NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label KPT. Show all posts
Showing posts with label KPT. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Unit Amal PAS Tak Sanggup Lagi Beramal #OccupyDataran





Sumber : MyMassa
Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka. 
Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:

Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan?? 
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas. 
Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. 
Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah.

Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
MyMassa suka untuk bangkitkan kembali apa yang berlaku pada demonstrasi PROTES sebagaimana diungkit dalam ayat terakhir artikel tersebut. 
Di mana PKR cuba menyerapkan budaya HEDONISME dengan menganjurkan konsert band underground di bawah kelolaan Hishamuddin Rais. 
Hasilnya band tersebut bertindak di luar kawalan sehingga membuka seluar di depan penonton. Yang serang band ini bukan pemuda UMNO, tapi unit amal PAS sendiri!

Mari kita tengok berapa lama lagi PAS boleh bertahan dengan PKR yang sering kali cuba mengajak PAS lari dari perjuangan mereka.
*Sama ada PAS bertahan dengan PKR bergantung kepada gerak kerja parasit Anwar Ibrahim seperti Mat Sabu dan Khalid Samad bergerak. 
Kalau mereka berjaya menguasai PAS dan membuang kumpulan ulama secara total, PAS akan terus menerus dalam Pakatan Pembangkang. 

Saturday, April 21, 2012

[FOTO] : Ustaz Fathul Bari 'Sekolahkan' Mahasiswa #AmanKampus


'Anak Muda Berakhlak Mulia & Beretika - Pemangkin Generasi Madani' - itulah tajuk yang dikupas oleh 3 panel yang terdiri dari ulamak-ulamak muda dalam program Siswa Taqwa yang berlangsung di Dewan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Forum keagamaan yang dianjurkan oleh Jelajah Aman Kampus dengan kerjasama Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Tiga ulamak muda yang dijemput sebagai ahli panel antaranya Ustaz Fathul Bari dari (ILMU), Ustaz Shahrizan Ibrahim dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Ustaz Khairul Azhar Ghazali juara rancangan program Imam Muda musim yang pertama.


Forum yang mengupas mengenai peranan orang muda sebagai pemangkin ummah madani itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 200 penuntut kolej serta mahasiswa IPTA/IPTS sekitar Negeri Sembilan hadir mengikuti program yang bermula jam 9.30 malam itu.

Mohd Shahar Abdullah - menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang Jelajah Aman Kampus dari Fasa 1 & 2
Penuntut IPTA/IPTS mengisi borang soal-selidik yang diedarkan oleh Jelajah Aman Kampus

Hadirin yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS berdekatan meneliti hujah yang dilontarkan oleh ahli panel jemputan.
Alhamdullilah aksi tak berakhlak sebagaimana aksi yang dirakam ketika demontrasi Mansuh PTPTN di Dataran Merdeka tidak kelihatan dalam dewan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.


Melihat perangai tak senonoh 'mahasewel' di atas, jauh sungguh bezanya mahasiswi di bawah :



Nak tahu beza dua kelompok mahasiswa? - [KLIK SINI]

Friday, April 20, 2012

[INFO] : Memahami Implikasi #MansuhPTPTN Melalui Ilustrasi

Ada yang mengatakan kebanyakkan anak muda tidak gemar membaca perkara-perkara yang terlalu berat, anak muda kini lebih gemar kepada bahan yang berbentuk ringan atau berbentuk santai.

Mungkin bahan-bahan yang berbentuk humor di bawah boleh menerangkan kepada kita implikasi di sebalik pemansuhan PTPTN.

Ringkas, menarik dan berfakta :




Fakta yang perlu diketahui :


SUMBER

[FOTO] : Mahasiswa #AmanKampus Terus Berbakti - Pelajar #ProPembangkang Terus Berdemo!

Walaupun rakan sebaya mereka mengadakan demonstrasi dengan berkhemah di Dataran Merdeka, nampaknya ianya tidak melunturkan semangat Aspirasi Mahasiswa dari terus berbakti kepada masyarakat melalui program Jelajah Aman Kampus.

Kali ini Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil merupakan lokasi yang terpilih bagi menjayakan misi mereka mendekati dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat, golongan mahasiswa IPTA/IPTS serta penuntut di pusat-pusat kemahiran negara.

Untuk laporan [HARAPAN-ESOK] :

Apa aktiviti yang dilakukan oleh kedua-dua kumpulan ini...?

Mungkin foto-foto ini boleh menjelaskan perbezaan di antara pelajar yang benar-benar membawa suara dan Aspirasi Mahasiswa di antara pelajar yang hanya dijadikan 'alat politik' bagi menjayakan agenda politik pembangkang :














Jadi agaknya...

Yang mana lebih baik...?

Bagi saya yang pasti bukan Adam Adli and the gang!

Hahaha...

Demo #MansuhPTPTN : Naib Canselor UM 'Goyang Telor' Lihat Aksi Pelajar UM?

Biadap - Kenapa tindakan tidak dikenakan ke atas mereka oleh pihak pentadbiran Universiti?
Oleh : Beruang Biru
Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.

Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

Thursday, April 19, 2012

[VIDEO] : Demonstran #MansuhPTPTN Berdemo Sambil Beromen Di Dataran Merdeka



Hahaha...

Tahniah wahai pelajar-pelajar Pro-Pembangkang!

Tahniah kerana anda telah memalukan status mahasiswa di Malaysia...

Tahniah kerana menjadikan Dataran Merdeka sebagai dataran untuk bermadu asmara...

Mungkin disebabkan masyarakat tidak mahu melihat aksi asmara para demonstran yang terdiri dari pelajar 'gila' inilah yang menyebabkan mereka diserang malam tadi.

Malam tadi dilaporkan khemah-khemah pelajar 'gila' ini diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. Tetapi aksi pergaduhan itu langsung tidak menarik perhatian pihak polis yang ada di kawasan sekitar.

Mungkin kerana polis sudah serik untuk mendekati golongan ini kerana kita tahu kumpulan ini memang selama ini sentiasa memburuk-burukkan imej mereka dengan tuduhan-tuduhan liar.

Saya dapat merasakan kumpulan yang menyerang mereka terdiri dari kalangan mereka sendiri, lakonan ini dicipta untuk menarik perhatian masyarakat kerana kita tahu demontrasi yang diadakan mereka tidak berjaya menarik sokongan mahasiswa-mahasiswa yang lain.

Tetapi seperti biasa, UMNO dan BN dipersalahkan oleh mereka.

Hoiii gila...

UMNO kalau nak turun serang masa mereka turun bagi makanan pun dah boleh serang, setakat 15 orang anak-anak kecil apalah sangat...

Kelmarin kamu jamah makanan Pemuda UMNO sediakan untuk gelandangan, hari ini kamu lemparkan fitnah UMNO...



Mana la emak bapak budak-budak ini...

Shame on you..!

Ketika mereka berdemo, berbaring sambil bermadu asmara. Aspirasi Mahasiswa terus melakukan bakti di mana Jelajah Aman Kampus hari ini akan kembali menjelajah 3 kampus berikut :


Tuesday, April 17, 2012

[VIDEO] : Bapak Khalid Ismath Buta Perut - Suruh Rakyat Sokong Perjuangan Anak Dia



Bapa kepada Khalid Ismath Pelajar Tahun 1 Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam dan setahu saya manusia bernama Khalid Ismath ini 'failed' semester lepas.

Katanya perjuangan anaknya merupakan perjuangan yang betul, dan menteri-menteri perlu sokong malah kita rakyat Malaysia kena sokong.

Melihat 'kebengongan' bapak Khalid Ismath, maka saya sedikit pun tidak berasa hairan jika benih yang beliau semai melahirkan manusia biadap dan bangang macam Khalid Ismath.

Wahai bapa Khalid Ismath...

Perlukah saya sokong perjuangan dari seorang mahasiswa yang biadap macam anak saudara, mungkin saudara buta perut kerana bapa mana yang tidak sayangkan anak... 

Jadi kita imbas kembali kenyataan-kenyataan serta tulisan berbentuk sial dari anak saudara :

Ketika demonstrasi di hadapan pagar UPSI :


Perlukah saya sokong penipu besar macam anak saudara...?

Gigi berterabur...?

Korek sedikit lagi...


Perlukah saya sokong seorang mahasiswa yang memaki-hamun individu yang berkelulusan dalam bidang agama sedangkan anak saudara Tahun 1 pun FAILED!?

Kenapa anak saudara maki-hamun orang dengan perkataan 'puk****'?

Apa emak Khalid Ismath tiada 'pu**'? Dan yang terbaru...


Bagi sebab kenapa perlu saya sokong mahasiswa yang bersifat biadap begini...?

Saya akan sokong jika perjuangan yang dibawa mahasiswa menepati syarat-syarat ini [KLIK]

YY : Maaf jika ada perkataan 'sensor' yang kurang menyenangkan.

Sunday, April 15, 2012

[VIDEO TERBARU] #DemoPTPTN : Aksi Yang Telah Memalukan Mahasiswa di Malaysia - Pakcik Ini Student Mana?

Di negara-negara luar - mereka yang belajar di Universiti hanya dipanggil 'STUDENT' yang bermaksud PELAJAR. Tetapi di Malaysia pelajar-pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi diangkat martabat mereka dengan diberi gelaran 'MAHASISWA'.

Tetapi kini status 'MAHASISWA' tidak lagi dipandang tinggi masyarakat Malaysia, sebaliknya masyarakat menganggap golongan anak muda ini adalah mereka yang 'ganas' serta bersifat 'radikal'.



Tanggapan negatif ini mula timbul setelah beberapa kejadian yang melibatkan 'MAHASISWA' telah menimbulkan pelbagai permasalahan kepada orang sekeliling mereka.

Dari kes UPM hinggalah kes Demo UPSI pelbagai keganasan mereka tunjukkan yang mana tindakan mereka sebenarnya telah menjatuhkan martabat 'MAHASISWA' itu sendiri.

Walhal pada hakikat sebenar kumpulan kecil pelajar ini bukan mewakili suara majoriti penuntut-penuntut di pusat pegajian tinggi di Malaysia...

Friday, April 6, 2012

#AmanKampus : "Jangan Salahkan Seluruh Sistem Hanya Kerana Seorang Individu" - Wakil Unisza


Foto sekitar pentas anak muda yang berlangsung semalam mendapat sambutan lebih 500 mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) manakala Kolej Teknologi Bestari bertindak sebagai penganjur forum ilmu yang menampilkan 3 wakil MPP dari setiap IPT.

Tiga fokus utama yang menjadi topik yang dikupas oleh ahli panel semalam antaranya tranformasi 1Malaysia, masalah sosial di kalangan mahasiswa dan AUKU.

Wakil dari Unisza saudara Mohd Nadzely Bin Abd Karim  Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Produksi Kesihatan Haiwan menarik perhatian hadirin kerana kupasan beliau penuh dengan informasi sehingga kebanyakkan soalan dari hadirin ditujukan kepada beliau.

Mohd Nadzley Bin Abd. Karim - Wakil Unisza
Selain mengupas mengenai isu permasalahan sosial seperti zina, seks bebas, buang bayi dan amalan hubungan sejenis yang dikatakan ada berlaku di kalangan mahasiswa. Beliau turut menyeru mahasiswa agar menolak pihak-pihak yang cuba memperjuangan seksualiti merdeka (LGBT) kerana ianya jelas bertentangan dari ajaran Islam.

Saya tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh seorang penuntut di UniKL kepada beliau mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu memfokuskan IQ semata-mata sehingga mengabaikan aspek jati diri pelajar.

Penuntut tersebut menyalahkan sistem pendidikan negara yang terlalu mengutamakan kecemerlangan IQ tetapi aspek pengukuhan jati diri diabaikan dengan merujuk ke Amalina.

Mohd Nadzley ketika menjawab pertanyaan tersebut menyeru para mahasiswa agar tidak menyalahkan keseluruhan sistem pendidikan hanya kerana seorang individu yang bermasalah.

Begitu juga dengan pentadbiran kerajaan, jangan hanya kerana seorang individu terlibat dengan korupsi para mahasiswa mengatakan keseluruhan sistem kerajaan itu korup. Kerana penilaian sebegini tidak mengambarkan tahap intelektual seorang yang bergelar mahasiswa.

Dek kerana masyarakat kita terlalu memfokuskan satu masalah atau kegagalan individu, masyarakat hari ini sebenarnya gagal melihat kejayaan-kejayaan sistem pendidikan negara yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh serta para cendikiawan dalam negara.

Baginya dengan hanya merujuk kepada kes Amalina seorang pelajar cemerlang yang berubah selepas ke luar negara adalah tidak adil untuk masyarakat mahu pun para mahasiswa menyalahkan seluruh sistem pendidikan yang ada dalam negara.

Foto menarik :







YY : Video kenyataan mahasiswa yang menolak pihak tertentu yang cuba mengheret mahasiswa agar turun ke jalanraya akan dimuat-naik dalam masa terdekat... -DIPLOMASI BUKAN DEMONTRASI 

Thursday, April 5, 2012

[VIDEO] : Sorry Ambiga! - Mahasiswa Tolak Demontrasi #bersih3 #AmanKampus

Mereka ini pelajar PRO-MILITAN

Ambiga, Pak Samad dan sekutu mereka semalam mengumumkan untuk mengadakan demontrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 ini sebagai kesinambungan demontrasi Bersih 2.0 yang telah dijalankan oleh mereka pada tahun lalu yang mana akhirnya demontrasi tersebut telah menganggu-gugat segala urusan harian warga kota.

Rasanya tiada yang mahu menghalang sama ada mereka mahu mengadakan bantahan secara duduk bersila, berdiri, mencangkung atau pun bantahan secara merangkak beramai-ramai.

Tetapi demontrasi tersebut perlulah diadakan di dalam stadium atau padang, bukan diadakan di Dataran Merdeka yang mana ianya boleh menggangu kelancaran urusan warga kota serta menimbulkan kesesakkan lalu-lintas di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Ambiga yang juga seorang pejuang kebebasan beragama melalui IFC dan seorang pejuang LGBT turut mengeluarkan kenyataan bahawa dalam Bersih 3.0 nanti, beliau bergantung kepada golongan mahasiswa untuk menjayakan demontrasi tersebut kerana mahasiswa merupakan golongan yang berani.
"For Bersih 3.0, I really put my hope on mahasiswa, they are  very brave..." - S.Ambiga (Pengerusi Seketeriat Bersih 2.0)
Nampaknya Ambiga dan Pak Samad mahu menggunakan mahasiswa bagi menjayakan agenda politik pihak tertentu, mungkin seruan yang dibuat oleh Ambiga ini disambut secara terbuka sekelompok pelajar yang suka memanjat pagar, melanggar pintu kaca dan mengusung batu nisan sehingga ke Putrajaya.

Tetapi apa pula pandangan mahasiswa yang bersifat rasional yang sentiasa membawa suara ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar?

 

Agaknya dalam Bersih 3.0 drama apa yang akan ditayangkan kepada kita rakyat Malaysia?

Dengan menyeru dan bergantung harap kepada mahasiswa, mungkin dalam Bersih 3.0 nanti kita akan dihidangkan dengan insiden kematian seorang 'pejuang mahasiswa'?

Mungkinkah Adam Adli akan mati dalam keadaan 'duduk' selepas disentuh oleh PDRM dan seterusnya revolusi akan tercetus di Malaysia...?

Tuesday, April 3, 2012

#AmanKampus : Bicara YDP USM @IdzuanJamal Mengenai Tranformasi @NajibRazak


Rakaman sekitar program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 di USM dan sessi Info Siswa yang dijalankan di bandar Goergtown.

Ikuti bicara YDP MPP USM Saudara Idzuan Jamal yang memberi sedikit komen mengenai tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak serta komen dari mahasiswi berbangsa cina yang turut menyertai program jelajah Aman Kampus.

 

YY : Student pun taknak pemimpin bermasalah moral... orang PAS je dok puja! ;p

Sunday, April 1, 2012

#AmanKampus : Disokong Indian Movement Student - Kenapa Mahasiswa UniMAP Tak Puas Hati Ni?


Jelajah Aman Kampus yang berada di utara tanahair sebelum ke IPTA di negeri-negeri Pantai Timur, selain mendapat sokongan dari majoriti YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPTA ianya juga turut disokong oleh mahasiswa dari IPTS.

Selain itu mahasiswa bukan Melayu turut sama menyatakan sokongan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam menggerakkan program Aman Kampus.

Namun jangka masa yang terlalu singkat iaitu 1 hari di setiap kampus menyebabkan beberapa mahasiswa dari UniMAP tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat ikut serta dalam program-program yang dijalankan. 

Rakaman serta komen penuntut UniMAP mengenai Jelajah Aman Kampus :

 

YY : Mahasiswa bukan Melayu reti berterima-kasih, mahasiswa berbangsa Melayu sekarang sudah hilang adab sopan agaknya....

Saturday, March 31, 2012

Adam Adli Tak Jadi Demo PTPTN Mahu Sertai Jelajah #AmanKampus Selepas Lihat Video Siswi #UUM?


Oppss...

Gambar di atas merupakan penghias artikel semata-mata...

Jom kita dengar kenyataan seorang mahasiswi UUM yang memegang jawatan Exco Informasi Majlis Perwakilan Pelajar UUM Saudari Nurul Asmak Ahmad.

Meneliti hujah beliau jelas menggambarkan kematangan sebagai seorang mahasiswa. Apa saja gelaran yang mereka gunakan dalam kampus sama ada...

PERUBAHAN ke...

EVO ke...

 Mereka ini merupakan perwakilan pelajar yang membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar...

 

Terkini ASPIRASI MAHASISWA Jelajah Aman Kampus berada di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang [KLIK SINI]

#AspirasiMahasiswa Bantu Masyarakat - Pelajar #ProPembangkang Hanya Tahu Menyusahkan Masyarakat?


Prihatin...

Program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 menampilkan sedikit kelainan dari fasa pertama yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu.

Pada kali ini selain mendekati warga mahasiswa di setiap kampus, pelajar ASPIRASI MAHASISWA turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Semalam selepas selesai aktiviti mendekati warga kampus Universiti Utara Malaysia, mahasiswa Jelajah Aman Kampus turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat dan warga emas yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban hidup mereka.

Sumbangan berupa wang saku dan barangan keperluan harian dihulurkan sendiri oleh mahasiswa Aman Kampus :




Hari ini sumbangan turut diberikan kepada masyarakat yang menetap di sekitar UniMAP sebaik sahaja selesai majlis perasmian Jelajah Aman Kampus peringkat negeri Perlis.


Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah besar nilainya, namun usaha yang digerakkan oleh mereka ini merupakan satu inisiatif yang memberi kesan positif kepada masyarakat.

Sikap-sikap prihatin yang diamalkan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam meringankan beban masyarakat sewajarnya menjadi contoh kepada semua mahasiswa IPTA/IPTS.

Jika ASPIRASI MAHASISWA - Kembara Aman Kampus membantu meringankan beban masyarakat, perkara sebaliknya dilakukan oleh rakan mereka yang obses dengan faham politik PEMBANGKANG.

Pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya tahu berkepit dengan pemimpin politik pembangkang serta menyampaikan ceramah di sekitar pasar malam.



Selain itu kelompok ini juga hanya tahu menyusahkan masyarakat dengan melakukan tindakan-tindakan yang bersifat ekstrem seperti panjat pagar, pecah pintu kaca, hamun anggota polis serta mengganggu ketenteraman warga kampus pada jam 2.00 pagi semata-mata mahu menyerahkan memorandum.


Kenapa saya katakan ASPIRASI MAHASISWA membantu meringankan beban masyarakat tetapi pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya tahu menyusahkan masyarakat...?

Imbas kembali memori (gambar bawah) kita dengan tindakan ekstrem kelompok 'bengong' ini sehingga mencederakan seorang pengawal keselamatan dan telah menyusahkan individu tersebut menjalankan tugas-tugas harian yang diamanahkan kepada beliau...


Bukankah ini menyusahkan hidup orang lain...?

Jadi jika anda seorang mahasiswa yang tahu menggunakan HAK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA...

Antara kedua-dua kumpulan mahasiswa ini - kumpulan yang mana memperjuangkan hak-hak mahasiswa serta membawa suara mahasiswa yang sebenar...?

Malam ini kempen EARTH HOUR oleh mahasiswa Aman Kampus di Stadium Hoki USM, Pulau Pinang...

Jom jenguk tengok...!

YY : Ada puak dari pantai timur melatah ketika sessi kuliah agama di UUM..?. hehe! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal