NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Beribu Laporan Kes Hina Islam, Tiada Sebarang Tindakan - Apa Lagi @PDRMsia Mahu?


Dua hari yang lalu, lapan buah NGO tampil membuat laporan di Balai Polis, IPD Dang Wangi, ke atas stesen radio BFM89.9 kerana membincangkan tajuk utama mengenai Kalimah Allah, Daging Korban selain menyentuh hak melayu melalui DJ bukan Islam pada 12 Disember 2014.

Laporan polis ke atas BFM89.9 :


Malah, dimaklumkan pada hari yang sama stesen radio berkenaan turut membincangkan isu pakai tudung melalui DJ Umapagam, Caroline serta Patrick Teoh. 

Ini bukan kali Patrick Teoh hina Islam, malah sekitar 2013, Patrick Teoh pernah membuat kenyataan biadap sekaligus mengundang kemarahan umat Islam.

Rujuk artikel lama mengenai kebiadapan Patrick Teoh  [KLIK SINI] 


Selain itu, difahamkan terdapat 9 laporan polis ke atas Lim Guan Eng di Pulau Pinang berhubung isu kalimah Allah, kemudian dikuti dengan 25 laporan polis yang dibuat oleh PERKASA di Georgtown semalam.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mereka belum memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang untuk bagi kenyataan kerana menunggu kertas siasatan dengan megambil keterangan dari NGO serta lain.

Maaf cakap, saya tidak yakin dengan kenyataan pihak berkuasa atau dalam bahasa mudah faham dengar boleh percaya jangan apatah lagi mahu mengharapkan satu tindakan.

Lihat apakah hasil dari ratusan laporan polis yang dibuat ke atas paderi Lawrence Andrew, sehingga kini sepi tanpa sebarang tindakan.

Kenapa PDRM dilihat lemah dalam menguatkuasakan undang-undang?

Ramai mendakwa kelemahan dalam menguatkuasakan undang-undang berpunca daripada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ironinya, kes penghinaan melibatkan agama, kaum atau kedaulatan institusi beraja tidak memerlukan akta ISA untuk menghukum pesalah sebaliknya tertuduh boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

Justeru, apa lagi PDRM mahu rakyat lakukan selain daripada membuat laporan polis?


YY : Tak pernah main-main setiap kali buat laporan, bimbang dituduh membuat laporan palsu.



Monday, July 7, 2014

Elak Kowting : Hanya Operasi Bersepadu Mampu Perangi Tauke Premis Judi @Zahid_Hamidi @PDRMsia @NajibRazak


Kalau sebut judi online, negeri Selangor merupakan 'champion' di mana terdapat ratusan premis judi yang berlesen serta tidak berlesen. Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membanteras premis judi di semua peringkat mendapat respon pelbagai pihak.

Malangnya, rata-rata melihat kenyataan Zahid Hamidi hanya retorik, kerana terdapat dakwaan bahawa kebanyakkan premis judi 'dilindungi' oleh pegawai atasan PDRM sendiri. 

Tapi jika diteliti, dakwaan yang diperkatakan masyarakat mungkin ada kebenaran, memandangkan kebanyakkan premis judi online mampu beroperasi seperti biasa selepas dua jam pihak polis merampas segala peralatan mereka.

Disebabkan kelemahan inilah. masyarakat tidak yakin dengan kemampuan PDRM dalam memerangi premis judi kerana terdapat juga premis yang 'dijaga' oleh pegawai atasan tertentu.

Justeru untuk mendapatkan pandangan rakyat menerusi media sosial berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mahu menubuhkan pasukan khas untuk banteras premis judi.

Saya membuat dua posting di laman Facebook mengenai lokasi premis judi yang beroperasi hanya beberapa meter dari Balai Polis.



BACA KOMEN POSTING

BACA KOMEN MASYARAKAT

Bagi saya masyarakat menyalahkan PDRM dek kerana segelintir anggota yang turut mengunjungi premis berkenaan.

Selain itu, pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad, dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor pada tahun 2007 membuktikan wujudnya 'kerjasama' jalan belakang antara anggota dengan tauke judi.

Nota : Al-fatihah buat ASP Mior Fahim Bin Ahmad

PENGAKUAN BERSUMPAH ASP MIOR
Tetapi bagi saya, sekarang bukan masa untuk mencari salah siapa, sekarang adalah masa untuk berjuang membanteras premis judi yang membiak di seluruh negeri kerana tauke-tauke judi tidak lagi takut kepada undang-undang.

Jadi sahabat-sahabat PDRM perlu bangkit mengembalikan maruah Sang Saka Biru yang begitu digeruni oleh tauke premis judi dan aktiviti persundalan ketika dulu, tapi kini Sang Saka Biru tidak lagi dihormati dan tidak lagi digeruni oleh anak muda terutama anak cina.

Sebab itu setiap kali roadblok golongan ini tidak menghormati individu yang menyarung Sang Saka Biru kerana bagi mereka kamu boleh 'kowting' dengan nilai RM100!

Jadi, bagaimana kita mahu banteras aktiviti judi yang telah memusnahkan puluhan ribu nasib rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama?

Kami mencadangkan agar diadakan tindakan & operasi besaran secara bersepadu melibatkan :

1. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Syarikat Bekalan Air
5. Jabatan Imigresen Malaysia
6. Jabatan Agama Islam
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
8. Syarikat Telekomunikasi
9. Pengiat Media Sosial / Wartawan
10. Ahli Politik di kawasan masing-masing
11. Ahli Majlis Tempatan
12. Orang Awam

seperti dicadangkan oleh Biswardi Hasbi.

Pihak ATM bertindak memantau operasi dan sebagai langkah berjaga-jaga kerana aktiviti perjudian merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dunia 'underworld'.



Arios...!

Tuesday, June 3, 2014

Isu Cermin Gelap : Bengkel Khas Setuju Pinda Peraturan - @JPJ_Malaysia @PDRMsia Perlu Batalkan Saman Cermin Gelap


Kebelakangan ini ramai pihak membicarakan soal larangan cermin gelap dan perkara membawa kepada reaksi pantas DS Hishammuddin Tun Hussein selaku pemangku Menteri Pengangkutan.

Pujian harus diberikan kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang akur dan bersetuju dengan kehendak pemilik kenderaan agar larangan penggunaan cermin gelap dipinda dengan mengarahkan Kementerian Pengangkutan mewujudkan bengkel khas dan keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2014 (semalam).


Tetapi difahamkan sessi bengkel tersebut masih berjalan dan berakhir hari ini iaitu 3 Jun 2014.




Setakat ini saya belum mengetahui keputusan panel bengkel khas namun menurut laporan Berita Harian melalui laman Facebook dijangka panel penilaian bersetuju meminda peraturan di mana kadar telus cahaya diturunkan kepada 20 peratus.


Andai jangkaan Berita Harian itu tepat timbul dua persoalan kepada pemilik kenderaan, pertama cermin bahagian mana yang dibenarkan telus cahaya sebanyak 20 peratus.

Umum mengetahui kadar telus cahaya ketika ini adalah 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang manakala cermin bahagian depan sebanyak 70 peratus.




Rata-rata pengguna menggesa serta mengharapkan agar kadar telus cahaya untuk cermin bahagian hadapan turut diturunkan kepada 20 peratus.

Bahasa mudah faham semua cermin boleh gelap, kalau bimbang sukar melihat identiti pemandu JPJ, tetapkan peraturan di mana pemandu perlu turunkan semua tingkap serta memasang lampu dalam kenderaan bila melalui road blok pihak berkuasa.

Ini bagi membolehkan pihak berkuasa melihat identiti serta barangan di dalam kenderaan.

Kalau dibimbangi aktiviti maksiat berlaku dalam kenderaan cermin gelap, jabatan agama rajin-rajinlah buat pemantauan, periksa kenderaan di lokasi tertentu pada waktu malam menggunakan 'torch light'.

Susah sangat ke nak fikir benda mudah macam ni?

Contoh kadar telus cahaya :

Kadar telus cahaya
Persoalan kedua, andai bengkel memutuskan peraturan tersebut dipinda bagaimana dengan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan pada 21 Mei 2014, iaitu hari di mana Menteri Pengangkutan memaklumkan pindaan sehingga semalam 2 Jun 2014?



Memandangkan sebelum ini ramai pihak tampil mencadangkan agar JPJ dan PDRM menghentikan sebarang tindakan berkaitan kesalahan cermin gelap seperti dilaporkan Berita Harian, adalah wajar saman yang dikeluarkan terhadap atas kesalahan cermin gelap ketika proses pindaan peraturan dibatalkan serta-merta!


Ini kerana pada 25 Mei 2014 pihak JPJ mengeluarkan kenyataan di mana tiada operasi cermin gelap diadakan ketika ini. Bahasa mudah faham, tiada saman yang akan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan atas kesalahan cermin gelap.


Tetapi malangnya pada 28 Mei 2014, ada pemandu mengadu disaman serta diarahkan menanggalkan tinted cermin oleh JPJ seperti dipaparkan di laman Facebook - JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap [KLIK]

Tindakan JPJ mengeluarkan saman atas kesalahan cermin gelap amat memalukan, apatah lagi kenyataan JPJ sebelum ini dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad sendiri.

Ini menunjukkan terdapat kegagalan komunikasi di antara Ibu Pejabat JPJ dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri.

Paling memalukan apabila kenyataan oleh pihak PDRM melalui Superitendan Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, dilihat bercanggah dengan kenyataan pihak JPJ :



'Policy Maker' tidak sebulu?

Dari awal isu ini timbul agensi penguatkuasa dilihat menuding jari menyalahkan satu sama lain malangnya orang ramai menjadi mangsa!

Agensi terbabit dilihat tidak sebulu serta cuba mempertontonkan kepada masyarakat siapa lebih hebat dalam menguatkuasakan undang-undang.

Tuan/puan mudah sahaja, kecualikan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan persendirian seperti saya tegaskan sebelum ini. Itu pun jika sel otak pembuat dasar dan peraturan dalam kerajaan mampu berhubung dengan normal.

Saya antara penulis blog yang sering mempertahankan agensi penguatkuasa terutama PDRM, tetapi dalam isu cermin gelap ingin saya tegaskan di sini bahawa ke semua agensi penguatkuasa seperti kebudak-budakkan.

Malu la masyarakat luar tahu begini tindakan penguatkuasa dalam negara kita.

Tidak hairanlah jika laman Facebook bantah larangan cermin gelap berjaya mendapat reaksi lebih 6 ribu pengguna Facebook selepas 48 jam dilancarkan selain persepsi masyarakat terhadap JPJ, PDRM dan juga Kastam dilihat negatif.

Natijah di sebalik gelagat penguatkuasa ini, percayalah kerajaan pemerintah bakal menjadi mangsa untuk dipersalahkan kelak!

Video terbaik dari laman Facebook :

https://www.facebook.com/photo.php?v=1513393492214343&l=4878334283144484986

Arios...!

YY : I’d kill every policy maker with a spoon, if I thought they had coffee for brains. But they’re simply not that intelligent, and I wish the people would wake up to that fact...

Wednesday, May 21, 2014

JPJ & Cermin Gelap : Kementerian Pengangkutan Setuju Pinda Peraturan @JPJ_Malaysia @PDRMsia



Berhubung isu tinted yang hangat diperkatakan selepas pengumuman pihak polis yang mahu menjalankan operasi ke atas kenderaan bercermin gelap pada 16 Jun ini mendapat respon pelbagai pihak.

Antaranya adalah sahabat blogger RBF yang meminta SPRM gempur JPJ terlebih dahulu sebelum polis bertindak ke atas pemilik kenderaan bercermin gelap [SINI]

Malah saya sendiri turut siarkan satu artikel mempertikaikan alasan pihak JPJ dan PDRM di sebalik larangan penggunaan cermin gelap adalah kerana mahu mengurangkan kadar jenayah. [SINI]

Selain itu, bantahan turut disuarakan melalui satu laman Facebook yang diwujudkan lewat malam semalam bagi mengumpul sokongan untuk mendesak JPJ meminda larangan penggunaan cermin gelap. 

KLIK SINI

Akhirnya Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan bersetuju agar peraturan berkenaan dipinda, nampaknya pihak kementerian lebih terbuka berbanding JPJ dan PDRM. 

Laporan Berita Harian hari ini melaporkan kementerian bersetuju untuk meminda peraturan larangan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan dalam negara ini.


Terima kasih kepada pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin Tun Hussein di atas respon melalui laman Twitter semalam. Terbukti kerajaan sering mendengar keluhan yang disuarakan rakyat jika saluran yang digunakan itu tepat.

Nak sampaikan cadangan atau bantahan tak perlu berbaring atas jalan raya.

Haahahaha...

Arios...!


YY : Timb. Pengarah JPJ - Bagaimana kita hendak kenal pasti penjenayah jika cermin gelap - gua jawab guna cara kamu kenal pasti penjenayah guna helmet full face. alahai..

Tuesday, May 20, 2014

Penjenayah Bertindak Kerana Pemandu Terdedah, Larangan Cermin Gelap Perlu Dipinda @JPJ_Malaysia @PDRMsia


Isu tinted kenderaan bukan perkara baru diperkatakan, malah telah diperdebatkan sejak tahun 2009. Pelbagai jawapan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak JPJ tetapi dilihat tidak logik serta tidak relevan.

Setelah menyepi seketika, isu tinted menjadi hangat setelah pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun.

Mengikut peraturan JPJ :
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. 
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap ;
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. 
Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. 
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda : 
1) Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama dan;  
2) Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.
Sejak isu tinted disuarakan antara alasan yang popular dari pihak JPJ larangan berkenaan bagi mengelak kejadian jenayah.

Kenderaan bercermin gelap dikatakan menyukarkan pihak polis menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya.

Cermin gelap dianggap mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa.

Namun kebanyakkan kes seperti rompakan bersenjata, perompak tidak memerlukan cermin gelap kebanyakkan menggunakan kenderaan curi selain menutup wajah mereka menggunakan topeng atau helmet.

Alasan cermin gelap menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah satu jawapan yang naif, kerana apakah ada kaedah dalam mengenal pasti penjenayah yang menggunakan helmet full face, kenapa tidak diharamkan sekali penggunaan full face?

Jadi alasan pihak JPJ dan polis dilihat dangkal malah larangan membenarkan kenderaan bercermin gelap sebenarnya mendedahkan kepada kes jenayah bersenjata seperti bunuh. 

Kes 1 :
2 Ogos 2013 : Dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga emas lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa, kejadian pada jam 8.45 pagi berlaku ketika mangsa berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor.
Kes 2 :
9 Ogos 2013 :  Seorang lelaki India berusia 37 tahun yang tinggal di Air Hitam, Pulau Pinang mati ditembak ala mafia ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson, Goergtown, Pulau Pinang.
 Kes 3 :
29 Julai 2013 : Seorang lelaki parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam. Motorsikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mangsa dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan.


Dalam kes samun melibatkan mangsa wanita pula, penjenayah bertindak setelah mengetahui mangsa memandu bersendirian.


Kes 4 :
28 Ogos 2013 : Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16. Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat.
Kes 5 : 
10 April 2014 : Pelakon era 90 an menjadi mangsa samun di Jalan Sri Rampai, Wangsa Maju. Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa memandu bersendirian dalam perjalanan mahu mengambil anak sulungnya di Wangsa Maju. 

Dari keseluruhan jenayah yang berlaku, penjenayah bertindak melepaskan tembakan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat setelah penjenayah telah mengenal pasti identiti pemandu. 

Justeru, alasan pihak berkuasa melarang penggunaan cermin gelap bertujuan mengelak kejadian jenayah adalah dangkal. Malah tidak keterlaluan saya katakan kebanyakkan wanita yang menjadi mangsa samun disebabkan mereka terdedah kepada penjenayah.

JPJ, PDRM 'Double Standard'? 

Selain itu, menurut peraturan JPJ, hanya orang tertentu dibenarkan menggunakan cermin gelap pada kenderaan - mereka adalah 
  • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  • Pemangku Raja sesuatu Negeri
  • Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan
  • Bakal Raja sesuatu Negeri
  • Bekas Raja sesuatu Negeri
  • Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
  • Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi
  • Pegawai Polis atau Tentera sebagaimana masing-masing dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Penelitian saya tiada senarai yang menyatakan pemimpin politik termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh JPJ tetapi kenapa kenderaan kebanyakkan pemimpin politik dibenarkan bercermin gelap?


Adakah penguatkuasa JPJ serta PDRM mengamalkan 'double-standard' di mana pemimpin politik dibenarkan dan tidak dikenakan tindakan undang-undang tetapi pemandu yakni orang biasa dikenakan tindakan saman dan mengoyak tinted?

Kesimpulannya larangan penggunaan cermin gelap dilihat tidak relevan dikenakan ke atas kenderaan persendirian dan akta ini patut dipinda memandangkan akta tersebut dikuatkuasakan ketika negara digemparkan dengan beberapa peristiwa rogol dan bunuh membabitkan bas ekspress bercermin gelap.

Sebagai penutup, satu soalan yang gagal dijawab oleh pihak berkuasa sejak isu ini timbul adalah - kenapa booth JPJ dan Kastam di pelabuhan membenarkan kenderaan yang becermin gelap dibawa masuk ke dalam negara sedangkan ia menyalahi peraturan?

Kenapa selepas kenderaan dibeli oleh pengguna, ia dikatakan tidak mengikuti peraturan JPJ lalu pemilik menjadi mangsa?

Isu ini mengundang kemarahan ramai pihak, malang kerana yang dipersalahkan adalah kerajaan pemerintah.

Arios...!


YY : Kalau ada yang nak beromen dalam kereta bercermin gelap, itu pihak jabatan agama perlu buat pemantauan. 

Friday, January 25, 2013

Kematian Sugumar : 'Rahmat' Besar Buat PKR Untuk Salahkan Kerajaan @HishammuddinH2O @PDRMsia


Poster di atas adalah antara sentimen perkauman yang diarak semasa kes kematian A.Kugan suspek kes curi kenderaan yang mati semasa dalam tahanan polis sekitar tahun 2009.

Pada waktu itu pembangkang melalui PKR melalui N.Surendran dan Lathefa Koyya  melemparkan pelbagai tuduhan kononnya PDRM zalimi orang India, PDRM dahaga darah orang India dan kerajaan tutup mata kezaliman ke atas Kugan.

Tujuannya untuk membangkitkan sentimen kebencian rakyat terutama kaum India kepada PDRM sekaligus pihak yang akan dipersalahkan secara total adalah kerajaan.




Akhir setelah siasatan dilakukan mendapati anggota yang terlibat mencederakan A.Kugan adalah anggota berbangsa India sendiri iaitu V.Navindran yang dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana didapati bersalah mencederakan Kugan.


Sama adil atau tidak hukuman yang dijatuhkan ke atas pelaku, ianya adalah ketentuan mahkamah setelah meneliti hujah dan bukti yang dikemukakan.

Semalam pembangkang menerusi peguam cabuk mereka N.Surendran dan Latheefa Kooya kembali menjalankan peranan untuk menyerang agensi penguatkuasa kerajaan seperti PDRM dalam kes kematian Sugumar.

Seperti biasa Malaysiakini lidah rasmi pembangkang yang dibiayai oleh Soros adalah media utama yang melaporkan perkara ini.

Walaupun siasatan dan kenyataan rasmi PDRM belum dikeluarkn, Lathefa Koya awal-awal lagi menjadi hakim dengan mendesak anggota yang terlibat didakwa. Pendek kata belum tahu hujung pangkal Lathefa Koyaa 100% mempersalahkan anggota-anggota yang terlibat.

YB Manikavasagam yang sebelum ini menipu kononnya 500,000 orang India tiada IC turut tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa PDRM yang berada di bawah kerajaan BN menzalimi si mati.

Skrip yang digunakan adalah "tangan si mati masih bergari" ketika dia mengikuti keluarga Sugumar membuat pengecaman.


Ini semua tindakan awal untuk mencipta persepsi bahawa PDRM bertindak zalim ke atas rakyat selepas itu mereka akan meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail bertanggungjawab dalam kes ini.

Sebaik sahaja selesai mengheret Ketua Polis Negara di atas kematian Sugumaran, percayalah pembangkang akan mengheret DS Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri bertanggungjawab.

Dan akhir sekali, pihak yang harus bertanggungjawab di atas segala kesalahan ini adalah kerajaan BN dan mereka akan mendesak serta merayu supaya rakyat memberi mereka mandat untuk menjadi kerajaan dalam PRU akan datang.

Skrip dan modus operandi mereka tetap sama, segala tindakan yang dilakukan semuanya berkepentingan politik. Malangnya masih ada rakyat yang percaya segala tindakan yang dilakukan pembangkang.

Jadi PDRM dan menteri terbabit bersedialah dari sekarang, kematian Sugumar merupakan satu 'rahmat' buat pembangkang memandangkan mereka sudah kehabisan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Kenyataan rasmi PDRM berhubung kematian Sugumar :



Jangan hairan jika PDRM akan dicop sebagai anjing, walaupun mereka baru sahaja memuji PDRM ketika Himpunan Pakatan Rakyat 112 tempoh hari.

Hahaha...


Wednesday, December 12, 2012

@NajibRazak Akan Hapuskan Kaum India Dengan Menolak Mereka ke Dalam Laut!- @PDRMsia Perlu Siasat Tuduhan MP Kapar @HishammuddinH20


Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu  pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.


Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22 sebagaimana video yang disiarkan sebelum :



Terjemahannya adalah :


Ini satu ucapan sial daripada S.Manikavasagam yang dia berniat untuk menghasut serta menakut-nakutkan kaum India kononnya BN akan hancurkan kaum India secara berperingkat dengan menolak ke dalam laut.

Justeru itu, pihak berwajib wajar menyiasat kenyataan ini kerana jelas ianya berbentuk hasutan dan fitnah!

YY : Rindu I.S.A

Wednesday, September 26, 2012

Hina Islam : Gopinath Sudah Mohon Maaf - Jadi @PDRMsia Tak Perlu Siasat, AG Tutup Mata?


"Sial...bro keling memang kurang ajar, rm20 pun sanggup tikam orang sampai kritikal!" - itulah ayat yang diluahkan oleh seorang mahasiswa kepada saya semalam ketika melawat seorang graduan UPSI yang ditikam sebanyak 3 kali oleh lelaki India dalam satu kejadian samun di Tg.Malim semalam.

Alhamdulillah, mangsa dilaporkan selamat selepas dirawat di Hospital Slim River. Namun bagi saya tidak semua rakan berbangsa India kita bersikap begitu, dan adalah tidak adil untuk kita menghukum kaum India sehingga mencetuskan satu ketegangan yang bersifat perkauman.

Kisah tersebut boleh dibaca melalui laman UPSIDaily [sini]

Itu kisah di Tg.Malim, pagi tadi pula antara sms yang saya terima,
"bro apa cerita budak hina Islam tu, nak kena libas ke?"
"bro... dah mintak maaf, takan dibiar macam tu jer, kdg2 kena ajar, dorang makin melampau!"
"sial keling ni der, dah banyak kali agama kita kena pijak-pijak, PDRM buat apa?"
Sms di atas adalah reaksi rakan-rakan saya berhubung isu seorang lelaki India yang dikatakan menghina Islam melalui laman facebook. Gopinath Jayaratnam menulis komen di laman facebooknya :


Benar, komen di atas cukup biadap lebih-lebih lagi ianya dibuat ketika hati umat Islam terhiris kerana filem 'Innocence Of Muslims'. Mungkin disebabkan itu dilaporkan kediaman Gopinath telah diserang oleh pihak yang tidak dikenali malam tadi.

Semalam juga Gopinath memohon maaf di atas komen yang disiarkan di laman facebooknya dengan mendakwa akaun beliau diakses oleh orang lain :


Seronok tinggal di Malaysia, rakyatnya pemaaf tidak seperti negara-nagara lain. Di Malaysia setiap perbuatan yang melibatkan perkauman atau sensitif terhadap agama dapat diselesaikan dengan satu permohonan maaf.

Hahaha...

Seingat saya di Seremban sebelum ini satu kejadian membaling botol arak ke dalam sebuah surau oleh tiga remaja cina juga dimaafkan selepas ibu bapa mereka memohon maaf. Tetapi ironiknya pemuda melayu yang membakar gereja beberapa tahun lalu dikenakan hukuman penjara.

Ulangi kes melibatkan Ngeh Koo Ham di mana beratus laporan polis juga selesai dengan hanya satu permohonan maaf. Tiada penahanan, tiada pendakwaan, tiada rakaman percakapan ianya selesai selepas mohon maaf.

Nak salahkan polis tak boleh juga, mereka hanya buka kertas siasatan selepas itu diserahkan kepada pendakwaraya (AG) untuk membuat pendakwaan.

Selepas ini bolehlah kita hina mana-mana agama, kita kencing atas tokong, kita berak atas kubur cina, kita baling air kencing ke dalam gereja, kita komen hina agama Hindu, Buddha, Kristian.

Selepas puas menghina kita kata akaun kita kena 'hacked' dan mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Kes tutup, AG pun tak perlu susah-susah ke mahkamah.

Tak begitu Ghani Patail?

Macam mana orang mahu takut dengan undang-undang jika penguatkuasa undang-undang sendiri pun takut gunakan kuasa yang mereka ada?

Saturday, May 5, 2012

Balai Polis Pudu Akan Dibakar Oleh Pelajar #ProPembangkang Malam Ini?

Adik kalau tak ada rumah, mari tidur rumah abang nak, ada ke tidur tepi jalan? Hahaha!
Gambar di atas dirakam oleh kumpulan sewel Occupy Dataran yang mendesak pihak PDRM membebaskan seorang pelajar gila, biadap, kurang ajar bernama Khalid Ismath yang ditahan sebaik sahaja hadir di Balai Polis untuk memberi keterangan.

Namun segala tindakan biadap, kurang ajar dan gila Khalid Ismath ini nampaknya disokong penuh oleh bapaknya yang mana berkata anaknya bukan penjenayah tetapi hanya pertahankan hak dia sebagai mahasiswa.
“Saya bantah tindakan menahan yang dibuat terhadap Khalid kerana anak saya bukan penjenayah, dia hanya memperjuangkan hak dia sebagai mahasiswa,”
Kita patut bertanya kepada Ismath Habib iaitu bapak kepada Khalid, adakah seorang yang bergelar mahasiswa, berhak keluarkan apa sahaja kenyataan baik di laman media sosial ataupun secara terbuka, yang mana kenyataan yang diluahkan bersifat menghasut, memfitnah pihak lain tanpa sebarang halangan?

Keadaan Khalid di Balai Polis dia 'dibelasah' sehingga berterabur gigi  - Nampak tak? Haha!

Jika ikut teori Ismath Habib si bapak Khalid ini nampaknya selepas ini segala undang-undang yang digubal dalam negara ini tidak boleh dikenakan ke atas individu yang bergelar mahasiswa!

Mahasiswa boleh berzina kerana itu hak mereka.

Mahasiswa boleh maki-hamun mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka kerana itu hak mereka.

Mahasiswa boleh buang bayi di mana mereka suka kerana itu hak mereka.

Mahasiswa boleh lemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja kerana itu hak mereka.

Alahai...Bapak bangang maka tak hairanlah jika benih yang disemai ikut jadi bangang!

Malam ini jam 9.00 malam jom mahasiswa ikut jadi bangang bersama kumpulan SMM.


Dari Candle Light Vigil baik korang bakar je Balai Polis tu, buat macam komunis Bukit Kepong.

Itu pun kalau korang beranilah!

Nak juga tengok 'power' sangat ke SMM ini?

Sebab setahu saya, Khalid Ismath ketika ditahan pegawai HEP UiTM dan dibawa menaiki kereta untuk bertemu dengan polis bantuan UiTM, wajahnya pucat lesi dan sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya.

Oh... berani setiap kali ada geng sahaja rupanya budak ni!

Hahaha!

[FOTO] : Senarai Ke-2 Wajah-Wajah 'Pemberontak' #BERSIH3 Buruan @PDRMsia - Wanita Cina "Get Out Of This Country!" Adalah SB?





Wajah-wajah individu yang dipercayai terlibat mencetuskan huru-hara dalam negara telah diedarkan oleh pihak PDRM selepas senarai pertama iaitu seramai 49 individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan ketika demontrasi BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Setakat ini dimaklumkan bahawa dalam senarai pertama iaitu 49 individu yang dipercayai boleh membantu PDRM hanya seorang lelaki berusia 39 tahun tampil di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur jam 3.00 petang semalam.

Manakala mahasiswa berusia 22 tahun difahamkan akan menyerahkan diri bersama peguamnya esok. Mungkin inilah wajah-wajah 'polis' sebagaimana yang dihebohkan oleh pembangkang.

Saya tertarik dengan wajah no.5 dalam senarai di atas, iaitu seorang wanita cina yang terkedu selepas seorang wartawan bertindak menempelak beliau agar jangan biadap.

Jom kita besarkan wajah wanita cina paling 'sopan' di Malaysia apabila melalak "Get out of this country!" kepada seorang wartawan berbangsa Inggeris. - Tetapi akhirnya wartawan tersebut dengan selamba membalas semula dengan menggunakan bahasa Melayu meminta agar dia jangan biadap!


Saya lebih rela wartawan inggeris yang fasih berbahasa Melayu itu menetap di negara ini, dan yang sepatutnya berambus dari negara ini adalah wanita cina ini. Baliklah ke Tanah Besar Cina dan kembalilah kepada kerjaya turun-temurun wanita cina iaitu melacur.

Hahaha...

Seperti biasa anda kenal wajah-wajah di atas, atau wajah yang dipaparkan adalah milik anda. Jangan segan-segan untuk tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur atau hubungi :
Asisten Superintenden Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344 .
Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur.
Atau emel :
azmiazizi@rmp.gov.my 

Thursday, May 3, 2012

#BersihStories : Wajah-Wajah 'Pemberontak' #BERSIH3.0 Yang Diburu @PDRMsia





Gambar-gambar di atas merupakan 49 individu yang sedang diburu oleh pihak PDRM berhubung kejadian rusuhan semasa demontrasi BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.

Kepada orang ramai yang mengenali wajah-wajah 'perusuh' ini diharap agar dapat menyalurkan maklumat kepada PDRM. Salurkan maklumat anda kepada :

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email :
azmiazizi@rmp.gov.my
Atau telefon :
019-2602344
Bersama kita membantu pasukan PDRM mengesan individu yang bertanggungjawab mencetuskan situasi huru-hara dalam negara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal