Tulisan menarik dan cukup adil dari blogger On Da Street yang perlu kita renungi bersama...
Dari blog On Da Street :
Inilah antara persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya sejak isu di PWTC dan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan sehinggalah apa yang berlaku di awal pagi Januari 2012.
Secara umumnya, terdapat 6 perkara yang dituntut kebebasan oleh BEBAS dan mereka, iaitu : Mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 556 :-
- Bebaskan ilmuan berakademik;
- Bebaskan mahasiswa untuk bersuara;
- Bebaskan mahasiswa bagi menguruskan kampus;
- Bebaskan mahasiswa bagi mengurus tadbir persatuan dan aktiviti; dan
Saya percaya inilah antara perkara yang disebutkan dalam memorandum yang diserahkan kepada Dato Saifuddin Abdullah di PWTC pada 17 Disember 2011 yang lalu.
- Bebaskan mahasiswa bagi berpartisipasi dalam politik
Saya juga difahamkan melalui wawancara Ahmad Shukri di Sinar Harian, terdapat cadangan bagaimana menggantikan AUKU itu, iaitu alternatif undang-undang yang mereka beri nama ‘Magna Carta’.
Berdasarkan 6 perkara tersebut (dan cadangan bagaimana AUKU itu boleh diganti dengan satu cara lain), apakah benar mahasiswa benar-benar bebas?
Atau apakah sebenarnya satu “kebebasan” dalam acuan atau struktur yang lain?
Pada pandangan saya, apa yang dituntut bukan bermakna kebebasan seperti yang didakwa mereka. Ianya masih ada struktur, masih ada had yang mereka sendiri tetapkan. Mereka cuma tidak “bebas” berdasarkan struktur yang sedia ada dan merasa terkongkong dengan struktur yang sedia ada.
Antara sedar atau tidak, dengan sekelumit ruang yang ada, mereka telah menyalahgunakan ruang dan kesempatan yang ada. Seharusnya, apa yang berlaku di hadapan UPSI tidak sewajarnya berlaku, di mana mahasiswa wajar bersurai selepas diberi ruang oleh polis untuk menyatakan pandangan mereka.
Pihak polis telah pun mengikut langkah yang sewajarnya, antaranya memberikan ruang untuk mereka bersuara dan berpesan secara elok kepada mereka untuk bersurai selepas itu. Tiada tindakan ganas yang didahulukan sebelum amaran diberikan.
Kepada mereka yang pro kepada gerakan BEBAS dan SMM ini, ingin juga saya bertanya :
Kenapa pukul 1 pagi diadakan demonstrasi dihadapan UPSI? Adakah itu waktu kemuncak dan terdapat ramai staf UPSI datang bekerja?
Berapa ramai daripada 100 orang itu mahasiswa UPSI?
Jika benar polis ganas, kenapa tidak disiarkan daripada awal polis membelasah anda semua tanpa belas, tanpa memberi ruang?
Apa akan anda lakukan, jika anda berada di tempat UPSI, dan berhadapan dengan “pelajar” yang berdemonstrasi menentang anda?
Panggil polis?
Berhadapan dengan mereka yang sudah tidak mahu mendengar apa kata anda dan cuma mahu lakukan apa yang mereka katakan?
Sesungguhnya saya tidak tahu siapakah yang memberikan pemahaman kepada mereka ini yang memo PERLU DITURUTI 100% tanpa satu lagi pihak menolak apa yang mereka fikirkan tidak wajar.
Dengan ASPIRASI yang telah menyerahkan memorandum kepada Dato Saifuddin untuk meletak jawatan, apakah perlu Dato Saifuddin meletak jawatan?
Baca kesudahannya di Blog On Da Street [KLIK]
No comments:
Post a Comment