NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label 901. Show all posts
Showing posts with label 901. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Part 1 : Kebenaran di Sebalik Liwat II


Kelakar apabila melihat para pejuang-pejuang saibertrupers pembangkang yang begitu menjulang Azlan Mohd Lazim seolah-olah apa yang dikatakan olehnya adalah sebuah kebenaran, malah ada yang menganggap pengakuan bapa Saiful Bukhari ini sebagai 'anugerah' dan 'petunjuk' dari Allah SWT menjelang PRU13.

Beginilah sikap ketaksuban yang ada dalam setiap kepala otak totok pembangkang di Malaysia, apabila seseorang individu atau sesuatu perkara yang menyebelahi pihak maka tanpa prejudis diangkat individu tersebut sehingga gagal berfikir secara waras.

Sebagai contoh, jika dahulu Mat Sabu, Karpal Singh antara orang yang kuat menjaja cerita kononnya Anwar Ibrahim seorang peliwat. Hari ini kita melihat mereka mengatakan sebaliknya, malah sang peliwat ini diangkat sebagai ketua oleh mereka.

Begitu juga kes melibatkan bapa Saiful Bukhari, sebelum ini beria pihak pembangkang mendakwa bapa Saiful Bukhari ini seorang kaki judi sehingga sanggup melacurkan isterinya, hari ini tuduhan itu bertukar menjadi sebaliknya.

Sebelum ini Chegu Bard sendiri dengan tegas mendedahkan siapakah Azlan Mohd Lazim, sebagaimana disiarkan di bawah :


Tetapi hari ini, saudara boleh melihat sendiri bagaimana mereka menjulang bapa Saiful Bukhari - adakah mereka fikir rakyat hari ini terlalu bodoh sehingga gagal mengingati setiap kenyataan yang dibuat oleh mereka sebelum ini?

Melihat dari tindakan dan setiap kenyataan yang berubah yang selalu diamalkan oleh pemimpin, pengikut hinggalah tindakan Azlan Mohd Lazim sendiri, kita sewajarnya menggunakan akal yang waras sebelum mempercayai bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah sebuah kebenaran...


Mungkin selepas ini cerita Anwar Ibrahim sengaja membiarkan diri memasuki 'perangkap seks' yang disediakan oleh UMNO bakal kembali popular.

Kahkahkahkah!


Dari FMT :
The real story of Anwar’s Sodomy 2 ( Part 1)
FMT LETTER: From Yuktes Vijay, via e-mail
I read with anger the news that Saiful’s dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar’s long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.
When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.
Why Anwar never took the stand?
Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.
  • Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;
  • How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was ‘Mokhtar’, the name of Anwar’s security chief and brother-in-law? ;
  • Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful’s presence in the apartment be refuted;
  • Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;
  • Anwar’s current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful’s apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?
Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.
Fund for the overseas experts
The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.
Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.
The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having  Datuks funding the wedding of the PM’s daughter?
Saiful
I don’t know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.
There were traces of Anwar’s DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the “break in the chain of evidence”. I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.
In a nutshell, there was evidence of Anwar’s semen in Saiful’s rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.
So the judge had no other way of corroborating Saiful’s evidence.
Conclusion for Part 1
Anwar is a consummate liar. He is using Saiful’s dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of “charm” about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.
Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action.  And  remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!
The writer, a former Anwarista, worked in Anwar’s Sodomy 2 trial for the defence

Friday, January 13, 2012

@PDRMsia Tawar RM10,000 - Blogger Sepakat Tambah Jumlah Tawaran @HishammuddinH20


Ketua Polis Negara semalam memberi tawaran RM10 ribu sebagai ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dalam insiden letupan bom di Perhimpunan 901 isnin lalu.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin beberapa orang blogger telah bersetuju untuk menyumbang bagi menaikkan lagi jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM dalam menjaga keselamatan negara dengan harapan jumlah yang ditawarkan itu boleh mempercepatkan lagi proses mengesan individu bertanggungjawab.

Semalam saya dan blogger Pena KSJ bersetuju untuk menyumbang setakat kemampuan kami di mana saya dengan rela hati menawarkan sebanyak RM100 dan Pena KSJ pula setuju untuk menyumbang RM50.

Jadi jumlah tawaran kini meningkat kepada RM10,150

Ada rakan blogger lain mahu menyertai kami?

Jom bantu PDRM mengesan dalang di sebalik pengeboman ini!


YY : Itu saje yang mampu.... :)

Wednesday, January 11, 2012

Satira : Mahkamah 'Kanggaroo' Atau Anwar Ibrahim Sendiri Bapak' Kanggaroo'?


Hahaha...

Penat-penat Anwar Ibrahim jelajah ke seluruh negeri katakan mahkamah akan sumbat dia dalam jel, tapi lain pula jadinya.

Anwar Ibrahim mengharapkan dia disumbat dalam jel untuk memudahkan 'revolusi' jalan belakang yang diidamkannya. Tapi nampaknya musnahlah harapan Bang Nuar kita ini...

Yang paling best ada pemimpin DAP tak gembira dengan berita pembebasan Anwar Ibrahim...

Cer... teka siapa dia...?

Hehehe....

#901 : Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri @HishammuddinH20


KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

MENTERI DALAM NEGERI

Selasa, 10 Januari 2012
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam. 
Komitmen dan kerja kuat seluruh anggota sejak beberapa hari lalu dalam membuat persiapan serta bertugas 24 jam jelas telah memberikan hasil yang memuaskan. Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Standard Operation Procedure (SOP) mengikut pendekatan baru ini. 
Dalam pada PDRM bersikap terbuka membenarkan perhimpunan ini dilakukan secara aman, mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, pihak polis tetap bersikap tegas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam ketika menjalankan tugas semalam. 
Walaupun berlaku letupan tiga bom semalam, namun anggota polis kita telah mampu mengawal keadaan dengan baik. Insiden ini masih dalam siasatan dan saya sendiri sedang memantau siasatan tersebut.

Saya meminta agar orang ramai sentiasa bertenang dan tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

Sekian.

Artikel sebelum : Kejayaan PDRM Mengawal Perhimpunan 901 - Bukti Kebijaksanaan Hishammuddin Tun Hussein  

Kejayaan @PDRMsia Mengawal Perhimpunan Bebas Anwar #901 - Bukti Kebijaksanaan @HishammuddinH20


Keputusan pihak PDRM membenarkan penyokong Anwar Ibrahim berhimpun di tapak parking perkarangan mahkamah sebelum ini mendapat bantahan ramai pihak.

Ada yang mengatakan laporan yang dibuat mereka hanyalah sia-sia. Pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan kepada PDRM serta Kementerian Dalam Negeri.

Sikap keterbukaan yang ditunjukkan PDRM pada awalnya dipandang negatif oleh ramai pihak, ada yang mengatakan Menteri bertanggungjawab bertindak persis 'pondan' kerana dilihat 'tunduk' dengan kehendak pembangkang.


Tetapi situasi sebaliknya berlaku selepas sahaja selesai perhimpunan tersebut, rata-rata rakyat mengatakan tindakan PDRM dan KDN yang membenarkan perhimpunan tersebut dijalankan merupakan satu langkah bijak.


Malah secara tidak langsung tindakan itu juga sedikit sebanyak telah memulihkan imej PDRM yang selama ini diburukkan oleh pembangkang. Rakyat pelbagai latar belakang menggunakan laman twitter untuk menyatakan penghargaan mereka kepada PDRM dan Menteri bertanggungjawab.




Walaupun berlaku provokasi serta sedikit pergelutan sepanjang perhimpunan tersebut, ternyata PDRM bijak mengawal situasi tersebut tanpa perlu menurunkan jumlah kekuatan anggota yang ramai.

Malah lalu-lintas sepanjang perkarangan mahkamah juga tidak mengalami kesesakan yang teruk.


Tuduhan PDRM adalah 'anjing kerajaan' tidak lagi kedengaran, sikap sabar dan toleransi yang ditunjukkan oleh setiap anggota PDRM yang bertugas dalam perhimpunan tersebut, membuktikan bahawa PDRM yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri di mana menteri yang bertanggungjawab DS Hishammuddin Tun Hussein telah berjaya menyahut seruan tranformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.




Saya juga turut tidak melepaskan peluang menyatakan penghargaan saya kepada PDRM dan Menteri bertanggungjawab, sebagai tanda penghargaan saya paparkan video di bawah untuk ditonton kepada DS Hishammuddin Tun Hussein.

Dan beliau membalas dengan jawapan berikut, apa lagi saya terus 'make as favourite' la... Hahaha!




Syabas PDRM...

Syabas KDN...

YY : Bro... anggota yang terlibat mengawal perhimpunan tempoh hari makan nasik bungkus punyalah cepat sebab nak kembali sambung tugas, tapi ada yang membalas jasa mereka ini dengan memanggil mereka 'ANJING'?... 

Tuesday, January 10, 2012

[VIDEO] : Suasana Sekitar Himpunan Aman Bebas Anwar #901 Yang Tak Berapa Nak Aman

Jay Jamalina Pembaca Berita Tersasul Gembira Dengan Pembebasan Anwar Ibrahim?


Hahaha...

Anwar Ibrahim kepingin berjumpa dengan pembaca berita TV3 yang tersasul Jay Jamalina. Nampaknya di Malaysia sekarang untuk seseorang menjadi popular bukanlah sesuatu perkara yang sukar.

Selain sessi 'turun bendera' dan panjat pagar, pecahkan pintu klinik, tersasul ketika membaca berita pun boleh membuatkan seseorang itu popular dalam sekelip mata.

Itulah yang berlaku kepada Jay Jamalina, gara-gara tersilap sebut Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Beliau kini menjadi buah mulut kepada pengikut totok Anwar Ibrahim sehinggakan Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan dalam ceramahnya menyatakan hasrat untuk bertemu Jay Jamalina.

Anwar Ibrahim kata Jay Jamalina tahu dirinya bakal Perdana Menteri :
"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.
Jaga-jaga Jay Jamalina, abang...abang...abang cuma nasihat aje...

Jom raikan berita pembebasan Anwar Ibrahim dengan video klip di bawah :



Hahaha...

[FOTO] : Sekitar Himpunan 'Bebas Anwar 901' #BebasAnwar901 #901

'Najib Letak Jawatan' - Provokasi terhadap kerajaan bermula jam 6.00 pagi
6.00 pagi - Mereka sudah membuat bising di tepi-tepi jalan ketika orang ramai  mahu ke tempat kerja

'Komando AMK Malaysia' - Pasukan ini dipercayai tidak disenangi oleh reformis 1998

PDRM memeriksaan beg setiap penyokong Anwar Ibrahim sebelum mereka dibenarkan masuk ke tapak perhimpunan.


Seawal jam 5.00 pagi PDRM & Media mula berkampung di hadapan perkarangan Mahkamah.

Pengikut Anwar Ibrahim mula sukar dikawal bila jumlah mereka ramai

'Rakyat Hakim Negara' - Saya juga rakyat bolehkah saya jatuhkan hukuman bahawa Anwar itu bersalah?

Rafizi Ramli bersama otai-otai reformis

'Orang Kesayangan Anwar' Azmin Ali 

Ketibaan Khalid Ibrahim disambut dengan laungan "Pecat Hasan Ali"

Xavier Jeyakumar tiba di laluan sebelah daripada kumpulan pengikut Anwar Ibrahim berkumpul
Ahli Parlimen Machang - Saifuddin Nasution tiba diringi otai reformis.
Perjuangan mereka semuanya demi Anwar Ibrahim semata-mata
'Raja Drama' tiba dengan dikawal ketat oleh 'Komando AMK' - Tindakan komando AMK membuatkan petugas media berang kerana berlaku aksi tolak menolak!
Shamsul Iskandar cover rapat bos beliau - mungkin dengan harapan namnya bakal menjadi calon dalam PRU kelak. 
Helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara memantau pergerakan pengikut Anwar Ibrahim dari udara,
Kemunculan berani Perkasa - berjaya membuatkan pengikut Anwar Ibrahim berang!
Mereka hadir dengan banner 'anti Anwar' - tanpa sebarang provokasi, mereka hanya berdiri tetapi AMK mengamuk menghalau rakyat yang tidak menyokong Ketua Umum mereka
Provokasi oleh pengikut Anwar Ibrahim - melambai-lambai note RM10 sambil menjerit "Perkasa buat demi duit"
Cukup tak upah yang mereka bayar tu bang?
Pagar masjid dikawal oleh pengikut Anwar Ibrahim kerana kumpulan AMK mahu menyerbu masjid ini untuk menyerang sekumpulan anak muda Perkasa.
Cemas - Seorang pengikut Anwar Ibrahim mengalami masalah pernafasan, Rescue 911 berjaya menyelamatkan beliau dan ambulans membawanya ke hospital 10 minit selepas itu.
Situasi mula tidak terkawal - selepas keputusan diumumkan aksi luar batasan mula diperlihatkan oleh mereka. Seorang pemuda memanjat bumbung van seorang peniaga.
Cermin kereta pecah akibat letupan bom - dipercayai diletak oleh pihak yang mahu mencetuskan suasana panik  supaya Malaysia berevolusi?
Forensik PDRM tiba mengumpul bahan bukti
Serpihan kon yang hancur akibat bahan letupan diletakkan dibawahnya
Walaupun mereka kecoh, provokasi, bertindak di luar normal kehidupan rakyat Malaysia - Pihak PDRM tetap tidak mengendahkan aksi mereka. Menjeritlah sampai puas, dah penat berhentilah mereka tu kata seorang anggota polis trafik kepada saya ketika berlaku pergelutan di antara dua kumpulan bertentangan.

SYABAS PDRM!

Layan video lagi sekali :

Jom Nyanyi Bersama Muslimah PAS...



Cara berpakaian seseorang belum tentu melambangkan perwatakannya, tudung labuh sampai ke bumi belum tentu sopan tutur katanya....

Lihat sendiri bagaimana aksi muslimah PAS yang mana mereka dikatakan memperjuangkan Islam sebenar, maklumlah Islam yang diperjuangkan UMNO bagi mereka Islam 'plastik' semata-mata.

Selalu orang katakan wanita ini jenis yang bersifat pemalu, tapi nampaknya muslimah PAS yang berpakaian lebih Islamik dari orang lain dilihat tidak mempunyai sifat malu, melalak, menyanyi di khayalak ramai yang bercampur lelaki dan perempuan...

Ulamak terkenal dunia yang selalu menjadi rujukan kepada ramai umat Islam iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardawi pernah menyatakan :
"Tidak ada halangan terhadap perempuan menyanyi, dengan syarat menyanyi harus berada dalam kerangka hukum Islam yang menjamin bernyanyi tidak disertai dengan praktek-praktek yang dilarang seperti menari atau minum alkohol." 
Dia juga menyarankan perempuan yang bernyanyi harus memperhatikan nilai dan tidak boleh bercampur dengan hal-hal yang "tidak senonoh"
Nak ajak muslimah menari poco-poco boleh...?

Hahaha...

Monday, January 9, 2012

[VIDEO] : Tian Chua Salahkan UMNO, Najib, Tun Mahathir? #Justice4Saiful901 #BebasAnwar901 #901



Dari awal lagi kita sudah jangka, apa jua keputusan yang diumumkan oleh mahkamah sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak mereka tetap akan menyalahkan BN,UMNO serta pemimpin-pemimpin negara atas tuduhan yang dihadapi oleh Ketua Umum mereka.

Dua aspek dapat dilihat awal pagi tadi, iaitu jika Anwar Ibrahim disabitkan bersalah UMNO/BN, Najib Tun Razak serta beberapa pemimpin negara yang lain akan dituduh dan difitnah kononnya bertindak sebagai 'tangan halus' di sebalik keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Apa saja situasinya, mereka akan tetap menyalahkan kerajaan kerana matlamat mereka hanyalah satu iaitu untuk merampas tampuk pemerintahan negara.

Syok jadi Anwar Ibrahim - semua keburukkan yang dilakukan oleh dirinya sendiri, bagi para pengikutnya ianya merupakan satu konspirasi UMNO/BN....

"Sistem Kehakiman di Malaysia Adil & Tidak Berpihak" - @tunfaisal Lahirkan Rasa Simpati Kepada @SaifulBukhari



Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Unit Media Baru merakamkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari Azlan berhubung keputusan yang dibuat oleh dalam perbicaraan kes Liwat II.

Namun dalam masa yang sama keputusan hakim membebaskan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa mahkamah serta hakim di Malaysia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi UMNO.

Dari blog Tun Faisal Dot Com :
1. Saya bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mangsa rogol dan liwat lain yang berkemungkinan mahu membawa kes mereka ke mahkamah di masa hadapan. Saya rasa pelik dengan penghakiman tetapi biarlah kita baca penghakiman penuh terlebih dahulu sebelum membuat lebih banyak kenyataan.

2. Apapun rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak. Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.

3. Berbeza dengan pemimpin dan penyokong PR, pemimpin dan penyokong BN lebih sivil dalam menghadapi keputusan ini. Bagi kebanyakan pemimpin BN, ini adalah soal dan masalah peribadi di antara Anwar Ibrahim dan Saiful. Apapun terjadi khidmat kepada rakyat dan persiapan untuk menghadapi PRU13 perlu diteruskan.

4. Sedangkan berdasarkan rekod, pemimpin dan penyokong PR hanya akan menerima keputusan penghakiman yang menyebelahi mereka. Jika penghakiman tidak menyebelahi mereka, rekod menunjukkan mereka akan bertindak luar batasan, termasuk melakukan kekacauan dan menyerang sistem kehakiman.

5. Adakah ini kemenangan rakyat? Err, Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?

6. Dalam kes Anwar - Saiful, Anwar adalah pemimpin manakala Saiful adalah rakyat. Rakyat tewas?

[VIDEO] : PKR Bikin Kecoh Depan Masjid #901 #BebasAnwar901


Lihat bagaimana aksi mereka bila diberikan kebenaran untuk berhimpun, mereka menjerit-jerit, memprovokasi, serta terkinja-kinja di hadapan pagar masjid sambil memaki-hamun Perkasa.

Paling kelakar mereka pijak banner yang tertera gambar Anwar Ibrahim sendiri.

Iaitu banner yang dibawa oleh sekumpulan anak muda yang dipercayai ahli Perkasa. Mereka merampas banner selepas itu dibentangkan sambil terkinja-kinja umpama 'beruk kena belacan'.

Inikah mentaliti yang dimiliki oleh orang-orang PKR...?

Setiap kali berhimpun tidak pernah aman!



Ganasnya Komando AMK #901 - Orang Awam Pun Kena Belasah? #BebasAnwar901




Cakap amal demokrasi sebenar, tapi bila ada sekumpulan yang menentang perjuangan serta idola mereka ini pula jadinya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal