang akan kita dapati YA.
Cuba tanya tentang perkara 10 yang dijadikan modal mereka. Jawapannya bebas berhimpun.
Jika ditanya lebih detail lagi, mulut mereka akan ternganga. Mahasiswa `robot'. Bermakna mereka tidak tahu dan berkata bohong.
Baiklah kita masuk kelas perlembagaan :
Perkara 10(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)
Perkara 10(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan
- tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
- semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
- semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
- ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
Cuba perhatikan fasal (2) Perkara 10. Antara ayatnya tertulis perkataan `demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian, ketenteraman awam. Apakah maksud ayat berkenaan?
Tak payah jadi `lawyer', budak sekolah pun boleh beritahu maksudnya, tapi jangan tanya golongan mahasiswa `robot' yang berdemonstrasi tu. Mereka kurang cerdik, suatu perhimpunan aman bermaksud tidak mengancam keselematan Negara serta tidak menganggu ketenteraman awam.
Apa yang berlaku di UPSI sebaliknya. Pertama mereka berhimpun tanpa mendapat permit berhimpun daripada pihak polis. Namum begitu pihak polis membiarkan sahaja, sehinggalah mahasiswa robot ini mula mengancam ketenteraman awam.
Percubaan mahasiswa robot ini memecah masuk ke dalam perkarangan UPSI, maka ia ditarifkan sebagai ancaman keselamatan dan menganggu ketenteraman awam. Maka menjadi tugas anggota polis menegakkan undang-undang. Kesannya tindakan menahan mereka yang `mengganas' bertujuan untuk memulihkan ketenteraman awam.
Perhimpunan amankah begini?
Mudahkan.
Mereka dibenarkan berhimpun tetapi secara aman.
Mereka dibenarkan bercakap tetapi bukan bermakna seseorang itu boleh berkata apa sahaja termasuk memaki hamun. Bukankah tindakan seperti yang dilakukan di hadapan pintu masuk UPSI secara terang-terangan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?
Susah sangatkah nak difahami?
Atau sememangnya spesis ini dijadikan sebagai keldai untuk merealisasikan agenda jahat mereka untuk mengucar kacirkan keamanan di Negara ini?
1 comment:
Weiii ...betina sundal ko mengatakan polis bertindak ganas dan kasar ..ko kata mana diwaktu tu..Tiada saorang manusia pun termasuk ko dan bapak ko sipeliwat tu ataupun polis di dunia ini yang akan bertoleransi apabila berdepan dengan perusuh. Tiada polis yang akan berdiri melihat sambil tersenyum menghulur minuman dan makanan kepada perusuh atau orang yang berdemonstrasi.
Setiap pasukan polis di dunia ini mempunyai 'standard operating procedure' (SOP). Begitu juga polis kita. Sekiranya anda bertindak semacam samseng pasukan polis harus bertindak sewajarnya...woii betina baik ko belajar dulu laa..
Post a Comment