NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, February 29, 2012

Tun Mahathir Hina Hudud?


Semalam menerima satu emel dari seorang mahasiswa yang mengatakan Tun Mahathir Mohammad telah menghina hukum hudud, ada juga yang mengatakan Tun Mahathir Mohammad terlalu jahil tentang agama.

Benarkah Tun Mahathir Mohammad menghina hukum hudud sebagaimana didakwa kebanyakkan mahasiswa pro-pembangkang di laman-laman facebook?

"sangat trkjut dgn jwpn Tun M apabila mahasiswa UNIMAS brtanye soalan mgnai isu hudud. Sy dan rakan2 mpp ukm,usim,upnm dan uum mengucap panjang. Kami sgt terkilan. beliau mmbuktikan yg beliau sgt jahil dlm isu ni. Sy akan upload vidz ucapan beliau dan kalian boleh nilai sendiri."
Tun Mahathir terus menghina Islam berkaitan ketidakadilan hudud utk dilaksanakan di Malaysia.Ucapannya dlm konvensyen mahasiswa dan politik di Unimas.Smg beliau dikurniakan hidayah dan kembali bertaubat.

Itu antara komen yang dilontarkan di facebook serta youtube, teliti transkip penuh soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan olehTun Mahathir Mohammad

SOALAN : Apakah pandangan Tun mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dan kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah kerajaan yang beraliran Islam di Malaysia tidak menjalankan di negeri mereka sendiri.

Jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohammad :
Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini  dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran. Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras  seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah.  
Sebab itu sebelum kita nak laksanakan  sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana tulah punca kepada asas kepada agama kita . Dan kalau kita baca Quran dalam bahasa yang kita faham , kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham . Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum , hukumlah dengan adil. 
Dalam Islam yang utama bukan hukuman , bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil . Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama , ada pendapat disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia. 
Mereka berkata hukum hudud ini akan dilaksanakan untuk orang Islam shj , orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan sesuatu jenayah. Mencuri umpanya , apabila kita hukum mereka , yang Islam kita potong tangan yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan . Kalau kita tanya pada diri kita , apakah ini adil ? 
Adilkah orang Islam putus tangan , orang bukan Islam masuk jel dua bulan lepas tu keluar bebas, ADILKAH ? Kalau jawapannya TIDAK ADIL, maknanya dia bukan islam. Dalam Islam hukuman mesti adil. 
Kalau kita dapati kes rogol seumpamanya, sebenarnya dalam surah An-Nisa, tak ada hukuman yang di ... apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol , dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang yang bebas dari dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh sipolan-sipolan ...Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi , apabila dia membuat tuduhan, tuduhan ini akan dianggap sebagai tuduhannya sendiri , dan dengan ini dia akan dihukum sebat sebanyak 80 kali. 
Kemudian, jika dianya hamil , melahirkan anak, maka ,  dia dituduh pula berzina . dan kemudian hukuman bagi mereka yang berzina , ini tiada dalam quran , tapi ahli feqah kata , rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh , perogol dilepas semata-mata tak ada empat orang saksi , ini semua ditambah tokok kepada agama kita, sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini .  
Kerana kita berpendapat, kalau hukuman ini kalau berat kita ni Islam , tak benar. Dalam Quran , kalau kita baca dalam bahasa yang kita boleh faham , kita akan dapati kalau hendak dihukum, hukumlah dengan adil , yang utama ialah ADIL , bukan soal saksi , bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan . 
Sebab itu mereka yang membuat cadangan nak laksanakan hukum hudud, mereka bukan bercakap mengenai HUKUM ISLAM tetapi  ianya ialah ciptaan mereka sendiri  dan kita tak dapat terima . TERIMA KASIH. 
Saya tidak layak memberi komen yang lebih tetapi ada satu komen yang ditinggalkan di laman Azli Shukri yang turut mengulas mengenai isu ini :
Salam, 
Persepsi Tun DrM ini berkisar kepada Feqah. Feqah bagi Tun DrM adalah ciptaan manusia dari pendapat mereka bukannya lansung dari Qur'an. Tafsiran ahli feqah tak boleh dijadikan hukum untuk menghukumi seorang pesalah. Pada Tun DrM Qur'an hanya beri contoh2 yang kemudiannya boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja selama mana ianya dikira adil pada realitinya masakini. 
Jadi, dari jalan berfikir di atas kita dapat mengesan satu jenis perspektif yang dipegang oleh Tun DrM. Beliau sebenarnya tidak menerima wujudnya kesepakatan atau ijma' yang diambil dari ahli-ahli yang dipanggil Ahli Feqah yang sepatutnya diterima sebagai mereka yang adil dalam mengeluarkan hukum. Tambahan lagi ianya perlu pula diijmakan pula. Prosesnya hebat sehingga ianya boleh bertahan sampai 1,400 tahun.

Cuma jika kita lihat sekarang seolah-olah macam ada ruang lompang kerana hukum yang adil yang diijma oleh ahli feqah ini sudah tidak dilaksana selepas jatuhnya Khilafah bahkan lama sebelumnya. Ada cabaran-cabaran baru yang spt dinyatakan Tun DrM yang memerlukan kesepakatan semula para ahli fiqih ini.

Ijma atau kesepakatanlah yang menjadi isunya.

Jika Tun DrM mungkin menolak ijma yang belum dapat dimuktamadkan untuk cabaran zaman ini maka sebenarnya mereka yang cuba mempromosikan hudud juga menolak keijmaan hal-hal lain yang mungkin tidak dianggap penting oleh mereka walaupun hal itu ditekankan dalam Qur'an.
 
Contoh, keijmaan dalam aqidah Ahl Sunnah, kewajiban menegakkan khilafah dsbnya. Seolah-olehnya semacam ada masaalah telur atau ayam kah yang datang dahulu. 
Jika kita fahami perspektif begini maka isu paling besar ialah mengembalikan ahli feqah kepada fungsi mereka yang sebenar-benarnya sehingga ijma mereka boleh diterimapakai dan tahan diuji oleh kesemua lapisan masyarakat. Dan syarat paling penting ianya tidak boleh diklaim sebagai hak kepartian tertentu dalam sistem demokrasi tapi merupakan satu kehendak dari ummat. 
Sehingga kita mencapai tahap ini kita masih boleh berbaik sangka dengan perspektif yang dibawa oleh Tun DrM. Tun DrM bercakap berdasarkan pengalaman praktikal yang sebenarnya yang sudah dan sedang beliau lalui dimana hukum dijadikan bahan pancingan undi dan bukannya untuk mencari keadilan. Manusia yang mempromosinya pula adalah ahli feqah yang dilantik secara ijma para pengundi dan bukan keijmaan mengikut erti yang sebenarnya.
Nampaknya Abu Aqif Studio, Panglima Perang Cyber mungkin boleh mengupas isu ini memandangkan mereka berkelulusan dalam bidang agama.

Komen pembaca...?

21 comments:

Anonymous said...

aku tahu, ayat Tun M "dibentuk oleh ahli fekah" sebenarnya merujuk kpda golongan 'agamawan' yang mencipta Enakmen Hudud Kelantan 1993. Enakmen itu bercanggah serius dengan Al Quran.

zakzak said...

saya rasa blog tuan adalah blog yg adil. lagipula tuan mengulas mengenai perkara ini dgn mengambil pandangan dari azli shukri yang saya lihat mahu pendekatan islam lebih diberatkan oleh umno daripada sebelum2 ini.

saya tidak berapa bersetuju dengan ungkapan tun mahathir kerana beliau tidak mengambilkira hadis dalam hukum hakam islam. sebagaimana yang kita tahu dan juga diulas di dlm tulisan artikel ini, hudud dirangka oleh ahli fekah dengan mengambil kira nas2 dari Quran dan juga hadis serta ijmak ulama.

all in all, i applaud this article. keep up the good work.

pengundi atas pagar tapi ABAI.

Yuseri Yusoff said...

Zakzak,

Terima kasih atas komen yg ditinggalkan, dalam sesetengah isu lebih2 lagi melibatkan soal agama adalah lebih baik kita merujuk kepada mereka yang lebih arif.

Jadi saya tak mahu menghukum atau pun menyokong sblm merujuk kepada org yang lebih arif.

InsyaAllah kita cuba dptkan pandangan dari rakan-rakan yg berkelulusan dlm bidang agama.

Anonymous said...

Salam
Saya sokong dgn sepenuh hujah Dr M.Bila hukum,hukum lah dgn adil(KeADILaN ingat tak KEaDILaN)

wawa

ustaz cyber said...

tuan YY,

apakah ini ucapan sebenar Tun M tanpa sebarang edit, ambil sekerat2 dn sebagainya?

mengucap panjang sy mendengarnya..

saya ada pelajar master dlm jurusan agama di UM, kenyataan Tun (kalau betul diucapkan dlm video di atas) adalah jelas bertentangan dgn agama..

Hudud tiada di dalam al-Quran?
Hudud rekaaan (ciptaan) orang2 agama sejak dahulu?
Hudud (hukum qazaf) tidak adil?

Allahurabbi...saya agak terkilan dlm isu ini krn sy antara pengkagum Tun M..

harapnya orang agama yg dekat dgn beliau boleh leraikan dan jelaskan isu ni..jgn lah kita hina beliau, dekatilah dia...moga Tun M tarik balik kata2 yg dibimbangi boleh meragut akidah tanpa kita sedari..

wallahualam..

Yuseri Yusoff said...

Saya tak pasti sama ada ini full video atau tidak, ianya dihantar melalui emel oleh seorang student.

Tapi yang pasti video ini di upload oleh mahasiswa yg berfahaman pembangkang.

Sbb itu saya kata, sy tak berani nk bagi komen lebih dlm isu ini memandang mutu video pun kurang memuaskan.

SiamangBukit said...

Ustaz Cyber, kalau ada bukti yang menyangkal dakwaan TDM sila nyatakan buktinya.
Sejak kebelakangan ini saya tidak nampakpun apa2 bukti yang dapat menyangkal pendapat TDM, banyak2 yang kononnya berpelajaran agama yang tinggi hanya dapat mengucap panjang aje. Tapi isi elek.
Saya takut saudarapun sudah termakan dengan bidaah yang paling besar yang direka oleh kaum ulamak sendiri/ Lihat lah komen yang lain, yang pada saya amat membuka mata.

Ahmadi Abdul Latif said...

saya tak nampak dimana silap atas kenyataan Tun ini. Tun berkata sesetengah hukum dan cara pelaksanaan tiada didalam Quran dan ianya adalah berdasarkan pemahaman ahli fekah bersumberkan Quran dan Hadis.

Cheguman said...

Bagi orang berilmu spt Tun (walaupun tak digelar ulama) apabila diajukan persoalan beliau layak memberi pendapat. Beliau mengemukakan hujah termasuk dalil melalui pemahaman beliau. Menurut TunM beliau membaca AlQuran terjemahan sambil membuat catatan dan kemudian merujuk pada sumber lain.

Kita juga tau beloau mempunyai penasihat agama masa jadi PM disamping perhubungan dgn ulama lain.

Bagi saya beliau layak beri pendapa bagi menghilangkan kemusykilan orang ramai. Jika beliau benar maka Allah beri dia dua pahala tetapi jika silap maka beliau dapat satu pahala.

Kita semua berhak menyokong atau menyanggah dengan hujah masing2. Hal ini bukan perkara aqidah sebaliknya feqah.

Kelmarin saya bersama Tun dalam persidangan meja bulat sbg pemerhati. Saya dapati beliau terbuka tetapi beradab. Beliau juga menerima teguran tetapi sesekali mencabar.

Hujah2 beliau jelas dan menampakkan kesungguhan dan keiklhlasan pada Islam.

Anonymous said...

kenyataan Tun merujuk kpd hukum hudud ciptaan PAs seperti dibentangkan semasa dok riuh sekampung nak jalankan hudud...la ni dah 0.00001 % aje kata hadi dan dah tukaq jadi negara kebajjikan.

kembali kpd apa yg dikatakan oleh Tun, hudud ciptaan PAs mestilah bersandarkan kpd Al Quran.

beliau tidak akata hudud tidak wujud. beliau hanya kata hudud yg dembar gemburkan sekarang di Malaysia oleh PAs ternata menyeleweng dari Islam kerana tidak berpaksikan kpd keadilan , sedangkan keadilan merupakan teras hukum di dalam Islam

drmuz

Anonymous said...

Tun menjawap soalan yang diajukan sebagai kapasiti pemimpin dan bukan pakar fiqh. Ada ruang hujah dlm isu ini. Lebih jelik bagi org yg terus melabel kan 'kapir' kepada seseorg drp bersifat mendampingi dan menegur. Sepatutnya mereka yang mengkapirkan org ni menerima cabaran Tun utk menijmak kan pendapat.

Anonymous said...

Alhamdulillah, video youtube tu dah diremove!!! terima kasih kawan2 yg report!!

ya, kita ada hujah kita utk pertahankan Tun M dgn apa cara sekalipun...tetapi dgn membiarkan video tu berleluasa amatlah bahaya terhadap imej kerajaan dan Umno...

Moga ulamak muda umno (ILMU) boleh dekati Tun M, dan jelaskan hakikat yg sebenar.

- Melayu Bersatu

Anonymous said...

http://www.facebook.com/notes/hilal-asyraf/bila-mantan-perdana-menteri-berbicara-berkenaan-hudud/2709373178954

Grand Marquis said...

Satu perkara yang kita perlu terima secara hakikat ialah Tun bukan ahli agama, jadi bicara beliau dalam hal agama mungkin ada silapnya.

Ada beberapa perkara yang Tun sebut itu adalah benar, yakni mana adil kalau hudud itu dilaksanakan pada orang Islam dan tidak pada orang bukan Islam. Orang Islam mencuri potong tangan dan orang bukan Islam penjara 2 bulan. Last-last, Islam akan terfitnah dan orang akan murtad dari agama ini kerana mengangap agama ini menzalimi mereka.

Adapun pandangan beliau tentang hudud dan ahli feqah ni saya lihat banyak dipengaruhi oleh pandangan anti-hadith (dan neo-anti-hadith) yang mana mereka tidak menolak satu-satu isu dengan menolaknya dari al-Quran, sebaliknya meletakkan beban penolakan itu pada ahli feqh dan hadith dengan alasan ahli feqh dan ahli hadith adalah manusia biasa yang bisa tersalah dan tiada kesepakatan dalam satu isu.

Kaedah tersebut adalah kaedah yang nampak "political correct", iaitu betul dari sudut politik kerana tidak nampak menolak kandungan al-Quran secara direct tetapi memindahkan penolakan itu kerana sebab-sebab lain. Mungkin Tun bukan sengaja menggunakan alasan sedemikain, tapi mungkin itulah bentuk jawapan yang beliau perolehi dari penasihat-penasihat beliau supaya apa yang dibicarakan itu nampak political correct. Dan beliau sendiri mungkin rasa itu jawapan yang betul lantaran latar belakang beliau yang bukan dari bidang agama.

Apa pun, kita berdoa semoga Allah s.w.t. mengampunkan beliau atas kesilapan beliau.

zakzak said...

Grand Marquis

Ya, saya rasa begitu juga. Ada komen2 di atas yang mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir memperolehi dua pahala jika betul, satu pahala jika salah. akan tetapi pahala2 tersebut hanya boleh untuk mereka yang betul2 ahli dalam bidang agama,

And as we know, he is not a scholar in the traditional meaning. Bukan boleh menafsir hukum2 berdasarkan kemahuan sendiri.

Anonymous said...

APA YANG TUN MAKSUDKAN ADALAH BELIAU MAHUKAN KEADILAN UNTUK SEMUA BERDASARKAN PRESPEKTIF BELIAU SEBAGAI PEMIMPIN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.JIKA NAK LAKSANAKAN HUDUD MESTILAH MERANGKUMI SEMUA RAKYAT DAN RAKYAT KESELURUHANNYA BERSETUJU...HUKUM HUDUD ALLAH X ADA SEBARANG KESALAHAN TETAPI HUDUD YG TELAH DITOKOK TAMBAH ITULAH YG AKAN MENDATANGKAN MASALAH...DAN LEBIH MALANG JIKA IANYA DIGUNAKAN UNTUK MEMANCING UNDI

Panglima Perang Cyber said...

Panglima sudah ulas, dan harapnya memadai.

Tun M bercakap pada kadar ilmunya yg tidak sama dengan ulama.

Namun kita tahu ada sesuatu teguran cuba disampaikan khususnya apabila agama dikuda untuk tujuan pilihanraya.

Jangan cepat melatah. Mari lihat dengan akal yang waras.

Anonymous said...

tumpang bertanya sikit artikel yang dikeluarkan dapat dari blog mana yer, saya cuba cari dekat mana dia buat kenyataan ini blog di ke FB dia ke?

kemudian ingin saya tayakan di dalam video betulkah tun ada menyebut "Hudud adalah REKAAN Ahli Fiqah" atau tun menyebut ‘hudud DIBENTUK oleh ahli fikah’

dan akhir sekali harap tuan yy dapatlah sampaikan soalan2 tun kepada saudara hilal owner artikel.

menarik sekali perbincangan ini dan kalau betul penulis cuba mengubah apa yang disebut tun adakah penulis dengan sengaja ingin menimbulkan salah faham/fitnah kepada ucapan tun itu?

harap yy dapat teruskan follow isu ini.

Anonymous said...

Masyalllah,

Tun tak layak bagi komen ini. Ianya hanya mengaibkan diri! Serahkan pada ulama utk mengupasnya.Jangan menolak ijma kerana ianya adalah sumber syariah selepas Quran dan Hadith..

Anonymous said...

As'salam YY...

Alhamdulillah... Tahniah saya ucapkan kerana mengambil langkah yg sgt berani dan melakukan usaha ini.Saya telah mendengar komen ustaz fathul menerusi Aqif studio,Pada saya..YY,semua usaha yang baik ini diharap mampu menenangkan keadaan yg ada...paling tidak,ianya dapat menbantu meleraikan kekusutan yg berselirat diluar sana...InsyaAllah...Sebenarnya dalam situasi yg ada skrg..sememangnya saat ini rakyat memerlukan ramai blogger yg telus dalam menyampaikan ilmu..dan usaha awak ini sgt2 bagus..Ianya memerlukan lebih dari keberanian utk melakukan.Pada saya...dalam keadaan yg ada..ianya bukan soal siapa betul atau salah..lebih kepada perkongsian ilmu yg mampu kita kongsikan sbg sebenar2 ilmu pengetahuan..yg telah ditetapkan...semoga ianya menjadi bimbingan dan renungan buat kita semua dimasa depan....Teruskan usaha,Moga Allah memelihara dan menberkati saudara sekeluarga...InsyaAllah..

ibnu bocaay said...

Tapi....kalau tiada hukum feqah, bagaimana pula kita nak menjalankan apa apa jenis ibadah dalam islam? Malah ayat hududemang telah diterangkan sejelasnya dalam al quran...maaf saya tak ingat ayat apa...yang ridak disebutvialah perlaksanaan...mcm ni lah...ingat lagi cerita pasal wanita yang direjam sampai mati pada zaman nabi? Hukuman nya ditunda bertahun, namun pada akhirnya dia tetap mahukan hudud kerana ingin melunaskan dosanya dengan Allah...ingat apa kata rasulullah tatkala saidina umar bertanya kenapa rasulullah menyembahyangkan jenazah wanita tersebut? Rasulullah kata Allah dah ampunkan dosanya dan darjatnya diangkat sehingga sama dengan 50 ahli madinah...itu yang kita mahu! Dosa diangkat, darjat diangkat! Ini bila nak usulkan hudud, sepatutnya dibantu, diperkuat, dibentang, dipadukan, disatu....tapi ucapan tun tak pernah nak sokong pun! Dari tun memerintah sampailaj dah pencen...ingat lagi tak tun kata jalan hudud boleh makan sop tangan? So tolonglah...yun mahathir mungkin layak nak cakap bagaimana nak modenkan negara, tapi bab hudud...tak payah la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...