NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, January 13, 2012

Jom Isytihar Harta Versi DAP, Guan Eng dan CAT....

Sahabat blogger Pisau.net kata maksud CAT = Corruption, Arrogance & Transgression...

Semalam Exco-Exco di Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka secara terbuka, bagi saya ianya merupakan satu tindakan yang amat baik untuk membuktikan setiap pemimpin yang dipilih oleh rakyat itu telus sepanjang menjalankan amanah yang diberi oleh rakyat.

Tapi meneliti pengisytiharan yang dibuat di hadapan wartawan oleh kerajaan DAP semalam, timbul sedikit keraguan pada fikiran saya.

Kerana ketika PR memerintah negeri Perak dahulu, exco-exco negeri Perak di bawah Menteri Besar 'boneka' Nizar Jamaluddin keberatan dan terkial-kial untuk membuat pengisytiharan harta mereka walaupun ianya terkandung dalam manifesto mereka.


Tetapi tiba-tiba Guan Eng bersama exco beliau semalam dengan sukarela membuat pengisytiharan harta dan rakyat sendiri boleh mengesahkannya.

Penyata yang diberikan kepada wartawan oleh Guan Eng semalam bukan format penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya hanyalah borang yang dibuat sendiri oleh mereka untuk mewujudkan persepsi kononnya mereka telus dan bersih.

Dalam penyata yang ditunjuk semalam juga mereka tidak mengisytiharkan gaji, elaun termasuk 'directors fee' untuk PDC dan PBA kenapa ianya dibiarkan kosong?


Yang paling tidak masuk akal pengisytiharan oleh Prof. Ramasamy kerana dalam borang pengisytiharan beliau tiada satu pun 'investment' atau Unit Trust.

Logik ke?

Saya yang kerja biasa-biasa ini pun ada Unit Trust, inikan pula Deputy Chief Minister Of Penang?


Dan yang membuatkan saya bengong bila melihat borang pengisytiharan oleh Abdul Malik Kassim atau nama sebenarnya 'Malik Itik'. Semua ruangan tertulis 'NIL' = Not In List - yang dinyatakan beliau hanya mempunyai Proton Tiara?

Come on Malik... you mahu kencing siapa?


Yang paling menggelikan buah pinggang kita adalah apabila ditanya seorang wartawan semalam, kenapa harta pasangan/ahli keluarga tidak diisytiharkan sekali. Wartawan tersebut berkata jawapan yang diberikan oleh Guan Eng adalah :
"Kita di sini bukan untuk menjawab soalan itu...." 
Betul ke?

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, mereka buat borang sendiri, isi sendiri, selepas itu panggil wartawan ini semuanya dibuat bukan disebabkan mereka telus. Sebaliknya ianya hanya untuk mewujudkan persepsi baik di mata masyarakat.

Semuanya hanyalah untuk 'PERANG PERSEPSI'! 

YY : Aku yang cabuk ini pun ada Unit Trust... Prof. Ramasamy takde langsung? Gila khinzir!

2 comments:

Anonymous said...

Semuanya NIL. mudahnya mereka istyihar harta?

Anonymous said...

mereka ingat mereka cerdik kut. baca kt mymassa.blogspot.com banglo beratus ribu knp tk declare?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...